Friday, August 29, 2008

Signal Permatang Pauh tidak sampai kepada kerajaan


Pengguna pengangkutan awam berasa sangat kecewa apabila kerajaan mengenakan surcaj sebanyak 30%. Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar yang mengumumkan surcaj 30 peratus ke atas harga tiket bas ekspres dan bas berhenti-henti bermula 15 September hingga 15 Oktober ini.

Rakyat semakin keliru dengan keputusan ini. Mula-mula kata naik. Selepas itu tak jadi naik. Tidak lama kemudian dinaikkkan dengan dikenakan surcaj sebanyak 30%. Rungutan rakyat dikesampingkan. Pengguna boleh membandingkan harga lama dengan harga baru.

Semasa menaikkan harga minyak dahulu, Kerajaan mencadang kepada pengguna supaya menggunakan kemudahan awam. Rata-rata pengguna kecewa , di saat harga minyak turun, tambang bas pula dinaikkan.

Keputusan Pilihanraya kecil P44 Permatang pauh sepatutnya menyedarkan kerajaan. Apa lagi bentuk signal yang harus diberi oleh rakyat.

Sebilangan besar pengguna kemudahan awam adalah golongan sederhana dan golongan berpendapatan rendah. Dengan kenaikkan 30% sungguh membebankan. Apa pilihan lagi yang mereka ada. Kerajaan harus melihat kepayahan rakyat. Dicadangkan kepada kerajaan supaya mengkaji semula keputusan ini.

0 comments:

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP