pensel ejaanmu bukan pensil ejaanmu lebih panjang dari pen kerjamu hampir sama dengan pen bentukmu agak serupa umpama pen
pensel baruku tahu bernilainyamu biasamu diguna kanak-kanak yang dewasa jarang-jarang menggunakanmu yang remaja kadang-kadang menulis denganmu yang tua sedikit-sedikit memilikimu
pensel tak ramai meletakmu di poket tidak berguna menandatangani cek tidak berguna menulis dokumen tidak berguna diguna dalam perjanjian
pensel kini dirimu diharap kau penentu jatuh tumbang kerajaan digunakan tanpa pilihan tiadamu, tiadalah kerajaan kuasamu boleh menolak kezaliman kuasamu dapat membela hak rakyat tempatan kuasamu diberi perhatian
pensel pangkahlah Pakatan jangan pangkah Barisan kerana 5 tahun terkesan untuk memberi pembebasan Ajarlah Semenanjung dengan kejayaan Sarawak pun boleh berlaku perubahan
KOTA BAHARU, 2 Nov (Bernama) -- Jabatan Imigresen akan memperkenalkan permohonan pengeluaran pasport secara online bagi memberi kemudahan kepada mereka yang mempunyai perkhidmatan internet dan sibuk dengan tugasan harian.
Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) jabatan itu, Che Din Yusoh, berkata perkhidmatan percubaan itu akan diperkenalkan di kawasan Lembah Klang, bermula Disember depan.
"Ini adalah salah satu perkhidmatan baru yang diperkenalkan Jabatan Imigresen dalam usaha mempercepatkan proses permohonan dan pengeluaran pasport di seluruh negara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Jabatan Imigresen Zon Timur, di sini, Selasa.
Menurutnya, usaha ini juga dilakukan ke arah penambahbaikan mutu perkhidmatan yang disediakan kerajaan kepada rakyat, selaras gagasan kerajaan menerusi slogan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".
Beliau berkata, setakat ini jabatannya mengambil inisiatif memperkenalkan perkhidmatan pengeluaran passport dalam masa singkat iaitu selama sejam di 47 pejabat utama di seluruh negara yang dianggap kawasan panas, seperti di Lembah Klang, Pulau Pinang, Johor dan Pulau Pinang.
Katanya, perkhidmatan itu akan diperluaskan di semua Jabatan Imigresen di seluruh negara, termasuk di Sabah dan Sarawak.
Menurutnya, Malaysia adalah satu-satunya negara yang menggunakan teknologi moden dalam proses permohonan dan pengeluaran pasport yang mempunyai ciri-ciri cip keselamatan canggih yang tidak digunakan di kebanyakan negara lain.
Ditanya sama ada Jabatan Imigresen bercadang untuk memperluaskan bidang kuasa pejabat imigresen di pintu masuk antarabangsa mengeluarkan pasport sebagai ibu pejabat negeri, Che Din berkata, setakat ini pihaknya belum bercadang untuk berbuat demikian.
"Setakat ini permohonan boleh dibuat di semua pejabat cawangan, termasuk di pintu masuk utama, tetapi ibu pejabat negeri sahaja bertanggungjawab mengeluarkan passport berkenaan melalui prosedur," katanya.
Bagaimanapun, dengan penubuhan sebuah pejabat cawangan Gua Musang semalam, ia dapat mengatasi masalah orang ramai untuk mendapatkan pasport dengan mudah tanpa perlu datang ke ibu pejabat negeri.
Pejabat baru di Gua Musang adalah satu-satunya pejabat Imigresen cawangan di daerah atau jajahan di Kelantan selepas ibu pejabat negeri di sini.
"Dengan adanya pejabat baru yang mempunyai fungsi yang sama dengan ibu pejabat negeri orang ramai yang tinggal di kawasan Hulu Kelantan, termasuk di daerah Kuala Lipis, Pahang tidak perlu mengambil masa untuk datang ke ibu pejabat untuk membuat permohonan passport atau urusan berkaitan," katanya.
Tahniah rakyat Cik Siti Wan Kembang yang memenangi Piala Malaysia buat julung kalinya. Tahniah juga peminat dan penyokong bola sepak Kelantan ini yang mendengar dan patuh akan nasihat Tok Guru Menteri Besar yang meminta mereka menjaga adap sopan sama ada menang atau kalah.
Tok Guru memberi nasihat bukan suka suka tetapi mengikut acuan dan ajaran agama Islam yang murni. Begitu juga nasihat dan pesanan Tok Guru kepada rakyatnya yang menjadi pengundi di Galas supaya keluar mengundi kerana mengundi, kata Tok Guru satu kewajipan. Agama tidak boleh dipisahkan dengan politik seperti mana agama tidak boleh dipasahkan dengan benda lain.
Agama itu berada di mana sahaja. Di pejabat, di kebun, di sawah, di laut, di rumah, di padang hatta di tandas pun ada agama. Islam agama yang sempurna ini mengajar umatnya sebab itu ia digelar sistem cara hidup dan Islam untuk semua.
perlawanan akhir piala Malaysia antara Kelantan melawan Negeri Sembilan, menjanjikan perlawanan hebat. peminat bola sepak bukan sahaja menunggu kehebatan perlawanan tersebut malah tertunggu-tunggu kehebatan penonton kedua2 pasukan.
bermula sahaja layak ke perlawanan akhir, kedua2 peminat sudah merancang pergi ke Stadium Bukit jalil. perlawanan di atas padang memerlukan semangat kesukanan yang tinggi. penontonjuga tidak terkecuali untuk memiliki semangat kesukanan yang lagi tinggi.
mana ada pertandingan yang kedua2nya menang atau kedua2nya kalah. Ingat, penonton Kelantan mesti ingat pesanan tok guru supaya berakhlak di mana sahaja berada. sambut kemenangan dengan beradap dan terima kekalahan dengan sopan. Siapa yang tak sedih pasukannya kalah. tok guru pun sedih. 20 tahun tok guru sebagai menteri besar mendidik rakyatnya dengan acuan Islam termasuk dalam sukan.
SPRM kecewa banyak kes gagal Oleh Magendran Rajagopal magendran@bharian.com.my 2010/10/22
'Jerung' sering terlepas kerana alasan remeh sedangkan bukti lebih daripada memadai
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam melahirkan rasa kecewa kerana kebanyakan kes berprofil tinggi yang dibawanya ke mahkamah menemui kegagalan apabila tertuduh dibebaskan hanya atas alasan teknikal yang remeh sedangkan bukti dikemukakan lebih daripada memadai untuk menjatuhkan hukuman.
Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Shukri Abdull, berkata kerjasama semua pihak, terutama hakim, amat penting bagi membendung amalan rasuah kerana ketegasan mahkamah dalam menjatuhkan hukuman boleh menjadi faktor mengekang perbuatan itu.
“Kadang-kadang saya pun hairan, orang yang beri rasuah mengaku, masa duit bertukar tangan kita tangkap 'red handed', ada pegawai SPRM menyaksikan transaksi, malah ada rakaman video, ada gambar... tapi masih tak boleh dapatkan pendakwaan di mahkamah. Nak apa lagi.
“Saya akui keterangan amat penting dalam sesuatu kes tetapi janganlah buang kes hanya atas alasan teknikal yang remeh-temeh seperti kesilapan kenal pasti tangan mana menerima wang atau poket mana wang dimasukkan. Hakim wajar mengutamakan pertimbangan sama ada rasuah berlaku atau tidak.
“Jika SPRM asyik kalah di mahkamah, orang tidak akan takut mengamalkan rasuah kerana yakin boleh menang di mahkamah, sekali gus menyebabkan gejala ini semakin berleluasa,” katanya pada sidang media di ibu pejabat SPRM di sini, semalam.
Beliau juga pelik kerana kebanyakan kes SPRM yang kalah di Mahkamah Sesyen pada kebiasaannya menang apabila rayuan dibuat di Mahkamah Tinggi, sekali gus menimbulkan persoalan apa sebenarnya bukti yang diharapkan di peringkat Mahkamah Sesyen. Terbaru, bekas Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Wahid Md Don, dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen daripada tuduhan menerima rasuah RM60,000 sebagai upah mempercepatkan kelulusan visa pekerja Bangladesh.
Shukri berkata, dalam masa setahun, SPRM terima purata 10,000 maklumat dan daripada jumlah itu, selepas ditapis dan diteliti, separuh tidak ada unsur rasuah, sebaliknya ia berkaitan hal pentadbiran.
Daripada 5,000 kes itu, saringan seterusnya menyenarai pendek hanya 1,000 kes saja sebagai cukup berasas untuk buka buka kertas siasatan.
“Daripada 1,000 kes itu dan akhirnya hanya sekitar 200 kes saja yang dianggap layak di bawa ke mahkamah. Justeru, hanya sekitar 200 kes saja, tidak kira kecil, besar, membabitkan swasta atau kerajaan, sampai ke mahkamah setiap tahun.
“Sebelum 200 kertas siasatan dikeluarkan izin untuk dimulakan pendakwaan di mahkamah, ia perlu melalui beberapa peringkat daripada pegawai penyiasat kepada pegawai penyiasat kanan dan diteliti pula oleh ketua cawangan, kemudian pengarah negeri atau bahagian dan barulah sampai kepada pendakwa raya.
"Timbalan Pendakwa Raya (DPP) menetapkan setiap kes perlu ada bukti lebih 90 peratus sebelum dipertimbangkan untuk pendakwaan. Justeru, kes yang dikeluarkan izin untuk pendakwaan adalah yang betul-betul kuat dan sekurang-kurangnya ada prima facie dan tertuduh pasti dipanggil bela diri.
“Hasil perbincangan dengan rakan sejawat dari Singapura, Indonesia, China dan Hong Kong mendapati kertas siasatan SPRM sudah cukup bagi memastikan pendakwaan itu berjaya jika kes terbabit berlaku di negara berkenaan,” katanya.
Beliau berkata, kejayaan pendakwaan di Singapura dan Hong Kong ialah 90 peratus, manakala di Indonesia dan China hampir 100 peratus tetapi di Malaysia hanya 68.1 peratus walaupun modul yang diguna pakai mirip kepada apa yang digunakan di Hong Kong.
Shukri berkata, mencari bukti kes rasuah sememangnya amat sukar dan hakim perlu lihat pada keterangan hakiki (bukti keadaan) bagi mengesahkan sama ada wujud rasuah atau tidak tanpa tidak tegar berpegang kepada undang-undang.
RUANG pemandu kereta api laju yang dikendalikan firma Deutsche Bahn.
BERLIN - Sebuah kereta api laju buatan firma Siemens yang mampu membawa 888 penumpang dan selaju 321.87 kilometer sejam menjalani ujian pertama dengan menyeberangi Selat Inggeris ke stesen St Pancras, London dari Jerman semalam.
Kereta api itu yang akan digunakan menjelang 2012 dan dijangka menggantikan kapal terbang sebagai alat pengangkutan utama di Eropah dikendalikan oleh firma Jerman, Deutsche Bahn.
Ia yang berharga £33 juta (RM161.27 juta) sebuah bakal digunakan untuk membawa penumpang menyaksikan Sukan Olimpik di London pada 2012.
Tambang yang akan dikenakan bagi perjalanan ke Jerman dari Britain ialah antara £39 (RM190.65) hingga £49 (RM239.54). - Agensi
Zaman teknologi maklumat, mendorong kewujudan blog ini yang digelar "rumputkarpet8". Blog ini membawa maksud pilihan maklumat untuk pembaca yang mempunyai pemikiran terbuka seperti rumput karpet yang menjadi salah satu pilihan rumput perhiasan. Angka lapan menggambarkan tahun kewujudan blog tahun 2008. Semoga pembaca mendapat manafaat daripada blog yang serta kekurangan ini.
TIDAK MENYOROK TETAPI BERDEPAN : PEKUNG TERBUKA
-
Timbalan Ketua Polis Negara (TKPN) yang baru Datuk Khalid Abu Bakar
mengumumkan bahawa PDRM tidak lagi menggunakan kaedah menyorok di belakang
tiang dan ...