Friday, January 2, 2009

Peluang Merebut Pahala


Medan tempur pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu adalah satu peluang yang mesti direbut oleh pejuang-pejuang Islam dalam mengumpul ‘duit akhirat’ atau pahala sebanyak-banyaknya.

Para pencinta Islam mesti merenung dan memahami pesanan TG Haji Hadi Awang sewaktu pengumuman calon pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu 1 Januari lalu.

"Jika kita berkempen dan orang dengar kempen kita dapat pahala, kita kempen dan orang marah kita dapat pahala. Semua dapat pahala, kata Tuan Guru.

Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang juga memperingatkan ahli, penyokong serta pendokong perjuangan PAS agar tetap teguh dengan Islam serta bersama dengan gerakan tersebut baik ketika berada dalam kesenangan mahu pun kesusahan.

Katanya, ahli PAS yang faham serta mendokongi perjuangan Islam perlu mentaati arahan kepimpinan yang dibuat secara kolektif dan syura.

"Taat diwaktu senang dan susah. Mentaati dalam semua keadaan. Setuju kita taat dan tidak setuju pun kita taat. Apa sahaja arahan yang diberi oleh pemimpin.

0 comments:

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP