Monday, October 19, 2009

Pelabur risau, internet M'sia lembab


Okt 19, 09 8:15pm
Syarikat-syarikat Australia yang berhasrat untuk melabur di Malaysia bimbang dengan tahap kelajuan Internet yang tidak memuaskan di negara ini, kata timbalan pengerusi Majlis Perniagaan Malaysia- Australia, Michael Halpin.

Capaian Internet yang laju adalah penting bagi syarikat-syarikat Australia yang mempunyai dokumen besar untuk dihantar dari Malaysia ke ibu pejabat mereka di Australia, katanya.

"Ada dokumen teknikal yang amat besar dan selalunya kami mendapati ia mengambil masa yang panjang untuk menghantar dokumen-dokumen sebegini akibat kelembapan Internet di Malaysia.

"Capaian Internet di Australia lebih laju daripada di Malaysia.

"Pelabur-pelabur Australia dan Amerika mendapati ini menjengkelkan dan menghalang mereka menjalankan perniagaan dengan sempurna," katanya kepada pemberita selepas memberi ucapan di majlis makan tengah hari dengan pegawai kerajaan negeri Selangor, wakil-wakil majlis perniagaan dan kedutaan asing.

Ditanya jika kelajuan Internet di Malaysia adalah lebih perlahan daripada negara-negara jiran, Halpin berkata:

"Tidak, tetapi adakah Malaysia mahu setaraf dengan mereka? Malaysia adalah pilihan utama sebagai destinasi pelaburan, tetapi perbezaan antara Malaysia, Indonesia dan Vietnam semakin hilang."

Isu lain yang menjadi kebimbangan syarikat-syarikat Australia dan bakal pelabur ialah tahap keselamatan, di mana terdapat banyak laporan berita mengenai jenayah kecil dan ragut di negara ini.

Halpin bagaimanapun berkata beliau tidak menjangkakan bahawa syarikat-syarikat Australia yang sedang beroperasi di sini akan berpindah tetapi keadaan ini mungkin akan menghalang kedatangan syarikat-syarikat baharu ke Malaysia.

"Syarikat-syarikat ini bertanggungjawab ke atas pekerja dan keluarga mereka yang dihantar ke sini. Isteri kepada seorang petugas telah kehilangan begnya dalam kejadian ragut baru-baru ini," katanya.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri telah mencadangkan kepada pihak berkuasa tempatan untuk memberi bantuan sokongan kepada pihak polis yang mengalami kekurangan tenaga kerja.

Beliau berkata pihak kerajaan negera mengambil berat isu keselamatan dan akan memberi perhatian kepada isu itu dalam bajet negeri 2010.

Mengenai pelabur-pelabur yang lebih menggemari Indonesia, Thailand dan Vietnam sebagai destinasi pelaburan, Khalid berkata mereka harus melihat Malaysia sebagai satu "batu loncatan" kepada pasaran Asia yang lebih besar seperti China.

"Jika mereka ke negara lain, mereka mungkin terpaksa menunggu sehingga empat tahun lagi sebelum prasarana yang diperlukan siap, tetapi di negara ini, kebanyakan kemudahan telah siap sedia," katanya.

Menteri besar berkata banyak syarikat yang pada awalnya ingin menembusi pasaran China, kini beroperasi di Selangor kerana pelaburan di negara lain memerlukan program pembelajaran semula berikutan budaya perniagaan yang berlainan, tambahnya.

Majlis makan tengah hari yang dianjurkan oleh SSIC Bhd itu dihadiri pegawai-pegawai dari Indonesia, Cambodia, Singapura, Brunei, Korea Selatan, Maghribi, Tanzania, Zimbabwe, Lesotho, Papua New Guinea, Mesir, Bangladesh, Maldives, Sri Lanka, Australia dan majlis perniagaan Amerika.

SSIC berkata Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) meluluskan 138 projek pembuatan bernilai RM2.72 bilion di antara Januari dan Julai.

Daripada jumlah pelaburan, RM1.25 bilion adalah dari usahawan Malaysia, manakala baki RM1.46 bilion adalah dari pelabur asing.

Projek-projek tersebut menawarkan sejumlah 8,000 peluang pekerjaan. BERNAMA

dicopy dari: malaysiakini.com

Thursday, October 15, 2009

Kes Bekas EXCO Didakwa Buat Tuntutan Berlebihan Ditutup - SPRM

ALOR SETAR, 15 Okt (Bernama) -- Kes siasatan terhadap bekas Exco kerajaan negeri Kedah, Muhammad Radzhi Salleh yang didakwa membuat tuntutan perjalanan tidak munasabah telah ditutup selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati tiada unsur penyelewengan atau penipuan dilakukan ahli politik itu.

Pengarah SPRM Kedah, Idrus Jaafar berkata Timbalan Pendakwa Raya SPRM di Putrajaya yang meneliti laporan siasatan berpuas hati supaya kes itu ditutup kerana semua tuntutan Muhammad Radzhi disokong dengan dokumen, resit dan saksi.

"Kes itu disiasat mulai pertengahan tahun ini dan ditutup baru-baru ini (Oktober)," katanya.

Bercakap kepada pemberita pada majlis ramah mesra Aidilfitri SPRM di sini pada Khamis, Idrus berkata kes itu adalah antara empat kes tuduhan penyelewengan dan rasuah membabitkan ahli politik negeri ini yang disiasat pihaknya tahun ini.

Muhammad Radzhi, anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Lunas ialah bekas Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Masyarakat, mengisytiharkan dirinya sebagai Adun Bebas apabila keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 25 Ogos lepas.

Idrus berkata tiga lagi kes membabitkan ahli politik yang didakwa rasuah atau melakukan penyelewengan masih disiasat.

Katanya dari Januari sehingga hari ini, SPRM Kedah menerima 565 maklumat dan daripada jumlah itu, hanya 317 kes atau kira-kira 56 peratus mempunyai unsur rasuah manakala 248 kes lagi tiada unsur rasuah.

"Maklumat ini menghasilkan 24 tangkapan melibatkan seorang penjawat awam Kumpulan Pengurusan dan Pofesional, sembilan orang dari kumpulan sokongan serta 14 orang awam dan rampasan bernilai RM26,689.

"Sebanyak 141 maklumat (kes) dari 248 yang tidak berunsur rasuah dirujuk untuk tindakan jabatan antaranya polis, Pihak Berkuasa Tempatan dan Badan Berkanun terhadap pegawai mereka yang terbabit," kata Idrus.

Beliau berkata sebanyak 14 laporan SPRM diserahkan kepada jabatan atau agensi kerajaan membabitkan pegawai yang didapati melanggar Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tataterib) 1993 untuk dikenakan tindakan tatatertib.


sumber: bernama.com

Grand Prix F1 Malaysia macam mana?... Ada untung atau ada utang?

Malaysia salah sebuah negara yang menawarkan diri menjadi penganjur ‘Formula 1!’ Grand Prix F1. Penganjuran kejohanan yang bertaraf antarabangsa ini bermodalkan jutaan ringgi. Bukan modal membuka gerai nasi lemak atau belanjawan buat sukaneka PASTI. Tiada siapa yang tahu, sama ada kejohanan itu positif atau negatif dari segi belanjawannya.

Terbit laporan mengenai Grand Prix F1 Australia 2008 mengalami kerugian A$40 Juta (duit Malaysia Ratusan juta laa). Dihafamkan juga bahawa kerugian itu akan ditanggung oleh kerajaan Victoria.

Rakyat sekarang semua nak tahu apa yang dibelanjakan oleh kerajaan sama ada kerajaan negeri atau kerajaan pusat. Sememangnya rakyat mesti tahu dan ambil tahu setiap sen yang dibenjakan kerana rakyat inilah yang menjadi pembayar cukai. Cukai yang dibayar secara langsung atau tidak langsung mestilah dihargai.

Sunday, October 11, 2009

N31 Bagan Pinang: Ramalan Tak Menjadi.

Ramalan tak menjadi di Bagan Pinang. Pakatan Rakyat kalah besar kepada perasuah dengan majoriti lebih 5k undi. Rumputkarpet ramal menang 11 undi tetapi sebaliknnya yang berlaku. Mengapa diramal PR menang dengan 11 undi kerana PR akan menentang orang yang rasuah. Mustahil penduduk Bagan Pinang yang terpelajar sanggup mengundi orang yang rasuah. Rupa-rupanya penduduk Bagan Pinang "sukakan" rasuah.


Selepas ini, adakah pelancong dari luar Bagan Pinang, jika hendak ke PD mesti menyediakan wang rasuah? ini satu persoalan yang menjadi tanda tanda kepada rakyat Malaysia? Dunia luar yang melihat keputusan pilihanraya DUN Bagan Pinang ini akan melabel negara rasuah.


Terlintas difikiran, patutlah tahap indek rasuah Malaysia semakin menurun jika mentaliti rakyat, khususnya di bagan Pinang yang sukakan rasuah. Rekod rasuah, telah menjatuhkan ekonomi banyak negara dan sejarah membuktikan keburukan rasuah. Apa pun, tahniah kepada perasuah yang menang dan tahniah juga kepada pengundi yang sukakan perasuah. Rasuah tak berdosa agaknya...

DUN BAGAN PINANG “...Pakatan Rakyat menang dengan majoriti 11 undi.”

Hari ini, 11 Oktober 2009, belasan ribu pengundi akan menentukan Ahli Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang, port Dickson, Negeri Sembilan. Selama berpuluh hari berkempen secara rasmi dan tidak rasmi, hari ini menjadi penentu siapakah yang diberi amanah meminpin DUN Bagan Pinang.

Banyak ramalan yang telah dibuat oleh pelbagai pihak tentang keputusan pilihanraya kali ini. Ada yang memberi kemenangan kepada PR dan ada juga yang mengatakan Barisan Nasional yang menang.

Siapa pun yang menang, majoriti kemenangan menjadi perkiraan penganalisis membuat kajian untuk pilihanraya kecil atau pilihanraya umum akan datang. Rumputkarpet meramalkan Pakatan Rakyat menang dengan majoriti 11 undi.

Thursday, October 8, 2009

Nilai untung rugi sebelum memilih calon

Dzulfikar Mashoor
Wed | Oct 07, 09 | 3:21:37 pm MYT
TELOK KEMANG, 7 Okt: Pengundi Bagan Pinang diminta menilai dengan teliti apa yang mereka dapat jika calon Umno menang dan apa yang mereka dapat jika calon Pakatan Rakyat menang dalam pilihan raya kecil kali ini.



Bagi Pengarah Bersama Jentera PAS untuk pilihan raya kecil ini, Dr Dzulkefli Ahmad rakyat paling banyak untung jika calon PAS menang dalam pilihan raya ini.

"Jika PAS menang, Umno akan cuba memperbaikkan partinya yang terlalu banyak dipalitkan dengan isu rasuah, pembaziran, projek terbengkalai di peringkat kerajaan negeri.

"Bila itu berlaku, rakyatlah yang paling banyak mendapat manafaatnya.

"Jika Isa menang, Umno akan kian angkuh membawa pembangunan palsu untuk kepentingan kroni-kroninya dan rakyat tidak akan dapat apa-apa.�

Demikian penegasan Dr. Dzulkifli Ahmad, pagi tadi, apabila ditanya untung rugi memilih calon Pakatan Zulkefli Mohamad Omar atau calon Umno Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.



Image(Gambar: Pilih Isa bermakna Umno dan BN akan kekal dengan kemusnahan yang dibawanya, kalau pilih Zul, Umno akan berubah supaya tidak rebah)

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor menganggap beberapa pendedahan rasuah yang dipalitkan pada peribadi Isa itu membuktikan Isa tidak berupaya mengurus tadbir kerajaan negeri mahupun Dun kelak.

Beliau yang sebelum ini menyifatkan Isa sebagai ikon pembangunan palsu; mengajak rakyat menghitung pembangunan yang sedia ada di Port Dickson, sama ada benar-benar mengutamakan kualiti hidup rakyat atau mementingkan kroni-kronik tertentu dalam Umno sahaja.



Jika Umno menang, Umno akan kekal bongkak, angkuh, tidak mementingkan rakyat dan mengekal sistem pemerintahan korup yang ada.

Namun, jika Umno kalah, parti pemerintah di peringkat pusat itu akan berubah kerana takut rebah dan mengutamakan rakyat.

Sebelum ini, Tun Dr. Mahathir Mohamad antara tokoh Umno yang begitu lantang mengkritik pencalonan Isa.

"Rasuah berleluasa kerana pemimpin tetap diberi sokongan walaupun tetap terbabit," tegas Mahathir.

Image

(Gambar:Isa membawa pembangunan palsu di Telok Kemang)

Bekas Perdana Menteri ini sehingga sekarang bertegas tidak mahu turun ke sini, berkempen untuk Isa yang diketahui khalayak melazimi rasuah.

Dalam perkembangan berkaitan, calon Pakatan Rakyat Zulkefly dilihat tidak mempunyai maslaah integriti berbanding Isa.

Zulkefly yang pernah memimpin gerakan sukarelawan memperjuangkan isu-isu alam sekitar seperti No Incinerator Broga, sudah tentu diperlukan untuk menangani beberapa isu malar segar tempatan seperti pencemaran pantai-sungai, pembiakan lalat serta masalah sampah-sarap.

Manakala Isa yang pernah menjadi Adun Linggi dan Menteri Besar Negeri Sembilan, dijangkakan berdepan pelbagai lagi kritikan, kerana rakyat sedang menghitung 22 tahun kepemimpinannya dalam kerajaan negeri sebelum ini.

Isu pergantungan keahlian Isa selama 3 tahun kerana sah melakukan rasuah dalam Pemilihan Agong Umno (PAU) 2005, sehingga mendesak beliau melepaskan jawatan Menteri Wilayah Persekutuan merencamkan lagi pelbagai tandatanya kepada calon taruhan Umno itu.

Perhitungan untung rugi antara Zulkefly dan Isa menyebabkan rakyat tidak mempunyai banyak pilihan; kecuali memilih pemimpin yang amanah, bersih serta berkemampuan mengurus tadbir kerajaan serta Dun kelak.


sumber:harakahdaily.net

Friday, October 2, 2009

raya kedua...

menyambut raya yang kedua selepas sambutan raya pertama. setelah sebulan berpuasa, perayaan disambut dengan gembira. perayaan yang kedua ialah pilihanRAYA di bagan pinang.

semasa perayaan aidilfitri, kanak-kanak mendapt duit raya yang bayak. ada baagi RM1, RM2 dan lain-lain jumlah. raya yang seterusnya (pilihanraya) bagan pinga bukan sahaja kanak-kanak mendapt duit raya tetapi si tua, remaja, pemuda,pemudi semua mendapat duit raya.

esok 3 oktober 2009 akan berlangsung penamaan calon bagi prk bagan pinang. peramal-peramal mengjangkan beribu umat manusia berkumpul untuk mengiringi calon parti yang bertanding.mengikut rekod sebelum ini, penyokong PK melebihi sekali ganda daripada penyokong BN.

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP