Wednesday, February 11, 2009

Rekod hak asasi M'sia dipersoal di PBB

Feb 11, 09 11:32am
dikemaskini Penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap pemimpin politik dan layanan buruk terhadap pendatang asing harus menjadi isu utama mempersoalkan rekod hak asasi manusia Malaysia.

Hari ini, Malaysia buat pertama kali akan dihadapkan ke panel antarabangsa di Geneva untuk semakan rekod pelanggaran hak asasi manusia - amalan setiap empat tahun bagi semua negara anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Semakan itu akan dibuat di peringkat Majlis Hak Asasi Manusia PBB.

Badan antarabangsa pejuang hak asasi Human Rights Watch (HRW) berkata proses semakan di kalangan anggota PBB ini harus mendesak Malaysia bertanggungjawab atas semua bentuk pelanggaran tersebut, termasuk pada pelarian, pendatang haram dan penahanan tanpa bicara.

"Negara-negara anggota PBB patut mencabar Malaysia memansuhkan ISA, sama ada (mendesaknya) mendakwa atau membebaskan kesemua tahanan," kata seorang timbalan pengarahnya, Elaine Pearson.

Penggunaan akta kontroversi itu – antaranya terhadap penulis blog Raja Petra Kamaruddin, pemimpin DAP Teresa Kok dan lima pemimpin Barisan Bertindak Hak Hindu (Hindraf) – atas nama "keamanan, keselamatan dan kestabilan" menyalahi pelbagai piawaian hak asasi dunia, katanya lagi.

Berhubung layanan terhadap pendatang asing, Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) mendapat kritikan keras kerana didakwa melakukan pelbagai penganiyaan fizikal, mengancam dan memeras.

"Seorang tahanan memberitahu HRW bagaimana Rela melayan mereka 'seperti binatang', menendang dan menumbuk tahanan tanpa alasan yang jelas.

"Seorang lagi pendatang menjelaskan beliau dipukul oleh pegawai Rela sehingga tidak dapat berjalan beberapa hari," kata Elaine.

HRW juga berkata, Malaysia masih gagal menandatangani pelbagai perjanjian hak asasi manusia yang utama.

sumber:Malaysiakini

p/s: Malaysia mesti kembali kepada prinsip kemanusiaan mengikut apa yang diperintahkan oleh Pencipta alam.
KEMPEN HAPUSKAN ISA.

Tuesday, February 10, 2009

Sikap sebenar terserlah

ImageSepuluh bulan lalu situasi keengganan pemimpin Umno Perlis dan Terengganu, Dato' Seri Shahidan Kassim dan Dato' Seri Idris Jusoh mentaati perintah Raja dan Sultan, masih segar dalam ingatan rakyat Malaysia.

Keengganan mereka disokong Presiden Umno, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi membantah calon Menteri Besar istana.


Sejarah membuktikan pada tahun 1993, imuniti Raja-Raja diragut oleh UMNO dengan rakus sekali sehingga menghapuskan imuniti Raja-raja dan membolehkan mereka disaman di mahkamah terbuka. Begitulah sikap sebenar Umno yang etika kedudukan mereka kukuh, istana diketepikan sebaliknya akan berlaku apabila mereka lemah.

Berlaku juga perhimpunan (demontrasi) membantah keputusan istana diadakan di negeri terbabit selama beberapa hari. Lebih mengejutkan, terpampang sepanduk 'natang' (binatang).

Tiada lagi rakyat Malaysia yang sanggup melabelkan istana dengan binatang. Puak ini sahajalah yang berani berkata demikian. sehingga hari ini belum diketahui status siasatan kes tersebut.



Monday, February 9, 2009

Lupakah jasa UMNO kepada Raja-Raja tahun 1993?

Presiden PAS Dato� Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata PAS sekali lagi ingin mempertegaskan pendirian bahawa parti itu senantiasa mendukung prinsip rukun negara termasuklah prinsip kesetiaan kepada raja dan negara, keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.


Katanya sudah tentu rakyat tidak lupa akan tindakan tanpa susila yang dimulai oleh kerajaan pimpinan Umno dan Barisan Nasional pada tahun 1993 semasa pindaan perlembagaan terhadap kuasa imuniti Raja-Raja dilakukan.


"PAS berpendapat bahawa untuk memastikan keadilan terpelihara, semua pihak dalam negara kita ini termasuklah Umno seharusnya menghormati ketiga-tiga intipati penting dalam mendepani suasana yang sedang berlaku di Perak," kata Ustaz Hadi.


Image"Oleh yang demikian, tindakan pihak tertentu dalam Umno yang cuba untuk mengheret dan berselindung di sebalik Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak dalam tindakan mereka untuk menggulingkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak adalah amat dikesali," kata Ustaz Hadi dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily. - azm _


Artikel adalah sebahagian daripada dari artikel Harakahdaily

Friday, February 6, 2009

"Serah pada Allah" - Nizar

Johari Jaafar
Thu | Feb 05, 09 | 4:57:38 pm MYT

IPOH: 5 Feb (Hrkh) - Menteri Besar Perak, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata beliau menyerahkan urusan pembubaran Dun Perak kepada Allah setelah berusaha dengan berbagai cara yang betul mengikut lunas undang-undang dan syarak.


Beliau turut menyeru seluruh rakyat solat hajat dan berdoa kepada Allah memohon supaya kerajaan Pakatan Rakyat Perak dapat diselamatkan.


Malam tadi penyokong-penyokong Pakatan Rakyat kelihatan begitu ramai berkumpul di sekitar kediaman Menteri Besar Perak.


Beliau menasihati orang ramai supaya bertenang, tidak menimbulkan kekacauan, provokasi dan tidak melanggar batas undang-undang.


"Serahkan kepada kebijaksanaan kepimpinan menyelesaikan kemelut ini," ujar Nizar.

Menurut Setiausaha Politik Menteri Besar Perak, Misbahul Munir Masduki difahamkan 'agen-agen BN' telah memperdaya Adun Bota yang membawanya keluar dari rumahnya kononnya Raja Muda ingin bertemu.


Sepatutnya malam itu Nasarudin bersama semua Adun Pakatan Rakyat berada di rumah Menteri Besar.


Rupanya beliau dibawa ke Putrajaya dengan kawalan yang sangat ketat.


Menurut isterinya yang menceritakan kepada pimpinan PKR Perak sambil menangis suaminya dipaksa untuk menyertai semula BN.


Beliau sempat menghantar mesej pada suaminya dengan mengingatkan supaya jangan menjadi pengkhianat, tetapi mesej tersebut tidak berjawab.


Rumahnya di Ipoh dikawal dengan ketat oleh orang-orang yang tidak dikenali.

Peringkat awal, rumah mereka dikawal oleh petugas-petugas PKR.


Oleh kerana ramainya orang-orang yang tidak dikenali menceroboh masuk ke halamannya rumahnya, petugas-petugas PKR terpaksa mengundur diri kerana bimbang berlaku perkara yang tidak diingini.


Mohamad Nizar menyeru seluruh rakyat Perak bersabar dengan cubaan jahat Umno ini.

Mohamad Nizar memberitahu ketika beliau melangkah keluar dari pintu Istana, Baginda Tuanku berpesan kepada beliau dengan membaca petikan ayat al-Quran yang berbunyi "Innallaha ma'assobirin"._


peringatan dari Harakahdaily

Thursday, January 29, 2009

Lebih 10,000 Rakyat M'sia Hilang Kerja Sejak 1 Jan

Oleh Sajad Hussein

KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Lebih 10,000 rakyat Malaysia kehilangan pekerjaan sejak 1 Jan tahun ini, kata Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) Shamsuddin Bardan hari ini.

Bercakap kepada Bernama, beliau berkata lebih banyak pekerja dijangka hilang pekerjaan dalam tempoh terdekat apabila semakin banyak syarikat, terutama yang bergiat dalam sektor pembuatan, menghadapi masalah untuk terus beroperasi.

Sejajar dengan itu, beliau merayu kepada kerajaan supaya menyalurkan dengan segera peruntukan melalui pakej rangsangan ekonomi kedua bagi membolehkan syarikat mengetahui dengan jelas kedudukan masing-masing.

Bulan lepas, kerajaan menyalurkan pakej rangsangan ekonomi melibatkan RM7 bilion dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berjanji akan menyalurkan pakej kedua tidak lama lagi.

Shamsuddin berkata kemelesetan ekonomi kali ini lebih teruk berbanding yang berlaku pada 1997 kerana ia bersifat lebih menyeluruh dan melibatkan sebahagian besar dunia.

Katanya kemelesetan ekonomi yang berlaku kali ini juga lebih kritikal kerana hampir 600,000 pencari kerja baru di negara ini membanjiri pasaran kerja setiap tahun.

Beliau berkata mereka terdiri daripada lepasan universiti, pemegang diploma, pekerja mahir dan kumpulan yang baru meninggalkan bangku sekolah.

Katanya keadaan menjadi bertambah buruk apabila mereka terpaksa bersaing dengan kehadiran antara 1.5 juta dan dua juta pendatang asing tanpa izin yang turut mencari pekerjaan di negara ini.

Beliau berkata MEF percaya keadaan ekonomi sedia ada akan mengambil masa satu hingga dua tahun untuk kembali pulih.

"Pada masa ini, kerajaan perlu membantu perniagaan dan rakyat Malaysia yang menganggur dalam menghadapi keadaan yang amat getir," katanya.

Sejajar dengan itu, beliau mengesyorkan agar kerajaan mengambil langkah berikut sebagai tindakan jangka panjang bagi memulihkan keadaan:

+ Menghantar pulang semua pendatang asing tanpa izin ke negara asal

+ Menggantikan pekerja asing dengan rakyat Malaysia secara berperingkat

+ Membekukan pengambilan pekerja asing

+ Memberi keutamaan kepada rakyat Malaysia untuk diambil bekerja.

Shamsudin berharap kerajaan akan bersikap tegas dan berani dalam melaksanakan langkah itu bagi menghadapi realiti ekonomi semasa.

sumber-- BERNAMA

Tuesday, January 27, 2009

LCCT Labu: Sime Darby bohong atau Najib bohong?

Abdul Aziz Mustafa
Mon | Jan 26, 09 | 11:27:04 pm MYT

KUALA LUMPUR, 26 Jan (Hrkh) - Pentadbiran ekonomi negara kini lintang pukang berikutan pelbagai kenyataan bercanggah yang dibuat oleh pemimpin kerajaan dan para pegawai yang terlibat, kata Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar.


"Contohnya, dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, Sime Darby menyatakan cadangan pembinaan Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di Labu telah mendapat lampu hijau daripada kerajaan sedangkan (Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) pula menyatakan kerajaan belum membuat sebarang keputusan tentang status pembinaan LCCT itu," katanya.


Ahli Parlimen Pokok Sena itu mempersoalkan kenyataan siapakah yang benar dan boleh dipegang oleh rakyat?


"Siapa yang berbohong? Sime Darby atau Najib?" beliau mempersoalkan.

Beliau menggesa Sime Darby mengemukakan dokumen yang berkaitan dengan dakwaannya itu.


"Sime Darby dan Air Asia yang akan memanfaatkan LCCT Labu, jika ia disiapkan nanti, bertanggungjawab kepada rakyat untuk mengemukakan dokumen yang membuktikan bahawa kerajaan telah memberi lampu hijau untuk pembinaan tersebut," katanya.


Jika dokumen tersebut gagal dikemukakan dan jika betul belum ada sebarang keputusan seperti yang dinyatakan oleh Najib, lembaga pengarah dan pengurusan tertinggi Sime Darby semuanya mesti meletakkan jawatan berikutan kenyataan bohong atas nama Sime Darby itu.


"(Tun) Musa Hitam adalah orang yang pertama mesti meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Sime Darby. Mereka semua bertanggungjawab atas pembohongan Sime Darby itu," tegas beliau.


Sime Darby, katanya, adalah syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

"Sebab itu mesti meletakkan jawatan. Pembohongan GLC memalukan negara kerana ia memberi gambaran tahap akauntabiliti dan kebolehpercayaan yang begitu rendah dalam sektor ekonomi dan perniagaan dalam negara ini.


"Kalau GLC pun berbohong, tindakan itu pasti menakutkan pelabur untuk melabur dalam negara ini. Berbohong pula kepada Bursa Malaysia.


"Kalau GLC boleh berbohong kepada Bursa Malaysia dan Suruhanja Sekuriti pula tidak bertindak segera, ia pasti menjadikan tahap kebolehpercayaan terhadap sektor ekonomi dan perniagaan negara ini di kalangan para pelabur jatuh merudum," katanya.


Antara pemegang saham dalam Sime Darby ialah Skim Amanah Saham Bumiputera, Permodalan Nasional Berhad, Felda, Amanah Saham Wawasan 2020, Kumpulan Wang Persaraan, Lembaga Tabung Angkatan Tentera, Sekim Amanah Saham Nasional, Kumpulan Wang Simpana Pekerja (KWSP) dan Yayasan Pelaburan Bumiputera.


Bagaimanapun, katanya, jika Sime Darby tidak berbohong, ia membuktikan Najiblah yang sebenarnya berbohong.

"Semua pihak tahu, cadangan pembinaan LCCT Labu itu mendapat bantahan banyak pihak. Jika Najib berbohong untuk meredakan bantahan umum dan mendakwa kerajaan beliau membuat sebarang keputusan mengenai perkara itu, beliau mesti meletak jawatan," tegas Mahfuz.


Pembohong, katanya, tidak boleh menjadi Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kewangan jauh lagi Perdana Menteri.

"Ketika rakyat Kuala Terengganu memberikan undi tidak percaya kepada beliau yang memimpin kempen Barisan Nasional (BN) di situ dan selepas itu jika Najib berbohong pula untuk melindungi keputusan salah kerajaan yang turut dipimpinnya, beliau tidak ada sebab lagi untuk tidak meletak jawatan.


"Negara ini tidak mampu lagi menghadapi penganiayaan demi penganiayaan pemimpin pembohong. Jika Najib berbohong, beliau mesti berundur!" tegas Mahfuz. _

bahan dari harakahdaily

Saturday, January 24, 2009

GONG XI FA CAI

PAS For All mengucapkan GONG XI FA CAI kepada kelab penyokong PAS dan rakyat Malaysia berketurunan Cina. tiada orang Cina yang minta dilahirkan berbangsa Cina dan tiada orang melayu yang minta dilahirkan berbangsa Melayu.

Bangsa-bangsa ni tidak diberi pilihan kewujudannya. tidak sesekali tidak orang berbangsa Cina boleh bertukar bangsanya. semua bangsa sama taraf kecuali yahudi laknatullah.

PAS bukan milik eksekutif orang Melayu tetapi milik semua orang kerana dasarnya Islam yang menjadi milik semua manusia dan alam. Kedatangan Islam di negara China lebih dahulu daripada kedatangan Islam di Malaysia.

Bangsa Cina akan selamat jika Islam selamat seumpama bangsa Melayu akan selamat jika Islam selamat. yang membezakan manusia ialah ketaqwaan bukan bangsanya.

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP