Sunday, May 17, 2009

Najib Boleh Guna Duit Saman Untuk Berbakti Kepada Rakyat...

Masihkah kau ingat? Suatu ketika dahulu, Tuan Guru Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang telah menyaman dan telah memenangi kes saman tersebut terhadap sebuah akhbar, Daily Mirror, berhubung kes laporan palsu ke atas beliau.

Akhbar tersebut menyiarkan gambar Tuan Guru dan mengaitkan beliau sebagai perancang beberapa siri pengeboman di United Kingdom termasuk sebuah pusat membeli-belah di Kent.

Beliau juga telah dituduh sebagai orang ketiga dalam pertubuhan Al- Qaeda, dan sedang di tahan di Guantanamo Bay.

Akhirnya, akhbar Daily Mirror telah mengakui kesilapan di atas laporan tersebut dan telah menyiarkan permohonan maaf di akhbar dan web mereka secara terbuka.

Dalam kes wanita manggolia, Najib ada berbelas saman yang boleh dibuat terhadap akhbar-akhbar tersebut. Jika semuanya menang, Najib boleh membuktikan kepada rakyat bahawa beliau bersih dari tuduhan tersebut malah beliau boleh menggunakan wang saman tersebut untuk membela rakyat.

Beliau boleh bina beratus buah rumah PPRT, boleh sambung jambatan bengkok, boleh taja pelajaran mahasiswa, boleh bina penempatan orang asli, boleh bantu sekolah Cina,Tamil dan madrasah-madrasah, boleh bantu peniaga kecil, boleh kurangkan harga minyak, boleh bantu yuran PIBG dan boleh mengurangkan bayaran tol lebuh raya.

Dengan tindakan tersebut, rakyat akan terasa terbela dan kembali menyokong Barisan Nasional. Pemerintah akan mendapat banyak kelebihan dan seterusnya disokong rakyat. Pengundi penanti akan teruja dengan pemimpin berjiwa rakyat. Pada masa itu, kedudukan Zamri sebagai menteri besar tak halal akan menjadai halal apabila DUN Perak bubar untuk PILIHANRAYA semula.

0 comments:

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP