Sunday, June 7, 2009

'...bertindak mengikut apa yang mereka katakan..'

Segera angkat Kelab Penyokong PAS menjadi dewan - Hu Pang Chaw
Anis Nazri
Sat | Jun 06, 09 | 5:02:17 pm MYT

SHAH ALAM, 6 Jun (Hrkh) - Kelab Penyokong PAS menggesa kepimpinan PAS yang baru agar menyediakan satu pelan tindakan khusus untuk memperkukuhkan parti, selain memantapkan kerjasama di antara Pakatan Rakyat.




Pengerusinya, Hu Pang Chaw, berkata selama ini pemimpin PAS sering menyampaikan maklumat atau berceramah berkenaan pemerkasaan parti dan menawarkan harapan-harapan kepada rakyat.

"Sudah sampai masanya pemimpin PAS merealisasikan dan bertindak mengikut apa yang mereka katakan selama ini. Dan saya berharap kepimpinan baru ini mengambil peluang terbaik," tegas beliau ketika ditemui di Stadium Malawati, Shah Alam.

Tambah beliau, sekiranya pimpinan PAS segera menyediakan pelan tindakan itu, rakyat akan dapat melihat ketelusan kepimpinan PAS.

Mengulas lanjut isu Kelab Penyokong PAS yang menjadi perhatian para perwakilan, Hu berharap PAS segera merealisasikan hasrat kelab itu supaya diangkat menjadi satu sayap parti bersama-sama Dewan Ulama, Muslimat dan Pemuda.

Beliau yang menerima baik saranan tersebut, bagaimanapun meminta ia disegerakan bagi mengukuhan organisasi kelab itu sendiri bersesuaian dengan suasana politik hari ini.

"Dalam hal ini, sekali lagi ingin saya katakan agar PAS tidak hanya menjadi NATO, dalam erti kata 'no acton, talk only', tetapi segera merealisasikannya dengan mengangkat kelab ini agar dapat berjalan dengan lebih kukuh lagi," tegas beliau. - mns_

dari: http://www.harakahdaily.net

0 comments:

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP