Monday, April 27, 2009

SPRM jadi 'Kelab Penyokong Umno'?

Khairul Azlam Mohamad
Mon | Apr 27, 09 | 2:44:36 pm MYT

SETIU, 27 April (Hrkh) - PAS menyifatkan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) menjadi 'Kelab Penyokong Umno' kerana melakukan diskriminasi terpilih terhadap pendakwaan kes rasuah dan politik wang.





Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu berkata perubahan besar ke arah lebih baik, telus dan berkeyakinan yang diharapkan kepada SPRM tidak kesampaian.

"SPRM jadi 'Kelab Umno' hilang wibawanya. SPRM, kita (PAS) mengharapkan satu perubahan yang besar. Dia (SPRM) perlu bertindak tanpa kira bulu tanpa kira parti tanpa kira kedudukan," ujarnya ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-31 PAS Kawasan Setiu, di Kampung Tanjung Batu Rakit, Kuala Terengganu, semalam.

Menurutnya, tangkapan yang pernah dilakukan terhadap ahli-ahli Exco Kerajaan Negeri Perak meski pun pahit dialu-alukan.

Bahkan, katanya siasatan terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Muhammad Fairus wajar jika ada bukti menyeleweng.

"Jika kita (rakyat) tengok dia (SPRM) tangkap Exco kerajaan negeri Perak walau pun pahit kita (PAS) alu-alukan.

"Siasatan terhadap Tan Sri Khalid (MB Selangor) terhadap Muhammad Fairus (TKM) tetapi saya sedikit hairanlah mereka (SPRM) tidak tahu kes-kes rasuah yang berlaku dalam Umno," jelasnya.

Menurutnya, SPRM tidak mendakwa bekas MB Selangor, Dato' Seri Dr Mohamad Khir Toyo, Ketua Menteri Melaka, Dato' Seri Mohd Ali Rustam, Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin dan lain-lain.

Beliau mendedahkan, hampir 1000 lebih kes yang membabitkan para perwakilan dan pemimpin Umno berkaitan politik wang (rasuah) tetapi tidak ada pendakwaan oleh pihak SPRM.

"Badan Pencegah Rasuah (BPR) ini paling berwibawa di zaman Tunku Abdul Rahman dan diawal pemerintahan Tun Razak dan kita (PAS) melihat dia (BPR) bertindak tanpa kira kedudukan.

"Selepas itu sampai sekarang masih tidak boleh diperbaiki sebab pemerintah (Umno-BN) itu sendiri sebenarnya begitu rosak,"ujarnya.

Berikutan pilihan raya kecil bakal diadakan di Dewan Undangan Negeri (Dun) Penanti ekoran perletakkan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) terbabit PAS akan membantunya.

Oleh kerana, katanya status kerusi Dun Penanti sewaktu Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 milik Parti KeADILan Rakyat (PKR) maka, calon dari parti itu akan bertanding.

"Saya yakin majlis presiden akan bermesyuarat dan selalunya status Pilihan Raya Umum akan dikekalkan. Maka, calon PKR akan bertanding dan PAS akan membantunya," jelasnya kepada Harakahdaily.

Menurutnya, mencapai kemenangan dalam pilihan raya kecil tersebut mudah tetapi mesti mengatasi majoriti yang sebelum ini.

Oleh itu, katanya pembangkang perlu bekerja lebih kuat untuk menang dengan majoriti yang lebih baik agar tidak nampak kemerosotan sokongan terhadap Pakatan Rakyat.

Hadir sama pada majlis tersebut Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, Yahya Ali dan Yang Dipertua PAS Setiu, Ustaz Mohd Pauzi Muda. - mks. _

sumber: harakahdaily.net

Thursday, April 23, 2009

Anak pasangan tukar agama mesti kekal agama asal: Kabinet

KUALA LUMPUR: Kabinet memutuskan anak kepada pasangan yang menukar agama yang masih di bawah umur hendaklah dibesarkan mengikut agama asal mereka semasa melangsungkan perkahwinan.

Perkara itu diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz pada sidang media di Bangunan Parlimen, tengah hari ini.

Ia sebagai langkah penyelesaian jangka panjang bagi menangani isu tukar agama dan berkaitan dengan kes K Pathmanaban yang membawa anaknya memeluk Islam, baru-baru ini.

sumber:bharian.com.my

komen: jika benar laporan berita ini, satu lagi episod duka bagi umat islam Malaysia. kabinet mencerobohi hak-hak mahkamah syariah dalam menentukan hukum islam dijalankan di negara ini. banyak inplikasi akan berlaku kesan daripada keputusan kabinet ini. keputusan ini diambil dari pandangan akal manusia yang cetek atau bersumberkan Al Quran , Hadis, ijma' dan Qias? mengapa apabila nak buat keputusan tentang ekonomi, akan ambil pandangan ekonomi. tetapi apabila sampai bab agama , tidak diambil pandangan ahli agama untuk membuat keputusan tentang agama. mana dia jamil khir, menteri agama, Dr Masyitah, Mufti2 dan menteri2 yang ada fahaman agama.

Monday, April 20, 2009

Penghakiman kes Speaker Dun Perak, mahkamah salah masuk?

Tarmizi Mohd Jam
Mon | Apr 20, 09 | 7:58:53 am MYT

KUALA LUMPUR, 20 April (Hrkh) - Dalam membuat keputusan yang menghukumkan Speaker V. Sivakumar tidak mempunyai kuasa menggantung Dato Dr Zambry Abdul Kadir, Mahkamah Persekutuan mengambil sikap yang berbeza dengan keputusan mahkamah sebelum ini yang mengambil kira kedudukan Perkara 72(1) Perlembagaan Persekutuan.
Iklan




Kata Prof. Dr Abdul Aziz Bari ketika ditanya mengenai permohonan 10 perintah yang belum kesemuanya dikeluarkan. Perkara 72(1), kata Aziz, jelas memberi imuniti kepada prosiding dewan.

"Oleh kerana Tan Sri Alauddin Sheriff masih belum memberikan penghakiman bertulis, sebenarnya kita masih kabur. Tetapi ini mungkin dibangkitkan oleh peguam Sivakumar dalam prosiding di mahkamah berkenaan," katanya lagi.

Apa pun, kata pakar perlembagaan itu, keputusan mahkamah dalam kes-kes terdahulu seperti Lim Cho Hock (1979), Tun Datu Haji Mustapha (1986) dan Haji Salleh bin Jafarudin (1986) menjunjung peruntukan dan semangat Perkara 72(1) yang tidak membenarkan mahkamah menyentuh perjalanan dewan.

"Ini menyebabkan ramai yang terpinga-pinga dengan keputusan mahkamah berkenaan, sebab itu jelas menyalahi sesuatu yang telah termaktub dan diamalkan," kata beliau.

Aziz juga menimbulkan persoalan tentang kedudukan perintah-perintah yang dipohon itu di sisi undang-undang. Katanya mahkamah tidak boleh mempersoalkan kewajaran tindakan badan perundangan.

"Sebab itu mahkamah enggan membincangkan soal apakah sesuatu undang-undang itu adil atau sebaliknya", tambahnya.

Beliau berkata mahkamah, dalam melakukan semakan kehakiman, selalunya menangani soal bidang kuasa.

"Selagi sesuatu undang-undang itu masih di dalam bidang kuasa dewan berkenaan maka mahkamah akan melaksanakan undang-undang itu biar bagaimana tidak adil sekalipun", katanya.

Perintah-perintah seperti injuksi dan seumpamanya selalunya dikeluarkan ke atas badan-badan atau agensi yang diwujudkan oleh badan perundangan, baik parlimen maupun DUN.

"Jadi saya berasa musykil bagaimana peguam berkenaan boleh memohon supaya mahkamah mengeluarkan perintah ke atas speaker yang merupakan sebahagian daripada dewan", tambah Aziz.

Beliau berkata perintah juga boleh dikeluarkan ke atas menteri tetapi tidak ke atas kabinet yang merupakan badan eksekutif.

"Jadi keputusan Mahkamah Persekutuan di Perak ini amat ganjil kerana ia tidak selaras dengan peruntukan perlembagaan dan amalan yang telah berjalan selama ini".

Aziz juga menimbulkan sikap salah seorang hakim Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin yang bersetuju dengan Tan Sri Alauddin Sheriff. Kata Aziz ini tidak konsisten kerana di dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim (2006) Zulkefli tidak memberi perhatian kepada soal prosedur yang dibangkitkan oleh Anwar dalam pemecatannya oleh Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad pada 1998.

"Dalam kes saman Anwar ke atas Mahathir itu Zulkefli merujuk kepada kuasa mutlak Perdana Menteri. Sepatutnya dalam kes Sivakumar ini Zulkefli harus mengambil pendekatan yang sama dan menentang keputusan Alauddin dan tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang lain," katanya.

Aziz berkata kes-kes perlembagaan perlu ditangani dengan prioriti yang betul; soal prosedur harus tidak menjadi halangan kepada isu pokok.

"Prosedur dan isu teknikal bertujuan membantu dan meregulisasi bukan menafikan hak," tegasnya lagi.- TMJ_

sumber :harakahdaily.net

Wednesday, April 15, 2009

1 malaysia?

PM, Datuk Seri Najib Tun Razak membawa konsep 'Satu Malaysia' yang menjadi gagasan pentadbirannya. apakah maksud satu Malaysia? sebagai umat Islam yang beriman kepada Al-quran dan Assunnah, sesiapa pun mesti mengikuti ajarannya. Apa jua gagasan yang diungkapkan, mestilah berlandaskan ajaran Islam sebenar.

Memang manusia berasal dari satu keturunan. Nabi Allah Adam manusia pertama . Satu Malaysia mesti diambil asasnya dari satu sumber iaitu apa yang diajar oleh seorang nabi iaitu Nabi Muhammad s.a.w. ia juga mesti berasas kepada satu aqidah dan satu hukum.

membuat satu gagasan tidak boleh hanya sekadar dengan panduan otak manusia yang ternyata banyak kelemahannya. sesuatu gagasan penting tetapi perlaksanaan gagasan itu lebih penting.

Monday, April 13, 2009

SUHAKAM mesti dibebaskan.

Laporan berita mengenai nasib SUHAKAM pada pandangan masyarakat dunia. adakah masih kekal penarafan 'A' atau diturunkan lagi ke gred 'B'? penilaian dunia bukannya semborono sahaja. ada kreateria-kreteria yang ditetapkan. kejatuhan gred berkait rapat dengan campur tangan pihak-pihak tertentu dalam SUHAKAM.

SUHAKAM mesti dibebaskan daripada pengaruh kerajaan, pembangkang atau sesiapa sahaja. Ia mesti diberi kuasa yang lebih dan diletakkan peranannyha di bawah Yang Dipertuan Agung. gred SUHAKAM bukan sahaja melibat maruah SUHAKAM sahaja tetapi ia memberi gambaran yang sangat buruk kepada Malaysia di mata dunia.

Suhakam dijangka kekal pada penarafan gred 'A'

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) yang diberi notis kerana tidak memenuhi syarat Dasar Paris tahun lalu, dijangka tidak diturunkan taraf oleh Jawatankuasa Penyelaras Antarabangsa Institusi bagi Mempromosi dan Melindungi Hak Asasi Manusia (ICC).

Pengerusi Suhakam, Tan Sri Abu Talib Othman, berkata beliau menjangka dan berharap suruhanjaya itu dapat kekal pada penarafan gred 'A' berikutan maklum balas diterima daripada Jawatankuasa Kecil Akreditasi ICC.

"Ketika semakan semula status negara dilakukan di Geneva 26 Mac lalu, jawatankuasa kecil terbabit berpuas hati dengan prestasi Suhakam, terutama pindaan pada Akta Suhakam baru-baru ini bagi melanjutkan tempoh perkhidmatan Pesuruhjaya Suhakam daripada dua kepada tiga tahun.

"Bagaimanapun, mereka agak risau dengan pindaan yang mewujudkan satu jawatankuasa untuk menasihatkan Perdana Menteri mengenai pelantikan pesuruhjaya, tetapi pada masa sama membenarkan Perdana Menteri mengabai nasihat berkenaan.

"Ini bukan sesuatu perkembangan memuaskan, tetapi sekurang-kurangnya ada penambahbaikan dan saya memohon kepada ICC supaya mengambil kira hakikat keadaan politik di sini sebelum membuat keputusan," katanya ketika dihubungi.

Dasar Paris menetapkan satu gabungan garis panduan asas yang diterima pakai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 1993 berhubung status dan operasi Institusi Hak Asasi Manusia Kebangsaan (HNRI) negara tertentu.

Jika penurunan taraf dikenakan terhadap Suhakam ia bermakna badan yang pernah menganjurkan Forum Asia-Pasifik bagi NHRI tahun lalu itu, akan dilucutkan keahlian dalam forum terbabit dan kedudukannya jatuh ke tahap ahli biasa tanpa sebarang hak mengundi.

Penarafan gred 'A' bermakna sesebuah NHRI mematuhi dasar Paris dan boleh mengambil bahagian secara langsung dalam semua mesyuarat Majlis Hak Asasi Manusia PBB, taraf 'B' bermakna tidak mematuhi sepenuhnya serta hanya diberi status pemerhati, manakala 'C' bermakna tidak mematuhi langsung.

Abu Talib yang kembali ke ibu negara akhir bulan lalu selepas menghadiri perjumpaan ICC di Geneva, berkata, setakat ini jawatankuasa berkenaan belum memberi sebarang jawapan.

Jawatankuasa Kecil Akreditasi ICC, yang dianggotai wakil dari Jerman, Kanada, Maghribi dan Korea Selatan, pula mahu tahu bila pindaan pada Akta Suhakam itu akan berkuat kuasa sebagai undang-undang.

sumber:http://www.bharian.com.my

Thursday, April 9, 2009

beranikah berubah?

bersediakah individu menteri dan timbalan menteri yang baru dilantik untuk berubah. berubah kepada fitrah kejadian manusia. dari Allah manusia datang , kepada Allah jua manusia kembali. beranikah menteri pelajaran berubah PPSMI kepada bahasa ibunda?berubah untuk kembalikan tulisan jawi? beranikah menteri dalam negeri menghapuskan ISA? beranikah menteri penerangan membebaskan media dari pengaruh kerajaan?beranikah menteri kewangan meletakkan PETRONAS di bawah parlimen?beranikah menteri itu dan ini berubah?

Tiada menteri dari Perlis, Kedah, Melaka

PUTRAJAYA: Kabinet baru yang diumumkan hari ini menyaksikan tiga negeri - Perlis, Melaka dan Kedah tidak mempunyai wakil yang dilantik menteri.

Malah, Perlis juga tidak mempunyai wakil dalam barisan timbalan menteri yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di sini, petang ini.

Kedah dan Melaka bagaimanapun mempunyai timbalan menteri dalam Kabinet.

Kedah mempunyai dua timbalan menteri iatu Datuk Chor Chee Heung sebagai Timbalan Menteri Kewangan II dan Datuk Johari Baharom sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Melaka pula diwakili Datuk Wira Abu Seman Yusop sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri.

sumber:www.bharian.com.my

Wednesday, April 1, 2009

KERAJAAN PRIHATIN

KEMUDAHAN-KEMUDAHAN
CUTI BERSALIN 90 HARI, CUTI ISTERI BERSALIN 14 HARI
DAN CUTI KEMATIAN SUAMI 30 HARI

MAKLUMAT LANJUT: http://www.selangor.gov.my/main.php

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP