Sunday, March 1, 2009

Inikah Islam kita?

Masyarakat manusia pada hari ini sesungguhnya hidup dalam bencana. Bencana besar yang saya maksudkan di sini ialah berlakunya krisis nilai. Krisis ini menimpa hampir ke semua peringkat dan golongan masyarakat termasuk umat Islam itu sendiri. Akibat dari krisis tersebut mengundang pelbagai polemik, kecelaruaan sikap dan tindakan, kegawatan berkaitan isu agama, moral, sosial, politik dan lain-lainnya.

Apakah punca krisis ini berlaku? Banyak faktor sebenarnya yang membawa kepada terjadinya krisis tersebut. Antaranya ialah penolakan manusia dan egonya mereka untuk kembali kepada Islam yang tulen, terhadnya kebebasan untuk menyampaikan maklumat dan ilmu yang sebenar selain bangsa Melayu itu sendiri dijajah oleh kuasa asing lebih kurang 500 tahun lamanya. Segala perkara boleh berlaku dan berubah sepanjang tempoh tersebut.

Hari ini umat Melayu Islam boleh dikatakan mewarisi Islam yang telah bercampur aduk dengan ideologi, budaya, adat resam yang pelbagai, antaranya :



3. Islam Warisan –

atau juga disebut Islam secara keturunan. Golongan ini memahami Islam yang telah bercampur dengan pelbagai adat istiadat dan budaya amalan resam masyarakat. Amalan-amalan tersebut sebati sehingga menjadi kemestian dan sunnah pula terkadang diabaikan. Amalan mengadakan kenduri marhaban dan mencukur jambul dengan air yang diletakkan di dalam kelapa yang ditebuk kadang-kadang lebih didahulukan berbanding sunnah tahnik (belah mulut dengan kurma), sedeqah dengan kadar timbangan berat rambut bayi, akikah dan sebagainya. Kenduri marhaban yang diadakan tidak dilibatkan ibadah akikah. Demikianlah juga adat mengkebumikan uri secara luar biasa, diikat bayi dengan benang hitam sebagai tangkal, adat persandingan ketika perkahwinan, adat membatal air sembahyang, kenduri arwah dan tahlil 7 hari berturut-turut, adat membaca Al-Qur’an di kubur 7 atau 40 malam berturut-turut dan lain-lain lagi. Segala adat istiadat ini diamalkan oleh sesetengah masyarakat melayu Islam dengan beranggapan ianya satu kemestian.

fikir dan renungkan adakah Islam kita pada hari ini adalah Islam warisan?

sumber: sebahagian dari artikel Hazmidibok

Thursday, February 26, 2009

Generasi Muda dan Perubahan.

Perubahan merupakan cogankata yang kerap dikemukakan pada masa mutakhir ini oleh pihakpihak yang menggelarkan diri mereka sebagai Aliran Revolusi. Marxisme adalah merupakan aliran yang paling menonjol sekali mempercayai bahawa perubahan itu mesti berlaku secara kekerasan. Marx secara terang-terangan telah mengemukakan pandangannya terhadap cara (uslub) yang seharusnya diambil oleh gerakan Komunis dalam melakukan perubahan sosial dan mengubah Kapitalisme. Katanya: "Tidak ada jalan bagi menggantikan Kapitalisme dengan Sosialisme kecuali dengan revolusi."

Pemuda dalam hubungan ini adalah medan yang subur untuk digunakan oleh semua aliran yang mempercayai Strategi Perubahan ini. Revolusi dan Coup-de-tat yang telah berlaku dan akan berlaku di seluruh dunia akan meletakkan asasnya kepada pemuda-pemuda dalam usaha mencapai tujuan mereka itu.

Bagaimana pula sikap Islam dalam hubungan menggunakan golongan pemuda ini? Apakah
peranan pemuda dalam perubahan Islam yang dicita-citakan? Apakah ciri-ciri Perubahan Islam itu? Kesemuanya ini akan cuba dibincangkan dan diperkatakan dalam kajian kita ini (Generasi muda dan Perubahan).

Kenapa mesti Pemuda?
Kenapa fokus selalunya kepada pemuda?
Kenapa pergantungan sentiasa kepada pemuda?

Pada logik Islam, apabila kita bergantung kepada pemuda, bukanlah bermakna kita melupakan peranan orang-orang dewasa dan juga orang tua, atau memperkecil-kecilkan kedudukan mereka seperti fahaman Korainisme di mana seorang pemimpin mereka selepas revolusi telah menuntut supaya dihapuskan kesemua orang-orang tua supaya tidak menjadi beban kepada negara.

Menurut Islam setiap manusia ada peranannya. Setiap peranan harus diberikan haknya, tanpa ada rasa sensitif, tanpa ada pertentangan. Mengikut asas-asas dan kaedah-kaedah berikut:

1) Dirahmati Allah seorang yang mengenal batas dirinya dan dia melakukan apa yang sepatut dilakukannya.
2) Bukan dari kalangan kita mereka yang tidak menghormati orang tua dan tidak mengasihani anak-anak kecil.
3) Kebenaran itu diterima walaupun datangnya dari seorang anak kecil atau orang tua walaupun ianya kerabat jauh yang tidak disukai, sementara kebatilan itu ditolak walaupun datang dari anak kecil atau orang tua yang dekat lagi dikasihi.

Apabila skop tugas-tugas perubahan difokuskan kepada pemuda-pemuda maka ia adalah sesuai dan selaras dengan kemampuan dan tugas mereka. Manusia dalam setiap peringkat usianya dalam kehidupan mempunyai kebolehan-kebolehan dan kemampuan-kemampuan yang sesuai dengan tugas—tugas yang tertentu. Kadang-kadang mungkin tidak sesuai dengan semua tugas. Tugas pada masa usia kanak-kanak lain daripada tugas waktu usia muda pemuda, dan seterusnya lain pula dengan tugas dalam waktu usia dewasa dan hari-hari tua.

Allah swt. berfirman:
. ..dikembalikan kepada umur yang paling lemah (pikun), supaya dia tidak
mengetahui lagi sesuatupun yang pernah diketahuinya. Sesungguhnya Allah Maha
mengetahui lagi Maha Kuasa. 16:70

sumber:buku "Generasi Pemuda dan Perubahan": Fathi Yakan

Monday, February 16, 2009

Pantun: Islam Penyelamat

Nelayan menangkap ikan gelama,
Dijaja sana sini di seluruh pekan,
Islam menjadi penyelamat agama,
Tuntutan Ilahi diutamakan.

Menteri besar manaiki unta,
Memakai pelindung takut dibedil,
Islam menjadi penyelamat wanita,
Hak dibela dengan adil.

Mak Bedah pandai bercerita,
Sambil mengopek sebiji durian,
Islam menjadi penyelamat harta,
Tiada ceroboh, tiada kecurian.

Budak-budak gelak ketawa,
Kuatnya sampai tebahak-bahak,
Islam menjadi penyelamat nyawa,
waris yang tinggal diberi hak.

Tiada terbela kaum Penan,
Mencari rotan untuk dijual,
Islam menjadi penyelamat keturunan,
Tiada zina tiada kerosakan sosial.

Dua pasukan gagah perkasa,
Namun akhirnya keputusan seri,
Islam menjadi penyelamat bangsa,
Bangsa tiada upaya membela diri.

Wednesday, February 11, 2009

Rekod hak asasi M'sia dipersoal di PBB

Feb 11, 09 11:32am
dikemaskini Penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap pemimpin politik dan layanan buruk terhadap pendatang asing harus menjadi isu utama mempersoalkan rekod hak asasi manusia Malaysia.

Hari ini, Malaysia buat pertama kali akan dihadapkan ke panel antarabangsa di Geneva untuk semakan rekod pelanggaran hak asasi manusia - amalan setiap empat tahun bagi semua negara anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Semakan itu akan dibuat di peringkat Majlis Hak Asasi Manusia PBB.

Badan antarabangsa pejuang hak asasi Human Rights Watch (HRW) berkata proses semakan di kalangan anggota PBB ini harus mendesak Malaysia bertanggungjawab atas semua bentuk pelanggaran tersebut, termasuk pada pelarian, pendatang haram dan penahanan tanpa bicara.

"Negara-negara anggota PBB patut mencabar Malaysia memansuhkan ISA, sama ada (mendesaknya) mendakwa atau membebaskan kesemua tahanan," kata seorang timbalan pengarahnya, Elaine Pearson.

Penggunaan akta kontroversi itu – antaranya terhadap penulis blog Raja Petra Kamaruddin, pemimpin DAP Teresa Kok dan lima pemimpin Barisan Bertindak Hak Hindu (Hindraf) – atas nama "keamanan, keselamatan dan kestabilan" menyalahi pelbagai piawaian hak asasi dunia, katanya lagi.

Berhubung layanan terhadap pendatang asing, Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) mendapat kritikan keras kerana didakwa melakukan pelbagai penganiyaan fizikal, mengancam dan memeras.

"Seorang tahanan memberitahu HRW bagaimana Rela melayan mereka 'seperti binatang', menendang dan menumbuk tahanan tanpa alasan yang jelas.

"Seorang lagi pendatang menjelaskan beliau dipukul oleh pegawai Rela sehingga tidak dapat berjalan beberapa hari," kata Elaine.

HRW juga berkata, Malaysia masih gagal menandatangani pelbagai perjanjian hak asasi manusia yang utama.

sumber:Malaysiakini

p/s: Malaysia mesti kembali kepada prinsip kemanusiaan mengikut apa yang diperintahkan oleh Pencipta alam.
KEMPEN HAPUSKAN ISA.

Tuesday, February 10, 2009

Sikap sebenar terserlah

ImageSepuluh bulan lalu situasi keengganan pemimpin Umno Perlis dan Terengganu, Dato' Seri Shahidan Kassim dan Dato' Seri Idris Jusoh mentaati perintah Raja dan Sultan, masih segar dalam ingatan rakyat Malaysia.

Keengganan mereka disokong Presiden Umno, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi membantah calon Menteri Besar istana.


Sejarah membuktikan pada tahun 1993, imuniti Raja-Raja diragut oleh UMNO dengan rakus sekali sehingga menghapuskan imuniti Raja-raja dan membolehkan mereka disaman di mahkamah terbuka. Begitulah sikap sebenar Umno yang etika kedudukan mereka kukuh, istana diketepikan sebaliknya akan berlaku apabila mereka lemah.

Berlaku juga perhimpunan (demontrasi) membantah keputusan istana diadakan di negeri terbabit selama beberapa hari. Lebih mengejutkan, terpampang sepanduk 'natang' (binatang).

Tiada lagi rakyat Malaysia yang sanggup melabelkan istana dengan binatang. Puak ini sahajalah yang berani berkata demikian. sehingga hari ini belum diketahui status siasatan kes tersebut.



Monday, February 9, 2009

Lupakah jasa UMNO kepada Raja-Raja tahun 1993?

Presiden PAS Dato� Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata PAS sekali lagi ingin mempertegaskan pendirian bahawa parti itu senantiasa mendukung prinsip rukun negara termasuklah prinsip kesetiaan kepada raja dan negara, keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.


Katanya sudah tentu rakyat tidak lupa akan tindakan tanpa susila yang dimulai oleh kerajaan pimpinan Umno dan Barisan Nasional pada tahun 1993 semasa pindaan perlembagaan terhadap kuasa imuniti Raja-Raja dilakukan.


"PAS berpendapat bahawa untuk memastikan keadilan terpelihara, semua pihak dalam negara kita ini termasuklah Umno seharusnya menghormati ketiga-tiga intipati penting dalam mendepani suasana yang sedang berlaku di Perak," kata Ustaz Hadi.


Image"Oleh yang demikian, tindakan pihak tertentu dalam Umno yang cuba untuk mengheret dan berselindung di sebalik Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak dalam tindakan mereka untuk menggulingkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak adalah amat dikesali," kata Ustaz Hadi dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily. - azm _


Artikel adalah sebahagian daripada dari artikel Harakahdaily

Friday, February 6, 2009

"Serah pada Allah" - Nizar

Johari Jaafar
Thu | Feb 05, 09 | 4:57:38 pm MYT

IPOH: 5 Feb (Hrkh) - Menteri Besar Perak, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata beliau menyerahkan urusan pembubaran Dun Perak kepada Allah setelah berusaha dengan berbagai cara yang betul mengikut lunas undang-undang dan syarak.


Beliau turut menyeru seluruh rakyat solat hajat dan berdoa kepada Allah memohon supaya kerajaan Pakatan Rakyat Perak dapat diselamatkan.


Malam tadi penyokong-penyokong Pakatan Rakyat kelihatan begitu ramai berkumpul di sekitar kediaman Menteri Besar Perak.


Beliau menasihati orang ramai supaya bertenang, tidak menimbulkan kekacauan, provokasi dan tidak melanggar batas undang-undang.


"Serahkan kepada kebijaksanaan kepimpinan menyelesaikan kemelut ini," ujar Nizar.

Menurut Setiausaha Politik Menteri Besar Perak, Misbahul Munir Masduki difahamkan 'agen-agen BN' telah memperdaya Adun Bota yang membawanya keluar dari rumahnya kononnya Raja Muda ingin bertemu.


Sepatutnya malam itu Nasarudin bersama semua Adun Pakatan Rakyat berada di rumah Menteri Besar.


Rupanya beliau dibawa ke Putrajaya dengan kawalan yang sangat ketat.


Menurut isterinya yang menceritakan kepada pimpinan PKR Perak sambil menangis suaminya dipaksa untuk menyertai semula BN.


Beliau sempat menghantar mesej pada suaminya dengan mengingatkan supaya jangan menjadi pengkhianat, tetapi mesej tersebut tidak berjawab.


Rumahnya di Ipoh dikawal dengan ketat oleh orang-orang yang tidak dikenali.

Peringkat awal, rumah mereka dikawal oleh petugas-petugas PKR.


Oleh kerana ramainya orang-orang yang tidak dikenali menceroboh masuk ke halamannya rumahnya, petugas-petugas PKR terpaksa mengundur diri kerana bimbang berlaku perkara yang tidak diingini.


Mohamad Nizar menyeru seluruh rakyat Perak bersabar dengan cubaan jahat Umno ini.

Mohamad Nizar memberitahu ketika beliau melangkah keluar dari pintu Istana, Baginda Tuanku berpesan kepada beliau dengan membaca petikan ayat al-Quran yang berbunyi "Innallaha ma'assobirin"._


peringatan dari Harakahdaily

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP