Sunday, August 31, 2008

Merdekakan fahaman.

“tujuan penubuhan PAS itu sendiri adalah bagi memenuhi tuntutan melepaskan negara ini dari sebarang rupa dan bentuk penjajahan oleh kuasa bukan Islam sama ada dalam bentuk politik, ekonomi, sosial atau kebudayaan”, kata Tuan Guru Haji Hadi Awang dalam perutusan kemerdekaan ke-51.

Fahaman lama yang masih ada saki baki dalam diri mestilah dibuang. Sebelum ini, fahaman tentang politik suku dan agama suku dianuti sebahagian rakyat. Setelah 51 tahun merdeka dan berpuluh tahun PAS memperjuangkannya, kefahaman rakyat makin matang dan menerima politik sebahagian daripada Islam yang tidak boleh dipisahkan.

Islam itu sempurna dan tidak memerlukan penambahan dan pengurangan. Dalam politik ada Islam, dalam ekonomi ada Islam, dalam sosial ada Islam dan dalam kebudayaan ada Islam. Islam untuk semua ‘PAS for all’ semakin diterima dalam masyarakat.

Saturday, August 30, 2008

Tahniah Buat Azhan


Berjaya menjuarai Akademi Nasyid ntv9 membuktikan betapa luasnya jalan-jalan dakwah. Assyahid Hasan Al-Banna berdakwah sehingga ke disko-disko. Seorang pemuda yang berjaya, akan menggunakan kelebihan ini untuk menyampaikan dakwah.

Pencinta nasyid mengucapkan Tahniah buat Azhan. Anugerah Allah ini adalah satu amanah. Amanah yang diberikan oleh Allah melalui pemuda-pemuda yang mengorbankan wang ringgit untuk mengundi sms. Undi-undi ini diberi untuk melihat dakwah melalui nasyid ini lebih berkesan dan berjaya.

Kemenangan sempena malam merdeka ini, harus digunakan untuk memerdekakan budaya muzik melampau kepada muzik bersederhana yang mengikut ajaran Ilahi. Dengan penuh harapan, pemuda menyeru pemuda-pemuda Malaysia merdekakan diri dari api neraka menuju ke hiburan ke syurga.

Peringatan dalam pelaksanaan bajet.


Bajet 2009 dengan peruntukan RM207.9 bilion, peningkatan 5.1 peratus berbanding Bajet 2008. Bagi golongan berpendapatan rendah dan rakyat miskin diberi kenaikan tahap kelayakan pendapatan isi rumah bagi bantuan kebajikan kepada RM720 sebulan untuk Semenanjung, RM830 sebulan untuk Sarawak dan RM960 ringgit sebulan untuk Sabah daripada RM400 sekarang. Dengan langkah ini, bilangan penerima bantuan ini meningkat dua kali ganda kepada 110,000 isi rumah daripada 54,000, termasuk 40,000 penerima warga emas.

Perkara yang diharapkan daripada isu ini ialah jangan berlaku ketirisan dalam perlaksanaan. Peruntukan mesti sampai ke sasaran dan tidak berlaku kelayakan terpilih. Golongan yang layak mesti mendapat haknya. Jangan ada pertimbangan politik dalam menentukan kelayakan.

Badan Pencegah Rasuah (BPR) mesti bertindak aktif dan agresif untuk menyelamatkan bajet berbilion ini. Biarlah perkara ini diperkatakan seawal-awalnya sebelum berlaku ketirisan untuk pembangunan negara akan datang. “Menyesal Dahulu Pendapatan , Menyesal Kemudian Tiada Berguna”.

Jangan Abai Pembangunan Luar Bandar.

Bajet 2009 mendapat reaksi daripada pelbagai pihak. Ada beberapa perkara yang menjadi persoalan dan kebimbangan rakyat luar bandar. Dari pandangan kasar, golongan ini hanya mendapat tempias sahaja dari ‘bajet pengangkutan awam’.
Sejumlah RM35 bilion akan dibelanjakan dari tahun 2009 - 2014 untuk meningkatkan kecekapan pengangkutan awam. Projek-projek peningkatan kapasiti perkhidmatan rel sedia ada, membina laluan rel baru, menambah bilangan bas serta menyediakan kemudahan infrastruktur berkaitan.
Kemudahan pinjaman mudah melalui Dana Pengangkutan Awam RM3 bilion disediakan di bawah Bank Pembangunan Malaysia Bhd untuk membiayai perolehan aset bas dan rel.
Pengusaha semua bas juga diberi pengecualian cukai jualan bagi pembelian bas baru yang dipasang dalam negara dan perbelanjaannya diberi elaun modal dipercepatkan, di samping pengurangan cukai jalan kepada RM20 setahun bagi semua bas dan teksi termasuk kereta sewa pandu dan limousin.
Bajet ini tertumpu kepada pengangkutan di bandar. Pengangkutan di luar bandar mendapat tempias sahaja. Jika di lihat pengangkutan luar bandar sangat sedih. Keadaan bas uzur dan kekurangan kekerapan jadual perjalanan. Perkara ini harus diambil perhatian. Isu ini menjadi kebimbangan dan harus mendapat reaksi yang positif.

Friday, August 29, 2008

Signal Permatang Pauh tidak sampai kepada kerajaan


Pengguna pengangkutan awam berasa sangat kecewa apabila kerajaan mengenakan surcaj sebanyak 30%. Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar yang mengumumkan surcaj 30 peratus ke atas harga tiket bas ekspres dan bas berhenti-henti bermula 15 September hingga 15 Oktober ini.

Rakyat semakin keliru dengan keputusan ini. Mula-mula kata naik. Selepas itu tak jadi naik. Tidak lama kemudian dinaikkkan dengan dikenakan surcaj sebanyak 30%. Rungutan rakyat dikesampingkan. Pengguna boleh membandingkan harga lama dengan harga baru.

Semasa menaikkan harga minyak dahulu, Kerajaan mencadang kepada pengguna supaya menggunakan kemudahan awam. Rata-rata pengguna kecewa , di saat harga minyak turun, tambang bas pula dinaikkan.

Keputusan Pilihanraya kecil P44 Permatang pauh sepatutnya menyedarkan kerajaan. Apa lagi bentuk signal yang harus diberi oleh rakyat.

Sebilangan besar pengguna kemudahan awam adalah golongan sederhana dan golongan berpendapatan rendah. Dengan kenaikkan 30% sungguh membebankan. Apa pilihan lagi yang mereka ada. Kerajaan harus melihat kepayahan rakyat. Dicadangkan kepada kerajaan supaya mengkaji semula keputusan ini.

Thursday, August 28, 2008

Bajet:Apa rakyat dapat?


Menjelang esok, 29 Ogos, seluruh rakyat Malaysia akan tertempu kepada bajet 2009 yang akan dibentangkan oleh Dato’ Seri Abdullah Haji Badawi. Semuanya mengharapkan sesuatu. Warga tua mengharapkan sesuatu untuk dirinya. Peniaga mengharapkan untuk perniagaannya. Orang asli mengharapkan nasib hidupnya. Golongan mahasiswa mengharapkan hak biasiawanya. Pekerja sektor awam mengharapkan kenaikan colanya dan bonusnya. Sektor swasta mengharapkan gaji minimumnya. Orang bandar mengharapkan penghapusan tolnya dan orang kampung mengharapkan penurunan harga barangnya.

Besarlah harapan rakyat Malaysia untuk menikmati penurunan harga barang yang menekan hidup selama ini. Kenaikan harga beras, kenaikan harga barang basah, kenaikan barang keperluan dan kenaikkan harga barang-barang lain.

Bajet ini juga mestilah mengambil kira pandangan Pakatan Rakyat yang menjadi pengimbang kepada kerajaan. Perkara yang baik untuk negara, tiada masalah untuk disokong tapi awas, perkara yang menghancurkan negara pasti disanggah dan ditentang oleh Pakatan Rakyat.

Tafsiran keputusan pilihanraya kecil Permatang Pauh.

Tafsiran keputusan pilihanraya kecil Permatang Pauh.

JOHOR BAHARU, 27 Ogos (Bernama) -- Keputusan pilihan raya kecil Permatang Pauh, yang dimenangi penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim, tidak boleh ditafsirkan sebagai satu trend yang boleh berlaku di kawasan-kawasan lain, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari Rabu.

(www.bernama.com)

Menarik juga ulasan daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tentang kemenangan Pakatan Rakyat. Sesetengah rakyat bersetuju dengan pernyataan ini. Sesetengah yang lain ada pandangan yang tersendiri.

Benarkah trend sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat sekadar berlaku di Permatang Pauh? Penganalisis-penganalisis mesti tertarik untuk melakukan kajian tentang perkara ini.

Sesuatu yang menarik dalam pilihanraya kecil ini ialah peralihan sokongan penyokong BN kepada PR. Ini berlaku di Permatang Pauh. Keadaan permatang pauh bukanlah kawasan bandar besar. Jika di bandar-bandar kecil berlaku perubahan, di bandar-bandar besar sudah pasti berlaku perubahan. Jika kampung di sekitar Permatang Pauh berlaku perubahan, percaya dan yakinlah bahawa kampung-kampung lain di seluruh malaysia juga berlaku perubahan. Rakyatlah berkuasa merubah nasib rakyat. Permatang Pauh agen perubahan.

‘Ilmu’ Kelantan ke Permatang Pauh

‘Ilmu’ Kelantan ke Permatang Pauh.

Selesai sudah pilihanraya kecil parlimen P44, Permatang Pauh. Keputusan memihak kepada PR dengan mengalahkan BN. Ramai yang terkejut dengan keputusan ini. Rata-rata menjangkakan kemenangan DSAI hanya dengan majoriti kecil atau berkurangan daripada PILIHANRAYA UMUM ke-12 Mac lalu.

Apa pun kurniaan dari Ilahi, kemenangan bergaya dicapai. ‘Ilmu’ Kelantan ke Permatang Pauh, itulah perkataan yang paling sesuai diungkapkan. Orang Kelantan, jika diberi kain batik atau barangan lain, mereka akan ambil tetapi semasa membuang undi, mereka akan mengundi PAS/PR. Itulah ilmu yang dimaksudkan.

Apakah ilmu ini akan berlaku di serata tempat, menjadi satu persoalan.Untuk itu PR mesti terus berusaha dan terus berusaha untuk menyedarkan rakyat. Usaha yang gigih dan iringan doa, InsyaAllah PR akan berjaya. Tahniah Permatang Pauh, tahniah Pakatan Rakyat.

Monday, August 18, 2008

Peringatan...


Seluruh warga PAS mesti “Beringat sebelum terlambat” tentang disiplin dalam perjuangan. Kedudukan Majlis Syura Ulamak adalah peringkat yang paling tinggi dalam parti. Peringatan ini harus diambil oleh pimpinan dan ahli biasa. Apalah maknanya jamaah jika keputusan Majlis Ulamak tidak dihormati.

Sesuatu isu, kadang-kadang dinilai dari perasaan diri sendiri tanpa memikirkan dari sudut wala’ kepada keputusan Majlis Syura Ulamak. Perlu diingat, keputusan Majlis Syura Ulama dirahmati Allah dan ada keberkatannya.

Perlu juga disedari bahawa perjuangan PAS berbeza dengan perjungan parti lain. Kita ada panduan dari ajaran Al-Quran dan As-Sunnah. Parti yang bertahan selama ini pun adalah kerana disiplin daripada ahli PAS yang mentaati keputusan Majlis Syura Ulamak.

Dengan yang demikian, marilah seluruh ahli PAS “Beringat sebelum terlambat” dengan etika parti. Ikhlaskan hati dan teruskan perjuangan. InsyaAllah, Allah akan bersama kita. TAKBIR...

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP