Wednesday, December 30, 2009

Contoh Kebertanggungjawaban.

Ini bukan kisah yang pertama tetapi sudah banyak kisah yang sama berlaku tentang sikap tanggungjawab individu bermaruah terhadap amanahnya. Kebertanggungjawaban mesti ada pada setiap individu dan juga mesti diperlihatkan supaya dicontohi dan memberi keyakinan kepada masyarakat tentang ketelusan sesebuah kerajaan. Kisah ini berlaku di negara-negara luar tetapi tidak berlaku di negara yang hilang enjin jet. Renung-renungkan berita berikut dan pilihlah kerajaan persekutuan yang baru supaya sikap ini dapat dibudayakan:-

Menteri Kesihatan Awam Thailand letak jawatan


BANGKOK: Menteri Kesihatan Awam Thailand, Witthaya Kaewparadai meletakkan jawatan semalam, selepas disabitkan dengan skandal rasuah berhubung skim penjagaan kesihatan dibiayai di bawah pakej rangsangan kerajaan berjumlah AS$43 bilion (RM150.5 bilion).

Ia adalah peletakan jawatan ketiga sejak kerajaan Perdana Menteri, Abhisit Vejjajiva mengambil alih setahun lalu dan tamparan baginya yang menghadapi tekanan supaya membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihan raya umum.

Pengunduran Witthaya, anggota parti Demokrat yang memerintah, mungkin menjurus kepada rombakan Kabinet, yang akan menggugat kerajaan campuran disokong tentera itu, berikutan masalah perpecahan dan perebutan kuasa dalaman.


Witthaya meletak jawatan selepas siasatan mendapati beliau cuai ketika dipertanggungjawabkan dengan projek pemerolehan bernilai 86 bilion baht atau AS$2.57 bilion (RM8.9 bilion).

Saya ingin menunjukkan sikap bertanggungjawab kepada orang ramai,” kata Witthaya ketika mengumumkan keputusannya.

Sebuah jawatankuasa memperakukan agar Witthaya dan timbalannya, Manit Nopamornbodi, dikenakan tindakan kerana merestui cadangan kementerian untuk membina kemudahan dan membeli peralatan perubatan yang tidak diperlukan dengan harga terlalu tinggi oleh pegawai kesihatan tempatan.

Jawatankuasa berkenaan berkata sembilan pegawai yang tidak dipilih juga terbabit dalam skandal program rangsangan itu, yang dilaksanakan untuk mempercepatkan pemulihan ekonomi, yang turut dilihat sebagai langkah populis bagi menaikkan populariti kerajaan.

Abhisit dijangka menyerahkan laporan Suruhanjaya Antirasuah Kebangsaan bagi tindakan lanjut.

Parti pembangkang, Puea Thai, yang menyokong bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra, bercadang membangkitkan isu berkenaan ketika perbahasan bagi mencela kepemimpinan Thailand, yang dirancang seiringan dengan perhimpunan antikerajaan oleh penyokong ‘baju merah’ jutawan berkenaan tidak lama lagi. - Reuters

berita dari:bharian.com.my

Sunday, December 27, 2009

7 peristiwa ajaib dunia

Kisah tragis, tragedi kehilangan dua enjin jet pejuang F-5E Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), mengundang banyak kepelikan. Kalau dunia mempunyi 7 tempat ajaib, maka peristiwa ini termasuk dalam 7 peristiwa ajaib dunia.

Mula-mula kedengaran berita kehilangan enjin ini, ingatkan enjin jet mainan budak-budak. Maklumlah budak-budak ada macam-macam alat permaianan. Ada kapal layar , kereta lumba, lori balak dan ada juga jet pejuang. Tak hairanlah kalau jet pejuang tu boleh hilang. Kadang-kadang ada bawah katil, terselit celah almari dan masuk dalam longkang. Jet tu budak-budak letak dalam poket dan lari-lari lalu terjatuh dalam parit.

Enjin jet pejuang TUDM yang hilang boleh ke masuk dalam poket? Mustahil, mustahil. Budak-budak yang ada jet mainan pun pening kepala memikir enjin yang besar boleh hilang. Tapi rasanya memang enjin jet tu ‘masuk poket’ iaitu hasilnya enjin itu yang masuk dalam poket.

Para pengkaji sejarah mesti membuat kajian sama ada pernah berlaku atau tidak pernah berlaku sebuah negara merdeka yang kehilangan enjin jet pejuang. Bukan satu enjin tetapi 2 enjin.

Budaya di Malaysia yang tiada intergriti, selalunya ada apa-apa yang berlaku tiada siapa yang nak bertangggungjawab. Semua buat dek jee. Bangunan runtuh dan roboh sana sini, menteri kerja raya buat ‘bodo je’ macam tak de apa-apa berlaku. Kes enjin hilang pun, menteri bertanggungjawab buat dek je kan. Kalau di negara luar , biasanya menteri tersebut akan meletak jawatan tanda kebertanggungjawabannya kepada amanahnya.

Selepas ini, apa pulak yang hilang? Tunggu.............pendedahan seterusnya.

Thursday, December 24, 2009

2.85 juta Bumiputera tidak daftar pengundi

PUTRAJAYA: Kira-kira 65 peratus atau 2.85 juta daripada 4.38 juta rakyat negara ini yang berusia 21 tahun ke atas yang tidak mendaftar sebagai pengundi adalah Bumiputera, kata Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Katanya, jumlah itu diperoleh selepas SPR membuat pemadanan dengan data penduduk berusia 21 tahun ke atas yang dimiliki Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Beliau berkata, daripada jumlah itu Selangor mencatatkan jumlah pengundi tidak berdaftar paling tinggi iaitu 787,500 diikuti Johor (605,00), Perak (527,000), Sarawak (475,000), Kuala Lumpur (350,000), Kedah (317,000) dan Sabah (280,000).


Ia diikuti Kelantan (247,000), Pulau Pinang (217,000), Pahang (200,000), Negeri Sembilan (154,000), Melaka (95,000), Terengganu (82,000), Perlis (32,000), Labuan (11,500) dan Putrajaya (7,200).

Beliau berkata, jika tidak ada usaha untuk menggiatkan kempen pendaftaran, jumlah mereka yang tidak berdaftar akan terus meningkat kerana setiap tahun ada kira-kira 450,000 individu mencapai berusia 21 tahun di seluruh negara.

"SPR mengenal pasti sikap sambil lewa atau tidak memberi keutamaan sebagai pengundi menjadi punca utama perkara ini berlaku, tetapi keadaan berubah menjelang setiap pilihan raya umum apabila SPR terpaksa memproses lebih satu juta permohonan dalam tempoh setahun sebelum pilihan raya diadakan.

"Justeru, SPR meminta semua pihak termasuk parti politik, pertubuhan bukan kerajaan dan persatuan penduduk supaya membantu usaha meningkatkan kesedaran di kalangan rakyat untuk mendaftar sebagai pengundi," katanya ketika ditemui di pejabatnya, semalam.

Wan Ahmad berkata, sehingga bulan ini, jumlah keseluruhan Daftar Pemilih Induk ialah 11.7 juta.

Mengenai kempen pendaftaran pemilih, katanya, proses pendaftaran dilaksanakan sepanjang tahun di 690 pejabat pos berkomputer, kaunter bergerak SPR dan menerusi 2,245 penolong pendaftar pemilih yang dilantik mewakili parti politik.

"Walaupun kempen pendaftaran kerap diadakan, tahap kesedaran di kalangan rakyat khususnya yang berusia 21 tahun ke atas masih rendah kerana mendaftar sebagai pengundi bukanlah mandatori kepada mereka yang layak," katanya.

Mengenai pendaftaran secara automatik, Wan Ahmad berkata, pelaksanaannya memerlukan pindaan terhadap Perkara 119 (1) Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan seseorang warga negara adalah layak untuk didaftarkan sebagai pemilih sekiranya memenuhi syarat ditetapkan.

Antaranya, sudah mencapai umur 21 tahun ke atas, menetap di mana-mana Bahagian Pilihan Raya di Malaysia dan tidak hilang kelayakan untuk menjadi seorang pemilih.

"Ketika ini, SPR menjadikan pangkalan data JPN sebagai sumber rujukan utama dan secara anggaran ada lebih 3 juta rakyat negara ini tidak mengemaskinikan alamat semasa berbanding yang tertera dalam MyKad masing-masing.

"Jika pendaftaran secara automatik dilaksanakan, SPR bimbang proses pengundian akan menjadi kelam-kabut dan ini boleh menjejaskan peratusan mengundi," katanya.


sumber:bharian.com.my

Sunday, December 13, 2009

Nik Aziz Bimbang Kenaikan Mas Kahwin Tambah Bilangan Anak Dara Tua

KOTA BAHARU, 11 Dis (Bernama) -- Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak bersetuju kadar mas kahwin dinaikkan kerana ialah boleh mengundang kepada ramai gadis menjadi anak dara tua.

"Kita tidak bercadang menaikkan kadar mas kahwin di Kelantan dan mahu mengekalkan peraturan sedia ada," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat di sini hari ini ketika diminta mengulas mengenai keputusan kerajaan Selangor menaikkan kadar mas kahwin di negeri itu daripada RM80 kepada RM300 berkuatkuasa 1 Jan tahun depan.

Nik Abdul Aziz berkata beliau sudah lama mengamalkan langkah tidak mengambil berat mengenai mas kahwin termasuk yang membabitkan perkahwinan anak-anaknya sendiri.

"Sayapun mengenakan tidak lebih RM1,000 bagi mas kahwin (yang termasuk hantaran) setiap anak saya sejak dulu," katanya.

Menurutnya langkah mengenakan mas kahwin dan hantaran yang terlalu tinggi lebih bersifat riak dan menunjuk-nunjuk.

Enakmen Keluarga Islam Negeri Kelantan tidak menetapkan jumlah tertentu berhubung kadar mas kahwin bagi pasangan yang ingin berumah tangga di negeri itu.

berita dari-- BERNAMA

Wednesday, December 9, 2009

Kalau melabur di jamban...

Alkisah lawatan kerja Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Tokyo dan Osaka, Jepun dengan bertujuan menarik lebih banyak pelabur dari Jepun untuk melabur di Malaysia.

Buat masa ini Jepun adalah rakan dagang Malaysia yang ketiga terbesar dengan jumlah dagangan Malaysia dengan Jepun bernilai RM136.7 bilion, meningkat kepada 16.5 peratus pada tahun 2008.

Eksport ke Jepun pula mencecah RM71.6 bilion, manakala import bernilai RM65.2 bilion. Bagi tempoh Januari-September 2009, eksport Malaysia ke Jepun adalah RM38.9 bilion, sementara import bernilai RM38.6 bilion.
Para pelabur luar yang ingin melabur di sesebuah negara sudah pasti melihat insentif-insentif yang ditawarkan oleh sesebuah kerajaan. Mereka memerlukan maklumat yang lengkap dari semua sudut sebelum melabur.

Memberi maklumat ekonomi sahaja kepada pelabur akan mengundang padah dan hasilnya membuat kerja yang sia-sia sahaja pergi ke Jepun. Kerajaan juga perlu memberi maklumat yang benar tentang kepatuhan undang-undang oleh kerajaan seperti tahap kepatuhan pemberian royalti minyak kepada kerajaan Kelantan dan Terengganu. Jika perjanjian royalti yang jelas ini boleh dinafikan, apakah pelabur berasa yakin dengan janji kerajaan terhadap pelaburan mereka nanti di Malaysia.

Selain itu pelabur juga akan memerhatikan indeks rasuah di sesebuah negara. Al maklum, jika indek rasuah yang semakin tahun, semakin menjunam, pelabur tidak akan mengambil risiko melabur di Malaysia kerana rasuah akan menyebabkan kos pelaburan meningkat.

Belum lagi disentuh tentang kebolehpercayaan kepada sistem perundangan negara. Dengan rekod-rekod tentang kes perbualan video V Linggam, kes campurtangan kehakiman terhadap kuasa speaker, dan lain-lain kes yang banyak ini semsti juga diambil kira oleh pelabur yang bijak.

Kalau melabur di jamban, rasanya ‘pelabur’ Jepun ramai yang sudah dan akan datang ke malaysia apabila melancong kerana isu ketirisan rasuah, ekonomi, perundangan dan lain-lain tidak menjadi faktor kepada mereka-mereka ini. Selamat ‘melabur’.

Sunday, December 6, 2009

Nik Aziz yakin Allah makbulkan doa rakyat yang dizalimi

Dzulfikar Mashoor
GOMBAK, 6 Dis: Menteri Besarnya Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam melahirkan rasa yakin bahawa Allah akan memakbulkan doa rakyat Kelantan yang dizalimi disebabkan kerajaan pusat enggan memberi wang royalti minyak pada kerajaan negeri.

"Kalau orang kafir (berdoa) pun, Allah janji akan makbulkan doanya kerana dizalimi, inikan pula orang Islam dan berjuang Islam di Kelantan," jelasnya dalam Himpunan Perpaduan Ummah 'PAS For All.

Beliau yang juga Mursyidul Am PAS menegaskan bahawa beliau tidak kecewa jika ada pihak tertentu mengkritik saranannya bahawa rakyat Kelantan akan berdoa agar Najib dibinasakan.

Beliau juga melahirkan rasa tidak kisah dengan laporan negatif beberapa media massa, sebaliknya suka dengan beberapa kritikan tersebut.

"Hari-hari surat khabar (arus perdana) caci saya, saya sengeh (kerana) suka."

Baginya, berdoa sama ada memohon sesuatu hajat atau menolak sesuatu kezaliman merupakan sesuatu yang digalakkan oleh Rasulullah s.a.w.

"Bila kita ikut Nabi, jadikan doa sebagai senjata mukmin, maka ada orang yang marah."

Dalam ceramah selama 20 minit di Markaz Tarbiyyah Taman Melewar, Beliau turut melafazkan doa khusus kepada Najib.

"Ya Allah ya Tuhanku, tolong buka hati Perdana Menteri Malaysia (Datuk Seri Najib Tun Razak) supaya Perdana Menteri Malaysia perbetulkan fikirannya (lalu) beri (royalti minyak) petrol (milik) Kelantan)," doa Nik Aziz

"Minta perbetulkan pandangan Najib kalau dia berniat baik (dan) kalau berniat jahat (maka) musnahkannya."

"Kalau kamu (Najib) jahat, takkan nak suruh saya doa ya Allah, kau tolonglah orang yang jahat."

Sebelum pada itu, Kelab Penyokong PAS berbangsa India, Bala Subramaniam berpendapat bahawa Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak perlu melahirkan rasa terkejut dengan saranan doa Nik Aziz agar Najib dibinasakan disebabkan kezaliman Perdana Menteri itu.

Ujarnya lagi, sepatutnya Muhyiddin menasihatkan Najib agar segera bertaubat dari melakukan kezaliman.

Nada yang sama turut ditegaskan oleh Ahli Parlimen Batu, Tian Chua.

"Saya orang bukan Islam pun percaya bahawa Tuhan akan membantu rakyat yang dizalimi, kenapa Muhyiddin dan Najib tidak percaya doa Tok guru," ujarnya.

sumber:harakahdaily.net

Thursday, December 3, 2009

Mari bersam MB...

Berdoa satu amalan murni dan dituntut dalam beragama. Seluruh kehidupan manusia mesti diisi dengan doa. Dari bangun tidur sehingga tidur semula.

Antara doa yang dimakbulkan oleh Allah taala ialah doa orang yang dizalimi, tidak kira orang yang dizalimi itu orang islam atau bukan islam. Seorang yang dizalimi mestilah mengambil peluang yang Allah berikan makbulnya doanya dengan berdoa bersungguh-sungguh dan berterusan sehingga perkara yang menzaliminya terangkat.

Hari ini rakyat Kelantan dan Terengganu telah dizalimi. Hak royalti minyak dizalimi dengan ditukar kepada wang ehsan. Seluruh rakyat Kelantan dan Terengganu mesti bersama-sama MB Kelantan yang memanjatkan doa agar Allah mengubah fikiran orang yang zalim mengembalikan royalti minyak dan jika masih terus bersikap zalim doakan moga Allah memberi pembalasan yang setimpal dengan kezaliman yang dilakukan.

Bagi orang yang tak pandai berdoa pun boleh berdoa agar Allah mengabulkan doa MB Kelantan. Bayangkan betapa makbulnya doa berjuta rakyat Kelantan dan Terengganu dalam isu ini. Ayuh rakyat Sabah dan Sarawak juga bersama MB Kelantan dalam isu ini kerana hasil minyak juga terdapat di sana dan ada kemungkinan mereka juga akan dizalimi.

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP