Monday, January 25, 2010

Nik Aziz mahu penghulu jadikan Kelantan istimewa

Mohamed Zainal Abidin Hussin
KOTA BHARU, 25 Jan: Penghulu seluruh Kelantan dicabar untuk terus menjadikan Kelantan istimewa dan berada di depan dalam kepimpinan peringkat akar umbi di negara ini.

Demikian dinyatakan Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik di majlis penyampaian amanat dan angkat sumpah perlantikan penghulu di Balai Islam Lundang pagi ini.

"Sekejap tadi kita mendengar seorang penghulu membaca ayat-ayat suci al-Quran dipermulaan majlis dan saya dimaklumkan telah ramai di kalangan penghulu kita yang mampu menjadi imam solat," ujar beliau.

Semua ini katanya adalah ciri-ciri istimewa yang hanya ada di Kelantan dan ia perlu diperkukuhkan sehingga masyarakat di negara ini dapat menjadikan kita sebagai ikutan.

Beliau turut menarik perhatian berkenaan peristiwa Pemangku Raja yang menjadi imam solat hajat di Stadium Sultan Muhammad ke IV baru-baru ini.

"Mana ada negeri lain di negara ini yang pemangku raja sudi untuk jadi imam solat hajat dan ini adalah keistimewaan yang sungguh besar yang dikurniakan Allah kepada kita sekelian," katanya.

Berkaitan pembangunan yang pesat di Kelantan beliau menceritakan bagaimana pelawat bangsa India dari Kapar memberitahu rasa terkejut melihat Kelantan selepas 20 tahun tidak berkunjung ke sini.

"Kawan kita dari Kapar, seorang India beritahu saya bahawa selepas 20 tahun tidak datang ke Kelantan beliau amat terkejut mendapati pembangunan di negeri ini begitu pesat dengan pelbagai kawasan pertumbuhan baru," tambah beliau.

Nik Aziz bagaimanapun melahirkan rasa kurang senang dengan sikap segelintir pemimpin masyarakat seperti penghulu yang belum dapat memperbaiki diri dengan meninggalkan amalan-amalan yang tidak sesuai dengan status seorang pemimpin.

"Bila kita dilantik, kita kena ingat kita bukan setakat wakil kerajaan di kampung tetapi wakil atau khalifah Allah SWT," jelasnya

Dengan itu beliau mahu semua penghulu tidak meninggalkan solat berjamaah di masjid, mengamalkan solat Dhuha, Qiamullail dan berusaha bersungguh-sungguh meninggalkan perbuatan merokok.

Seramai 758 penghulu menerima watikah di majlis tersebut manakala 25 menerima anugerah mengenang jasa kerana tamat tempoh perkhidmatan.

Turut hadir, Timbalan Menteri Besar, Dato' Haji Ahmad Yakob, anggota Exco Kerajaan Negeri dan pegawai-pegawai kanan kerajaan.

bahan dari:harakahdaily.net

Sunday, January 10, 2010

PAS bimbang 'tangan ghaib' dalangi serang gereja

Abdul Aziz Mustafa
KUALA LUMPUR, 9 Jan: PAS bimbang kejadian pengeboman beberapa gereja di Lembah Klang berpunca 'tangan-tangan ghaib' yang cuba mengapi-apikan ketegangan dan mengambil kesempatan untuk tampil sebagai pembela Islam bagi mengembalikan sokongan politik yang kini kian pudar, kata Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar.

Beliau menyifatkan perisatiwa tersebut mirip "peristiwa yang bersifat perkauman pada tahun 1987 yang bermula dari pertembungan antara Perdana Menteri yang pada waktu itu merupakan Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dan pemimpin MCA yang diketuai Datuk Lee Kim Sai".

Pertembungan tersebut, kata beliau, akhirnya mencetuskan kemarahan antara satu sama lain di kalangan orang-orang Melayu dan Cina yang merupakan dua kaum terbesar di negara ini.

"Akhirnya pemimpin pembangkang yang dikambinghitamkan dan ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di dalam Operasi Lalang sedangkan Najib dan Lee diberi cuti rehat ke Australia dan Umno berjaya mendapat kembali sokongan orang-orang Melayu dan MCA pula mendapat kembali sokongan orang-orang Cina," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu yang turut ditahan tanpa alasan di bawah operasi tersebut.

Mahfuz menegaskan, PAS mengutuk sekeras-kerasnya kejadian yang menimpa gereja-gereja yang diserang dengan bom petrol itu.

"Tindakkan tersebut bukan sahaja berlawanan dengan Islam malah ia adalah tindakan yang tidak bertamadun," tegasnya lagi.

"Islam sangat mengambil berat soal hak-hak rumah ibadat hatta dalam peperangan sekali pun Islam menjamin keselamatan rumah ibadat agama lain," katanya.

Beliau mengulangi seruan ikhlas PAS kepada rakyat Malaysia amnya dan umat Islam khasnya supaya menyelesaikan sebarang permasalahan yang timbul berkenaan penggunaan nama Allah melalui perbincangan yang sihat untuk mewujudkan perasaan saling memahami dan menghormati pegangan agama masing-masing.

"PAS meminta pihak yang cuba untuk mendapat dan meraih sokongan politik melalui tindakan mengadudombakan rakyat dengan menggunakan sentimen agama supaya menghentikan perbuatan terkutuk mereka," kata Mahfuz.

PAS, katanya lagi, mengajak umat Islam dan seluruh rakyat Malaysia supaya bersama-sama "bangun menolak politik murahan yang mengadudombakan rakyat sehingga sanggup mencetuskan pergaduhan dan pertumpahan darah untuk kepentingan najis politik mereka".

Tiga gereja dilempar bom api, dipercayai ada kaitan dengan kontroversi penggunaan kalimah Allah oleh majalah mingguan Katolik, Herald.

Kejadian pertama membabitkan Gereja Metro Tarbenlace di Taman Melawati disusuli Gereja Assumption Assunta, Petaling Jaya dan Gereja Chappel, Damansara.

berita dari: harakahdaily.net

Friday, January 8, 2010

Keluhan di awal persekolahan.

Sessi persekolahan 2010 yang baru dibuka menceretkan satu situasi 'panik' ibu bapa penjaga terhadap bebanan kewangan. kos untuk permulaan persekolahan meningkat setiap tahun. jika seorang sahaja yang bersekolah , ibu bapa penjaga terpaksa membelanjakan hampir RM500-RM1000. Kos nampak dan kos tersembunyi merangkumi kos yang terpaksa ditanggung penjaga.


Kos pakaian, kos yuran sekolah, kos yuran PIBG, kos buku tulis dan buku rujukan, kos alat tulis, kos van/bas sekolah dan kos-kos yang lain jika dicampur, mengeringkan poket-poket ibu bapa penjaga.


Bayangkan jika empat atau lima orang yang bersekolah, maka kos tersebut akan berganda. Untuk pelajar yang berasrama, kos yuran asrama juga diambil kira. disaat kepokaian ini, naik pula harga gula RM0.20. bagi menteri, apalah sangat kenaikkan RM0.20 ini tetapi bagi golongan miskin dan pertengahan, nilai RM0.20 sangat berharga.

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP