Thursday, September 10, 2009

...ranking keselamatan negara jatuh 25 tangga ke kedudukan ke-85...

kemerdekaan negara yang baru disambut memahatkan semangat cintakan tanah air. Siapakah rakyat Malaysia yang tidak menyayangi negara? Tanpa mengira agama dan bangsa, semua rakyat semestinya sayangkan negara. Seluruh rakyat mahukan kemajuan, sesejahteraan dan keselamatan berada di negara sendiri. Renungi dan hayati kupasan berita di bawah sempena bulan kemerdekaan dan bulan 'Hari hak Asasi Manusia' negara.


Keselamatan meruncing bukti tindakan bantah KPN berasas
Abdul Aziz Mustafa
Wed | Sep 09, 09 | 5:28:37 pm MYT
KUALA LUMPUR, 9 Sept: Tahap keselamatan negara yang kian meruncing membuktikan bahawa tindakan PAS membantah perlantikan semula Tan Sri Musa Hassan sebagai Ketua Polis Negara (KPN) adalah tepat, kata Ketua Penerangannya Ustaz Idris Ahmad.


"Laporan Daya Saing Global Forum Ekonomi Dunia (WEF) bagi 2009-2010 yang dikeluarkan semalam menunjukkan ranking keselamatan negara jatuh 25 tangga ke kedudukan ke-85," kata beliau yang menyifatkan peningkatan tersebut sebagai tanda kegagalan Musa.

Isu keselamatan, katanya, bukan sahaja menjadi kerisauan rakyat tetapi pelaburan dari luar juga menguncup dengan rangking daya saing Malaysia di peringkat global merudum ke kedudukan yang ke 24.

Menurut laporan berkenaan juga, potensi keganasan berada di kedudukan ke-97 dan jenayah dikedudukan ke-95 dengan kedua-duanya membawa kepada kos perniagaan yang ketara bagi pelaburan dalam negara.

"Tindakan PAS sebelum ini yang membantah kontrak Musa sebagai KPN disambung semula adalah tepat jika dinilai dari segi masa depan ekonomi dan keselamatan negara.

Image"Fakta yang dikeluarkan komuniti forum ekonomi antarabangsa ini memperjelaskan kegagalan KPI beliau dalam mengurus aspek keselamatan negara dengan baik," kata Idris.

Berikutan kegagalan Musa itu, PAS memohon campur tangan Yang di-Pertuan Agong supaya membatalkan pelantikan semula beliau.

"Dalam suasana kegawatan ekonomi sekarang, jenayah merupakan kerjaya yang kian berkembang dan Polis DiRaja Malaysia memerlukan seorang ketua yang berkerja bersungguh-sungguh untuk memerangi jenayah, bukannya seorang ketua yang gagal melaksanakan tugasnya," tegas Idris.

Walaupun dibantah pelbagai pihak termasuk PAS, perkhidmatan Musa sebagai KPN yang disambung minggu lalu sehingga 12 September tahun depan.

PAS sebelum ini memohon campur tangan Yang di-Pertuan Agong supaya menolak pelantikan semula Musa Hassan sebagai KPN.

Gesaan itu dibuat ekoran peningkatan kadar jenayah yang gagal dibendung dan muncul dakwaan terbaru bahawa wujud penglibatann kongsi gelap dalam mengatur kenaikan pangkat pegawai polis.

Beberapa hari sebelum kontrak Musa disambung, blog kontroversi Malaysia Today menyiarkan akuan bersumpah didakwa dibuat seorang pegawai polis yang pernah menjadi pembantu peribadi Musa.

Pegawai polis itu, antara lain, mendakwa Musa membiarkan penjenayah memanipulasi kenaikan pangkat anggota polis dan jawatan mereka.

Beliau juga mendakwa diarahkan supaya "menyelaraskan arahan mengenai pangkat dan jawatan para pegawai polis berdasarkan draf dan cadangan yang dibuat oleh BK Tan".

Laporan sebelum ini mendakwa Tan adalah kepala sindiket jenayah terancang yang menguasai dadah, persundalan, ceti haram dan rangkaian perjudian haram di seluruh Malaysia. Beliau juga didakwa menguasai sistem maklumat berkomputer polis._

berita dari: harakahdaily.net

0 comments:

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP