Friday, July 31, 2009

Takut PieM atau takut Allah?

Mufti Perak, mufti-mufti, ahli agama, menteri agama, tak tegur pun kepada pemimpin yang melanggar fatwa dan hukum agama. macam buat tak tau jeee. kalau perbuatan tu makruh tak pee laa nak kalau tak nak tegur tetapi perbuatan ini haram bahkan syirik. sedih...sedih...sedih...


orang yang tau agama mesti amanah dengan ilmu yang Allah beri pinjam. ilmu bukan hak milik tetapi sekadar pinjaman dari Allah. susah sangat ke nak tegur... renungi berita di bawah , fikir dan tapis dengan tapisan Iman, Agama dan Aqidah. jangan tapis dengan jawatan, pangkat dan RM...... sekali lagi nak ulang... "Takut PieM atau takut Allah?"



31 Julai, 2009 11:31 AM


Perdana Menteri Hadir Istiadat Letak Kalungan Bunga Hari Pahlawan


KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat menghadiri istiadat meletak kalungan bunga sempena sambutan Hari Pahlawan 2009 di Tugu Peringatan Negara di sini.


Turut meletak kalungan bunga dalam istiadat pagi ini ialah Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Abdul Aziz Zainal, Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan, Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin, Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar dan Panglima Tentera Udara Jen Tan Sri Azizan Ariffin.

Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia Senator Datuk Muhammad Abdul Ghani turut meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan Negara.

Terdahulu C/Insp Mohamed Awang dan ASP Rose Baini Kassim mendeklamasi sajak bertajuk "Pahlawanku" sebaik sahaja tiupan "Last Post" bergema dan bendera Malaysia diturunkan.

Turut hadir ialah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, beberapa menteri kabinet, anggota Parlimen, serta pegawai kanan polis dan tentera.

Hari Pahlawan disambut bagi memperingati mereka yang terkorban demi mempertahankan negara, dan majlis kali ini dimulakan malam tadi dengan kehadiran Perdana Menteri ke majlis tahlil dan doa selamat di Masjid Negara di sini.

Hari Pahlawan yang disambut setiap 31 Julai sejak tahun 1960-an memberi peluang kepada rakyat menghargai pengorbanan anggota perajurit yang terkorban demi mempertahankan dan menegakkan kedaulatan negara.

-- BERNAMA

sumber:bernama.com

Sunday, July 19, 2009

1 Malaysia, Allah Didahulukan.



PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak , Datin Seri Rosmah Mansor dan anak beliau Nor Ashman Razak, melakukan tawaf dalam rangka lawatan empat hari ke Arab Saudi baru-baru ini.

Selepas ini Gagasan 1 Malaysia, rakyat Didahulukan mestilah ditukarkan menjadi 1 Malaysia, Allah Didahulukan. Mengunjungi tempat suci dan melakukan ibadat umrah sesuatu yang dituntut Islam yang berstatus sunat.

Perkara yang sunat ini, apabila dilakukan akan mendapat pahala dan jika ditinggalkan tiada berdosa. Diharap PM dan anak beranak selepas ini akan melakukan ibadat yang wajib dalam pengurusan pemerintahan, ekonomi, sosial berdasarkan tuntutan wajib dari ajaran Islam.

Kembalikan hukum hakam Islam dalam pemerintahan. tiada ruginya jika berbuat demikian. pahala yang sangat besar akan diperolehi. Dosa-dosa lampau insaAllah akan Allah ampun. kembalilah kepada ajaran agama yang syumul.

Friday, July 17, 2009

Bukti: Kuasa Politik Medan Dakwah Berkesan

Tuntutan politik Islam terbukti dari hari ke hari. satu persatu terungkai dari masa ke masa. kali ini bukti kebolehpercayaan atau kemampuan kerajaan Islam Kelantan memberi impak yang besar kepada politik islam negara. Laporan ahli-ahli perniagaan yang sebenar boleh dan mampu menjalankan perniagaan berlandaskan syarak dan nilai Islam yang bersifat universal seperti laporan bharian.com.my dari perenggan pertama hingga perenggan keempat.



Giant buka cawangan patuh etika Islam
Oleh Azli Ayob
azliayob@bharian.com.my



Iklan, garis panduan pakaian ikut syariah

GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd, pemilik pasar raya besar Giant akan membuka cawangan pertamanya yang mematuhi etika Islam di Kota Bharu, Kelantan akhir tahun ini.

Pengarah Pemasarannya, Ho Mun Hao, berkata cawangan yang akan dibuka di Kota Bharu Trade Centre (KBTC) itu memberi pengalaman baru kepada GCH Retail.



"Ini adalah sebuah cawangan yang istimewa bagi Giant. Bagi cawangan ini kami menyediakan laluan membayar dan bilik mencuba pakaian yang berasingan untuk lelaki dan wanita.

"Selain itu semua gambar bagi iklan dan risalah bagi cawangan ini juga akan dipastikan mengikut garis panduan ditetapkan terutama dari aspek etika berpakaian," katanya pada sidang media di Petaling Jaya, semalam.

Tuesday, July 14, 2009

'kuasa' jambatan tak menjadi

Heboh di Manek Urai tentang umpan jambatan yang djanjikan pemimpin Umno termasuk oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhuyiddin Yassin yang mahu membina jambatan baru.Jambatan yang menghhubungkan manik Urai Lama dan Manik Urai Baru.

Jika diungkap kisah lama, Menjelang pilihan raya umum lalu Umno menjanjikan mahu membina lebuh raya antara Kuala Krai - Kota Bharu dan membina jambatan kedua Sultan Yahya Petra, namun sehingga kini ia tidak terbina.



Tren sogokan jambatan, adalah modal yang besar dan selalu digunakan dalam pilihanraya. jambatan ini menjadi 'kuasa' yang bermodal kecil iaitu air liur je. bergegar-gegar janji untuk membina jambatan di sana sini.



Modal jambatan tidak termakan di DUN Manik Urai tetapi termakan di peti undi Manik Urai Lama dan Manik Urai Baru. kedua-dua peti undi ini dimenangi oleh BieN. Dipercayaai pada pilihanraya ke-13 akan datang pengundi di kedua-dua tempat ini akan kembali mengundi PAS kerana janji BieN untuk membina jambatan tidak 'ditunaikan' dan hanya menjadi umpan pilihanraya sahaja.


Fakta tuntutan hak royalti Petroleum Kelantan

Husam Musa
Mon | Jul 13, 09 | 10:54:31 am MYT

Kita mempunyai fakta bahawa kerajaan pusat menafikan hak rakyat Kelantan. Mereka perlu melihat hujah-hujah yang akan diberi kerajaan negeri. Dalam isu minyak ini kita ada tiga agenda, pertamanya ialah menuntut royalti gas dan minyak di tiga kawasan.
Iklan




Kawasan yang dituntut ialah kawasan bersama Thailand - Malaysia, di bawah tuntutan bersama itu ada di bawah satu akta yang diluluskan oleh Parlimen pada 1990.

Akta tersebut menyatakan bahawa perjanjian-perjanjian yang ada di antara Malaysia dan Thailand serta mana-mana pihak sebelum ini masih lagi terpakai. Dalam konteks ini Petronas telah menandatangani perjanjian dengan kerajaan negeri. Kelantan menyatakan berhak mendapat royalti 5 peratus setahun sama ada onshore (daratan) atau offshore (lautan).

Mengikut Akta Malaysia Thailand Joint Development Authority (MTJDA) 1990, di mana dalam akta itu sudah ada peruntukan untuk membayar kepada mana-mana pihak yang terlibat. Dan akta tersebut tidak menafikan pembayaran royalti mana-mana pihak termasuk kepada kerajaan negeri Kelantan.

Bahkan dalam akta itu mengakui perjanjian yang dibuat sebelum ini adalah terpakai. Jadi perjanjian yang dibuat di antara kerajaan negeri Kelantan dan Petronas pada 9 Mei 1975 dan dalam dokumen perjanjian itu kuasa yang mana dahulu dimilik negeri-negeri termasuk Kelantan telah diserah kepada Petronas dengan menjanjikan pembayaran tunai kepada negeri-negeri yang telah diambil hak tadi sekiranya ada pengeluaran petroleum.

Tidak hadkan jarak pantai

Dalam perjanjian tersebut pengeluaran di dua tempat iaitu onshore dan offshore. Jadi offshore yang digunakan dalam perjanjian itu teritorial zone dan exclusive zone. Jadi offshore ini tidak menghadkan jarak pantai dengan perairan Kelantan.

Jadi offshore itu meliputi jarak yang dekat dan jarak yang jauh. Jadi tidak terbatal hujah yang mengatakan bahawa Kelantan tidak berhak kepada royalti tersebut kerana jarak di antara pantai Kelantan dengan pelantar ialah jauh. Bahkan dalam praktik amalan Sabah, Terengganu dan Sarawak telaga-telaga mereka juga berada jauh dari pantai, iaitu lebih jauh daripada Kelantan.

Kalau pantai Kelantan dengan JDA ialah 150 km, manakala Sabah pula 210 km tetapi masih lagi layak menerima royalti. Jadi isu jarak dan perairan luar pantai adalah tidak berbangkit.

Kelantan juga menuntut royalti di PM301 kerana berada di perairan Kelantan, pelantar itu akan mulakan pengeluaran pada 2012, jadi kita awal-awal mengetengahkan royalti ini supaya Kelantan tidak terabai menerima bayaran royalti.

Jadi kita mengharapkan juga gas ini didaratkan PM301 di Pantai Bachok. Menteri Besar telah menghantar surat kepada Tan Sri Hassan Merican pada empat bulan lalu yang mencadangkan Petronas membangunkan zon khas di Bachok bagi projek Petrokimia.

Kita berharap Petronas boleh bertindak positif berdasarkan kepada cadangan tersebut.

Petronas belum bagi kata putus

Mengenai supply base ini permohonan telah dibuat oleh sebuah syarikat yang telah diluluskan kerajaan Kelantan di Kuala Besar. Jarak aktiviti JDA begitu hampir dengan Kelantan. Saya yakin banyak aktiviti yang diperlukan di sini seperti pembaikan kapal, 'maintenance' kapal dan penghantaran makanan. Jadi setakat ini hari ini Petronas belum lagi memberi kata putus.

Kita semua tahu lautan ada tiga kategori yang terlibat iaitu criteria zone ialah 12 batu ke pantai. Dan satu lagi ialah zon eksklusif (EEZ). Dan EEZ ini semuanya ini dalam istilah offshore. Jadi pembahagian kawasan offshore yang menghadkan mana-mana negeri mendapat royalti.

Sebab itu Sabah, Sarawak dan Terengganu telaga mereka berada dalam EEZ tetapi negeri terbabit juga berhak mendapat royalti.

Kemudian kita tuntut royalti di kawasan bertindih dengan Vietnam yang telah memulakan pengeluaran sejak 1997 lagi. Dan kemuncak pengeluaran pada 2004 ialah gas dan minyak. Kemudian kita minta bakal royalti di kawasan PM301 yang akan mula pengeluaran dua tahun akan datang iaitu 2011.

Tetapi kita minta awal supaya dapat ketetapan awal. Kita maklum awal mahu meminta royalti.

Isu kedua yang kita tuntut ialah pendaratan gas dari PM 301 yang begitu hampir dengan laut Kelantan juga perlu didaratkan di Kelantan untuk membolehkan menjana ekonomi bagi membuka peluang pekerjaan kepada rakyat Kelantan.

Ketiga kita menuntut pusat penghantaran atau dipanggil juga supply base, di mana kerajaan negeri telah menghantar surat permohonan ini dua tahun lebih tetapi sehingga kini Kementerian Kewangan belum meluluskan 'supply base' yang akan dibangunkan pihak swasta dan bukan kita minta kerajaan pusat bangunkan.

Kita sendiri yang hendak bangun, cuma kita minta kelulusan daripada Kementerian Kewangan. Kalau kita ada 'supply base' kita boleh membaiki kalau ada kapal yang rosak. Penghantaran barang-barang boleh dibuat di sini.

Peluang jana ekonomi

Jadi ada peluang menjana ekonomi dan peluang pekerjaan kepada rakyat Kelantan. Jadi tiga agenda ini yang kita pohon daripada kerajaan negeri dan Petronas.

Setakat yang kita dapati hujah undang-undang dan dokumen telah menyebelahi Kelantan. Sebab itulah kita cadangkan diadakan satu forum di Manek Urai, di mana Dato' Mustapa Mohamed mewakili kerajaan Malaysia dan Petronas dan saya mewakili kerajaan Kelantan.

Dan pada 3 Ogos kita akan satu lawatan bersama kepada kawasan pelantar Cakrawala dan kita telah menempah bot laut dalam yang boleh memuatkan ramai penumpang dan ramai anggota parlimen Pakatan Rakyat akan dijemput.

Saya juga hendak jemput Mustapa dan Khairy Jamaluddin bersama dalam tinjauan tersebut. Jadi kalau mereka bersungguh-sungguh hendak bersatu hendaklah mereka membayar royalti kepada kerajaan Kelantan.

Ada masa lima enam jam di atas kapal itu kita boleh bincang masalah tersebut.

Kerajaan pusat nampaknya mengakui hujah Kelantan adalah sah. Sebab itulah menyuruh Petronas menjawab. Biarpun diminta Petronas menjawab tetapi saya yakin kerajaan masih lagi mempunyai kuasa politik untuk mempengaruhi Petronas member jawapan politik.

Jadi kita berharap Petronas tidak memberi jawapan politik dan memberi jawapan yang berasaskan undang-undang dan keadilan.

Jadi tekanan politik adalah mustahak biar rakyat tahu dengan maklumat-maklumat dan mereka tidak boleh lagi menyembunyikan hak rakyat Kelantan.

Surat kepada Perdana Menteri dihantar sebulan yang lepas dan tiga bulan lepas Menteri Besar menghantar surat kepada Tan Sri Hassan Merican mencadangkan pendaratan gas daripada PM301 ke Bachok. - mks._

copy&paste dari:harakahdaily.net

Muhyiddin tabur janji berbentuk ugutan - Anwar

Zuharman MN
Mon | Jul 13, 09 | 2:19:41 pm MYT

KUALA KRAI, 13 Julai (Hrkh) - Pemimpin Umno-Barisan Nasional (BN) dianggap memperlekehkan rakyat Manek Urai apabila pelbagai janji pembangunan dilontarkan menerusi kempen mereka menjelang pilihan raya kecil (PRK) Dun Manek Urai.


Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim, menyelar tindakan Tan Sri Muhyidin Yasin sebagai Timbalan Perdana Menteri yang membuat janji berbentuk ugutan yang bertentangan dengan undang-undang.

Anwar menegaskan, wang kerajaan untuk membuat pembangunan adalah hak rakyat sebagai pembayar cukai sepatutnya disalur mengikut keperluan semasa rakyat bukannya dijadikan modal untuk memancing undi.



"Kita mesti serius dalam hal ini dan rakyat mesti sedar dan faham. Saya minta SPRM menyiasat perkara ini. Mereka menabur janji seolah-olah rakyat Manek Urai bodoh, tidak punya harga diri. Dhaif sangat ke rakyat Manek Urai?� katanya.

ImageBeliau berkata pada ceramah umumnya di kampung Peria dekat sini. Hadir sama Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat. Lebih 5,000 penyokong turut mengikuti program tersebut.

Anwar berkata, isu pembangunan tidak lagi relevan, tetapi etika kepimpinan yang gagal diwujudkan Umno sehingga berlaku banyak penyelewengan wajar dilihat sebagai isu utama dan perlu diberi perhatian oleh rakyat.

Muhyidin melalui kempen PRK Dun Manek Urai berjanji akan membina jambatan baru menghubungkan Manek Urai lama dan Manek Urai baru. Sebuah sekolah dan masjid juga turut dijanjikan dengan syarat pengundi memberi kemenangan kepada mereka.

Sementara itu Nik Aziz menyeru supaya pengundi Manek Urai tidak mudah terpengaruh dengan janji manis BN waktu pilihan raya memandangkan banyak projek rasmi dilancarkan sebelum inipun belum ditunaikan.

"Janji kerajaan Barisan Nasional untuk membina jambatan merentasi sungai Kelantan ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri dulu masih belum tertunai sampai sekarang, hari ini tabur lagi janji baru.



�Selesai dulu janji lama sebelum membuat janji lain dengan rakyat. Lagipun BN sebagai kerajaan pusat bertanggungjawab membawa projek ke setiap negeri. Jadi tidak betul kalau undi BN baru boleh dapat projek,� jelasnya.

Umno-BN menjadikan isu pembangunan sebagai modal utama kempen mereka di manek Urai selain taraf pendidikan calon PAS dikatakan tidak mempunyai pendidikan tinggi dan hanya sebagai seorang pemborong ikan. - mns_


copy&paste dari:harakahdaily.net

Muhyiddin tabur janji berbentuk ugutan - Anwar

Zuharman MN
Mon | Jul 13, 09 | 2:19:41 pm MYT

KUALA KRAI, 13 Julai (Hrkh) - Pemimpin Umno-Barisan Nasional (BN) dianggap memperlekehkan rakyat Manek Urai apabila pelbagai janji pembangunan dilontarkan menerusi kempen mereka menjelang pilihan raya kecil (PRK) Dun Manek Urai.

Iklan

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim, menyelar tindakan Tan Sri Muhyidin Yasin sebagai Timbalan Perdana Menteri yang membuat janji berbentuk ugutan yang bertentangan dengan undang-undang.

Anwar menegaskan, wang kerajaan untuk membuat pembangunan adalah hak rakyat sebagai pembayar cukai sepatutnya disalur mengikut keperluan semasa rakyat bukannya dijadikan modal untuk memancing undi.

"Kita mesti serius dalam hal ini dan rakyat mesti sedar dan faham. Saya minta SPRM menyiasat perkara ini. Mereka menabur janji seolah-olah rakyat Manek Urai bodoh, tidak punya harga diri. Dhaif sangat ke rakyat Manek Urai?� katanya.

ImageBeliau berkata pada ceramah umumnya di kampung Peria dekat sini. Hadir sama Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat. Lebih 5,000 penyokong turut mengikuti program tersebut.

Anwar berkata, isu pembangunan tidak lagi relevan, tetapi etika kepimpinan yang gagal diwujudkan Umno sehingga berlaku banyak penyelewengan wajar dilihat sebagai isu utama dan perlu diberi perhatian oleh rakyat.

Muhyidin melalui kempen PRK Dun Manek Urai berjanji akan membina jambatan baru menghubungkan Manek Urai lama dan Manek Urai baru. Sebuah sekolah dan masjid juga turut dijanjikan dengan syarat pengundi memberi kemenangan kepada mereka.

Sementara itu Nik Aziz menyeru supaya pengundi Manek Urai tidak mudah terpengaruh dengan janji manis BN waktu pilihan raya memandangkan banyak projek rasmi dilancarkan sebelum inipun belum ditunaikan.

"Janji kerajaan Barisan Nasional untuk membina jambatan merentasi sungai Kelantan ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri dulu masih belum tertunai sampai sekarang, hari ini tabur lagi janji baru.

�Selesai dulu janji lama sebelum membuat janji lain dengan rakyat. Lagipun BN sebagai kerajaan pusat bertanggungjawab membawa projek ke setiap negeri. Jadi tidak betul kalau undi BN baru boleh dapat projek,� jelasnya.

Umno-BN menjadikan isu pembangunan sebagai modal utama kempen mereka di manek Urai selain taraf pendidikan calon PAS dikatakan tidak mempunyai pendidikan tinggi dan hanya sebagai seorang pemborong ikan. - mns_


copy&paste dari:harakahdaily.net

Sunday, July 5, 2009

...berita derita dan buruk bagi PAS...

Dikhabarkan lebih 3.7 juta warganegara yang layak mengundi, masih belum mendaftar sebagai pemilih sebagaimana yang dinyatakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) baru-baru ini.


Berita ini adalah baik bagi PAS jika semua yang belum mendaftar itu akan daftar semuanya. Bertuahlah PAS andaikata semua yang belum daftar itu datang sendiri ke pejabat pos atau SPR untuk mendaftar. Kerja jamaah PAS menjadi mudah jika itu yang berlaku. Tapi ingat , kemenangan jamaah Islam bukan percuma dan mudah. Sirah Nabi yang ditunjukkan oleh junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w membuktikan kerja Islam mesti dilaksanakan dengan bersunggguh-sungguh dan tersusun.

Berita ini akan menjadi berita derita dan buruk bagi PAS jika hanya dibaca , disembang di kedai kopi dan mengharapkan buah yang gugur. Berapa banyak DUN yang PAS kalah di bawah 1500 undi dan Parlimen yang PAS kalah di bawah 5000 undi.


terpulanglah kepada PAS , terutamanya Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat untuk mengambil dan menggunakan kesempatan yang ada. Jangan senang hati dengan keadaan zon selesa di negeri Pakatan Rakyat dan zon 'rasa-rasa' selesa di negeri-negri bukan Pakatan Rakyat.


PAS mesti ambil manafaat dan peluang daripada pengundi muda yang belum mendaftar sebagai pemilih. Peluang yang Allah berikan ini tidak patut dipersiakan. Satu pengundi muda baru yang didaftarkan, menjamin pahala dari Yang Maha Esa merikutan momentum para pengundi muda ini yang mengundi Parti Islam Se-Malaysia. Ayuh geraklah pemuda PAS sekalian untuk menambah pengundi muda. sendiri mau ingat...

Saturday, July 4, 2009

116 peneroka dapat hak milik tanah




KOTA BHARU – Penantian 116 peneroka di bawah ladang Felcra di Bukit Jelutong, Gua Musang untuk memiliki hak milik tanah sejak lebih 20 tahun lalu tercapai apabila kerajaan negeri mengesahkan kelulusan hak milik tanah ke atas kesemua peneroka tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan Dan Kebajikan, Datuk Husam Musa berkata, ladang Felcra di Bukit Jelutong, Jajahan Gua Musang yang asalnya telah diterokai oleh peneroka diserahkan kepada kerajaan negeri atas alasan mereka gagal memajukannya.

“Kebanyakan peneroka telah membayar deposit sejak tahun 1985,1986 dan 1987 lagi. Hari ini kerajaan negeri telah mengesahkan kelulusan ke atas semua senarai 116 peneroka tersebut. Ia melibatkan keluasan 2.4 ekar setiap lot dengan lot keseluruhan lebih kurang 298 hektar.

“Sebahagian ladang ini diusahakan dengan tanaman kelapa sawit dan getah. Sebahagiannya pula telah musnah oleh hidupan liar,” katanya kepada pemberita pada satu sidang media di pejabatnya di sini, semalam.

Menurut beliau, pendeposit terbabit akan mendapat hak milik serta-merta ke atas tanah tersebut setelah mereka menjelaskan bayaran premium sebanyak RM3,000 bagi setiap lot.

“Setelah mereka membayar deposit dan membuat perjanjian dengan Felcra, penduduk kampung mengusahakan ladang ini. Jadi selama ini Felcra bertanggungjawab ke atas ladang tersebut.

“Hanya pada tahun lepas mereka telah menyerahkan kepada kerajaan negeri. Apabila Felcra secara suka rela menyerahkan ladang ini, kerajaan negeri mengambil keputusan untuk menyerahkan semula kepada rakyat.

“Ini kerana konsep kita ialah mana-mana ladang atau tanah yang telah diusahakan oleh rakyat secara sah seperti ini kita utamakan mereka mendapat hak milik,” katanya.

Sehubungan itu, senarai atau proses pemutihan ini tekah dibuat dan dalam dua minggu lepas kerajaan telah luluskan permohonan itu.

“Saya telah berjumpa dengan wakil penduduk untuk mengesahkan senarai itu sekali lagi. Dan hari ini kerajaan negeri meluluskan permohonan itu.

“Bukan kawasan ini sahaja yang diserahkan kepada kita oleh Felcra tetapi juga Felcra Perabong 1 dan Perabong 3, Bukit Tandak dan Gual Dalam di Pasir Mas juga akan diserahkan kepada peneroka,” katanya.


sumber dari. sinarharian.com.my


KOMEN:
Apa cerita warga peneroka di negeri lain. Dah dapat ke hak milik tanah yang diusahakan. PIKIR SENDIRI............................................................

Thursday, July 2, 2009

Ada Masa Merajuk Dan Ada Masa Salah Faham.

Lumrah satu keluarga, yang terdiri daripada mak, ayah, abang, kakak, adik, datuk , nenek, pak saudara, emak saudara, sepupu, dua pupu, tiga pupu dan berpupu-pupu adakalanya ada yang merajuk. Kadang-kadang adik merajuk dengan abang kerana berebut permainan. Abang bukan nak ambil lama permainan, beberapa ketiga akan diberi kembali permainan kepada adiknya. Kadang-kadang lari masuk bilik, buat-buat menangis. Merajuk itu pun bukannya lama dan akan kembali berbaik-baik.

Adakalanya, pupu papan akan salah faham dengan antara satu sama lain . tak datang umah la sekejab. Waktu raya dan kenduri kendara akan datang kembali. Masa salah faham, akan ada perkataan-perkataan yang dikeluarkan. Kadang-kadang kata tak nak dah duduk serumah. Cari umah lain. Tapi sampai bila. Lambat laut akan balik dan berbaik-baik juga. Orang tua pun , janganlah melatah jika ada sedikit sebanyak perselisihan antara anak buah. Gunakan kebijaksanaan untuk mengatasi masalah seperti mencabut rambut dalam tepung. Orang tua yang bijak juga akan faham pepatah air yang dicincang tak akan putus.

Begitulah adat resam dalam Pakatan Rakyat dalam isu DAP Kedah nak keluar dari kerajaan PR negeri. Biarlah pimpinan PR pusat menyelesaikan masalah kecil ini. Masakan masalah besar boleh diselesaikan, inikan pula masalah kecil. Cuma, jangan melatah kerana orang yang melatah akan mengeluarkan perkataan dan perbuatan di luar kewarasannya.

Pembangunan insan dan ekonomi perlu seiring









Oleh: WADIASSOFI JAAFAR dan MOHD FIRDAUS

YAN: Dua elemen utama yang diberi perhatian oleh kerajaan negeri ialah pembangunan insan dan pembangunan ekonomi negeri di mana pembangunan insan ialah ingin melatih rakyat agar berada dalam keadaan sihat.

Menteri Besar, YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, apa yang dapat kita lihat ialah kes jenayah di daerah Yan sudah menurun dan Jabatan Agama Islam Negeri perlu bekerjasama dengan Rela dan Polis dalam mengawal akhlak ahli-ahli masyarakat dan remaja.

"Dari segi pembangunan ekonomi negeri, kita mengamalkan konsep Kedah Sejahtera dan hidup dalam aman, damai dan sejahtera dan kita juga akan menghadapi perkembangan terbaru iaitu pada bulan Ogos ini, majlis perasmian pecah tanah projek penapisan minyak Hub hidrokarbon Sungai Limau (SULIHH) di Yan akan disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku Sultan Kedah," jelasnya.

Beliau menjelaskan, dengan terlaksananya projek ini, Kerajaan Negeri dijangka dapat menambahkan pendapatan sebanyak RM400 juta setahun, bermula tahun 2014 nanti.

"Kita melihat keuntungan jangka panjang dengan pelan perancangan ekonomi di Kedah, kita yakin projek ini mampu memberi pulangan yang tinggi kepada negara terutama di negeri Kedah," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Gotong-Royong Perdana Majlis Daerah Yan di Pekan Guar Chempedak, di sini.

Menteri Besar berkata, kerajaan negeri tetap mengamalkan sikap berjimat cermat dalam pentadbiran negeri dan berbelanja secara berhemah.

"Daerah Yan mempunyai potensi yang tinggi dari segi tarikan pelancong yang berupaya menarik lebih ramai pelancong untuk datang ke daerah ini," katanya.

Semua pihak, katanya, perlu bekerjasama dalam usaha menjayakan hasrat berkenaan agar ianya mampu menjana ekonomi di samping memberi peluang kepada penduduk untuk terlibat dalam bidang perniagaan.

Majlis gotong-royong yang diadakan pada kali ini, jelasnya, mampu mendidik masyarakat agar mencintai alam sekitar yang bersih dan indah.

"Budaya bergotong-royong seperti ini perlu diteruskan dari semasa ke semasa agar persekitaran berada dalam keadaan bersih dan secara tidak langsung, masyarakat terhindar daripada sebarang penyakit berjangkit," ujarnya.

Dalam pada itu, katanya, Kerajaan Negeri turut merancang untuk membina rumah kos rendah kepada 23,000 rakyat yang tergolong dalam keluarga miskin di negeri ini.

"Kerajaan Negeri akan memikirkan cara bagaimana untuk merancang dalam melaksanakan perkara itu," tambahnya.

teks dari: www.kedah.gov.my

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP