Tuesday, June 23, 2009

Harga saham lebih rendah pada penutupan

KUALA LUMPUR: Harga saham di Bursa Malaysia menyaksikan penutupan dagangan pada paras lebih rendah hari ini kerana pelabur terus berhati-hati berikutan ramalan Bank Dunia tentang kemelesetan global yang semakin meruncing tahun ini.

Bank Dunia mengunjurkan kemerosotan ekonomi dunia sebanyak 2.9 peratus tahun ini, dan penyusutan pelaburan di negara membangun.

Bagaimanapun, kegiatan cergas membeli saham berharga murah dalam sesi petang membantu mengurangkan kejatuhan keseluruhan dalam pasaran.

Antara kaunter yang mencatatkan belian cergas ialah UEM Land dan MISC.

Indeks Komposit Kuala Lumpur mengakhiri dagangan 1.49 mata lebih rendah pada 1,044.48.

Indeks Perusahaan naik 10.60 mata kepada 2,332.03 manakala Indeks Perladangan susut 38.96 mata kepada 5,277.64 dan Indeks Kewangan turun 66.44 mata kepada 8,299. Indeks Teknologi jatuh 0.25 mata kepada 13.93.

Indeks FBMEmas 30.63 mata lebih rendah pada 6,964.64, Indeks FBM30 turun 30.8 mata kepada 6,683.32, Indeks FBM2BRD jatuh 63.75 mata kepada 4,638.89 dan Indeks FBMMesdaq hilang 60.48 mata kepada 3,971.87.

Saham rugi mengatasi saham untung dengan jumlah 451 berbanding 214 manakala 204 kaunter tidak berubah, 359 tidak diniagakan dan 38 digantung urus niaga.

Jumlah dagangan bertambah kepada 1.369 bilion saham bernilai RM1.522 bilion daripada 1.238 bilion saham bernilai RM1.305 bilion semalam.

Bagi saham berwajaran tinggi, Sime Darby turun 10 sen kepada RM6.75, Maybank kekal pada RM5.60, Bumiputra-Commerce Holdings jatuh 30 sen kepada RM8.75 dan MISC mengukuh 15 sen kepada RM8.70.

Saham cergas, KNM Group turun setengah sen kepada 80.5 sen, Scomi menokok setengah sen kepada 65 sen dan UEM Land naik setengah sen kepada RM1.43.

Samchem, yang muncul untuk dagangan sulungnya di Papan Utama hari ini, meningkat 19 sen kepada 90 sen. - Bernama

dicedok dari: bharian.com.my

0 comments:

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP