Friday, May 29, 2009

Ibrahim Ali meninggal dunia

Ibrahim Ali meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya seperti laporan sinar harian edisi Kelantan di bawah.


Warga emas maut motosikal rempuh kereta


KOTA BHARU – Seorang warga emas maut dalam satu kemalangan apabila motosikal yang ditungganginya bertembung dengan sebuah kereta di Simpang tiga, Kampung Kor, Jalan Kuala Krai – Kota Bharu dekat sini, kelmarin.


Mangsa, Ibrahim Ali, 66 dari Kampung Chekeli, Beta dipercayai menunggang motosikal jenis Honda EX5 dari rumahnya menuju ke Pejabat Pos Mulong.


Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Zahruddin Abdullah berkata, dalam kejadian kira-kira jam 11.45 pagi itu, motosikal yang ditunggang mangsa dipercayai bertembung dengan sebuah kereta jenis Toyota Avanza berwarna hitam dari arah Ketereh menuju ke Kota Baharu ketika mangsa keluar dari simpang berkenaan.


“Mangsa dipercayai maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.


“Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II, untuk dibedah siasat,” katanya.


Menurut Zahruddin, pemandu kereta berkenaan bagaimanapun tidak mengalami kecederaan melainkan keretanya sahaja mengalami kerosakan.


“Mayat mangsa dituntut oleh kelurganya untuk pengkebumian.


“Kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.



http://www.sinarharian.com.my/kelantan/content/story2810862.asp

Thursday, May 28, 2009

Pesta Buku Selangor Bakal Menarik 300,000 Pengunjung

Tuesday, 26 May 2009 | Ruangan: Berita
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (mengetuk gong) semasa merasmikan Majlis Penjenamaan Semula Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) di Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam. - Foto AHMAD FADHLI YAHYA

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (mengetuk gong) semasa merasmikan Majlis Penjenamaan Semula Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) di Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam. - Foto AHMAD FADHLI YAHYA



SHAH ALAM, 26 Mei - Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) bakal menganjurkan Pesta Buku Selangor di Kompleks PKNS, Shah Alam selama sebelas hari bermula 24 Julai hingga 3 Ogos depan.



Program tahunan kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan turut mendapat kerjasama jabatan-jabatan kerajaan negeri, persekutuan, swasta, badan bukan kerajaan dan media.



Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan PPAS, program itu mungkin disertai 50 syarikat dengan melibatkan 106 gerai pameran.



Kata kenyataan itu, pelbagai jenis genre buku akan dipamerkan untuk keperluan pengunjung antaranya buku rujukan pelajaran sekolah/universiti, buku cerita kanak-kanak dan dewasa, buku kreatif, ensiklopedia, novel, majalah dan lain-lain.



“Dengan diskaun yang istimewa terutamanya kepada pelajar, kita menjangkakan seramai 300,000 pengunjung hadir sepanjang sebelas hari berlangsungnya pesta buku berkenaan,” kata kenyataan itu.



Menurutnya, para pengunjung juga akan dihiburkan dengan pelbagai aktiviti dan program bersesuaian untuk remaja, kanak-kanak dan dewasa antaranya Bersama Upin dan Ipin, baca cerpen bersama Kayvan, pekomik/pekatun, dialog sasterawan negara, kraftangan kolaj, kuiz dan lain-lain.



Bagi orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai pesta buku ini boleh melayari laman web di wwww.ppas.org.my dan www.pestabukuselangor.com.- MURIZA ABDUL HAMID




sumber: selangorkini.com.my

Tuesday, May 26, 2009

146 Siri Tangkapan

"Mengikut data yang dikumpulkan oleh SUARAM dalam bulan Mei sahaja sebanyak 146 siri tangkapan telah dibuat, kebanyakkan keatas individu yang terlibat dalam perhimpunan aman.
Harakah daily.net

Hak Asasi Manusia yang memberikan kebebasan mengadakan himpunan aman diakui oleh dunia dan Perlembagaan Malaysia . Di negara lain , himpuanan di benarkan. Pihak polis hadir sebagai pengawal kepada himpunan tersebut bukannya sebagai penghalang.

Usahkan halang, siap dengan pakaian perisai dan belantan pihak polis menghalang himpunan aman. Jauh lebih teruk, sehingga menggunakan ‘jentera meriam air’ terhadap peserta himpunan yang tidak bersenjata. Itu yang berlaku di negara Malaysia.

Beberapa hari lepas, dikhabarkan, himpunan majlis hari jadi yang hendak dilakukan di hadapan pejabar DAP, diganggu oleh pihak polis. Ya, majoriti rakyat bersetuju untuk menjaga dan menyayangi negara. Rakyat tidak mahu kekacauan berlaku. Rakyat berhimpun tanpa senjata dan mengikut adab-adab tamadun kelas pertama. Tindakan mereka berhimpun betul dan tindakan pihak berkuasa salah pertimbangan.

Monday, May 25, 2009

Kemelut Politik Parti Progresif Penduduk Semakin Meruncing

PUTRAJAYA, 24 Mei (Bernama) -- Kemelut politik Parti Progresif Penduduk (PPP) terus meruncing apabila satu perhimpunan tergempar yang didakwa dianggotai 1,760 perwakilan dari 778 cawangan parti itu memilih Senator Datuk T.Murugiah sebagai presiden baru.

Perkembangan terbaru ini menimbulkan keadaan seolah-olah PPP kini mempunyai dua orang presiden, manakala perhimpunan yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini juga dipersoalkan kesahihannya mengikut Perlembagaan parti itu.

Bagaimanapun pada sidang akhbar kemudian, Murugiah yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata Perhimpunan Agung itu adalah sah mengikut perlembagaan parti.

Kepada pertanyaan wartawan adakah mengikut perlembagaan parti hanya Presiden parti sahaja yang boleh memangil mesyuarat itu, Murugiah berkata: "Perkara seperti itu tidak wujud...bahagian perundangan itu biarkan ia kepada peguam untuk mengendalikannya dan kita juga serah semua keputusan pada ROS (Pendaftar Pertubuhan) biar ROS buat siasatan".

Menurutnya beliau akan berjumpa dengan Pendaftar Pertubuhan esok untuk menyerahkan semua laporan mengenai mesyuarat hari ini.

Murugiah berkata beliau juga akan memaklumkan keputusan mesyuarat hari ini kepada Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mengulas mengenai wujud dua presiden PPP, Murugiah berkata: "Keputusan telah dibuat oleh perwakilan dan usul sudah diluluskan sebulat suara memilih saya... saya cuma dijemput hadir pada hari ini.

"Jadi tidak wujud isu dua presiden kerana (Presiden parti Datuk M) Kayveas sudah dilucutkan jawatan dan ia bukan keputusan saya...kerana ini semua keputusan perwakilan."

Sebelum pemilihan dijalankan, Murugiah bersama enam lagi anggota yang sebelum ini dipecat oleh Lembaga Disiplin kerana didakwa melakukan pelbagai kesalahan dalam parti, diterima masuk kembali sebagai ahli yang sah.

Perwakilan kemudian bersetuju dengan usul undi tidak percaya untuk memecat Kayveas sebagai Presiden PPP.

Perwakilan turut bersetuju dengan usul untuk membatalkan tarikh penamaan calon yang dijadual pada 31 Mei ini dan menunda tarikh Perhimpunan Agung parti yang sepatutnya diadakan pada 7 Jun.

Ketika dihubungi, Kayveas berkata beliau masih presiden PPP yang sah, sambil berkata bahawa perjumpaan di Putrajaya adalah haram.

"Mereka telah mengelirukan polis dan menyalahgunakan permit yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa untuk tujuan yang lain," katanya.

Katanya Murugiah tidak berhak untuk memanggil satu perjumpaan kerana dia telahpun dipecat daripada parti.

sumber: http://www.bernama.com

Saturday, May 23, 2009

Kita Lihat, Siapa Yang Rugi.

DUN Penanti yang akan direbut oleh 4 calon dengan ketidakhadiran calon BieN. BieN tidak bertanding di penanti atas alasan ‘pembaziran’ dan seterusnya kerugian wang kerajaan. Sekali fikir ya tak ya juga berlaku kerugian.

Sangat tepat alasan yang diberikan untuk tidak bertanding di Penanti. Memang akan rugi dan sangat merugikan. Pengundi di Penanti tidak dapat jalan tar yang baru melalui projek ‘mi segera’, pelajar sekolah tak dapat bantuan basikal baru, warga emas tidak mendapat bantuan kebajikan segera, petani tidak mendapat bantuan baja dan racun, sekolah tidak mendapat bantuan komputer, catering tidak mendapat tempahan, hotel tidak mendapat pelanggan, kontraktor kelas F tidak mendapat projek segera, OKU tidak mendapat bantuan kerusi roda, belia tidak mendapat bola dan jersi, dan masjid tidak mendapat bantuan karpet. Semuanya segera. semuanya akan ‘dapat’ jika BieN bertanding. Dapat betul-betul atau dapat ‘janji’ tetapi sekurang-kurangnya pengundi di kawasan tersebut mendapat tempias bantuan segera.

Lihatlah sepanjang pilihanraya di Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Pelbagai projek segera dibuat walaupun ada yang tak siap dan terbengkalai. Dalam banyak-banyak golongan yang rugi, golongan kontraktorlah yang paling marah. Kebanyakkan kontraktor ada kaitan dengan BieN / Amno. Alamak, Tak adalah projek kali ini. Ada lagi yang rugi ialah ketua-ketua cawangan yang tak dapat mengendalikan duit berkempen. Rugi, sungguh rugi. Orang yang rugi ini sepatutnya marah kepada BieN kerana tak meletakkan calon.

Friday, May 22, 2009

Kisah Perak: Peluang MP Lompat.

keputusan Mahkamah Rayuan mendapati keputusan Mahkamah Tinggi pada 11 Mei lepas adalah salah menjadi satu lagi sejarah negara. Satu perkara untuk renungan ialah keputusan pemecatan Nizar yang tidak berlaku dalam DUN dan perlantikan Dr Zamri menjadi pelbagai tafsiran.


Pandangan umum daripada perkara ini ialah Menteri Besar boleh diganti apabila mendapat tandatangan atau akuan daripada majoriti DUN dengan tidak perlu dibawa ke dalam persidangan DUN dan usul tidak percaya kepada Menteri Besar.


Allah Maha Besar dan Maha Berkuasa. Takdir Allah, jika selepas ini majoriti Ahli Parlimen bersetuju bersama PR dan terus mengadap Yang Di Pertuan Agong dan mendapat perkenan, maka Perdana Menteri boleh diganti tanpa perlu melalui Parlimen. Betulkah demikian?


Jangan BieN marah pulak jika perkara sebegitu berlaku. Dalam keadaan sekarang tidak mustahil perubahan MP BieN ke arah PR berlaku. MP Sabah dan Sarawak boleh melompat bila-bila masa sahaja jika tuntutan kemajuan negeri dianaktirikan. MP semenanjung juga boleh membuka mata prestasi kerajaan Pakatan Rakyat di Kelantan, Selangor dan Kedah yang telus dan berjiwa rakyat.

Tuesday, May 19, 2009

Kuasa Undi Rakyat Terbukti.

Al-kisah parti kerajaan tidak bertanding dalam pilihanraya kecil Penanti memberi satu bukti kepada rakyat tentang besarnya kuasa undi mereka. Memang benar kata orang, rakyat adalah tuan dan pemerintah adalah hamba. Pengundilah sebenarnya yang menjadi raja dan mesti ditakuti.

Selama 50 tahun Barisan Nasional memerintah negara, selama itulah minda rakyat dijajah dengan satu pemikiran, rakyat takut atau menuruti pemerintah. Hari ini, sedikit demi sedikit pemahaman tersebut terungkai. Rakyat yang menjadi pengundi mampu mengarahkan pemerintah apa yang dikehendakinya.

Pengundi tidak lagi takut dengan pemerintah. Sebelum ini pengundi digertak dan diherdik oleh pemerintah. Kini pengundi pula akan mengherdik dan mengarahkan pemerintah membuat sesuatu. Pengundi ‘terkini’ juga menilai wakil rakyat atau pemerintah mereka secara berterusan dari semasa ke semasa bukan lagi lima tahun sekali apabila hampir dengan pilihanraya .

Sunday, May 17, 2009

Najib Boleh Guna Duit Saman Untuk Berbakti Kepada Rakyat...

Masihkah kau ingat? Suatu ketika dahulu, Tuan Guru Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang telah menyaman dan telah memenangi kes saman tersebut terhadap sebuah akhbar, Daily Mirror, berhubung kes laporan palsu ke atas beliau.

Akhbar tersebut menyiarkan gambar Tuan Guru dan mengaitkan beliau sebagai perancang beberapa siri pengeboman di United Kingdom termasuk sebuah pusat membeli-belah di Kent.

Beliau juga telah dituduh sebagai orang ketiga dalam pertubuhan Al- Qaeda, dan sedang di tahan di Guantanamo Bay.

Akhirnya, akhbar Daily Mirror telah mengakui kesilapan di atas laporan tersebut dan telah menyiarkan permohonan maaf di akhbar dan web mereka secara terbuka.

Dalam kes wanita manggolia, Najib ada berbelas saman yang boleh dibuat terhadap akhbar-akhbar tersebut. Jika semuanya menang, Najib boleh membuktikan kepada rakyat bahawa beliau bersih dari tuduhan tersebut malah beliau boleh menggunakan wang saman tersebut untuk membela rakyat.

Beliau boleh bina beratus buah rumah PPRT, boleh sambung jambatan bengkok, boleh taja pelajaran mahasiswa, boleh bina penempatan orang asli, boleh bantu sekolah Cina,Tamil dan madrasah-madrasah, boleh bantu peniaga kecil, boleh kurangkan harga minyak, boleh bantu yuran PIBG dan boleh mengurangkan bayaran tol lebuh raya.

Dengan tindakan tersebut, rakyat akan terasa terbela dan kembali menyokong Barisan Nasional. Pemerintah akan mendapat banyak kelebihan dan seterusnya disokong rakyat. Pengundi penanti akan teruja dengan pemimpin berjiwa rakyat. Pada masa itu, kedudukan Zamri sebagai menteri besar tak halal akan menjadai halal apabila DUN Perak bubar untuk PILIHANRAYA semula.

Thursday, May 14, 2009

Tiga Jawatankuasa Khas Pantau Selangor

Tuesday, 12 May 2009 | Ruangan: Berita

SHAH ALAM, 11 Mei - Tiga jawatankuasa khas baharu ditubuhkan bagi membantu Dewan Undangan Negeri Selangor menjalankan pemantauan ke atas pentadbiran kerajaan negeri.

Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Teng Chan Kim berkata tiga jawatankuasa tersebut terdiri daripada Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Pejabat Daerah dan Tanah (JPK-PADAT), Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Pihak Berkuasa Tempatan (JPK-PBT) dan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Agensi, Badan Berkanun dan Anak Syarikat Kerajaan Negeri (JPK-ABAS).
Teng Chan Kim (kiri) ketika sidang akhbar di Dewan Annex, Bangunan SSAAS, Shah Alam. - MURIZA ABDUL HAMID

Teng Chan Kim (kiri) ketika sidang akhbar di Dewan Annex, Bangunan SSAAS, Shah Alam. - MURIZA ABDUL HAMID

“Ini adalah tiga jawatankuasa baharu yang dipilih selain empat jawatankuasa sedia ada iaitu Jawatankuasa Kira-kira Awam, Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, Jawatankuasa Peraturan Tetap dan Jawatankuasa Selcat,” katanya penubuhannya dapat meringankan tanggungjawab Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT), selain dapat membantu memperkasakan dewan dalam memantau pentadbiran kerajaan secara efektif.

Menurutnya, JPK-PADAT dijangka dipengerusikan oleh ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim sementara ahli jawatankuasanya terdiri daripada Dr Rani Osman, Mat Suhaimi Shafie, Gan Pei Nei, Mohd Nasir Hashim, Yap Ee Wah dan Dato Mohd Shamsuddin Lias.

ADUN Taman Medan, Haniza Talha pula bertindak sebagai pengerusi JPK-PBT manakala ahli jawatankuasanya diwakili oleh Dr Shafie Abu Bakar, Lee Ying Ha, Amirudin Shari, Tan Choon Swee, Dato’ Karim Mansor dan Hasiman Sidom.

Sementara itu, ADUN Hulu Kelang, Sa’ari Sungib pula dilantik sebagai pengerusi JPK-ABAS.

Katanya, Lau Weng San, Muthiah a/l Maria Pillay, Khasim Abdul Aziz, Hannah Yeoh Tseow Suan, Dato’ Mohamad Satim Diman dan Dato’ Amiruddin Setro antara adun yang mewakili jawatankuasa tersebut.

Menurut Teng, pelantikan kesemua ahli jawatankuasa telah dimaklumkan kepada Dato’ Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim minggu lalu sebelum pembebasan Manoharan. - MURIZA ABDUL HAMID

sumber:http://www.selangorkini.com.my/my/berita/3391

Thursday, May 7, 2009

Sajak terkini: “Dua Yang Tercela”

Dua Yang Tercela,
Satu Kapal Dua Nakhoda
Satu Wanita Dua Suami
Satu Negara Dua Menteri Perdana
Satu Rumah Dua Pemilik
Satu Sekolah Dua Pengetua

Dua Yang Tercela,
Satu Kereta Dua Pemandu
Satu Jabatan Dua Pengarah
Satu Kilang Dua Pengurus Besar
Satu Bidang Tanah Dua Empunya
Satu Kawasan Balak Dua Tender

Dua Yang Tercela,
Satu Basikal Dua Penunggang
Satu Perahu Dua Kemudi
Satu Angkatan Perang Dua Ketua Perang
Satu Baju Dua Pemakai
Satu Tahta Dua Maharaja

Dua Yang Tercela,
Satu Tayar Dua Kereta
Satu Jasad Dua Nyawa
Satu Songkok Dua Kepala
Satu Kasut Dua Kaki
Satu Cincin Dua Jari

Dua Yang Tercela,
Satu Rantai Dua Leher
Satu Angkasawan Dua Kapal Angkasa
Satu Belalai Dua Gajah
Satu Motosikal Dua Perempit
Satu Universiti Dua NC

Dua Yang Paling Tercela
Satu Negeri Dua Menteri Besar
Satu DUN Dua Speaker

PAS tidak tertipu agenda media konvensional - Nik Aziz

Salmah Mat Husain
Thu | May 07, 09 | 5:36:59 pm MYT

KOTA BHARU, 7 Mei (Hrkh) - PAS tidak mudah tertipu dengan agenda media konvensional sekarang melaga-lagakan di kalangan pemimpin PAS menjelang muktamar bulan depan.



Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato� Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, gambaran yang diberikan seolah-olah PAS sedang menghadapi masalah besar hanya mainan media sahaja.

Katanya, golongan penulis yang sebelum ini tidak pernah menulis tentang PAS juga berminat berbuat demikian.

"Ini berlaku kerana mereka mencemburui PAS di samping mengakui parti itu telah berada di tengah-tengah masyarakat sehingga berjaya menenggelamkan Umno.

"Setiap kali berlaku pemilihan dalam parti sudah tentu ada pertembungan pandangan, namun ia perkara biasa," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sijil peserta kursus Tafaqquh Fiddin di Balai Islam, hari ini.

Menurutnya juga sejak awal lagi beliau tidak berminat mengadakan kerjasama dengan Umno termasuk melalui muqabalah kerana ia seumpama PAS menolak kereta rosak.

"Dan apabila kereta hidup, orang yang menolak kereta di belakang terus ditinggalkan.

"Itulah sebabnya saya tak mahu PAS bermuqaballah dengan Umno," ujarnya yang juga Mursyidul Am PAS.

Ditanya mengenai tulisan anaknya Nik Abduh dalam blog yang merendah-rendahkan pembantu Menteri Besar beliau berkata, beliau hanya sekadar menegur sahaja.

Katanya, Nik Abduh ada hak untuk menulis dalam blog memandangkan jawatannya sebagai Timbalan Ketua Pemuda PAS negeri dan mempunyai ilmu agama.

Beliau berkata, semua pandangan negatif atau positif diterimanya.

"Zaman Rasulullah saw dahulu ulama hanya baginda seorang sahaja, yang lain (sahabat nabi) semuanya profesional, tetapi lama kelamaan baginda menggabungkan ilmu profesional dengan ulama yang ada padanya.

"Akhirnya ilmu ulama dan profesional bercampur dalam satu tubuh seorang pemimpin dan inilah yang sedang dilakukan oleh PAS," katanya.

Kata beliau dahulu PAS hanya dipimpin ulama, namun kini dianggotai profesional yang berlainan latar belakangnya.

Menurutnya juga belajar ilmu Islam tidak semestinya di pondok atau sekolah agama, tetapi suasana setempat membolehkan golongan profesional menjadi Muslim sejati. - mj _

artikel dari: http://www.harakahdaily.net/
I

Monday, May 4, 2009

Perodua Hentikan Pengeluaran Kancil Bulan Depan

RAWANG, 4 Mei (Bernama) -- Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) telah bersedia untuk menghentikan model pertama dan paling lamanya, Kancil, bulan depan selepas berada di jalan raya selama 16 tahun.

Pengarah urusan, Datuk Syed Abdull Hafiz Syed Abu Bakar berkata Perodua akan menhentikan pengeluaran Kancil 660cc yang begitu popular dan menggantikannya dengan Viva.

"Pada masa ini, kami berada di bulan akhir pengeluaran Kancil. Selepas 16 tahun dengan sejumlah 750,000 Kancil di jalan raya, kami telah bersedia untuk menghentikannya."

"Kami mungkin melancarkan Viva 660 yang asas untuk menggantikan Kancil sekitar Julai," kata beliau kepada Bernama dalam temubual baru-baru ini di kilang pengeluarannya di sini.

Kancil merupakan model pertama yang dikeluarkan oleh Perodua. Ia diperkenalkan sejurus selepas syarikat itu diperbadankan pada 1994.

Kumpulan pertama Kancil dilancarkan pada 29 Ogos, 1994 dengan kapasiti pengeluaran 45,000 unit setahun.

"Untuk bulan April tahun ini, hampir 1,000 unit Kancil telah didaftarkan dan kami kini ke jumlah akhir 1,000 untuk dijual pada Mei atau awal Jun, paling lewat," kata beliau.

Sejak pelancaran sulungnya, Kancil telah menjalani beberapa proses modifikasi, naik taraf dan perubahan wajah.

Untuk Viva asas, beliau berkata harganya lebih murah berbanding dengan Viva semasa.

Perodua menjangka menjual pada harga RM25,000 setiap satu.

Pada masa ini, beliau berkata harga Viva paling murah ialah kira-kira RM28,000.

"Kami melakukan ini untuk persediaan bagi pelancaran Kenderaan Pelbagai Guna kami November ini. Pengeluaran besar-besaran akan bermula pada akhir September. Jadi, ini semua bagi persediaan rangkaian baru MPV kami, kata Syed Abdull Hafiz.

Perodua MPV itu dikenali dengan kod nama dalaman Perodua D46T dan dijangka berharga antara RM60,000 dan RM65,000, kata beliau.

Perodua D46T baru ini adalah berdasarkan kepada Toyota Passo Sette, yang turut dikenali sebagai Daihatsu Boon Luminas.

Ia berukuran 4,180mm panjang, 1,695mm lebar dan 1,620mm tinggi, dengan kepanjangan asas tayar 2,750mm bagi memaksimumkan ruang dalaman (2,550mm panjang).


sumber
http://www.bernama.com

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP