Thursday, May 28, 2009

Pesta Buku Selangor Bakal Menarik 300,000 Pengunjung

Tuesday, 26 May 2009 | Ruangan: Berita
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (mengetuk gong) semasa merasmikan Majlis Penjenamaan Semula Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) di Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam. - Foto AHMAD FADHLI YAHYA

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (mengetuk gong) semasa merasmikan Majlis Penjenamaan Semula Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) di Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam. - Foto AHMAD FADHLI YAHYA



SHAH ALAM, 26 Mei - Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) bakal menganjurkan Pesta Buku Selangor di Kompleks PKNS, Shah Alam selama sebelas hari bermula 24 Julai hingga 3 Ogos depan.



Program tahunan kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan turut mendapat kerjasama jabatan-jabatan kerajaan negeri, persekutuan, swasta, badan bukan kerajaan dan media.



Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan PPAS, program itu mungkin disertai 50 syarikat dengan melibatkan 106 gerai pameran.



Kata kenyataan itu, pelbagai jenis genre buku akan dipamerkan untuk keperluan pengunjung antaranya buku rujukan pelajaran sekolah/universiti, buku cerita kanak-kanak dan dewasa, buku kreatif, ensiklopedia, novel, majalah dan lain-lain.



“Dengan diskaun yang istimewa terutamanya kepada pelajar, kita menjangkakan seramai 300,000 pengunjung hadir sepanjang sebelas hari berlangsungnya pesta buku berkenaan,” kata kenyataan itu.



Menurutnya, para pengunjung juga akan dihiburkan dengan pelbagai aktiviti dan program bersesuaian untuk remaja, kanak-kanak dan dewasa antaranya Bersama Upin dan Ipin, baca cerpen bersama Kayvan, pekomik/pekatun, dialog sasterawan negara, kraftangan kolaj, kuiz dan lain-lain.



Bagi orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai pesta buku ini boleh melayari laman web di wwww.ppas.org.my dan www.pestabukuselangor.com.- MURIZA ABDUL HAMID




sumber: selangorkini.com.my

0 comments:

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP