Tuesday, February 9, 2010

Adakah ini petanda bil elektrik akan naik?

Apabila terbaca satu berita mengenai pemberian subsidi yang dikhabarkan akan dihapuskan, maka adakah ini petanda banyak lagi harga barang akan naik. kebimbangan ini dirasai oleh setiap lapisan masyarakat. baca, fahami dan buatlah persepsi tentang berita berikut:-

Subsidi tenaga tidak lagi boleh dikekalkan - Najib

KUALA LUMPUR 8 Feb. - Pemberian subsidi termasuk di dalam sektor tenaga tidak lagi boleh dikekalkan sebaliknya perlu distruktur semula dan dihapuskan secara berperingkat-peringkat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, penghapusan subsidi itu akan memberi ruang kebebasan kepada inisiatif swasta dan kuasa pasaran.

Menurut beliau, kerajaan tidak mungkin selama-lamanya mampu memberi subsidi yang lebih dan menawarkan tenaga di bawah harga sebenar.

"Kita (kerajaan) tidak mungkin berupaya untuk terus menanggung subsidi tenaga yang lebih dan murah.

"Kerajaan sepatutnya memberikan peruntukan yang lebih baik kepada sumber-sumber negara, tetapi gagal berbuat demikian kerana terpaksa menanggung perbelanjaan yang besar dalam subsidi,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Persidangan Ekonomi 1Malaysia anjuran Dewan Perniagaan dan Perdagangan Cina Malaysia (ACCCIM) di sini hari ini.

Menurut beliau, pembentukan industri yang baru perlu dilakukan dengan cara berbeza dan berdasarkan kepada kemahiran, teknologi, akses kepada modal serta sokongan pemasaran.

"Perlindungan tidak lagi boleh diberikan. Kita perlu adil kepada juara domestik kerana mereka akan menjadi juara serantau dan global

"Kita semua akan mengakui realiti ini dan ia adalah baik untuk semua,'' tambah beliau.

Dalam ucapannya, Najib turut memberitahu, kerajaan sedang dalam proses menggaris institusi, polisi dan prosedur untuk memudahkan pelaburan oleh para pelabur.

"Apa yang kita perlukan bukan sahaja untuk tujuan pelaburan swasta yang nyata tetapi juga yang bukan nyata,'' ujar beliau.

Perdana Menteri berkata, kajian Bank Dunia mendapati 60 hingga 80 peratus negara kaya boleh dikategorikan sebagai aset-aset bukan nyata seperti teknologi hak milik, teknologi intelektual , nama-nama jenama dan institusi.

Tegasnya, Malaysia perlu mewujudkan lebih banyak aset bukan nyata memandangkan ia begitu kritikal.

"Lihat kepada negara-negara berpendapatan tinggi, perusahaan dan industri bernilai tinggi milik mereka mempunyai pelaburan bukan nyata bernisbah tinggi,'' tambah beliau.

utusan.com.my

Monday, February 8, 2010

SELAMAT TAHUN BARU CINA.











RUMPUTKARPET8 MENGUCAPKAN SELAMAT TAHUN BARU CINA KEPADA SEMUA KAUM CINA SAMA ADA ISLAM ATAU BUKAN ISLAM. KEBESARAN ALLAH MENJADIKAN BANGSA KEPADA SESEORANG INDIVIDU.


TIADA SEORANG PUN YANG BOLEH MEMILIH BANGSANYA. KEJADIAN BANGSA ADALAH KETENTUAN ALLAH. JANGAN DIHINA BANGSA SESEORANG KERENA IA SECARA TIDAK LANGSUNG MENGHINA PENCIPTA BANGSA TERSEBUT. ISLAN UNTUK SEMUA.

Friday, February 5, 2010

Pelaburan 2009 merosot 50%



SEORANG juruteknik dirakam melakukan kerja pemasangan kenderaan di kilang Perusahan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. di Rawang. - Gambar hiasan





KUALA LUMPUR - Di sebalik persekitaran ekonomi global yang mengalami kejatuhan teruk, Lembaga Pembangunan Perindustrian Malaysia (MIDA) masih mampu meluluskan pelaburan bernilai RM32.6 bilion dalam 766 projek pada tahun lalu.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed (gambar) bagaimanapun berkata, jumlah pelaburan itu merosot hampir 50 peratus berbanding 2008 yang merekodkan angka RM62.8 bilion.

"Pelaburan asing pada 2009 merangkumi RM22.1 bilion pelaburan asing dan RM10.5 bilion lagi merupakan sumber domestik.

"Catatan pelaburan 2009 telah menjangkaui penetapan sasaran tahunan Pelan Induk Perindustrian Ketiga (IMP3) sebanyak RM27.5 bilion dengan peningkatan 18.5 peratus atau RM5.1 bilion," katanya dalam sidang akhbar selepas mengumumkan prestasi sektor perkilangan dan perkhidmatan bagi tahun 2009 di sini semalam.



berita dari :-kosmo.com.my

Demonstrasi: Polis jangan amal 'double standard'

Ali Hashim
SEBERANG JAYA, 5 Feb: Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution Ismail mengecam Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana mengamakan sikap 'double standard' dalam membenarkan demonstrasi diadakan di negara ini.

Menurut beliau, lagi sikap 'double standard' yang dipamerkan oleh pihak polis itu membuktikan bahawa mereka telah tidak menjalankan tanggungjawab dan amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada mereka untuk bersikap adil dan saksama dalam memberi dan menangani demonstrasi yang diadakan dalam negara ini.


Kita mahu lihat sama ada polis akan bersikap adil atau tidak kepada rakyat negara ini yang berbeza fahaman politik. Jika dulu semasa Pakatan Rakyat (PR) menganjurkan demonstrasi 'Bersih', demonstrasi PPSMI, demonstrasi mansuhkan ISA dan banyak lagi bantahan yang kita lakukan, awal-awal lagi mereka telah siap sedia dengan FRU dan 'water cannon' mereka.


"Tapi kali ini kita mahu lihat mereka bersikap adil kepada perhimpunan yang akan diadakan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) yang dinamakan atas nama 30 NGO Melayu untuk berdemonstrasi dan berarak ke Komtar.


Dalam pada itu 'Perhimpunan Sedaq' seperti mana edaran yang diterima adalah anjuran 30 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu yang bersimpati dan bersemangat memperjuangkan orang Melayu tanpa mengira fahaman politik.


Menurut edaran tersebut, pengangkutan bas percuma disediakan kepada penduduk di sebelah pulau sehinggalah ke Seberang Perai.


Saifuddin juga berkata, Umno dan BN cuba mendalangi perhimpunan itu dengan menggunakan nama NGO bagi mengaburi mata masyarakat bahawa ia adalah satu perhimpunan aman yang dibenarkan.


"Kita sebagai rakyat harus sedar bahawa Umno dan BN ini sudah tidak patut lagi dibiarkan untuk terus berkuasa. Selagi mereka berkuasa maka selagi itulah kerakusan dan penyalahgunaan kuasa, rasuah yang berleluasa dan amanah yang sepatutnya dilaksanakan oleh mereka secara adil tidak mereka lakukan.


"Setelah mereka merasakan kedudukan mereka terancam dan sokongan rakyat kepada mereka semakin pudar, maka mereka ciptakan satu rekaan baru dengan modus operandi yang sama mereka lakukan sebelum ini untuk menarik balik dokongan rakyat yang sudah semakin terhakis terhadap mereka.


Oleh itu, kita harus sedar dan jangan terpedaya dengan cara dan taktik halus yang sedang diatur oleh Umno dan BN dalam memerangkap minda rakyat supaya terperangkap dengan cara dan taktik yang mereka sedang laksanakan," katanya lagi.


Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ceramah di tapak ekspo, di sini. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dan kepimpinan Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang.


maklumat dari :-

http://www.harakahdaily.net

Monday, January 25, 2010

Nik Aziz mahu penghulu jadikan Kelantan istimewa

Mohamed Zainal Abidin Hussin
KOTA BHARU, 25 Jan: Penghulu seluruh Kelantan dicabar untuk terus menjadikan Kelantan istimewa dan berada di depan dalam kepimpinan peringkat akar umbi di negara ini.

Demikian dinyatakan Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik di majlis penyampaian amanat dan angkat sumpah perlantikan penghulu di Balai Islam Lundang pagi ini.

"Sekejap tadi kita mendengar seorang penghulu membaca ayat-ayat suci al-Quran dipermulaan majlis dan saya dimaklumkan telah ramai di kalangan penghulu kita yang mampu menjadi imam solat," ujar beliau.

Semua ini katanya adalah ciri-ciri istimewa yang hanya ada di Kelantan dan ia perlu diperkukuhkan sehingga masyarakat di negara ini dapat menjadikan kita sebagai ikutan.

Beliau turut menarik perhatian berkenaan peristiwa Pemangku Raja yang menjadi imam solat hajat di Stadium Sultan Muhammad ke IV baru-baru ini.

"Mana ada negeri lain di negara ini yang pemangku raja sudi untuk jadi imam solat hajat dan ini adalah keistimewaan yang sungguh besar yang dikurniakan Allah kepada kita sekelian," katanya.

Berkaitan pembangunan yang pesat di Kelantan beliau menceritakan bagaimana pelawat bangsa India dari Kapar memberitahu rasa terkejut melihat Kelantan selepas 20 tahun tidak berkunjung ke sini.

"Kawan kita dari Kapar, seorang India beritahu saya bahawa selepas 20 tahun tidak datang ke Kelantan beliau amat terkejut mendapati pembangunan di negeri ini begitu pesat dengan pelbagai kawasan pertumbuhan baru," tambah beliau.

Nik Aziz bagaimanapun melahirkan rasa kurang senang dengan sikap segelintir pemimpin masyarakat seperti penghulu yang belum dapat memperbaiki diri dengan meninggalkan amalan-amalan yang tidak sesuai dengan status seorang pemimpin.

"Bila kita dilantik, kita kena ingat kita bukan setakat wakil kerajaan di kampung tetapi wakil atau khalifah Allah SWT," jelasnya

Dengan itu beliau mahu semua penghulu tidak meninggalkan solat berjamaah di masjid, mengamalkan solat Dhuha, Qiamullail dan berusaha bersungguh-sungguh meninggalkan perbuatan merokok.

Seramai 758 penghulu menerima watikah di majlis tersebut manakala 25 menerima anugerah mengenang jasa kerana tamat tempoh perkhidmatan.

Turut hadir, Timbalan Menteri Besar, Dato' Haji Ahmad Yakob, anggota Exco Kerajaan Negeri dan pegawai-pegawai kanan kerajaan.

bahan dari:harakahdaily.net

Sunday, January 10, 2010

PAS bimbang 'tangan ghaib' dalangi serang gereja

Abdul Aziz Mustafa
KUALA LUMPUR, 9 Jan: PAS bimbang kejadian pengeboman beberapa gereja di Lembah Klang berpunca 'tangan-tangan ghaib' yang cuba mengapi-apikan ketegangan dan mengambil kesempatan untuk tampil sebagai pembela Islam bagi mengembalikan sokongan politik yang kini kian pudar, kata Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar.

Beliau menyifatkan perisatiwa tersebut mirip "peristiwa yang bersifat perkauman pada tahun 1987 yang bermula dari pertembungan antara Perdana Menteri yang pada waktu itu merupakan Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dan pemimpin MCA yang diketuai Datuk Lee Kim Sai".

Pertembungan tersebut, kata beliau, akhirnya mencetuskan kemarahan antara satu sama lain di kalangan orang-orang Melayu dan Cina yang merupakan dua kaum terbesar di negara ini.

"Akhirnya pemimpin pembangkang yang dikambinghitamkan dan ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di dalam Operasi Lalang sedangkan Najib dan Lee diberi cuti rehat ke Australia dan Umno berjaya mendapat kembali sokongan orang-orang Melayu dan MCA pula mendapat kembali sokongan orang-orang Cina," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu yang turut ditahan tanpa alasan di bawah operasi tersebut.

Mahfuz menegaskan, PAS mengutuk sekeras-kerasnya kejadian yang menimpa gereja-gereja yang diserang dengan bom petrol itu.

"Tindakkan tersebut bukan sahaja berlawanan dengan Islam malah ia adalah tindakan yang tidak bertamadun," tegasnya lagi.

"Islam sangat mengambil berat soal hak-hak rumah ibadat hatta dalam peperangan sekali pun Islam menjamin keselamatan rumah ibadat agama lain," katanya.

Beliau mengulangi seruan ikhlas PAS kepada rakyat Malaysia amnya dan umat Islam khasnya supaya menyelesaikan sebarang permasalahan yang timbul berkenaan penggunaan nama Allah melalui perbincangan yang sihat untuk mewujudkan perasaan saling memahami dan menghormati pegangan agama masing-masing.

"PAS meminta pihak yang cuba untuk mendapat dan meraih sokongan politik melalui tindakan mengadudombakan rakyat dengan menggunakan sentimen agama supaya menghentikan perbuatan terkutuk mereka," kata Mahfuz.

PAS, katanya lagi, mengajak umat Islam dan seluruh rakyat Malaysia supaya bersama-sama "bangun menolak politik murahan yang mengadudombakan rakyat sehingga sanggup mencetuskan pergaduhan dan pertumpahan darah untuk kepentingan najis politik mereka".

Tiga gereja dilempar bom api, dipercayai ada kaitan dengan kontroversi penggunaan kalimah Allah oleh majalah mingguan Katolik, Herald.

Kejadian pertama membabitkan Gereja Metro Tarbenlace di Taman Melawati disusuli Gereja Assumption Assunta, Petaling Jaya dan Gereja Chappel, Damansara.

berita dari: harakahdaily.net

Friday, January 8, 2010

Keluhan di awal persekolahan.

Sessi persekolahan 2010 yang baru dibuka menceretkan satu situasi 'panik' ibu bapa penjaga terhadap bebanan kewangan. kos untuk permulaan persekolahan meningkat setiap tahun. jika seorang sahaja yang bersekolah , ibu bapa penjaga terpaksa membelanjakan hampir RM500-RM1000. Kos nampak dan kos tersembunyi merangkumi kos yang terpaksa ditanggung penjaga.


Kos pakaian, kos yuran sekolah, kos yuran PIBG, kos buku tulis dan buku rujukan, kos alat tulis, kos van/bas sekolah dan kos-kos yang lain jika dicampur, mengeringkan poket-poket ibu bapa penjaga.


Bayangkan jika empat atau lima orang yang bersekolah, maka kos tersebut akan berganda. Untuk pelajar yang berasrama, kos yuran asrama juga diambil kira. disaat kepokaian ini, naik pula harga gula RM0.20. bagi menteri, apalah sangat kenaikkan RM0.20 ini tetapi bagi golongan miskin dan pertengahan, nilai RM0.20 sangat berharga.

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP