Thursday, May 14, 2009

Tiga Jawatankuasa Khas Pantau Selangor

Tuesday, 12 May 2009 | Ruangan: Berita

SHAH ALAM, 11 Mei - Tiga jawatankuasa khas baharu ditubuhkan bagi membantu Dewan Undangan Negeri Selangor menjalankan pemantauan ke atas pentadbiran kerajaan negeri.

Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Teng Chan Kim berkata tiga jawatankuasa tersebut terdiri daripada Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Pejabat Daerah dan Tanah (JPK-PADAT), Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Pihak Berkuasa Tempatan (JPK-PBT) dan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Agensi, Badan Berkanun dan Anak Syarikat Kerajaan Negeri (JPK-ABAS).
Teng Chan Kim (kiri) ketika sidang akhbar di Dewan Annex, Bangunan SSAAS, Shah Alam. - MURIZA ABDUL HAMID

Teng Chan Kim (kiri) ketika sidang akhbar di Dewan Annex, Bangunan SSAAS, Shah Alam. - MURIZA ABDUL HAMID

“Ini adalah tiga jawatankuasa baharu yang dipilih selain empat jawatankuasa sedia ada iaitu Jawatankuasa Kira-kira Awam, Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, Jawatankuasa Peraturan Tetap dan Jawatankuasa Selcat,” katanya penubuhannya dapat meringankan tanggungjawab Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT), selain dapat membantu memperkasakan dewan dalam memantau pentadbiran kerajaan secara efektif.

Menurutnya, JPK-PADAT dijangka dipengerusikan oleh ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim sementara ahli jawatankuasanya terdiri daripada Dr Rani Osman, Mat Suhaimi Shafie, Gan Pei Nei, Mohd Nasir Hashim, Yap Ee Wah dan Dato Mohd Shamsuddin Lias.

ADUN Taman Medan, Haniza Talha pula bertindak sebagai pengerusi JPK-PBT manakala ahli jawatankuasanya diwakili oleh Dr Shafie Abu Bakar, Lee Ying Ha, Amirudin Shari, Tan Choon Swee, Dato’ Karim Mansor dan Hasiman Sidom.

Sementara itu, ADUN Hulu Kelang, Sa’ari Sungib pula dilantik sebagai pengerusi JPK-ABAS.

Katanya, Lau Weng San, Muthiah a/l Maria Pillay, Khasim Abdul Aziz, Hannah Yeoh Tseow Suan, Dato’ Mohamad Satim Diman dan Dato’ Amiruddin Setro antara adun yang mewakili jawatankuasa tersebut.

Menurut Teng, pelantikan kesemua ahli jawatankuasa telah dimaklumkan kepada Dato’ Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim minggu lalu sebelum pembebasan Manoharan. - MURIZA ABDUL HAMID

sumber:http://www.selangorkini.com.my/my/berita/3391

0 comments:

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP