Sunday, March 1, 2009

Inikah Islam kita?

Masyarakat manusia pada hari ini sesungguhnya hidup dalam bencana. Bencana besar yang saya maksudkan di sini ialah berlakunya krisis nilai. Krisis ini menimpa hampir ke semua peringkat dan golongan masyarakat termasuk umat Islam itu sendiri. Akibat dari krisis tersebut mengundang pelbagai polemik, kecelaruaan sikap dan tindakan, kegawatan berkaitan isu agama, moral, sosial, politik dan lain-lainnya.

Apakah punca krisis ini berlaku? Banyak faktor sebenarnya yang membawa kepada terjadinya krisis tersebut. Antaranya ialah penolakan manusia dan egonya mereka untuk kembali kepada Islam yang tulen, terhadnya kebebasan untuk menyampaikan maklumat dan ilmu yang sebenar selain bangsa Melayu itu sendiri dijajah oleh kuasa asing lebih kurang 500 tahun lamanya. Segala perkara boleh berlaku dan berubah sepanjang tempoh tersebut.

Hari ini umat Melayu Islam boleh dikatakan mewarisi Islam yang telah bercampur aduk dengan ideologi, budaya, adat resam yang pelbagai, antaranya :



3. Islam Warisan

atau juga disebut Islam secara keturunan. Golongan ini memahami Islam yang telah bercampur dengan pelbagai adat istiadat dan budaya amalan resam masyarakat. Amalan-amalan tersebut sebati sehingga menjadi kemestian dan sunnah pula terkadang diabaikan. Amalan mengadakan kenduri marhaban dan mencukur jambul dengan air yang diletakkan di dalam kelapa yang ditebuk kadang-kadang lebih didahulukan berbanding sunnah tahnik (belah mulut dengan kurma), sedeqah dengan kadar timbangan berat rambut bayi, akikah dan sebagainya. Kenduri marhaban yang diadakan tidak dilibatkan ibadah akikah. Demikianlah juga adat mengkebumikan uri secara luar biasa, diikat bayi dengan benang hitam sebagai tangkal, adat persandingan ketika perkahwinan, adat membatal air sembahyang, kenduri arwah dan tahlil 7 hari berturut-turut, adat membaca Al-Qur’an di kubur 7 atau 40 malam berturut-turut dan lain-lain lagi. Segala adat istiadat ini diamalkan oleh sesetengah masyarakat melayu Islam dengan beranggapan ianya satu kemestian.

fikir dan renungkan adakah Islam kita pada hari ini adalah Islam warisan?

sumber: sebahagian dari artikel Hazmidibok

0 comments:

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP