Saturday, January 3, 2009

Pantun P36

Wak Katiran makan bubur,
sambil duduk di atas bata,
segala peruntukan ditabur,
janji manis pengabur mata,


emak menggantung baju T,
disusun teratur dalam almari,
untungnya rakyat KT,
mendapat perhatian semua menteri,


tanaman Pak Mat semakin layu,
kerana ditanam tanah berbatu,
rumah Melayu patutnya melayu,
ada pula nama Cina di situ,


berhati-hati semasa melangkah,
supaya tidak tersepak batu,
satu rumah 20 tukang pangkah,
itu nama pengundi berhantu,

0 comments:

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP