Tuesday, December 23, 2008

Ekonomi Malaysia: gawat ke tidak?

Teringat lagi penegasan TPM, suaminya Ros (yang dikhabarkan membeli 14 utas jam tangan bernilai jutaan ringgit) terhadap keteguhan ekonomi negara sedikit masa dahulu. Katanya Malaysia terlepas dari kegawatan ekonomi. Belum pun habis tahun 2008 ni, berapa ramai pekerja yang diberhentikan. Tidakkah itu tanda ekonomi gawat? Yang dicakap tidak sama dengan apa yang berlaku. Harian metro hari ini melaporkan bakal perberhentian pekerja beramai-ramai. Sama-sama nilai siapa yang bohong.


Mahu henti 4,749 pekerja
Oleh Faizatul Farlin Farush Khan
KUALA LUMPUR: Sehingga semalam, 102 majikan kebanyakannya dari industri elektronik sudah memaklumkan kepada Kementerian Sumber Manusia, hasrat mereka untuk memberhentikan 4,749 pekerja secara berperingkat mulai Januari hingga Mac depan, berikutan masalah ekonomi global ketika ini.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam (gambar), berkata daripada jumlah berkenaan, Januari mencatatkan pemberhentian pekerja paling tinggi iaitu seramai 3,111 pekerja, diikuti 1,523 (Februari) dan 115 (Mac).

Beliau berkata, majikan yang berhasrat memberhentikan pekerja dikehendaki membayar faedah penamatan kerja kepada pekerja terbabit tidak kurang daripada yang sudah ditetapkan mengikut Akta Kerja 1955.

“Majikan perlu membayar 10 hari gaji bagi setiap tahun perkhidmatan jika pekerja sudah bekerja kurang dua tahun atau 15 hari gaji bagi setiap tahun perkhidmatan jika pekerja berkhidmat antara dua hingga lina tahun dan 20 hari gaji bagi setiap tahun perkhidmatan jika pekerja sudah berkhidmat lebih lima tahun.
“Jabatan Tenaga Kerja (JTK) kementerian akan sentiasa membuat pemantauan dan mengambil tindakan tegas jika terdapat mana-mana majikan yang gagal,” katanya pada sidang akhbar di sini, semalam.
Beliau berkata, majikan yang gagal mematuhi arahan melaporkan pemberhentian pekerja dalam tempoh sekurang-kurangnya 30 hari sebelum melaksanakan tindakan terbabit kepada Kementerian Sumber Manusia, boleh didenda tidak lebih RM10,000 bagi setiap satu kesalahan.
sumber:

Sunday, December 21, 2008

Dapat RM 2000 seorang.


Bernama melaporkan bahawa Felda akan mula membayar bonus insentif produktiviti berjumlah RM144.44 juta kepada peneroka yang setia bersama agensi itu mulai minggu depan.

Laporan itu juga menyebut bahawa seramai 84,581 orang peneroka Felda di seluruh negara terlibat yang puratanya mendapat RM2000 seorang.

Suatu yang menarik daripada pengumuman ini ialah pernyataan kepakaran Felda dalam isu penanaman semula. Benarkah benar Felda lebih pakar dalam penanaman semula sawit berbanding peneroka itu sendiri? Persoalan ini mestilah dianalisis dengan teliti.

Untuk membuat perbandingan dan mendapat maklumat sebenar, peneroka dan pembaca boleh mendapatkan jawapan dari buku Persatuan Anak-Anak Felda (ANAK) yang diketuai oleh Mazlan Aliman yang bertajuk “Felda, Dulu Tolong, Sekarang Along !!“.

Friday, December 19, 2008

Tazkiran Jumaat:

Riyadhus Shalihin – Taman Orang-orang Shalih

Bab 1
Keikhlasan Dan Menghadhirkan Niat Dalam Segala Perbuatan,Ucapan Dan Keadaan Yang Nyata Dan Yang Samar

Allah Ta'ala berfirman:
"Dan tidaklah mereka itu diperintahkan melainkan supaya sama menyembah Allah, dengan tulus ikhlas menjalankan agama untuk-Nya semata-mata, berdiri turus dan menegakkan shalat serta menunaikan zakat dan yang sedemikian itulah agama yang benar." (al-Bayyinah: 5)

Allah Ta'ala berfirman pula:
"Samasekali tidak akan sampai kepada Allah daging-daging dan darah-darah binatang kurban itu, tetapi akan sampailah padaNya ketaqwaan dan engkau sekalian." 1 (al-Haj: 37)

Allah Ta'ala berfirman pula:
"Katakanlah - wahai Muhammad 2,sekalipun engkau semua sembunyikan apa-apa yang ada di dalam hatimu ataupun engkau sekalian tampakkan, pasti diketahui juga oleh Allah." (ali-lmran: 29)

1. Dari Amirul mu'minin Abu Hafs yaitu Umar bin Al-khaththab bin Nufail bin Abdul 'Uzza bin Riah bin Abdullah bin Qurth bin Razah bin 'Adi bin Ka'ab bin Luai bin Ghalib al-Qurasyi al-'Adawi r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda 3:
"Hanyasanya semua amal perbuatan itu dengan disertai niat-niatnya dan hanyasanya bagi setiap orang itu apa yang telah menjadi niatnya. Maka barangsiapa yang hijrahnya itu kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itupun kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang hijrahnya itu untuk harta dunia yang hendak diperolehinya, ataupun untuk seorang wanita yang hendak dikawininya, maka hijrahnyapun kepada sesuatu yang dimaksud dalam hijrahnya itu."
(Muttafaq (disepakati) atas keshahihannya Hadis ini)

Diriwayatkan oleh dua orang imam ahli Hadis yaitu Abu Abdillah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin Almughirah bin Bardizbah Alju'fi Albukhari, - lazim disingkat dengan Bukhari saja -dan Abulhusain Muslim bin Alhajjaj bin Muslim Alqusyairi Annaisaburi, - lazim disingkat dengan Muslim saja - radhiallahu 'anhuma dalam kedua kitab masingmasing yang keduanya itu adalah seshahih-shahihnya kitab Hadis yang dikarangkan.

Keterangan:
1 Orang-orang di zaman Jahiliyah dulu jika menginginkan atau mengharapkan keridhaan Tuhan, mereka sembelihlah unta sebagai kurban, lalu darah unta itu disapukan pada dinding Baitullah atau Ka'bah. Kaum Muslimin hendak meniru perbualan mereka itu, lalu turunlah ayat sebagaimana di atas.
2 Semua uraian yang tertera antara -.... - adalah tambahan terjemahan dari kami sendiri untuk memudahkan pengertiannya dan gampang memahamkannya. Harap Maklum
3 Saidina Umar bin Khaththab r.a. itu adalah seorang khalifah dari golongan Rasyidin yang pertama kali menggunakan sebutan Amirul mu'minin pemimpin sekalian kaum mu'minin. Beliau adalah khalifah kedua sepeninggal Rasulullah s.a.w. Panggilan Amirul mu'minin itu lalu dicontoh dan diteruskan oleh khalifah Usman dan Ali radhiallahu 'anhuma, juga oleh para khalifah Bani Umayyah, Bani Abbas dan selanjutnya. Jadi di zaman khalifah Abu Bakar sebutan di atas belum digunakan. Adapun Abu Hafs itu adalah gelar kehormatan bagi Sayidina Umar r.a. Abu artinya bapak, sedang hafs artinya singa. Beliau r.a. memperoleh gelar Bapak Singa, sebab memang terkenal berani dalam segala hal, seperti dalam menghadapi musuh di medan perang, dalam
menegakkan keadilan di antara seluruh rakyatnya dan tanpa pandang bulu dalam meneterapkan hukuman kepada siapapun. Ringkasnya yang salah pasti ditindak dengan keras, sedang yang teraniaya dibela dan dilindungi.

Wednesday, December 17, 2008

Jangan Ambil Separuh-separuh

khabar beritanya, satu Forum “Hak-hak Melayu di Bawah Artikel 153” telah dianjurkan Umno Bahagian Shah Alam dengan mendengar pendapat Prof Datuk Dr Ramlah Adam.



Tokoh ini, Prof Datuk Dr Ramlah Adam mengajak hadirin “celik sejarah” atau tahu sejarah mereka sendiri dan sejarah Kesultanan Melayu Melaka perlulah dibanggakan. Sejarah membuktikan kerajaan negeri-negeri beraja pada masa ini berasaskan kepada Kesultanan Melayu Melaka.




Sejarah Kesultanan Melayu Melaka semestinya dikaji dan difahami secara keseluruhan. Jangan hanya diambil juzuk-juzuk atau sebahagian sahaja. Perlu juga difahami antara keunggulan Kesultanan Melayu Melaka ialah pelaksanaan perundangan Islam dalam undang-undang. Hukum hudud dan qisas menjadi pegangan. Terbukti keamaanan dan kemampuan hukun Islam ini diterjemahkan dalam negara Malaysia.




Kesungguhan pelaksanaan hukum ini mendapat sambutan dan tanggungjawab pemimpin pada masa itu harus diambil teladan dan panduan pemimpin masa ini. Pelaksaan hukum ini memberi keyakinan kepada pedagang-pedagang berurusan di Melaka. Hak-hak mereka terpelihara oleh perlembagaan. Kemajuan Kesultanan Melayu Melaka dipacu oleh kekuatan pegangan agama oleh pemimpin dan masyarakatnya.




Diulangai lagi supaya sejarah Kesultanan Melayu Melaka mesti difahami dan diambil iktibar secara keseluruhan, tidak diambil apa yang dikehendaki sahaja. Prof Datuk Dr Ramlah Adam mesti tersenyum dengan komen rumputkarpet8.blogspot.com ini.

Monday, December 15, 2008

Bersukanlah tanpa dosa

Soalan:

Dengan hormatnya sukacita dipohonkan fatwa berhubung dengan perkataan 'Carlsberg' pada pakaian, untuk kegunaan dan rujukan Unit Kawalan Akidah dan Syara'iah, Jabatan Hal Ehwal Syara'iah, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam.


Jawapan:

الحمد الله الفتاح الوهاب الهادى إلى الحق والصواب، والصلاة والسلام على رسوله خاتم الأنبياء والرسل، وآله وصحبه أجمعين.

Dalam dunia perniagaan berbagai-bagai cara dibuat untuk melaku atau melariskan sesuatu barangan atau jenama itu. Di sinilah peranan iklan dengan segala macam caranya. Salah satunya ialah dengan menulis nama barang di atas baju, dengan tujuan supaya barang itu dikenali, diminati lalu pengguna akan tertarik dan membelinya.

Carlsberg ialah jenama bagi sejenis minuman keras atau sejenis arak. Khamr atau arak itu adalah haram. Perkara ini telah jelas dan maklum kepada umat Islam.

Pengharaman arak bukan sahaja kepada yang meminumnya, bahkan meliputi segala yang berkaitan dengan pemerosesannya, membawa kepada orang yang menghidangkannya dan lain-Iainnya. Semua orang yang berurusan bagi tujuan-tujuan berkaitan dengan arak .akan mendapat laknat Allah dan RasulNya, sebagaimana perkara ini disebut oleh Rasulullah Shallallhu 'alaihi wasallam:

عن شبيب سمعت أنس بن مالك أو حدثنى أنس قال لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم فى الخمر عشرة عاصرها ومعتصرها والمعصورة له وحاملها والمحمولة له وبائعها والمبيوعة له وساقيها والمستقاة له حتى عد عشرة من هذا الضرب.

Maksudnya: "Daripada Syabib, saya mendengar Anas bin Malik (atau: Anas meriwayatkan kepadaku), dia berkata: "Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam melaknat perihal arak kepada sepuluh orang; orang yang memerahnya, orang yang menyuruh memerahnya, orang yang meminta dibuatkan arak, orang yang membawanya, orang yang meminta dibawakan arak, orang yang menjualnya, orang yang meminta dibelikan arak, orang yang memberi minum arak. orang yang minta diminumkan arak, sehingga Baginda menghitung . sepuluh daripada jumlah ini, (Hadis riwayat Ibnu Majah).

Apabila perkataan Carlsberg itu dilabel atau digambar di atas baju, maka tiada lain tujuannya ialah untuk mempromosi, melaris atau mengiklankan Carlsberg itu supaya ianya diminati dan akhirnya akan dibeli. Ini sudah tentu akan menguntungkan syarikat pengeluarnya.

Maka sesiapa jua yang memakai baju yang ada padanya Carlsberg itu sarna ada disedari atau tidak, telah menolong untuk memperkenal, mempromosi dan melariskan jualan Carlsberg.

Oleh sebab Carlsberg itu sejenis arak, maka memakai baju yang ada padanya nama jenama ini adalah termasuk dalam tegahan umum oleh Allah:
ولا تعاونوا على الأثم والعدون

Tafsirnya: "Dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan permusuhan. "
(Surah Al-Maidah: 2)


Tidak syak lagi mempamerkan Carlsberg itu tidak sunyi daripada tujuan mempromosi dan memperkenalkan minuman itu supaya ianya lebih dikenali dan diminati sehingga akhimya membawa lebih laris dan lebih laku minuman arak itu. Jika pemakainya ada tujuan sedemikian, maka si pemakai itu telah menolong pada yang haram. Atau jika dia tiada bertujuan yang demikian itu, namun apa jua caranya, sekurang-kurangnya secara tidak langsung dia masih sahaja boleh dianggap menolong perkara-perkara haram seperti yang disebutkan di atas.

Oleh hal yang demikian, bagi mengelakkan orang-orang Islam daripada memakai baju yang ada padanya jenama Carlsberg itu yang boleh menjerumuskan mereka kepada haram, maka adalah menjadi kewajipan kerajaan Islam untuk tidak membenarkan pengedaran atau menarik balik pengedaran mana-mana baju yang mengandungi jenama arak seperti Carlsberg atau yang seumpamanya.


Negara asal : Brunei darussalam

Badan yang mengisu fatwa : Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam.
Penulis/Ulama : Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaa
Tarikh Diisu : 1998
sumber:http://infad.usim.edu.my

Sunday, December 7, 2008

Nampaknya Tiada Siapa Pun Yang Belajar Daripada Tragedi Highlands Towers, Kata Musa Hitam


Oleh Alan Ting

KUALA LUMPUR, 7 Dis (Bernama) -- "Nampaknya tiada siapa pun yang belajar daripada tragedi itu (Highland Towers)."

Itulah reaksi bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam apabila diberitahu mengenai kejadian tanah runtuh yang mengorbankan empat nyawa di Taman Bukit Utama dan Taman Bukit Mewah di Bukit Antarabangsa di sini pada Sabtu.

"Sudah bertahun-tahun tragedi itu berlalu dan hari ini insiden seperti itu berlaku lagi, (juga) mengakibatkan kematian," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di Amsterdam.

Anak lelaki Musa, Rashid Carlos dan isterinya Rozita, adalah antara 48 orang yang terkorban apabila sebuah daripada tiga blok kondominium Highland Towers di Taman Hillview, terletak 1.5km dari tempat kejadian tanah runtuh pada Sabtu, runtuh pada 11 Dis, 1993.

"Ia satu memori yang amat tidak menyenangkan, sungguh memilukan. Saya sendiri yang mengalaminya. Harapan ialah agar siapa jua yang bersalah mesti menerima hukuman," kata Musa.

Tragedi Highland Towers mengejutkan seluruh negara memandangkan kejadian seumpama itu julung kali berlaku dalam sejarah negara sejak merdeka.

Bagaimanapun kisah yang menyayat hati itu tidak berakhir di situ sahaja kerana terdapat beberapa lagi insiden berkaitan tanah runtuh yang berlaku di kawasan berkenaan, malah ada di antaranya mengakibatkan kematian.

Satu insiden yang sangat ketara berlaku pada 4.35 pagi, 20 Nov, 2002 apabila tanah runtuh meranapkan banglo dua tingkat milik Pengerusi Affin Bank Bhd Jen (B) Tan Sri Ismail Omar.

Isteri beliau, Puan Sri Azizah Abdul Aziz, anak lelakinya Hijaz, dua menantu dan dua cucu serta dua pembantu rumah warga Indonesia terkorban apabila banglo berkenaan ditimpa tanah runtuh.

Banglo bekas pegawai tentera itu terletak kira-kira 300m dari Highland Towers.

-- BERNAMA

http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=376880

Untuk jawapan yang dipersoalkan oleh banyak pihak, mengapa pelbagai peristiwa yang berlaku, masih wujud pembangunan di kawassan Bukit Antarabangsa ini... sila tanya khir Toyo bekas MB Selangor.

Friday, December 5, 2008

kerajaan pusat tak nak ikut ke...

Selangor bergerak berpuluh-puluh langkah ke hadapan dengan menaikkan garis kemiskinan. menurut Menteri Besar Selangor, Tan Sri Dato' Abdul Khalid Ibrahim,garis kemiskinan yang ditentukan oleh kerajaan negeri, iaitu mereka yang berpendapatan bawah RM1,500 sebulan dianggap miskin. "Di Selangor sahaja masih terdapat 30 peratus rakyat yang berada di bawah garis kemiskinan.


Di peringkat nasional, bila lagi hendak dinaikkan ? dengar TiPieM kata, ekonomi Malaysia tidak terjejas dengan krisis ekonomi dunia yang berlaku. Ekonomi negara tetap kukuh dan macam-macam lagi yang dicanang kununnya puak juak ni tersangat terpandai mentadbir ekonomi. Waduh-waduh, sedih sungguh bagi rakyat miskin yang terbiar dibawah rejim BieN. Akhirnya, yang miskin makin miskin yang kaya makin kaya.

Sunday, November 30, 2008

Menteri Letak Jawatan

Perletakan jawatan Menteri Dalam Negeri India, Shivraj Patil sebagai rasa tanggungjawab moral berkaitan dengan situasi serangan bersenjata yang mengorbankan sekurang-kurangnya 185 orang memberi satu pengajaran yang sangat baik.

Satu sikap yang sangat bermoral dan bertangggungjawab ditunjukkan oleh menteri di negara India ini. Alangkah seronok dan bertuahnya rakyat negara merdeka Malaysia jika mentaliti menteri-menteri diubah. Mereka ini mesti bertanggungjawab kepada kementerian yang diamanahkan.


Banyak peristiwa yang berlaku di negara ini tetapi pak menteri yang menjaganya seperti tiada perasaan. Buat tak tau je apa yang berlaku. Jika geng-geng pembangkang mengutara perkara tersebut, mereka ini akan menyalahkan orang lain. Mulai hari ini, semua pemimpin dari kalangan BN atau PR mesti menjadikan iman, amanah dan moral menjadi tali pergantungan untuk melihat Malaysia baru.

Wednesday, November 26, 2008

KL memerlukan Datuk Bandar 'beriman'

Jawatan Datuk Bandar Kuala Lumpur menjadi tanda tanya apabila kontrak Datuk Bandar sekarang, Datuk Ab Hakim Borhan berakhir pada 14 Disember ini. Namun, manusia jenis manakah yang akan dilantik. Warga kota memerlukan seorang Datuk Bandar yang beriman, beramanah, ikhlas dan diterima ramai.

Semestinya pandangan semua Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sama ada dari kalangan BN atau Pakatan Rakyat mestilah diambil kira. MP Pakatan Rakyat bukannya tunggul. Mereka ini berhak menyuarakan pandangan mewakili pengundi mereka.

Satu mentaliti baru menstilah dibina dalam mencapai Bandar Raya maju. Pandangan politik mestilah diketepikan dalam memberi kebaikan kepada rakyat. Gerak kerja wakil rakyat dari PR mestilah disokong dan diberi galakan. Hak mereka untuk menggunakan dewan, padang dan kemudahan awam mestilah diberikan.

MP dari PR juga berhak diberi taklimat dan dipanggil bermesyuarat bulanan Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur (DBKL) kerena mereka ini lebih rapat dengan rakyat. Apalah salahnya sama-sama membina kemajuan Bandar Raya Kuala Lumpur yang menjadi lambang Malaysia di mata dunia.

Tuesday, November 25, 2008

Risalah Taa'lim

Segala puji bagi Allah serta salawat dan salam buat imamul muttaqin, panglima para mujahidin, junjungan kita Muhammad s.a.w, seorang Nabi yang amanah serta buat kaum keluarganya, para sahabatnya dan mereka yang mengikut pimpinan mereka hingga ke hari kiamat.
Ini adalah perutusan saya kepada para mujahid di kalangan Ikhwan al-Muslimin. Mereka yang meyakini kemuliaan dakwah mereka serta kesucian gagasan mereka. Mereka yang mempunyai tekad yang suci untuk hidup bersama dan mati di jalannya. Khusus buat mereka ini saya tujukan tulisan yang ringkas ini. Tulisan ini bukanlah pelajaran yang perlu dihafal tetapi ia adalah taklimat yang perlu dilaksanakan. Ayuh ke medan amal, wahai saudara yang jujur.
Dan katakanlah (wahai Muhammad): Bekerjalah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Dia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan. (Al-Taubah: 105)
Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah. Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa. (Al-An‘am: 153)
Buat yang lain selain daripada mereka ini ada pengajian, ceramah, buku dan artikel, gaya dan kaedah yang khusus untuk mereka. Setiap umat ada arah yang dituju. Oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan. Semuanya dijanjikan Allah kebaikan.
Salam serta rahmat dan keberkatan Allah untuk kamu semua.
Hasan al-Banna

Sunday, November 23, 2008

Alahan Ubat

Tindakbalas alahan adalah kesan sampingan ubat ubatan yang tidak diingini dan jarang berlaku. Pelbagai jenis tindakbalas alahan boleh berlaku. Tindakbalas ini boleh berlaku dalam pelbagai jenis daripada ruam ringan hinggalah kesan teruk kepada sistem utama badan. Tindakbalas badan boleh memberi kesan kepada banyak sistem organ, tetapi selalunya kulit adalah organ yang selalu mengalami alahan. Mengenalpasti tanda dan gejala alahan ubatan adalah satu perkara penting kerana ia boleh mengancam nyawa.

Walau bagaimanapun kematian disebabkan oleh alahan ubat amat jarang berlaku. Alahan ini jarang berlaku ketika kali pertama mengambil ubat. Biasanya alahan akan berlaku apabila selepas pengambilan kali kedua. Sekiranya anda bertindak balas pada kali pertama, berkemungkinan anda telah terdedah dengan ubatan jenis tersebut tanpa mengetahuinya. Tidak semua tidak balas sampingan terhadap ubatan adalah alahan. Malah sebenarnya kurang daripada 10 peratus kesan sampingan ubat merupakan alahan. Penyebab lain kesan sampingan merupakan interaksi antara 2 atau lebih jenis ubat, ketidakcernaan ubat sepenuhnya di dalam badan (hati dan buah pinggang), terlebih dos dan kesan sampingan seperti loya, muntah atau cirit birit.

Tanda dan Gejala
Alahan ubatan boleh menyebabkan pelbagai jenis gejala berlaku bergantung kepada ubat dan kekerapan anda mengambilnya. Berikut adalah merupakan tindakbalas yang selalu berlaku:
Kulit
• Campak � seperti ruam
• Gatal �tompokan merah di atas kulit dengan rupa bentuk yang berbeza menyebabkan terasa gatal
• Photoallergy � Sensitif terhadap cahaya matahari, kulit menjadi gatal dan kemerahan apabila terdedah kepada cahaya matahari
• Erythema multiforme � Merah, bengkak dan gatal di tempat tempat tertentu adakala dikaitkan dengan pembengkakan permukaan lidah
• Demam
• Sakit sendi dan otot
• Bengkak nodus limfa
• Jangkitan pada buah pinggang
• Tidak seperti kebanyakan tindakbalas alahan , yang berlaku secara pantas selepas terdedah kepada bahan penyebab alahan, tindakbalas alahan terhadap ubatan akan berlaku sehari atau seminggu selepas pengambilan dos pertama.
• Anaphylaxis atau tindak balas anaphylactic - Merupakan tindak balas yang serius dan boleh membawa kematian. Pesakit yang mengalami tindak balas ini perlu dirawat dengan segera di bahagian kecemasan Hospital.
• Tindak balas kulit- Gatal-gatal , tanda kemerahan , terasa panas dan gatal
• Kesukaran bernafas -Dada tersumbat, teras ketat, mengeluarkan bunyi �wheezing�, tekak tersekat.
• Pitam � Sakit kepala dan hilang daya imbangan badan secara tetiba akibat peningkatan tekanan darah
• Degupan jantung tidak sekata
• Bengkak pada muka, lidah, bibir, tekak, sendi, tangan atau kaki

Hampir semua tindak balas Anaphylactic berlaku dalam masa 4 jam selepas dos pertama. Kebanyakannya berlaku selepas 1 jam mengambil ubat, namun ada juga yang berlaku dalam masa seminit malah sesaat.

Friday, November 21, 2008

Azizan sumbang gaji RM10,000 sebulan

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak membuat potongan gajinya lebih RM10,000, jumlah paling besar yang pernah dibuat oleh seorang menteri besar, kata seorang pemimpin PAS negeri.

Potongan itu daripada jumlah gajinya RM14,100 dimulakan sejak awal pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan PAS di negeri itu, Mac lalu, namun ia tidak diumumkan secara meluas, kata timbalan pesuruhjaya PAS Kedah, Hassan Abdul Razak.

Jumlah wang yang dipotong itu disalurkan kepada agensi-agensi kerajaan negeri bagi mencontohi amalan cara hidup sederhana yang selama ini diamalkan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Hassan mendedahkan amalan Azizan itu bagi menyangkal dakwaan pesuruhjaya PAS itu bermewah-mewah selepas menjawat kerusi nombor satu dalam pentadbiran Kedah.

Hassan menambah, potongan itu diumumkan pertama kali dalam program taklimat dasar-dasar kerajaan kerajaan negeri di ibu negeri apabila dibangkitkan PAS kawasan Alor Star, 14 November lalu.

Bagaimanapun, katanya, perkara itu tidak didedahkan sebelum ini kerana "(hendak) membuat kebaikan tidak perlu dihebah-hebahkan".

Ahli-ahli akar umbi PAS negeri baru-baru ini dilaporkan tidak berpuas hati dengan pentadbiran kerajaan PAS Kedah.

Malaysiakini difahamkan, dalam pertemuan minggu lepas, menteri besar dan kerajaan Kedah mendapat kritikan pedas wakil-wakil PAS kawasan sehingga beliau diminta menyerahkan portfolio agama yang dipegangnya kepada exco lain.

Azizan juga turut dituduh gagal memperkasakan pelaksanaan Islam yang diperjuangkan PAS seperti membiarkan pusat hiburan beroperasi sehingga lewat pagi dan arak dijual bebas di Langkawi.

Pegawai kerajaan pula didakwa mendapat layanan istimewa daripada menteri besar berbanding pegawai lantikan politik.

Selain itu, Azizan dan barisan exco dikatakan selalu memberikan alasan sibuk sehingga susah ditemui rakyat tetapi didakwa rajin bermain golf.

Dihubungi Malaysiakini hari ini, Hassan berkata, selain soal kepemimpinan Azizan, kebajikan guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) antara perkara utama yang dibangkitkan.

Selain itu, tambahnya, PAS Kedah didakwa "bongkak dengan PKR".

Bagaimanapun, kata Hassan, perkara itu dijelaskan oleh menteri besar di hujung program di Kompleks Alor Star.

Wakil-wakil PAS daripada 15 kawasan di seluruh Kedah turut dikatakan berpuas hati dengan penjelasan tersebut.

Sehubungan itu, Hassan berkata, kritikan kepada kerajaan negeri merupakan salah faham dan dibuat berdasarkan "cakap-cakap di kaki lima".

Menurutnya, dalam pentadbiran kerajaan, ada perkara yang telah dibuat tetapi belum diumumkan dan ada yang belum dibuat tetapi telah dirancang dan akan dijalankan secara berperingkat-peringkat.

Komen-komen itu, termasuk yang pedas dan negatif, diusulkan secara bertulis oleh wakil-wakil PAS kawasan tanpa menyatakan nama pengemuka soalan-soalan tersebut.

Komen-komen di pertemuan tertutup ini bagaimanapun terbocor kepada umum, termasuk Umno dan pihak media.

Hassan kesal kerana dokumen yang dianggap sulit itu telah “dicuri pihak tertentu”.

Majlis sumbang saran kali ketiga itu dihadiri wakil-wakil PAS kawasan, semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan ahli-ahli parlimen PAS Kedah.

Majlis itu merupakan susulan selepas pertemuan Ogos lalu, sementara perjumpaan pertamanya diadakan sejurus selepas kemenangan parti itu dalam pilihanraya umum, Mac lalu.

PAS negeri merancang menjalankan sesi taklimat dasar-dasar kerajaan negeri kepada jentera parti empat kali setahun.


sumber: http://www.malaysiakini.com/news/93497

Wednesday, November 19, 2008

Amaran Ribut Petir Dan Hujan Lebat

Hujan sederhana yang kini berlaku kadangkala dari semasa ke semasa di Kelantan, Terengganu serta Pahang dijangka berterusan sehingga petang Sabtu, menurut Jabatan Meteorologi di sini.

Keadaan itu berlaku di daerah Kota Baharu, Tumpat, Bachok, Pasir Puteh, Pasir Mas, Tanah Merah, Machang, Jeli dan Kuala Krai di Kelantan, di daerah Kuala Terengganu, Besut, Setiu, Dungun, Kemaman, Marang dan Hulu Terengganu di Terengganu.

Keadaan yang sama turut berlaku di Pahang, daerah Jerantut, Kuantan, Pekan, Rompin, Maran, Bera dan Temerloh, menurut kenyataan jabatan itu.

Kenyataan itu menambah keadaan tersebut boleh menyebabkan banjir di kawasan-kawasan rendah dan tebing sungai.

Hujan lebat dan ribut petir beserta angin kencang yang berlaku di Pulau Pinang, Selangor, daerah Sepang, Klang dan Kuala Langat, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan, daerah Kuala Pilah, Seremban, Rembau dan Port Dickson, Melaka dan Johor Barat dijangka berterusan sehingga malam Rabu.

Keadaan cuaca yang sama dijangka berlaku di Johor Timur.

Sumber: http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=373007

Kerajaan bina Lebuh Raya Timur-Selatan tahun hadapan?

Negeri-negeri pantai timur yang terdiri daripada negeri tok guru Kelantan, Terengganu dan Pahang memerlukan sebuah lebuh raya sebagai perhubungan. Jika direnung dan dilihat, di sebelah pantai barat ada Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) dan Projek Lebuh Raya Pantai Barat yang dalam pembinaan. Projek yang melibatkan pembinaan jalan raya sepanjang 250 kilometer yang menghubungkan Taiping di Perak dengan Banting di Selangor.

Sudah sampai masanya negeri pantai timur tidak didiskriminasi dalam pembangunan. Sumbangan yang sangat besar kepada ekonomi dan pembangunan industri akan dapat dilihat apabila dibina Lebuh Raya Timur-Selatan dari Kota Bharu-Kuala Terengganu-Kuantan-Johor Bahru.

Monday, November 17, 2008

Setiap tahun, tambang bas naik?


Pengkhabaran penyemakan semula tambang bagi semua pengangkutan awam setiap tahun berkuatkuasa Januari 2009 meresahkan pengguna. Rata-rata pengguna pengangkutan awam ini adalah dari golongan miskin dan sederhana.

selepas ini nak naik apa puak-puak miskin dan sederhana ini. Nak naik kereta, tak ada kereta. Nak naik motosikal, boleh muat dua orang je. Nak naik bas tambang bas tinggi. Dah laa masa menunggu bas ‘berjam-jam’. Dah naik bas, kena pulak berdiri sampai ke destinasi. Masa habis, wang habis dan tenaga habis.

Friday, November 14, 2008

Wahai bakal pengantin! Hormati ayat Quran.


Menjelang cuti persekolahan, banyak majlis kenduri kendara untuk meraikan pengantin baru. Zaman moden ni, jemputan ke majlis perkahwinan disertakan dengan sekeping kad jemputan perkahwinan. Macam-macam jenis laa bentuk kad jemputan. Ada panjang, ada pendek, ada bunga, ada gambar bakal pengantin.


Dalam reka bentuk kad tersebut ada sesetengah kad ditulis dan ayat-ayat al Quran dalam tulisan jawi. Niatnya baik tetapi caranya tidak baik. Penulisan begini sebenarnya menghina ayat Quran. Kad-kad yang diberikan kepada kenalan dan saudara mara, tidak mungkin disimpan dengan baik. Kad-kad ini akan bersepah sana sini, jatuh ke lantai dan di pijak-pijak. Dalam tidak sedar bakal pengantin akan dapat dosa. Apalah salahnya jika tulisan ayat Quran di tulis dalam tulisan rumi.

Thursday, November 13, 2008

Racun berjenama PPSMI membunuh bahasa

Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang dilaksanakan sejak 2003 sangat gagal. Setiap hari rungutan demi rungutan dibangkitkan oleh ibu bapa. Rungutan juga diutarakan oleh tokoh-tokoh besar negara tentang ‘kegagalan’ PPSMI ini. Pak menteri yang menjaga pendidikan tetap nak menegakkan benang yang basah. Kununnya murid seronok sangat belajar Matematik dan Sains dalam Bahasa Penjajah.

Dikatakan bahawa 57 peratus calon telah menjawab soalan menggunakan Bahasa Inggeris . Dengan angka ini, didakwa calon selesa untuk menggunakan Bahasa Inggeris amatlah dangkal dan cetek hujjah ini. Mana mungkin soalan dwibahasa boleh dibuat rumusan sedemikian. Adakah tiada kebarangkalian calon membaca dan memahami soalan dalam bahasa ibunda dan menjawab dalam bahagian Bahasa Inggeris?

Kalau sakit, Hisham Udin pergi jumpa doktor pakar dan ikut nasihat doktor pakar ini. Tetapi apabila bahasa sakit, Hisham Udin tak jumpa pakar bahasa dan tak dengar nasihat pakar bahasa. Bila pakar bahasa (Bahasa Melayu, Cina & India) menyatakan kegagalan PPSMI dan mendesak kembalikan kepada bahasa ibunda, pesakat bernama Hisham Udin ini tak percaya.

Murid bukan sahaja ‘bodo’ Matematik dan Sain tetapi ‘bodo’ bahasa ibunda. Bahasa ibunda sedikit masa lagi seperti sampah yang disepah-sepah . rakyat semua kaum mendesak dikembalikan pelajaran Matematik dan Sain dalam bahasa ibunda. Jika desakan ini tak dipedulikan, ayuh bangun dan bertindak pada pilihanraya ke-13 nanti dengan menolak BN dan bersama Pakatan Rakyat untuk masa depan bangsa dan bahasa.

Thursday, November 6, 2008

Kemelesetan: Dakwaan Najib bertentangan pakar ekonomi

Abdul Aziz Mustafa
Wed | Nov 05, 08 | 2:01:13 pm MYT


KUALA LUMPUR, 5 Nov (Hrkh) - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan yakin bahawa Malaysia tidak akan mengalami kemelesetan ekonomi teknikal pada tahun hadapan.

Dakwaan Najib itu bertentangan dengan pandangan pakar-pakar ekonomi termasuk jangkaan Pengarah Eksekutif Institut Kajian Ekonomi Malaysia (MIER), Profesor Emeritus Datuk Mohamed Ariff mengenai perkara itu.

Mohamed Ariff berkata, jika Amerika yang merupakan salah satu rakan dagangan utama Malaysia menghadapi kemelesetan, peratusan kemungkinan Malaysia akan menghadapi kemelesetan teknikal tahun hadapan meningkat sehingga 40 peratus.

"Ia bermakna pertumbuhan negatif untuk dua suku tahunan dan 30 peratus kemungkinan ia akan menjadi kemelesetan sebenarnya yang berpanjangan melebihi dua suku tahunan, bergantung kepada apa yang berlaku di Amerika," katanya.
Menurut beliau, krisis kredit dunia tidak menunjukkan tanda-tanda akan reda walaupun kerajaan-kerajaan seluruh dunia berusaha mengurangkan kadar faedah dan menyuntik kecairan besar-besaran.

Mohamed Ariff berkata, kini semakin kuat kebimbangan tentang kemungkinan kemelut ekonomi dunia berlarutan sehingga akhir 2010 atau 2011.
Beliau juga menyatakan bahawa keyakinan pengguna dan perniagaan di Malaysia jatuh menjunam dan keadaan akan mungkin akan bertambah buruk jika pengurangan pinjaman mengakibatkan kekeringan dana untuk pelaburan dan perbelanjaan isi rumah
Pandangan Najib juga bertentangan dengan pandangan Ahli Majlis Ekonomi Malaysia, Datuk Mohamed Azman Yahya yang mengingatkan bahawa kemerosotan ekonomi yang semakin hampir mungkin lebih mencabar dari krisis yang dihadapi pada tahun 1998
Dalam krisis kali ini, katanya, Malaysia menghadapi risiko stagflasi di mana pertumbuhan akan bergerak perlahan di dalam persekitaran yang tinggi kosnya.
Ia juga mungkin yang terburuk, katanya, dan apa yang lebih membimbangkan ialah kemerosotan kali ini ialah fenomena global.

"Dari segi reaksi yang bersifat polisi ia mengelirukan - terlalu banyak ransangan sama ada dari segi fiskal atau kewangan mungkin mengakibatkan tekanan inflasi, (jika ransangan) terlalu sedikit mungkin membawa kepada kemelesetan," kata Pengerusi Eksekuti Bolton Berhad itu.
Malaysia juga, katanya, mungkin akan menghadapi cabaran dari segi daya saing secara umum terutama kerana ia terlalu lama bergantung kepada buruh asing yang murah.
Mohamed Azman juga membangkitkan sentimen umum yang pesimis dan keyakinan pengguna yang rendah dan langkah berjimat cermat yang semakin meluas akan memberi kesan kepada kelajuan aliran wang dan ekonomi domestik.

Sebelum ini, laporan Political & Economic Risk Consultancy (PERC) yang berpengkalan di Hong Kong meletakkan Malaysia antara negara yang paling berisiko tinggi dalam menghadapi krisis ekonomi dunia yang dijangka akan bertambah buruk.

The Straits Times Singapura melaporkan, berdasarkan skala 0 kepada yang paling tidak berisiko hinggalah 10 kepada yang paling berisiko, Malaysia diletakkan pada tahap 6.07, iaitu antara yang paling berisiko tinggi di samping India (6.87) dan Thailand (6.28).

Artikel dari: http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=17744&Itemid=1

Wednesday, October 29, 2008

Bila nak turun ooii...

Mana janjimu, dahulu apabila naik minyak diberi alasan minyak dunia naik. Jadi kena la ikut harga minyak dunia. Laaaa ni harga minyak dah turun di bawah 60 dolar setong, tak ikut harga minyak dunia pulak. Harga minyak di bawah dolar setong ni, jika dijual dengan harga pada masa ni dua ringgit lebih seliter, kerajaan dah ‘untung’ besar ni. Dalam keadaaan ekonomi gawat ni, berniaga dengan rakyat lebih senang berbanding berniaga dengan orang lain.

Dengar juga alasan bahawa harga minyak dunia turun hasil negara ‘petronas’ merosot. Dikira laa pulak hasil petronas yang merosot. Semasa naik harga minyak dunia naik, macam tak berapa nampak hasil negara naik. Seribu alasan diberi untuk menolong jutaan rakyat tetapi satu alasan untuk menolong kroni-kroni. Keluar duit KWSP untuk siapa? Adakah untuk rakyat jelata?


Untung jadi tauke besar kalau rugi ada orang nak tolong . Orang kebanyakan siapa nak tolong. Nak mapus ke.. nak merempat kee.. tiada siapa peduli. Jadila penasihat yang baik. Untung-untung dapat komesen jual kapala selam ke atau untung jual heli ke...jadi... bukan nak tolong tapi Along...

Thursday, October 23, 2008

Siapa yang kena?

Pengkhabaran rombakan kabinet dicanang dari luar negeri. Pak-pak mentri risau dan mungkin tak tidur lena takut-takut dipinggir dari jawatan. Congakan daripada penganalisis politik mengatakan orang ini dan orang itu tersenarai dan terkeluar.

Kalau diikut dari pandangan seseorang yang berpengalaman yang mencadangkan ‘ditenderkan’ jawatan dalam pemilihan, maka, bolehlah jawatan mentri juga di’tender’.

Team TiPieM terselamat atau ‘diselamatkan’ akan dapat dilihat semasa rombakan berlaku. PieM dijangka akan ‘bertindak’ kepada sesiapa yang dia mahu. TiPieM juga akan bertindak sesuatu dalam perkara ini. Akan dapat dilihat siapa yang kena dan siapa yang dikenakan.

Pelik juga ya, pengkhabaran ini dibuat dari luar negeri. Dah tak sempat balaik ke negeri atau tak dibuat sebelum ke luar negeri. Orang dalam negeri akan berkira-kira apabila mendengan pengkhabaran ini. Siapa agaknya yang akan sambut PieM balik nanti. Ramai ke mentri yang sambut. Orang Melaka sambut Shah Ruck Khan.

Dun Selangor: Tiada pembelian kereta baru untuk exco

SHAH ALAM, 23 Okt (Hrkh) - Kerajaan Pakatan Rakyat belum membeli sebarang kereta baru untuk kegunaan para exconya selain menggunakan kereta lama yang dipakai oleh exco kerajaan BN.

Menurut Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, pembelian terakhir kereta Proton Perdana V6 Executive oleh kerajaan negeri pada Julai 2005 untuk kegunaan Menteri Besar manakala Dato' SUK pada Mei 2005, pegawai kerajaan pada 2006 dan pegawai kewangan negeri pada 2005.

Menjawab soalan lisan Amirudin Shari (KeADILan-Batu Caves) katanya, merujuk kos senggaraan setiap kereta untuk kegunaan Menteri Besar pada tahun 2005 sebanyak RM18,159; pada 2006 sebanyak RM15,000;� pada 2007 RM12,570 dan pada 2008 hanya RM8,600.
Katanya, kos senggaraan bagi kereta Dato' SUK berjumlah RM1,400 pada tahun 2006; RM6,600 bagi tahun 2007 dan pada 2008 setakat RM4,000.
Menurut beliau, kos senggaraan paling tinggi pada tahun 2007 iaitu sebanyak RM10,000 manakala penggunaan kereta untuk exco yang baru paling tinggi kereta kepunyaan exco kerajaan negeri, Yaakob Sapari iaitu RM110,000 dan Iskandar Abd Samad RM88,000.
Berhubung penukaran kereta bagi menjimatkan kos senggaraan katanya, buat masa ini kerajaan akan berhubung terus dengan Proton.
Katanya, walaupun pertukaran kereta itu bukan satu masalah besar tetapi jika kerosakan kereta boleh menghalang kecepatan tugas exco, kerajaan negeri akan memikirkan untuk menukarnya. - lanh_

sumber: http://www.harakahdaily.net

Sajak 'BOLA'

Berbentuk bulat
Berisi angin
Patuh kepada arahan
Kemana ditendang
Ke situ jua perginya

BOLA
Berebut-rebut ditengah padang
sumber rezeki
rezeki halal mendatang
rezeki haram mengundang
perlawanan diatur
siapa pemenang ditentu
penyokong gah bersorak
berlejuh air liur bertempik
memberi seribu harapan kemenangan
nun jauh mendatang
mengahbiskan RM untuk petrol yang mahal
tiket dicagar kemenangan
tapi yang dapat kehampaan

BOLA
ada tertangguh gaji
mana duit untuk makan buah padi
permainan tidak menjadi
penjaga gol menjadi goli
apa sudah jadi
bila nak berlaku reformasi
peminat setia menanti
jangan sampai bola jadi besi

Wednesday, October 22, 2008

Nak kerja di mana ya?

Berita tentang kemungkinan 50,000 pekerja Malaysia yang bekerja di Singapura khasnya dalam sektor elektronik berdepan risiko pemberhentian kerja kesan daripada kemelesetan ekonomi menarik untuk diperkatakan.

ke manalah agaknya kumpulan pekerja ini hendak bekerja. Agak-agaknya boleh hantar mereka ini ke ladang-ladang sawit kot tapi laa ni sawit dah turun harga. Yang best nya harga sawit turun, harga baja dan racun terus naik. 2, 3 orang bolehla jadi orang tengah jual baja dan racun. Yang lebih nak dihantar kemana?

Nak bekerja di kilang elektronik, kena bersaing dengan mat-mat dan minah-minah banggla. Gaji di Singapura yang mereka dapat sama dengan gaji 5 orang mat/minah banggla. Kompeni mana yang nak gajikan kereka mengikut atau setaraf dengan gaji di Singapura.

Menarik juga untuk dibicarakan ialah kenyataan TPM merangkap menteri keduikan menggambarkan bahawa Malaysia ‘terlepas’ dari krisis ekonomi dunia. Sepower-power Singapura pun terkesan dengan kegawatan ekonomi. Alahai negaraku, tanah tumpah negaraku. Mungkin negara GLOKAL ini ada kuasa ajaib seajaib C4 yang boleh menghancurkan objek.

Friday, October 17, 2008

Tawaran Untuk Bulan Ini Sahaja

Puasa 6 di bulan syawal, bukan sesuatu yang mudah. Berpuasa di saat orang lain makan minum suatu dugaan yang berat. Baru nak puasa, kadang-kadang ada rumah terbuka pulak. Sesuatu yang perlu diingat, bahawa ganjaran yang besar yang Allah janjikan kepada pemuasa yang berjaya melakukan perkara tersebut.

Nabi s.a.w ada menjelaskan ganjaran kepada mereka yang berpuasa enam hari pada Syawal melalui beberapa hadisnya, antaranya hadis diriwayatkan Muslim yang bermaksud: “Sesiapa berpuasa pada Ramadan, kemudian diiringi dengan (puasa) enam hari Syawal, maka dia seperti berpuasa satu tahun penuh.”

Rebutlah ganjaran yang besar ini sebelum syawal pada tahun ini berakhir. Penyokong dan pendokong jamaah Islam mesti mengambil peluang ini.

Penganjur Rumah Terbuka: Muka Tak Malu?

PM, TPM dan mentri-mentri sibuk mengadakan sambutan hari raya. Dengan bangganya mereka-mereka ini mengumumkan jumlah kehadiran tetamu. Sambutan diadakan gilang gemilang. Rakyat yang datang berasa kenyang, makan juadah yang disediakan.

Seorang petani, nelayan, pekerja swasta atau pekerja kerajaan yang ingin mengadakan rumah terbuka hari raya akan berusaha mengumpul duit poket untuk mencapai kehendak tersebut. Walau pun makanan tidak mewah dan kehadiran tidak ramai, mereka lebih bermaruah dari sudut moral dan akhlak. Rumah terbuka yang diadakan adalah hasil usaha kewangan sendiri. Bermaruah dan bermoralkah jika kita mengadakan jamuan, kenduri atau rumah terbuka menggunakan duit Rakyat untuk menjamu rakyat.

Cuba bayangkan , si A ambil duit si B untuk belanja makan si B? Si A suruh si B makan apa sahaja. Si A akan bayar bil menggunakan duit si B. Selepas itu si A akan beritahu orang ramai bahawa dia bangga menjamu si B.

Begitu al kisahnya majlis rumah terbuka. Jika begitu keadaannya, keluarga yang makan siput babi (bersamamu TV3) pun mampu mengadakan jamuan rumah terbuka. Sepatutnya puak-puak yang tidak bermaruah ini harus mencontohi sikap Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan yang tidak pernah mengambil peruntukan puluhan ribu ringgit duit kerajaan untuk tujuan majlis rumah terbuka. Alahai rakyat sedarlah dan kenali siapa pemimpin anda? Pilihlah yang bermaruah dan tinggalkan yang “bermuka tak malu”.

Sunday, October 12, 2008

Penglibatan pelajar Islam dalam perarakan Buddha dibantah

KANGAR, 10 Okt (Hrkh) - Dewan Pemuda PAS Perlis (DPPPs) hari ini menghantar memorandum membantah penglibatan pelajar-pelajar Muslim yang menyertai pancaragam sekolah mengiringi perarakan patung berhala Baddha yang diadakan Selasa lalu.

Dalam insiden 7 Oktober lalu, seramai lapan orang pelajar Muslim Sekolah Menengah Kebangsaan Perlis (SMKPs) yang terlibat sebagai ahli pancaragam telah bersama-sama mengiringi perarakan upacara keagamaan tersebut bermula dari Tokong Sayur di hadapan bangunan KWSP ke tokong di Jalan Jubli Emas antara jam 9.00 hingga 9.30 malam.

Memorandum tersebut dihantar kepada Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Perlis, Pengetua SMKPs, Exco Agama Islam, Jawatankuasa Hadhari dan Pembangunan As-Sunnah Negeri Perlis, Jafperi Othman serta Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis, Abdul malik Hussin.

Keempat-empat memorandum tersebut telah diserahkan sendiri oleh Ketua DPPPs, Ustaz Ya'akub Abu Seman dengan diiringi Exco DPPPs dan kawasan.

Dalam memorandum tersebut, DPPPs melahirkankan rasa kesal terhadap pengetua SMKPs yang melibatkan lapan orang pelajar Muslim sebagai ahli pancaragam sekolah mengiringi upacara keagamaan tersebut.

DPPPs juga memandang serius perkara ini kerana ia melibatkan soal aqidah umat Islam.

"Dan pihak kami terkilan dengan ketidakprihatinan ini serta kurangnya sensitiviti pihak sekolah dalam memahami dan membezakan perkara umum dan perkara keagamaan.

"Kami membantah sekeras-kerasnya penglibatan pelajar Muslim kerana perkara ini boleh menjejaskan aqidah mereka dan telah mengguris hati ibu bapa mereka serta umat Islam yang menyaksikan perarakan itu khasnya dan seluruh penduduk Perlis yang meletakkan dasar negeri ini yang menjunjung tinggi al-Quran dan As-sunnah," kata Ustaz Ya'akub ketika membacakan intipati memrandum tersebut.

Selain itu, DPPPs turut menuntut pihak sekolah memohon maaf kepada ibu bapa atau waris para pelajar yang terlibat.

Di SMKPs, memorandum diserahkan kepada Penolong Kanan, Eniom a/l Endin kerana Pengetua sedang bercuti.

Eniom bagaimanapun menerima baik memorandum ini dan sedar akan kesilapan yang berlaku kerana membiarkan pelajar Muslim menyertai upacara terbabit.

Begitu juga, memorandum yang diserahkan kepada Timbalan Pengarah Pelajaran, Abdul Hadi Harun serta Exco Agama diterima baik dan masing-masing berjanji untuk mengambil berat tentang hal ini.

Dalam pada itu, Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin juga telah mengeluarkan surat bantahan kepada Pengarah Jabatan Pelajaran Perlis berkaitan perkara yang sama.

Beliau turut membantah sekeras-kerasnya penglibatan pelajar Muslim tersebut dan berharap pihak berkenaan dapat mengambil tindakan segera memperbetulkan keadaan ini. - mns

http://www.harakahdaily.net/

Sunday, September 28, 2008

Antara raya ‘Hidup Melayu’ dengan raya ‘Takbir’

Slogan ‘Hidup Melayu’ sinonim dengan puak-puak berbaju merah manakala slogan ‘Takbir’ sinonim dengan pauk-puak berbaju hijau. Slogan pun tak sama dan sambutan raya juga memang tak sama.

Cuba dilihat cara puak ‘Takbir’ menyambut dengan penuh adap-adap Islam. Yang diharamkan oleh agama dihindari. Berjabat tangan antara bukan muhrim dijauhi. Muzik yang sederhana. Makan/minum tidak membazir. Berhenti solat di masjid/surau. Ziarah menziarahi kerana Allah.

Bagi puak ‘Hidup Melayu’ ni, semua orang tau. Berjabat salam perempuan / lelaki selemba je macam tak berdosa. Muzik terlampau . selalunya bersolat kat umah je, masjid dah tak nampak. Takbir memang kuat tetapi tak tau pun apa maksud takbir tersebut. Pergaulan bebas berleluasa.

Raya kali ini diharap puak ‘Hidup Melayu’ buat perubahan ikut cara puak ‘Takbir’ sambut raya. Lagi bagus sempena bulan baik ni tukar je baju ‘Hidup Melayu’ kepada baju ‘Takbir’. Sama-sama raya ikut Islam, siasah cara Islam, makan cara Islam, kahwin cara Islam, pemilihan cara Islam, perintah negara cara Islam dan semuanya cara Islam. Islam For All.

Nasihat bagus dari penasihat yang tak bagu*.

Surat khabar utama negara melaporkan, PM dalam satu majlis di Pinang Tunggal mengajak umat Islam bermuafakat dan tidak bercakaran sesama sendiri. Tahu pulak PM bahawa bersatu dapat menjadi umat yang kuat. Tidak ada salahnya dari pendapat PM ni malah inilah yang dituntut oleh agama. Yang menjadi persoalan ialah kaedah bagaimana untuk bersatu? Bersatu ala komunis atau bersatu ala nasionalis.

Seruan bersatu dari ajaran Islam. Islam juga mengajar cara untuk bersatu. Apalah yang susah sangat. Tak tau laaa bilakah puak-puak ni nak faham. Dalam quran dan hadis dah beritahu cara untuk bersatu. Tak mampu ‘Hidup Melayu’ menyatu umat, tak mampu dasar sekular membentuk muafakat. Lain tak bukan , umat Islam mesti bersatu atas dasar Quran dan Sunnah.

Memang ada perselisihan antara individu dengan individu lain, golongan dengan golongan dan parti dengan parti lain. Buang ego parti, buang ego melayu dan buang ego kedudukan. Ambil Quran dan Sunnah sebagai penentu kebenaran dan hakim. Kalau ‘Hidup Melayu’ tak selari dengan Quran, buang jauh-jauh dalam lubuk buaya. Kalau undang-undang tak selari dengan Quran campak dalam gunung berapi, biar hangus tinggal debu.

Friday, September 26, 2008

Sajak: Selamat tinggal Ramadhan.

Oh Ramadhan
Ramadhan menjelang
Hampir tenggelam
Di hujung usia
Menggamit pencinta
Gembira mendatang
Bagi yang tiada erti
Sedih mendatang
Bagi yang penuh petunjuk
Ada bernasib malang
Malang tanpa pahala
Malang tanpa perubahan
Malang tanpa kebaikan
Hanya lapar dahaga
Ada yang beruntung
Beruntung diampun
Beruntung dibersihkan
Beruntung dirahmati
Ganjaran tiada ternilai
Nilainya
Hanya laku di sana
Di sini tiada erti
Terlepas kali ini
Belum pasti bertemu lagi
Selamat tinggal Ramadhan

Saturday, September 20, 2008

Penghabisan stok: baki 30% mesti direbut.

70% telah berlalu, tinggal lagi 30% sahaja baki stok puasa yang ada. Sepuluh hari terakhir puasa mesti direbut kerana mungkin puasa kali ini adalah puasa yang terakhir buat kita. Baki 30% ini juga terkenal dengan malam lailatul Qadar.


Nabi Muhammad dalam sabdanya menyebut.
Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi Muhammad s.a.w bersabda,: "...sesiapa menghayati malam Lailatul Qadar dengan mengerjakan solat (dan pelbagai ibadat lain), sedang dia beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya dia diampunkan dosanya yang lalu."

(Hadis sahih riwayat Bukhari)

Apakah malam Lailatul Qadar?
"SESUNGGUHNYA Kami menurunkannya (al-Quran) ini pada malam Lailatul Qadar. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatul Qadar itu? Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara. Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!"

(Al-Qadr:1-5)

Kita mestilah berusaha mencari malam Lailatul Qadar. Hayati sabda Rasul.
Daripada Aisyah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: "Bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui Lailatul Qadar pada malam ganjil 10 malam akhir Ramadan."

(Hadis sahih riwayat Bukhari)

Contoh terbaik dalam menghidupkan malam Lailatul Qadar ialah amalan Rasullullah.
Daripada Aisyah r.a katanya: "Rasulullah s.a.w memperbanyakkan amalan apabila sampai hari yang ke-10 terakhir Ramadan, baginda juga membangunkan isterinya agar beribadat (solat sunat, membaca al-Quran, berzikir dan lainnya). Baginda juga menjauhkan diri daripada bergaul serta bermesra dengan isterinya."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Wednesday, September 17, 2008

PR berbohong?

PR dituduh berbohong menjelang kejadian ‘Malaysia Baru’ 16 september baru-baru ini. Pada masa yang sama suara-suara kebimbangan juga keluar dari orang yang sama. Kalau sudah tidak mempercayainya lagi, apa perlu dibimbangkan. Adakah 26 rakyat Malaysia juga beranggapan seperti itu?

Dalam hati kecil, puak-puak ini masih tak lena tidur memikirkan kenyataan akhbar PR pada petang 16 september yang akan mengambil tindakan susulan dalam beberapa hari dan minggu lagi. PR juga menegaskan keyakinan membentuk ‘Malaysia Baru’ .


Menjadi satu harapan yang sangat besar supaya PM dapat menerima kunjungan PR dalam masa terdekat. Biar sesuatu itu berlaku dengan aman untuk negara tercinta ini. Berilah sedikit sumbangan kepada negara, dengan mengenepikan kepentingan peribadi dan mengutamakan kepentingan negara. Seluruh rakyat mahukan negara aman, ekonomi yang adil, rasuah sifar, kehakiman telus, SPR bebas dan kehidupan yang lebih selesa.


Apa pun yang berlaku rakyat mengharapkan akan berlaku perubahan sama ada PR yang membawa perubahan atau kerajaan sedia ada yang membuat perubahan. Berubah dari sistem yang salah kepada sistem yang betul, undang-undang yang zalim kepada undang-undang yang adil, bantuan berpilih kepada bantuan yang menyeluruh. Semua perkara datang dari Allah dan akan kembali kepada Allah jua.

Monday, September 15, 2008

Hilang keyakinan kepada hukum Allah

Satu perkara yang mendukacitakan berlaku di tengah-tengah masyarakat Islam ialah hilangnya keyakinan kepada hukum Allah SWT.


Adalah satu perkara yang tidak munasabah dan haram berlaku di kalangan umat Islam bahawa orang-orang yang mengaku Islam, tidak yakin kepada hukum Allah bermakna juga tidak yakin kepada Allah dan tidak yakin kepada Rasullullah s.a.w.


Ini menyebabkan seseorang itu tidak yakin kepada Islam di mana dia mengaku dirinya sebagai seorang Islam.

Tidak terkumpul di dlam hati orang yang beriman dengan keraguan dan syak wasangka kepada ajaran Islam kerana syak wasangka kepada ajaran Islam dan tidak yakin kepada hukum itu adalah perkara yang boleh membatalkan iman.


Firman Allah SWT dalam ayat 65 surah an-Nisa’ yang bermaksud: “Maka demi tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul antara mereka, kemudian mereka pula tidak berasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan, dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya”

Nota: Artikel ini adalah sebahagian dari ruangan bicara dato’ seri Abdul Hadi Awang:

harakah bil 1375.

Sunday, September 14, 2008

17 September / 17 Ramadhan...

Nuzul Al Quran bererti penurunan wahyu kalam suci yang Maha Agung Allah s.w.t. melalui Malaikat Jibrail a.s. kepada Nabi Muhammad s.a.w. Menurut pendapat sesetengah ahli sejarah dan ahli hadis, Al Quran diturunkan pada malam 17 Ramadhan 13 tahun sebelum Rasulullah s.a.w. berhijrah ke Madinah Al Munawarah.

Proses penurunan Al Quran dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah secara serentak. Kemudian Al Quran diturunkan secara berperingkat kepada Rasulullah s.a.w. mengikut ketetapan dan perintah Allah dalam jangka masa lebih kurang 23 tahun demi penyempurnaan misi dan visi Nubuwah serta manhaj Islam untuk manusia sejagat di alam buana ini. Firman Allah s.w.t. “ Bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al Quran,menjadi petunjuk bagi sekalian manusia,dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjadi pembeda antara haq dan batil…….” ayat 185 surah al Baqarah.

Al Quran merupakan mukjizat agung bagi Nabi Muhammad s.a.w. yang tidak ada syak dan waham baginya seperti Firman Allah s.w.t. “ Alif Lam Mim Kitab (Al Quran) ini tidak ada keraguan baginya,petunjuk bagi mereka yang bertaqwa “ ayat 1-2 surah al Baqarah.

Penegasan kebenaran dan kesucian Al Quran jelas lagi nyata dengan FirmanNya “ Sekiranya kamu merasa ragu tentang apa yang kami turunkan (Al Quran) kepada hamba kami (Muhammad), maka cuba buat dan datangkan satu surah yang sebanding dengannya (surah dalam Al Quran) serta ajaklah saksi-saksi kamu (tuhan-tuhan yang kamu sembah) selain daripada Allah ( yang kamu percaya boleh menolong kamu) jika kamu orang yang benar “ ayat 23 surah al Baqarah. Golongan kuffar terus gagal menyahut cabaran Allah tersebut meskipun cabaran ini telah berlangsung semenjak 15 abad yang lampau!

Benarlah Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pesuruhNya sebagai rahmat bagi sekalian alam; Benarlah Islam sebagai agama Hanif yang diperakui dan diredhaiNya sepertimana firmanNya dalam surah Ali Imran ayat 19 “ Sesungguhnya agama (yang diiktiraf) di sisi Allah hanyalah Ad-Dinul Islam”

Kitab suci Al Quran perlu didampingi, dibaca, difahami, dihayati, dikaji, dianalisa dan diterokai akan khazanah ilmunya yang mencakupi segenap lapangan kehidupan insan dalam usaha untuk mencapai kecemerlangan dan kebahagian hidup di dunia mahupun di akhirat.

Kegemilangan umat Islam silam seperti yang tercatat dalam tinta sejarah dunia jelas menunjukkan bahawa kehebatan umat Nabi Muhammad adalah terhasil daripada program tamrin,tanzim dan tarbiyah Nubuwah yang terencana dengan begitu halus dan rapi sehingga terbentuknya satu generasi yang digelar sebagai Generasi Al Quran yang cukup istimewa.

Generasi Al Quran ini telah membelanjakan seluruh kehidupan mereka untuk berjihad membawa cahaya dan panji-panji kebenaran Islam agar dapat dikecapi oleh manusia sejagat. Perjuangan dan pengorbanan mereka untuk membebaskan penghambaan sesama makhluk kepada pentauhidan terhadap yang Maha Esa; Menyelamatkan kekalutan nilai sosial ekonomi zaman Jahiliyah kepada kehidupan yang aman dan sejahtera dari sebarang bentuk penindasan dan kezaliman sesama insan….. .

Alangkah sedihnya kegemilangan ketamaddunan terbina dek Generasi Al Quran ini gagal dipertahankan kelangsungannya. Umat Islam hari ketinggalan dalam segenap aspek kehidupan mereka berbanding umat lain. Bahkan mereka bercakaran sesama sendiri; Perpecahan, peperangan saudara, pertelingkahan ideologi politik, penindasan dan pembolotan hasil ekonomi dan lain-lain lagi.

Kenapa boleh terjadi segala kekalutan dan kepincangan ini ??? Jawapannya umat ini telah meninggalkan ajaran dan petunjuk Al Quran ! Al Quran tidak lagi menjadi sumber rujukan dan panduan dalam merencana dan menentukan hala tuju setiap program,projek dan aktiviti kehidupan insan muslim. Hawa nafsu dan logical akal mendominasi setiap tindakan dan polisi yang digubal. Terikut-ikut dan terperangkap dalam teori dan ideologi golongan kuffar dalam mengurus tadbir negara dan ehwal umat Islam ; Umat ini telah kehilangan jati diri ; Hidup miskin dalam negara yang kaya dengan sumber hasil bumi. Menagih ihsan dan menjadi pengguna hasil rekacipta sains dan teknologi bakan Islam.

Bilangan umat ini ramai sepertimana yang digambarkan oleh Baginda Rasulullah tetapi umpama air buih selepas banjir yang tiada kekuatan yang terumbang-ambing; Ramai yang menjadi hidangan diratah kerakusan golongan kuffar.

Adakah ini ciri-ciri khairul ummah seperti yang digambar dalam Al Quran ? Sesungguh umat ini mulia, kuat, gagah perkasa kerana mereka mendampingi Al Quran siang dan malam. Mereka membaca,meneliti dan menganalisa setiap ayat suci untuk dijadikan pedoman dan kunci kejayaan segala urusan duniawi dan ukhurawi mereka. Kehebatan umat Islam yang berpegang teguh kepada Al Quran telah diakui oleh perdana menteri Britain yang pertama “ Selama mana kitab ini (Al Quran) berada di tangan orang Islam,maka selama itulah Eropah tidak dapat menguasai Timur Tengah”

Al Quran merupakan benteng terakhir agama yang menjaga keaslian dan kebenaran Agama Allah ini. Selama mana dipetahankan ajarannya maka selama itulah Islam akan kukuh di jiwa penganutnya. Jika Al Quran telah terpisah jauh daripada umat Islam,maka akan hilanglah kekuatan umat Islam. Akan tetapi jika umat Islam berpegang teguh dengan Al Quran,musuh-musuh Islam tidak akan dapat menghancurkan Islam dan umatnya.

Apabila Al Quran telah terpahat di lubuk hati umat Islam dan subur di dalam jiwa,maka tiada sebarang senjata yang dapat memusnahkannya,tiada pengaruh jahat yang akan dapat menyesatkannya walau di mana sahaja mereka berada.

Ayuh sempena menyambut hari Nuzul Al Quran tahun ini, setiap lapisan masyarakat Islam samada lelaki atau perempuan, tua atau muda,kaya atau miskin kembalilah kepada Al Quran yang maha suci ini menerusi aktiviti dan program tadarus dan pengajian tafsir Al Quran. Usaha kembali kepada Al Quran ini perlu dilakukan secara kolektif dan terancang oleh pihak kerajaan mahupun swasta.

Insya’ Allah dengan kesungguhan dan kesepaduan semua lapisan umat Islam dalam menghayati ajaran Al Quran, Generasi Al Quran yang memiliki segala kehebatan,yang disegani kawan dan dihormati lawan bakal menjelma lagi untuk membawa panji-panji keagungan Islam ke arah pembentukan sebuah Daulah Islamiah yang baik dan senantiasa beroleh keampunan Ilahi serta menabur khidmat bakti untuk umat manusia seluruhnya. Amin !
Disediakan oleh :
Mohamad Yusof Ong bin Abdullah
Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Selangor


Nota: artikel ini diambil dari http://www.jais.net.my

Saturday, September 13, 2008

Makmum mendahului imam antara golongan terkutuk.


Perlu difahami bahawa makmum tidak boleh mendahului imam, sama ada ketika rukuk dan sujud atau ketika bangun daripada kedua-duanya dalam seluruh kaifiyat yang lain dalam solat jamaah.

Tidak sayogia makmum bergerak serentak sama pergerakan imam. Makmum mestilah menyusul kemudian sedikit pergerakan imam.

Inilah makna mengikut imam, disiplin dan syarat yang diajar oleh Islam, terhadap mematuhi orang yang layak memimpin.

Tiada yang lebih layak jadi pemimpin melainkan nabi Muhammad s.a.w dan orang yang mematuhi jejaknya.

Ada pendapat ulama menghukumkan batal solat orang mendahului imam.

Namun imam Ghazali sendiri tidak menghukumkan demikian kerana kedudukan perkara tersebut sebagai khilaf ulama.

Setiap makmum mesti mengetahui bahawa perbuatan mendahului imam boleh membawa kepada batal solat, oleh yang demikian turutlah benar-benar sebagai membuktikan kepatuhan

Nabi Muhammad s.a.w mengecam hebat perbuatan makmum mendahului imam melalui sabdanya yang bermaksud: “Tidakkah mereka merasa gerun, makmum yang angkat kepala mendahului imam, pada hari akhirat kelak Allah SWT akan tukar kepalanya menjadi kepala khimar. Atau hendaklah dia sedar bahawa perbuatan mendahului imam itu dikutuk oleh Allah AWT.”

Makmum mendahului imam dikutuk oleh Tuhan kerana ia menunjukkan tiada kepatuhan terhadap imam. Dalam solat atau kepimpinan dalam masyarakat, sedangkan kesetiaan itu dituntut dalam Islam bagi membuktikan kesatuan ummah.


Sebahagian Mauidzah:Tn Guru Nik Aziz Nik Mat: harakah bil :1374

Kasihan MARDI.

Senarai di bawah diambil daripada laman web MARDI. Pada pandangan umum, MARDI telah menjalankan tugas dengan cemerlang dalam memajukan teknologi pertanian. Banyak kajian-kajian dan R&D dilakukan mendapat pengiktirafan. Kajian-kajian ini hanya menjadi pembaziran jika tidak digunakan dengan baik. Ratusan juta wang rakyat dibelanjakan.

AKTIVITI R&D KAMI SASARKAN KE ARAH :

  • Pembangunan teknologi bagi meningkat persaingan dalam industri pemprosesan makanan
  • Pembangunan teknologi dalam pengeluaran buah -buahan, sayur-sayuran, bunga-bungaan, bijiran dan lain- lain berkaitan dengan industri tanaman
  • Pembangunan teknologi yang berkaitan dengan industri ternakan
  • Pembangunan teknologi dalam bidang bioteknologi, mekanisasi dan juga pengurusan sumber dan persekitaran
  • Kajian sosio ekonomi dan pengurusan teknologi untuk makanan dan pertanian
  • Pemindahan teknologi dan pengkomersialan bagi meningkatkan produktiviti pertanian dan kualiti makanan, juga mewujudkan perniagaan tani yang berdaya maju

Dengan kajian-kajian MARDI ini, jika diusahakan dengan sempurna akan memberi faedah kepada negara. Rasanya tidak perlulah negara mempelajari teknologi dari negara lain. Tak perlukan hantar sepasukan manusia melawat ke negara lain untuk mempelajari teknologi. Cuaca, tanah, geografi,sumber buruh,alam persekitaran Malaysia tidak sama dengan Taiwan. Jika teknologi Taiwan mahu dibawa pulang, ia perlu disuaikan dengan keadaan Malaysia. Lebih baik diambil teknologi dari kajian MARDI yang memang sesuai dengan negara Malaysia. Tepuk dada tanya rasionalnya.

Rakyat nak lihat hasilnya.

Antara isu yang mendapat perhatian rakyat Malaysia pada masa ini ialah lawatan sebuah kelab ke Taiwan. Diberitakan lawatan ini bertujuan untuk mempelajari kemajuan bidang pertanian di negara tersebut. Dikhabarkan juga tentang berakhirnya lawatan itu lebih awal daripada jangkaan.

Rakyat nak lihat sejauh mana objektif lawatan iaitu untuk membangunkan industri pertanian di kawasan masing-masing apabila pulang ke Malaysia dapat dilaksanakan. Rakyat kira kelab ini juga melawat ke kandang-kandang babi di sana. Apa reaksi kelab tentang perancangan kerajaan Selangor untuk membuat kandang babi bersepadu dan moden.

Selepas ini, semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak wajar menjadi jelapang makanan negara. Ilmu yang dikutip dari Taiwan mesti digunakan sebaik-baiknya. Rakyat memerlukan pertolongan untuk memajukan bidang pertanian. Karenah birokrasi mesti dikurangkan.

Rakyat mesti bertanya dan minta bantuan daripada pihak yang melawat ke Taiwan kerana mereka ini ‘penuh’ dengan ilmu bidang pertanian. Andaikata lawatan ini memberi manafaat kepada petani, pesawah dan penternak, tahniah diucapkan. Andaikata lawatan ini gagal membawa perubahan, maka satu kajian semula mesti dilakukan.

Friday, September 12, 2008

Rebut bakinya.

30% ramadhan telah berlalu. Baki 70% lagi menjadi rebutan. Rebutlah sebanyak-banyaknya keberkatan ramadhan ini kerana ia tidak akan habis. Hari yang berlalu mestilah diambil pengajaran.

Berqualitikah puasa yang kita lakukan selama ini? Apa martabat solat tarawikh ? di mana tutur kata dan pandangan mata? Semua ini harus direnung supaya baki ramadhan yang ada digunakan dengan sebaik-baiknya.

Sebagai seorang yang cintakan Islam. Yang mahu Islam memerintah bukan diperintah. Ayuh marilah sama-sama bermunajat, berdoa dan bertawakal kepada Allah pencipta alam agar negara Malaysia tercinta ini melaksanakan seluruh suruhan dan meniunggalkan semua larangan Allah.

Apalah sumbangan yang dapat diberi kepada agamaNya. Berapakah sumbangan wang ringgit yang kita beri kepada Parti Islam Se-Malaysia? Berapa banyakkah tenaga yang disumbangkan kepada aktiviti jamaah? Paling “bangsat” pun berapa banyak kita berdoa untuk jamaah? Kita mesti memberi sedikit sumbangan yang termampu kepada jamaah. Semoga sumbangan yang sedikit ini, negara ini akan diperintah oleh Islam dan sumbangan kita akan dikira sebagai ibadah dan mendapat ganjaran dariNya.

MP: Dari Taiwan ke bulan pula?


Kisah MP pemerintah yang dihantar melawat ke Taiwan menimbulkan persoalan yang tidak terjawab. Nun jauh di Taiwan, namun MP ini tetap dikejar. Dilaporkan bahawa empat orang MP dari PKR menjejaki mereka di Taiwan.

Taiwan bukannya jauh sangat. Boleh sampai dalam beberapa jam dari Malaysia. Dalam benak hati ‘Pi Em’, kemanakah lagi hendak dihantar anak buahku ini. Kalau dihantar ke timur tengah atau Afrika juga dapat diikuti oleh MP PKR. ‘Pi Em’ boleh bertanya JJ kemana hendak dihantar mereka ini.

Misi menghantar angkasawan ke bulan mengambil masa yang lama. Sebelum pergi diwajibkan menjalani latihan di Rusia untuk beberapa ketika. Selepas itu barulah mereka boleh “melancong” ke bulan. Idea ini boleh digunakan oleh ‘Pi Em’ untuk menghantar MP yang disyaki untuk melacong ke bulan. Sudah tentu MP dari PKR tidak dapat mengikuti mereka ini.

Nampak gayanya semua perancangan tak menjadi. Alamat nak karam kapal ‘Pi Em’ ni. Tarikh 16 September Pasti tiba. Apa lagi perancangan yang hendak dilakukan oleh ‘Pi Em’ . Ingat, manusia merancang dan Allah juga merancang. Sesungguhnya perancangan Allah adalah yang lebih sempurna.

Thursday, September 11, 2008

16 September : ADUN melompat sama?

Tanggal 16 september akan tiba tidak berapa lama lagi. Menjadi tanda tanya, siapakah Ahli Parlimen (AP) BN yang akan melompat kepada Pakatan Rakyat (PR). Apabila AP lompat, ADUN ikut melompat atau duduk di takuk lama masih menjadi misteri. ADUN yang berjiwa rakyat akan menilai kerajaan mana yang membela rakyat. Mungkin terasa malu untuk melompat tetapi ada yang terpaksa melompat. Mungkin ada yang melompat kerana ditolak. Mungkin ada melompat kerana terkejut dan mungkin yang melompat kerana dibawa melompat.

Membangun sesebuah negeri atau negara bukan dibuat seorang individu. Ia dibangunkan oleh AP dan ADUN yang merangka dasar. Sedarilah bahawa jawatan AP atau ADUN adalah satu amanah dari Allah yang akan dipersoalkan. Jika melompatnya AP dan ADUN memberi kebaikan kepada agama dan negara, sudah pasti akan mendapat ganjaran dari Allah. Keberkatan bulan ramadhan yang di dalamnya ada keampunan dan rahmat, eloklah AP dan ADUN kembali berpegang kepada ajaran Al-Quran dan Al-Sunnah.

Perubahan yang akan dilakukan oleh AP dan ADUN akan memberi kesan kepada 25juta rakyat Malaysia. Jika dengan perubahan itu, Islam dimartabatkan maka martabatkan pahala untuk dirinya. Jika perubahan itu membawa kepada kebajikan, maka seluruh rakyat yang mendapat faedah.

Apa yang berlaku pada 16 September ini hanya Allah yang tahu. Tiada yang mustahil bagi Allah. Allah memberi kekuasan kepada sesiapa yang disukai dan Allah merampas kekuasaan itu daripada sesiapa sahaja yang Dia mahu.

Wednesday, September 10, 2008

Gaji pekerja di Asia Pasifik diramal naik.


Ekonomi di Asia dijangkakan lebih rendah

SINGAPURA: Paras gaji di rantau Asia Pasifik diramalkan meningkat tahun depan berikutan kenaikan inflasi, kata laporan firma pampasan semalam.

Paras itu dijangka meningkat dengan purata lapan peratus tahun depan berbanding 6.7 peratus tahun ini, menurut HR Business Solutions.

Kenaikan gaji di kalangan negara lebih maju termasuk Taiwan, Jepun, Australia, New Zealand dan Singapura diramalkan meningkat antara 3.5 hingga 5.9 peratus, kata syarikat itu.

Sri Lanka mendahului ramalan kenaikan itu dengan 17 peratus diikuti India 16 peratus, Indonesia (12.7 peratus), Vietnam (12.4 peratus), Bangladesh (11.9 peratus) dan Pakistan (11.1 peratus).

China muncul di tangga ketujuh dengan ramalan kenaikan gaji pada 11 peratus diekori Kemboja (9.8 peratus), Filipina (sembilan peratus), Korea Selatan (lapan peratus), Thailand (7.5 peratus) dan Malaysia (tujuh peratus).

"Dengan kadar pertumbuhan ekonomi di Asia kebanyakannya diramalkan lebih rendah tahun ini berbanding tahun lalu, kadar inflasi di seluruh rantau Asia Pasifik meningkat pada paras tinggi sepanjang masa," kata syarikat itu dalam laporannya.

Pasaran buruh terus tegang di China, India dan Vietnam terutama bagi kakitangan yang layak, katanya.

Dengan lonjakan kenaikan gaji terbesar diramalkan di Sri Lanka, laporan itu berkata syarikat di negara itu menggaji pekerja baru.

Sementara di negara lain, mengambil dan melatih pekerja berkemahiran agak mencabar, kata laporan itu. - Agensi

Nota: Artikel ini diambil dari bharian.com.my untuk renungan pembaca sekalian.

Pelabur Tunggu 16 September.

Tarikh 16 september juga mendapat perhatian daripada pelabur-pelabur. Dilaporkan tentang kejatuhan Bursa Malaysia pada 9 September 2008. walaupun 6 hari lagi tarikh 16 september akan tiba, tetapi para pelabur sudah mengambil langkah berhati-hati dalam pelaburan.

Pasaran saham dijangka akan pulih jika tarikh 16 September betul-betul terjadi. Keterbukaan dan ketelusan dalam kerajaan PR ,Kelantan, Selangor, Perak, Kedah dan Pulau Pinang meyakinkan pelabur. Ketokohan DSAI dalam kewangan dan ekonomi memberi kelebihan. Pengalaman menjadi menteri kewangan yang berjaya sebelum ini dapat memulihkan ekonomi negara.

Dengan janji PR untuk menghapus akta-akta zalim, memberi ‘integriti’ kepada badan kehakiman, BPR, SPR dan ketelusan dalam pentadbiran menjadi faktor yang menarik perhatian para pelabur.

Ekonomi yang baik sudah pasti memberi manafaat kepada rakyat dan negara berkebajikan dapat dilaksanakan dengan berkesan. Tarikh 16 September ini diharap menjadi rahmat kepada rakyat Malaysia dan pelabur-pelabur.

Tuesday, September 9, 2008

BPR “bernyawa” menghantui agensi kerajaan.


Tahniah Badan Pencegah Rasuah (BPR) kerana bertidak agresif sejak akhir-akhir ini. Puspakom diserang hendap, agensi-agensi lain menanti masa untuk disiasat. Pekerjaan BPR merupakan satu tugas yang besar amanahnya kepada seluruh rakyat Malaysia.

BPR boleh menyelamatkan jutaan ringgit wang rakyat. Ia bukan sahaja menyelamatkan jutaan ringgit wang yang diperuntukkan tetapi peranannyanya juga dapat menarik pelabur asing yang berbilion ringgit. Ekonomi negara banyak bergantung kepada sejauh mana BPR menjalankan tugasnya. Sebelum ini BPR seakan-akan tidak bernyawa dan agak perlahan pergerakannya.

BPR dilaporkan akan menjalankan pemantauan dan pemeriksaan di agensi-agensi kerajaan lain. Semangat yang ditunjukkan oleh BPR harus disambut dengan hati terbuka oleh kerajaan pusat untuk meletakkan BPR di bawah parlimen. Dengan demikian , “nyawa” yang ada akan dapat menggerakkan badan ini dengan lebih bertenaga. Apa susahnya dan apa sebabnya kerajaan pak lah enggan meletakkan BPR di bawah parlimen? Apakah takut BPR siasat kroni-kroninya atau orang tingkat 4 yang menghalangnya?

BPR akan menghantui agensi kerajaan yang lain seperti Kementerian Pelajaran, Kementerian Pertahanan, Kementerian Pengajian Tinggi dan kementerian-kementerian yang lain. Sebahgian sahaja kakitangan kementerian atau agensi lain yang terasa dihantui. Pekerja yang bersih akan berasa selamat dengan kedatangan BPR ke tempat mereka. Mereka akan terlepas daripada subhat. Sememangnya mereka ini benci akan rasuah.

Rakyat akan sentiasa memerhatikan BPR. Apakah mereka menjalankan tugas? Apakah mereka masih melakukan penyiasatan berpilih? Apakah hanya ikan bilis dan ikan sardin yang disiasat? Semua persoalan ini akan dipantau oleh rakyat. Harapan rakyat agar ‘Majulah BPR Untuk Negara’.

Puspakom:Sistem yang “salah” atau pelaksanaan yang “salah”.


Kisah Puspakom dengan BPR belum selesai lagi setelah beberapa minggu isu ini timbul. Baru-baru ini pula satu perkara hendak dilakukan. Sistem pemeriksaan kenderaan yang kini digunapakai Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) atau Puspakom Sdn Bhd akan dikaji semula oleh Kemementerian Pengangkutan.

Kebanyakkan penyelewengan yang berlaku akibat daripada kelemahan dalam pelaksanaannya bukan pada sistemnya. Seperti Rukun Negara. Kelemahan tidak berlaku pada Rukun Negara itu tetapi kelemahan berlaku pada pelaksanaan mencapai Rukun Negara. Difahamkan bahawa perjumpaan wakil Pakatan Rakyat (PR) yang terbaru, menjunjung rukun negara sebagai landasan pemerintahan.

Selain pelaksanaan yang baik, pemantauan juga harus diberi perhatian. Kegagalan sistem, pelaksanaan atau pemantauan mengakibatkan pembaziran. Ia juga akan menyusahkan rakyat terutamanya rakyat miskin dan sederhana.

Adalah sangat penting untuk meletakkan BPR dibawah Parlimen supaya intergriti SPR terpelihara dan kebebasan BPR membuat keputusan. Menjadi tanggungjawab rakyat untuk menegur pemerintah untuk melihat kemajuan Malaysia yang lebih baik.

Bukan Kementerian Pengangkutan sahaja yang patut dikaji tetapi semua jabatan perlu dikaji. SPR juga mesti dikaji. Undang-undang lapok mestilah diganti dengan undang-undang yang lebih baik. Biar pengundi berasa yakin dengan peranan SPR dan seterusnya meyakinkan pelabur-pelabur luar.

Sunday, September 7, 2008

Islam Sebagai Landasan Perpaduan Kaum.


Islam membuktikan kejayaan dalam isu perpaduan kaum dan bangsa. Sejarah memperlihatkan pembukaan kota Mekah dilakukan dengan jayanya tanpa perbalahan kaum menjadi fakta yang menarik untuk dikaji. Berpuluh kaum dan bangsa ada di Mekah.

Islam menjadi penyatu antara kaum. Setiap kaum tidak rasa ditindas. Hak-hak setiap kaum dihormati. Antara kaum melayu, Cina dan India sudah pasti ada perbezaan. Malah dalam suku-suku dalam kaum yang sama pun ada perbezaan. Dalam kaum Melayu sahaja ada pelbagai jenis. Ada Melayu Jawa, Melayu Kelantan, Melayu Banjau, Melayu Kedah dan Melayu-Melayu yang lain.

Allah menjadikan perbezaan ini adalah rahmat. Islam mengajar supaya berkenal-kenalan antara satu sama lain. Individu dilahirkan oleh Allah tanpa pilihan mereka. Mereka tidak diberi pilihan untuk menjadi bangsa-bangsa tertentu. Abdullah, Najib,Hadi,Nik Aziz,Anwar tidak meminta untuk jadi Melayu. Toh Su Kon,Lim Kit Siang,Ong Tian Kiat tidak meminta jadi Cina. Samy Vellu,Gobalakrisnan,Subramanian tidak meminta jadi India. Seseorang individu tidak adil untuk dihina atas bangsa dan kaumnya.

Bagaimana Islam dalam mengulangi sejarah pembukaan Kota Mekah terletak pada umat Islam sendiri. Tegakkan Islam dalam diri sendiri, dalam keluarga, dalam masyarakat dan dalam bernegara. Pemimpin-pemimpin negara mesti kembali kepada Islam sepenuhnya. Selagi perpaduan ditaja atas kebangsaan, sudah pasti gagal membentuk perpaduan kaum.

Kerajaan Kelantan memberi contoh terbaik dalam isu perpaduan. Peristiwa “13 Mei” tidak berlaku di Kelantan walaupun kaum bukan Melayu dan bukan Islam menjadi minoriti pada masa itu. Selama PAS menerajui Kelantan tidak berlaku perbalahan kaum. Tahniah tok guru, tahniah Kelantan, tahniah Islam. PAS for All.

Friday, September 5, 2008

Gerakan bergerak?

Kisah bulan lepas, isu Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat Gerakan, Datuk Dr Toh Kin Woon mengumumkan keluar parti berkuat kuasa serta-merta bagi memberi tumpuan terhadap kerja amal menjadi seribu tanda tanya.

Kisah kedua tentang parti Gerakan ialah mengenai cadangan perwakilan dari Perak supaya parti itu meninggalkan Barisan Nasional menjadi beribu tanda tanya.

Kisah terbaru kisah Gerakan bukan ‘pak turut’ menjadi sejuta tanda tanya.

Gerakan akan mengkaji semula kedudukan parti itu dalam Barisan Nasional (BN) sekiranya parti-parti komponennya terutamanya Umno, gagal membuat perubahan untuk mengembalikan keyakinan rakyat, kata pemangku presiden parti itu Tan Sri Dr Koh Tsu Koon hari ini.

Sambil menegaskan Gerakan bukan parti "pak turut" dalam BN, Koh bagaimanapun berkata, parti itu tidak akan tergesa-gesa dalam tindakannya dan akan memberi "tempoh munasabah" sebelum mengambil sebarang tindakan.

Gerakan akan terus mendesak agar dilakukan perubahan dan pembaharuan dalam BN tetapi sekiranya usaha itu tidak berhasil, parti itu akan mengkaji semula kedudukannya dalam BN, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Parti Gerakan Kelantan di sini hari ini.

(www.bernama.com)

Apakah tanda dan ertinya apabila isu ini timbul. Pembaca dapat ramalkan apa yang digerakkan oleh Gerakan. Banyak persoalan boleh diramalkan. Isu ini tidak dapat tidak akan membuka ruang kepada tarikh peralihan kuasa 16 September.

Hak Status Universiti Apex dipersoal.

Persatuan Alumni Universiti Malaya (PAUM) kecewa apabila universiti itu tidak dipilih bagi menyertai Program Pemacuan untuk Kecemerlangan (Apex), sebaliknya Universiti Sains Malaysia (USM) yang mendapat status tersebut.

Presiden PAUM, Datuk Noordin Abd Razak dalam satu kenyataan hari ini berkata, PAUM hairan bagaimana universiti tertua yang juga diberi ranking dunia ke-246 diketepikan sementara USM yang ranking dunianya lebih rendah iaitu di tempat 307 dipilih untuk diberikan status itu.

Menurutnya, kajian Sistem Penarafan IPT Malaysia (SETARA) yang diumumkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada April lalu mendapati UM mencapai tahap cemerlang dengan mendapat taraf lima bintang dan USM hanya mendapat taraf tiga bintang.

"UM adalah universiti tempatan yang mempunyai paling banyak program akademik yang diiktiraf oleh agensi dan pertubuhan antarabangsa dan merupakan universiti yang menerbitkan paling banyak makalah berkualiti dalam jurnal-jurnal terkemukan dunia," katanya.

Katanya, PAUM berpendapat pemilihan tersebut perlu dibuat secara lebih telus dan terbuka serta kriteria yang digunakan perlu dinyatakan dengan sebaik mungkin agar universiti tempatan yang lain tidak merasakan pemilihan tersebut tidak adil.

Bernama.com.my

Keluhan dan luahan rasa Persatuan Alumni Universiti Malaya (PAUM) berasas dan harus mendapat perhatian pihak berwajib. Jika ketelusan pemilihan universiti Apex ini diragui, dibimbangi matlamat penubuhan tidak tercapai. Ratusan juta ringgit dihabiskan, matlamat tidak kesampaian. Wang rakyat menjadi korban.

Kementerian yang terlibat mestilah bermuqabalah dengan semua IPTA untuk mencari universiti yang sesuai dinobatkan sebagai universiti Apex. Suatu perkara lagi yang dibimbangi ialah halangan akta AUKU yang mengongkong pelajar dalam menjayakan universiti Apex.

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP