Wednesday, November 3, 2010

Imigresen Perkenal Permohonan Pasport Secara Online


KOTA BAHARU, 2 Nov (Bernama) -- Jabatan Imigresen akan memperkenalkan permohonan pengeluaran pasport secara online bagi memberi kemudahan kepada mereka yang mempunyai perkhidmatan internet dan sibuk dengan tugasan harian.

Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) jabatan itu, Che Din Yusoh, berkata perkhidmatan percubaan itu akan diperkenalkan di kawasan Lembah Klang, bermula Disember depan.

"Ini adalah salah satu perkhidmatan baru yang diperkenalkan Jabatan Imigresen dalam usaha mempercepatkan proses permohonan dan pengeluaran pasport di seluruh negara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Jabatan Imigresen Zon Timur, di sini, Selasa.

Menurutnya, usaha ini juga dilakukan ke arah penambahbaikan mutu perkhidmatan yang disediakan kerajaan kepada rakyat, selaras gagasan kerajaan menerusi slogan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".

Beliau berkata, setakat ini jabatannya mengambil inisiatif memperkenalkan perkhidmatan pengeluaran passport dalam masa singkat iaitu selama sejam di 47 pejabat utama di seluruh negara yang dianggap kawasan panas, seperti di Lembah Klang, Pulau Pinang, Johor dan Pulau Pinang.

Katanya, perkhidmatan itu akan diperluaskan di semua Jabatan Imigresen di seluruh negara, termasuk di Sabah dan Sarawak.

Menurutnya, Malaysia adalah satu-satunya negara yang menggunakan teknologi moden dalam proses permohonan dan pengeluaran pasport yang mempunyai ciri-ciri cip keselamatan canggih yang tidak digunakan di kebanyakan negara lain.

Ditanya sama ada Jabatan Imigresen bercadang untuk memperluaskan bidang kuasa pejabat imigresen di pintu masuk antarabangsa mengeluarkan pasport sebagai ibu pejabat negeri, Che Din berkata, setakat ini pihaknya belum bercadang untuk berbuat demikian.

"Setakat ini permohonan boleh dibuat di semua pejabat cawangan, termasuk di pintu masuk utama, tetapi ibu pejabat negeri sahaja bertanggungjawab mengeluarkan passport berkenaan melalui prosedur," katanya.

Bagaimanapun, dengan penubuhan sebuah pejabat cawangan Gua Musang semalam, ia dapat mengatasi masalah orang ramai untuk mendapatkan pasport dengan mudah tanpa perlu datang ke ibu pejabat negeri.

Pejabat baru di Gua Musang adalah satu-satunya pejabat Imigresen cawangan di daerah atau jajahan di Kelantan selepas ibu pejabat negeri di sini.

"Dengan adanya pejabat baru yang mempunyai fungsi yang sama dengan ibu pejabat negeri orang ramai yang tinggal di kawasan Hulu Kelantan, termasuk di daerah Kuala Lipis, Pahang tidak perlu mengambil masa untuk datang ke ibu pejabat untuk membuat permohonan passport atau urusan berkaitan," katanya.



-- BERNAMA

Sunday, October 31, 2010

Penyokong pasukan Kelantan ingat dan patuh nasihat Tok Guru.


Tahniah rakyat Cik Siti Wan Kembang yang memenangi Piala Malaysia buat julung kalinya. Tahniah juga peminat dan penyokong bola sepak Kelantan ini yang mendengar dan patuh akan nasihat Tok Guru Menteri Besar yang meminta mereka menjaga adap sopan sama ada menang atau kalah.

Tok Guru memberi nasihat bukan suka suka tetapi mengikut acuan dan ajaran agama Islam yang murni. Begitu juga nasihat dan pesanan Tok Guru kepada rakyatnya yang menjadi pengundi di Galas supaya keluar mengundi kerana mengundi, kata Tok Guru satu kewajipan. Agama tidak boleh dipisahkan dengan politik seperti mana agama tidak boleh dipasahkan dengan benda lain.

Agama itu berada di mana sahaja. Di pejabat, di kebun, di sawah, di laut, di rumah, di padang hatta di tandas pun ada agama. Islam agama yang sempurna ini mengajar umatnya sebab itu ia digelar sistem cara hidup dan Islam untuk semua.

Tuesday, October 26, 2010

Perlawanan akhir Piala Malaysia, Kelantan mesti ingat pesan Tok Guru.


perlawanan akhir piala Malaysia antara Kelantan melawan Negeri Sembilan, menjanjikan perlawanan hebat. peminat bola sepak bukan sahaja menunggu kehebatan perlawanan tersebut malah tertunggu-tunggu kehebatan penonton kedua2 pasukan.


bermula sahaja layak ke perlawanan akhir, kedua2 peminat sudah merancang pergi ke Stadium Bukit jalil. perlawanan di atas padang memerlukan semangat kesukanan yang tinggi. penontonjuga tidak terkecuali untuk memiliki semangat kesukanan yang lagi tinggi.


mana ada pertandingan yang kedua2nya menang atau kedua2nya kalah. Ingat, penonton Kelantan mesti ingat pesanan tok guru supaya berakhlak di mana sahaja berada. sambut kemenangan dengan beradap dan terima kekalahan dengan sopan. Siapa yang tak sedih pasukannya kalah. tok guru pun sedih. 20 tahun tok guru sebagai menteri besar mendidik rakyatnya dengan acuan Islam termasuk dalam sukan.

Friday, October 22, 2010

'Jerung' sering terlepas kerana alasan remeh sedangkan bukti lebih daripada memadai

SPRM kecewa banyak kes gagal
Oleh Magendran Rajagopal
magendran@bharian.com.my
2010/10/22

'Jerung' sering terlepas kerana alasan remeh sedangkan bukti lebih daripada memadai

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam melahirkan rasa kecewa kerana kebanyakan kes berprofil tinggi yang dibawanya ke mahkamah menemui kegagalan apabila tertuduh dibebaskan hanya atas alasan teknikal yang remeh sedangkan bukti dikemukakan lebih daripada memadai untuk menjatuhkan hukuman.
Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Shukri Abdull, berkata kerjasama semua pihak, terutama hakim, amat penting bagi membendung amalan rasuah kerana ketegasan mahkamah dalam menjatuhkan hukuman boleh menjadi faktor mengekang perbuatan itu.


“Kadang-kadang saya pun hairan, orang yang beri rasuah mengaku, masa duit bertukar tangan kita tangkap 'red handed', ada pegawai SPRM menyaksikan transaksi, malah ada rakaman video, ada gambar... tapi masih tak boleh dapatkan pendakwaan di mahkamah. Nak apa lagi.

“Saya akui keterangan amat penting dalam sesuatu kes tetapi janganlah buang kes hanya atas alasan teknikal yang remeh-temeh seperti kesilapan kenal pasti tangan mana menerima wang atau poket mana wang dimasukkan. Hakim wajar mengutamakan pertimbangan sama ada rasuah berlaku atau tidak.


“Jika SPRM asyik kalah di mahkamah, orang tidak akan takut mengamalkan rasuah kerana yakin boleh menang di mahkamah, sekali gus menyebabkan gejala ini semakin berleluasa,” katanya pada sidang media di ibu pejabat SPRM di sini, semalam.

Beliau juga pelik kerana kebanyakan kes SPRM yang kalah di Mahkamah Sesyen pada kebiasaannya menang apabila rayuan dibuat di Mahkamah Tinggi, sekali gus menimbulkan persoalan apa sebenarnya bukti yang diharapkan di peringkat Mahkamah Sesyen.
Terbaru, bekas Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Wahid Md Don, dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen daripada tuduhan menerima rasuah RM60,000 sebagai upah mempercepatkan kelulusan visa pekerja Bangladesh.


Shukri berkata, dalam masa setahun, SPRM terima purata 10,000 maklumat dan daripada jumlah itu, selepas ditapis dan diteliti, separuh tidak ada unsur rasuah, sebaliknya ia berkaitan hal pentadbiran.

Daripada 5,000 kes itu, saringan seterusnya menyenarai pendek hanya 1,000 kes saja sebagai cukup berasas untuk buka buka kertas siasatan.

“Daripada 1,000 kes itu dan akhirnya hanya sekitar 200 kes saja yang dianggap layak di bawa ke mahkamah. Justeru, hanya sekitar 200 kes saja, tidak kira kecil, besar, membabitkan swasta atau kerajaan, sampai ke mahkamah setiap tahun.


“Sebelum 200 kertas siasatan dikeluarkan izin untuk dimulakan pendakwaan di mahkamah, ia perlu melalui beberapa peringkat daripada pegawai penyiasat kepada pegawai penyiasat kanan dan diteliti pula oleh ketua cawangan, kemudian pengarah negeri atau bahagian dan barulah sampai kepada pendakwa raya.


"Timbalan Pendakwa Raya (DPP) menetapkan setiap kes perlu ada bukti lebih 90 peratus sebelum dipertimbangkan untuk pendakwaan. Justeru, kes yang dikeluarkan izin untuk pendakwaan adalah yang betul-betul kuat dan sekurang-kurangnya ada prima facie dan tertuduh pasti dipanggil bela diri.

“Hasil perbincangan dengan rakan sejawat dari Singapura, Indonesia, China dan Hong Kong mendapati kertas siasatan SPRM sudah cukup bagi memastikan pendakwaan itu berjaya jika kes terbabit berlaku di negara berkenaan,” katanya.


Beliau berkata, kejayaan pendakwaan di Singapura dan Hong Kong ialah 90 peratus, manakala di Indonesia dan China hampir 100 peratus tetapi di Malaysia hanya 68.1 peratus walaupun modul yang diguna pakai mirip kepada apa yang digunakan di Hong Kong.


Shukri berkata, mencari bukti kes rasuah sememangnya amat sukar dan hakim perlu lihat pada keterangan hakiki (bukti keadaan) bagi mengesahkan sama ada wujud rasuah atau tidak tanpa tidak tegar berpegang kepada undang-undang.

Wednesday, October 20, 2010

Kereta api laju jalani ujian



RUANG pemandu kereta api laju yang dikendalikan firma Deutsche Bahn.


BERLIN - Sebuah kereta api laju buatan firma Siemens yang mampu membawa 888 penumpang dan selaju 321.87 kilometer sejam menjalani ujian pertama dengan menyeberangi Selat Inggeris ke stesen St Pancras, London dari Jerman semalam.

Kereta api itu yang akan digunakan menjelang 2012 dan dijangka menggantikan kapal terbang sebagai alat pengangkutan utama di Eropah dikendalikan oleh firma Jerman, Deutsche Bahn.

Ia yang berharga £33 juta (RM161.27 juta) sebuah bakal digunakan untuk membawa penumpang menyaksikan Sukan Olimpik di London pada 2012.

Tambang yang akan dikenakan bagi perjalanan ke Jerman dari Britain ialah antara £39 (RM190.65) hingga £49 (RM239.54). - Agensi


kosmo.com.my

Saturday, September 4, 2010

siapa ya...... fikir2kan..

siapa ya,
yang mencabul tulisan jawi,
siapa ya,
yang tukar bahasa ajaran sains dan matematik,
siapa ya,
yang menukar biasiswa kepada pinjaman,
siapa ya,
yang merobohkan surau,
siapa ya,
yang menghenti bantuan Sekolah Agama Rakyat,
siapa ya,
yang yang mengata sultan 'natang'
siapa ya,
yang perlaku pelbagai khianat kepada agama & agama,

Friday, September 3, 2010

Keselamatan Anda Keprihatinan Kami.

ANAK PERANTAUAN: Moh kiteeeeeeeeeeee

Wednesday, September 1, 2010

Hayati, selepas cari dan kejar.

Ramadham memasuki fasa terakhir selepas fasa rahmat dan fasa keampunan. dalam fasa ini iaitu fasa pembebasan dari api neraka, terdapat satu malam yang dikenali sebagai malam Al-Qadar.

Malam ini perlu dicari dan dikejar dan seterusnya dihayati dengan bersungguh-sungguh kerana inilah peluang yang ada untuk tahun ini. Untuk tahun dahapan , kita tidak pasti kewujudan malam Al-Qadar ini untuk kita sama ada kita berada di bawah tanah atau ketidakdapatan malam tersebut.

Hayatilah Al-Qadar dengan ilmu yang soheh, amalan yang betul dan niat yang ikhlas. penuhi dengan Quran, zikir, minajat, solat, sedeqah, hubungan kekeluargaan dan pencegahan mungkar serta penyuruhan ma'ruf.

Jangan tunggu lagi, ayuh saudaraku, kuatkan azam untuk menuju hayati yang dimaksudkan di atas.

Friday, July 23, 2010

Indonesia sekat laman web lucah

Republik haram pornografi sebelum Ramadan

JAKARTA: Menteri Komunikasi dan Penerangan, Tifatul Sembiring semalam mengumumkan semua laman web pornografi akan disekat di Indonesia sebelum bermulanya Ramadan di republik berkenaan.
Beliau berkata Indonesia sangat komited dalam usaha menghentikan pornografi daripada terus meracuni pemikiran generasi muda di negara itu.
“Kerajaan menyasarkan untuk menyekat semua laman web lucah sebelum bulan Ramadan dan kita mengambil keputusan untuk mengenakan sekatan supaya amal ibadat umat Islam pada bulan mulia itu tidak terganggu selain mengelakkan pemikiran generasi muda rosak dan diracuni dengan perkara yang tidak senonoh,” katanya ketika ditemui di pejabat presiden, di sini semalam.

Tifatul menyatakan, sekatan ke atas laman web lucah itu adalah amanah di bawah Undang-undang Pornografi.

Katanya, kerajaan hanya menjalankan tanggungjawab berdasarkan apa yang diatur dalam undang-undang berkenaan.

“Undang-undang terbabit menyatakan bahawa negara wajib melindungi masyarakat daripada kesan negatif pornografi. Umum tahu kesan pornografi boleh merosakkan pemikiran rakyat, jadi kita hanya menjalankan tanggungjawab yang perlu kita lakukan,” kata Tifatul.
Bagaimanapun, beliau masih belum menjelaskan secara terperinci jumlah laman web lucah yang akan disekat oleh kerajaan Indonesia.

Tifatul menjelaskan, sekatan terhadap laman web lucah akan dilakukan secara besar-besaran, terutama terhadap laman yang termasuk dalam kategori itu.

“Jika berlaku perlanggaran dikaitkan dengan pornografi, perkara itu sudah ditetapkan dalam Undang-un-dang Maklumat dan Transaksi Elektronik,” katanya.

Beliau berkata jika sabit kesalahan, ia membawa hukuman penjara antara enam hingga 10 tahun bagi mereka yang melanggar peraturan pornografi.

“Rakyat diminta berhati-hati dalam menyebarkan kata-kata dan bahan lucah kerana mereka boleh didakwa di bawah undang-undang anti-pornografi,” katanya.

Bharian.com.my

komen:-Malaysia darul Hadhari bila lagi nak haramkan pornografi seperti negara-negara lain yang bertanggangjawab. APCO takkan nak nasihat supaya sekat bende-bende macam ni.

Wednesday, July 21, 2010

Hilang cerita harga barang naik.

Cerita harga barang naik tenggelam apabila cerita tentang kerjasama UMNO-PAS dimainkan. Nampaknya berjaya taktik ini yang digunakan. Secara tidak langsung, rakyat pun tak bincang sangat isu kenaikan harga barang disebabkan segelintir pemimpin PAS memberi komen yang ‘agak terlebih’. Isu ini berulang kali dimainkan . Sepatutnya cukup seorang berdua sahaja pemimpin yang membuat kenyataan.

Apa pun ahli PAS khususnya dan rakyat Malaysia amnya tertunggu-tunggu apakah kesudahan isu ini dan lama mana ia akan dimainkan? Bagi ahli PAS yang ditarbiyah memahami dan memberi kepercayaan kepada pimpinan untuk m enyelesaikan isu ini, namun bagi ahli biasa yang mungkin tarbiyahnya belum sebati sedikit memberi kesan.

Sudah jelas lagi bersuluh dengan kenyataan setiausaha agung dan mursyidul am tentang isu ini. Ayuh kembali kepada isu rakyat kerana rakyat hendak melihat kesungguhan PAS membela nasib mereka. Isu ini sangat sesuai untuk membongkar dan menyenarai siri-siri ‘kemusnahan’ agama dan bangsa oleh UMNO selama puluhan tahun.

Saturday, July 17, 2010

Harga Produk F&N Dairies Mungkin Naik


KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- F&N Dairies (M) Sdn Bhd kemungkinan menaikkan harga produknya berikutan kenaikan harga gula dan bahan bakar yang bermula Jumaat.

Ketua Pegawai Operasi (Bahagian Tenusu) Tony Lee bagaimana pun berkata kumpulan itu belum membuat keputusan bila semakan kenaikan harga itu akan berkuat kuasa.

"Memandangkan susu pekat mengandungi banyak gula, kenaikan 25 sen sekilogram harga gula pasti memberi kesan yang besar kepada pengeluaran itu.

"Oleh kerana pengumuman rasionalisasi peningkatan harga dibuat hanya semalam, kami perlu membuat penilaian impaknya sebelum kami memutuskan untuk menaikkan harga.

"Harga produk tenusu mungkin meningat 10 sen," katanya kepada pemberita selepas pelancaran imej baharu jenama "TEA POT" pada Jumaat.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan subsidi kerajaan bagi petrol, diesel, gas petroleum secair dan gula akan dikurangkan mulai Jumaat sebagai langkah pertama program rasionalisasi subsidi secara berperingkat-peringkat.

Susulan pengurangan itu, harga gula naik 25 sen sekilogram kepada RM1.90 berbanding RM1.65 sebelumnya.

Mengenai imej baharu Tea Pot, Lee berkata label baharu itu direka untuk menampakkan imej yang segar pada jenama itu.

"Berdasarkan maklum balas yang diperoleh dari kaji selidik pasaran, corak dan visual itu lebih mencerminkan ketepatan janji jenama itu -- kualiti yang kosisten dan enak dirasa.

"Ia juga akan menambah baik kedudukan premiumnya sebagai pilihan pelanggan yang pandai menilai," katanya.

-- BERNAMA

Friday, July 16, 2010

Kenaikkan Harga Barang :Memang Tak Membebankan Rakyat.



Golongan kaya memang bersetuju dengan kenyataan PM yang mengatakan kenaikkan harga petrol, diesel,gas dan gula semalam tidak membebankan rakyat. Itu pandangan golongan kaya. Bagi golongan sederhana dan golongan berpendapatan rendah merasakan kenaikkan harga barangan tersebut sangat-sangat membebankan mereka.

Di saat ada golongan ini yang terpaksa memasak di awal pagi menyediakan sarapan anak-anak ke sekolah dan dibekalkan juga dengan makanan ke sekolah kerana kesempitan hidup kesan kenaikan harga barang sebelum ini. Bertambah rungsing mereka apabila diumum pula kenaikan baru bagi harga petrol, diesel,gas dan gula.

Nilai wang bergantung kepada pengguna itu sendiri. RM30 satu nilai yang sangat kecil bagi golongan kaya. Duit sebanyak itu hanya dihabiskan untuk sekali makan di restoran-restoran elit atau sekadar memberi ‘tip’ kepada penghantar makanan ke bilik-bilik hotel. Golongan tidak peduli dengan kenaikan tersebut. Malah jika naik 100% pun mereka tidak merasa kesan.

Nilai yang sama, RM30 sangat bernilai atau bernilai tinggi bagi golongan miskin dan sederhana. Macam-macam mereka boleh buat dengan nilai tersebut. Ada kalanya boleh belanja dapur untuk dua hari bagi satu keluarga yang kecil dan belanja satu hari bagi keluarga yang besar. Itu belanja dahulu. Kesan kenaikan harga barang ini menyebabkan nilaian itu menjadi semakin kecil dan memaksa sesetengah keluarga mengikat perut.

Rakyat sepatutnya sedar akan kesilapan mereka memiilih kerajaan pusat pada PRU ke-12 yang lalu. Di masa alasan kerajaan tentang kenaikan barangan ini untuk penjimatan RM750 juta perbelanjaan kerajaan, rakyat harus sedar jika hendak wang sebanyak itu, kerajaan dapat menampung perbelanjaan selama berpuluh tahun jika blog L dan Blok M tidak diserah kepada Brunei.

Thursday, July 15, 2010

12 tentera NATO terbunuh dalam serangan Taliban

2010/07/15
KABUL: Serangan bom, roket dan peluru oleh militan Taliban sejak dua hari lalu membunuh 12 tentera NATO di selatan Afghanistan.

Daripada jumlah itu, tiga membabitkan tentera British dan lapan tentera Amerika.
“Ia antara pertempuran yang paling sengit," kata Jeneral dari Jerman, Josef Blotz, jurucakap bagi Tentera Keselamatan Antarabangsa bagi NATO (iSAF), SEMALAM.
Empat daripada tentera Amerika yang terbunuh disebabkan serangan bom manakala kematian kelima akibat tembakan puak Taliban, semalam.

Lewat kelmarin pula, militan Taliban melancarkan serangan bom kereta, melepaskan tembakan roket dan senjata ringan ke arah markas polis di selatan Wilayah Kandahar.

Serangan itu menyebabkan tiga tentera Amerika dan lima orang awam Afghanistan terbunuh. - AFP

bharian.com

Wednesday, July 14, 2010

Ini petanda tarif 'api' akan naik?

Dari dahulu sehingga sekarang banyak petanda tentang kenaikan tarif elektrik akan berlaku. Seingatnya setiap kali isu kenaikan tarif elektrik diketengahkan, setiap kali itulah kerajaan akan menangguhkannya bukan membatalkannya. Siri bebanan kenaikan harga barang tidak terhenti kepada satu-satu barang sahaja, malah ia melibatkan kebanyakkan barang keperluan hidup seharian. kalai ini kenaikan tarif bergema lagi. Adakah laporan berikut menjadi petanda baru kenaikan api di negara yang kununnya mendahulukan rakyat? fikir-fikirkan...

Potensi Meningkat Bagi Saham Tenaga Dengan Kemungkinan Kenaikan Tarif

KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) -- Saham Tenaga Nasional Bhd (TNB) berpotensi bagi aliran meningkat berasaskan kepada kemungkinan kenaikan tarif sejajar dengan program rasionalisasi subsidi, kata ECM Libra Investment Research.

"Kami masih menyukai Tenaga Nasional bagi pemegangan asingnya yang rendah sebanyak sembilan peratus yang mengehadkan risiko menurun dan potensi bagi kenaikan tarif sejajar dengan program rasionalisasi subsidi," kata firma penyelidikan itu dalam nota ekuitinya, Rabu.

ECM Libra berkata Tenaga Nasional juga mendapat faedah daripada pemulihan permintaan yang kukuh dan pengukuhan ringgit.

Tenaga Nasional mencatatkan pertumbuhan permintaan unit kukuh yang berkembang pesat 10 peratus tahun ke tahun dalam tempoh lapan bulan tahun kewangan semasa di atas sokongan pemulihan ekonomi.

Walaupun harga arang batu dalam terma dolar AS kekal tinggi pada kira-kira AS$95 semetrik tonne, ECM Libra berkata ia mengganggarkan setiap 10 peratus kenaikan dalam ringgit akan menambah 13 peratus kepada pendapatannya.

Secara umumnya, ECM Libra berkata selepas kekecewaan terhadap semakan semula tarif asas dan tarif pelarasan kos pada separuh pertama tahun ini, suku ketiga akan tertumpu kepada pembinaan kapasiti bagi masa depan memandangkan pertumbuhan permintaan unit yang kukuh.

Ia berkata 4,000 megawatt jana kuasa arang batu akan ditawarkan bagi tender.

"Kami difahamkan bahawa ia akan dibahagikan 50:50 antara Tenaga Nasional dan pengeluar penjana kuasa bebas (IPP)," kata ECM Libra.

Di kalangan IPP, ia percaya MMC Corporation berkedudukan baik untuk memperoleh IPP arang batu berikutan pengalaman mereka mengendalikannya manakala YTL Power mungkin menjadi satu lagi calon yang berpotensi dengan pengalaman mereka mengendalikan jana kuasa arang batu 35 peratus miliknya, PT Jawa Power di Indonesia.

berita bernama.com

Wednesday, July 7, 2010

Tyson terharu berada di Tanah Suci

2010/07/07
MADINAH: Bekas juara tinju heavyweight dunia dari Amerika Syarikat, Mike Tyson, dilaporkan terharu dalam gembira kerana berada di Tanah Suci untuk menunaikan umrah.

Pada masa sama, beliau tidak dapat mengelak daripada dikerumuni saudara seagama yang mengenalinya.

Ketua Persatuan Dakwah Kanada (CDA), Shahzad Muhammad, yang mengiringi Tyson berkata jaguh tinju itu menitiskan air mata selepas mengucapkan salam kepada Rasulullah (SAW) selain menganggap dirinya bertuah dapat menjejakkan kaki di satu daripada taman syurga.

Oleh kerana sedar dirinya berada di Raudah, Tyson menjadi agak emosional, katanya lagi.

Beliau menitiskan air mata lebih setengah jam di depan makam Nabi sambil mengangkat tangannya.

Beliau melakukan solat, membaca al-Quran dan seterusnya berzikir di Raudah selama beberapa jam, kata Shahzad, kelmarin.

Seterusnya, beliau menyalin pakaian dan memakai ihram sebagai persedian menunaikan Umrah.
Awalnya, Tyson berbincang dengan Dr Muhammad Al-Oqala, presiden Universiti Islam yang menjelaskan kepadanya mengenai khidmat menara gading berkenaan kepada pelajar dari seluruh dunia.

Tyson juga akan melawat Jeddah, Abha dan Riyadh sebagai sebahagian kunjungannya ke Arab Saudi selepas selesai mengerjakan Umrah.

CDA mengatur jadual kunjungan Tyson ke Tanah Suci. Agensi

bharian.com.my

Monday, July 5, 2010

baruku tahu...............

Baruku tahu setelah membaca laporan berita di bawah, mengapa tergesa-gesa ulama' masuk UMNO. Rumputkarpet8 dapat rasakan pembaca pun dapat menilai dan menjawab soalan yang selama ini bermain di fikiran................ he...he...he... nak ketawa jeeeee..
----------------------------------------------------------------------------------------------

Mahkamah benar Fathul Bari cabar MAINS
Abdul Rahim Sabri
Jul 5, 10
5:34pm
Mahkamah Persekutuan hari ini membenarkan ulama muda Umno Fathul Bari Mat Jahya dan Nik Amirul Faiz Nik Md Yusof untuk mencabar Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) yang mendakwa beliau mengajar agama tanpa tauliah akhir Februari lalu.

Keputusan itu dibuat oleh panel Hakim Tan Sri Alauddin Sharif, Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin dan Tan Sri James Foong.

Pada 1 Mac lalu, Fathul Bari yang juga anak sulung kepada bekas mufti Perlis itu dituduh mengajar agama tanpa tauliah selepas ditahan ketika berceramah di sebuah sebuah pusat pengajian agama di Kuala Pilah.

Ulama muda yang berkelulusan sarjana dari Jordan itu dituduh bawah Seksyen 53 Enakmen Jenayah Syariah 2003 Negeri Sembilan mengaku tidak bersalah dan dan mohon dibicarakan.

Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, peguam Kamarul Hisham Kamaruddin berkata pihaknya mendapat kebenaran itu selepas permohonan petisyen mereka bagi mendapat pengisytiharan bahawa seksyen 53 (1) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan adalah terbatal dan tidak sah.

"(Ini kerana) DUN negeri tidak ada kuasa di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk menggubal seksyen 53 (1) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan kerana kesalahan mengajar Islam tanpa tauliah tidak bersalahan dengan rukun-rukun dan perintah-perintah agama Islam," katanya.

Kamarul Hisham berkata pihaknya telah memfailkan petisyen tersebut pada 19 April lalu.

Sebelum ini dilaporkan permohonan petisyen itu difailkan di Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Tinggi Seremban bagi mengisytiharkan Mahkamah Syariah Negeri Sembilan tiada bidang kuasa untuk membicarakan sesuatu kesalahan di bawah seksyen tersebut.

Fathul Bari dan Nik Amirul bersama dua pengikut dua pengikutnya ditahan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan pada jam 11.30 pagi 28 Februari lalu.

Fathul Bari ditahan sewaktu menyampaikan ceramah - berhubung topik Maulidur Rasul, akidah dan perpaduan umah - di Maahad Ittiba Sunnah, berhampiran dengan Jalan Seremban-Kuala Pilah.

Sekumpulan penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dan anggota polis hadir dan menghentikan program tersebut.

Jika disabitkan bersalah, Fathul Bari dan tiga lelaki tersebut boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara.


sumber:malaysiakini.com

Thursday, June 24, 2010

JPJ Tidak Saman Sesuka Hati - KP

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak sesuka hati menyaman pengguna jalan raya, sebaliknya tindakan menyaman merupakan salah satu kaedah untuk mendidik pengguna jalan raya supaya berbudi bahasa dan bersopan santun semasa menggunakan jalan raya.

"Saman adalah langkah untuk mewujudkan kesedaran pengguna jalan raya agar menghormati undang-undang, kerana sikap pemandu dikenal pasti menjadi punca utama nahas di jalan raya yang meningkat setiap tahun.

"Apabila mereka mematuhi peraturan, kita tidak akan mengeluarkan saman sesuka hati atau mengeluarkan kompaun.

"Kita juga dapat menyelamatkan nyawa dan mengelakkan kecederaan dialami pemandu," kata Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan kepada Bernama.

Beliau berkata JPJ mengeluarkan kira-kira 10,000 saman dalam sehari di seluruh negara, kebanyakannya berpunca daripada sikap ambil mudah pengguna jalan raya dan suka melanggar peraturan jalan raya.

Katanya beberapa inisiatif baru, termasuk membuat pindaan kepada Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 akan dilakukan untuk memantapkan tindakan penguatkuasaan JPJ.

Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Dr Ahmad Farhan Mohd Sadullah berkata peranan pihak penguatkuasa adalah untuk memberi peringatan kepada pengguna jalan raya supaya tidak melanggar peraturan, memastikan pesalah akan serik dengan kesalahan mereka dan tidak mengulanginya lagi.

"Sekiranya sasaran tersebut dicapai, maka penguatkuasaan boleh dianggap telah berkesan dan berjaya," katanya.

Pensyarah Kanan Jabatan Senibina Universiti Putra Malaysia (UPM) Dr Mohamad Fakri Zaky Jaafar pula berkata selain menyaman, cara lain yang boleh menghukum pesalah jalan raya ialah dengan mengenakan tindakan khidmat masyarakat.

"Ini kerana jika saman dinaikkan dari kadar RM300 sekarang, ia akan memberi tekanan terutama kepada mereka yang berpendapatan rendah," katanya.

sumber: bernama.com.my


komen rumputkarpet:- kerajaan banyak dapat duit dengan saman. dalam keadaan yang digembar gemburkan ekonomi baik, dilaksanakn saman ini meragukan. fikir-fikirkan...


Monday, June 21, 2010

Selamat Hari Bapa

ke laut mencari pari,
persediaan program hari keluarga
selamat hari bapa ucapan diberi,
untuk bapa-bapa yang berjasa

penonton melihat acara memanah
ditepi padang penjaja berjual,
bapa pemimpin diberi amanah
jangan lalai nanti disoal

pergi bekerja di kilang roti
dipastikan juga bersih persekitaran,
bapa contoh sudah pasti
Rasullullah yang tiada bandingan

seluruh dusun ditanam kelapa,
untuk dijual di sesetiap pekan
jasa bapa jangan dilupa
di dunia gembira di kubur doakan

Friday, June 18, 2010

RTM membohongi kami...

“RTM membohongi kami. Daripada promosi di televisyen, mereka cakap macam siarkan semua perlawanan secara langsung, tapi banyak yang tidak. Malah perlawanan secara langsung yang disiarkan pula kebanyakannya tidak menarik,” kata seorang pembaca.


Seorang lagi pengirim berkata: “Saya berasa sungguh dukacita dengan RTM kerana tidak menyiarkan siaran perlawanan bola sepak Piala Dunia sebagaimana diiklankan yang mengatakan RTM1 dan RTM2 sebagai penyiar berlesen untuk siaran langsung. Kalau tidak mampu, mungkin lebih baik berikan kepada stesen televisyen lain. Jangan sampai RTM dicop pembohong.” Diminta mengulas, Ketua Pengarah Penyiaran, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), Datuk Ibrahim Yahya menjelaskan RTM sebagai penyiar berlesen cuma diberikan hak menyiarkan siaran secara langsung hanya untuk 35 daripada 64 perlawanan keseluruhan.

hmetro.com.my


Begitulah sebahagian daripada luahan rasa peminat bola sepak yang kecewa dengan RTM. memang dipersetujui sangat apa yang diperkatakan oleh peminat bola tersebut. RTM tidakboleh salahkan peminat kerana kesalahan itu datangnya dari mereka. RTM yang mencanang "riuh sekampung" tentang hak penyiaran dan promisi "gila-gila" mereka itu.

'Kebodohan' Domenech sebabkan Perancis hampir tersingkir: Zidane



2010/06/18

BEKAS bintang bola sepak Perancis, Zinedine Zidane hadir untuk  menyaksikan perlawanan yang membabitkan pasukan negaranya bertemu Mexico  pada Kejohanan Piala Dunia 2010 FIFA di Stadium Peter Mokaba,  Polokwane, Afrika Selatan, awal pagi tadi. - Foto AFP
BEKAS bintang bola sepak Perancis, Zinedine Zidane hadir untuk menyaksikan perlawanan yang membabitkan pasukan negaranya bertemu Mexico pada Kejohanan Piala Dunia 2010 FIFA di Stadium Peter Mokaba, Polokwane, Afrika Selatan, awal pagi tadi. - Foto AFP
MEXICO: Lagenda bola sepak Perancis, Zinedine Zidane meletakkan kesalahan total kepada jurulatih negara itu, Raymond Domenech selepas juara Piala Dunia 1998 itu hampir tersingkir awal daripada saingan Piala Dunia Afrika Selatan.

Zidane, yang menjadi tonggak kemenangan Perancis mendakap Piala Dunia 12 tahun lalu percaya, Domenech melakukan kesilapan dalam memilih pemain selepas dikejutkan Mexico 2-0 dalam perlawanan kedua peringkat kumpulan, awal pagi tadi.

Zidane berkata, kebodohan Domenech dengan meletakkan Yoann Gourcuff di bangku simpanan sedangkan pemain itu berupaya membawa corak permainan kreatif amat sukar untuk dipercayai. “Jurulatih itu yang membuat keputusan dan saya tidak setuju dengannya," kata Zidane kepada stesen televisyen Mexico, Televisa.

“Saya amat kecewa kerana Perancis langsung tiada satupun percubaan memburu jaringan dan tiada apa untuk diletakkan harapan. Oleh itu, malam ini pasukan yang terbaik memenanginya.

"Perancis tidak bermain dengan baik dan mereka pula berdepan pasukan yang terbaik. Mexico lebih hebat daripada Perancis dari segi fizikal," katanya. - AFP

bharian.com.my

Tuesday, June 15, 2010

PESAN TOK GURU PRESIDEN KEPADA PEMUDA-PEMUDA ROMPIN

DEWAN PEMUDA

42. Para pemuda adalah tenaga hadapan dan masa depan
kepada perjuangan ini, mereka perlu diisi dengan ilmu, memiliki akidah
perjuangan yang mantap di seluruh peringkat untuk melahirkan
pemuda yang boleh menjadi rajaalut taghyir, yang akan menggerakkan
perubahan dalam negara kita. Kita mahu generasi Pemuda PAS yang
memiliki kualiti dalam aspek amal jama’ei dan Islami, amal siyasi,
kebajikan dan dakwah. Fikrah yang jelas ini, ditambah pula dengan
kekuatan fizikal dan semangat yang berkobar, perlulah digandingkan
dengan kematangan supaya tindakan mereka adalah penuh dengan
hikmah.

43. Pemuda juga adalah pelapis kepada kesinambungan
perjuangan Islam, kerana itu mereka perlu digandingkan dengan
kepimpinan yang lebih lama dalam melaksanakan tugas kepimpinan.
Kecergasan merekalah yang akan banyak membantu seluruh saf
kepimpinan dalam melaksanakan tugas yang mencabar.

44. Peranan Dewan Pemuda perlu diperkasakan lagi dengan
kemampuan menangani golongan muda yang menjadi sasaran
serangan pemikiran dan budaya negatif yang bertujuan jahat terhadap
masa depan mereka. Dekatilah mereka, bawa dan pimpinlah generasi
muda yang ada diserata tempat dalam negara kita ini kepada cahaya
Islam yang akan menerangi hati serta jiwa mereka. Ingatlah, bahawa
golongan muda inilah yang akan menentukan perubahan dalam
amalan demokrasi pilihanraya dan hala tuju negara seterusnya.

45. Pemuda mestilah mencari jalan dengan memerah pemikiran
mereka untuk meneroka ruang-ruang dakwah yang masih luas di
semua tempat dan ceruk, untuk memberikan kefahaman Islam yang
syumul kepada masyarakat yang ada dalam negara kita ini.

46. Selain dari itu, peranan Pemuda di peringkat antarabangsa
dan rantau nusantara ini perlulah diperhebatkan, kerana ianya akan
melahirkan generasi pemuda yang lebih matang, berkemampuan,
penuh ketrampilan, sehingga menjadi aset paling berharga untuk
perjuangan parti kita ini.

Friday, June 4, 2010

Larangan judi bola semua PBT

SHAH ALAM- Kerajaan Negeri telah mengeluarkan arahan secara rasmi kepada 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor supaya tidak meluluskan permohonan lesen premis perjudian bola sepak Piala Dunia di negeri ini.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) berkata, keputusan larangan perjudian di negeri itu dipersetujui sebulat suara oleh semua Exco kerana ia adalah haram serta merosakkan moral masyarakat Islam dan bukan Islam di negara ini.

“PBT mempunyai kuasa untuk tidak mengeluarkan lesen premis perjudian ini dan keputusan ini dibuat selepas berbincang dengan Penasihat Undang-Undang Negeri,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di sini semalam.

Abdul Khalid berkata, tindakan Kerajaan Pusat meluluskan lesen berkenaan akan menambah lagi ‘penyakit’ sosial dan ia tidak akan menyelesaikan perjudian secara haram yang dijangka berleluasa sepanjang perlawanan itu berlangsung.

“Dengan keputusan ini, semua 12 PBT akan mengikut arahan itu dan Selangor akan bebas dari perjudian sepanjang perlawanan itu berlangsung,” katanya.

Sementara itu katanya, Kerajaan Negeri akan memperkenalkan dua polisi baru iaitu Indeks Integriti Urus Tadbir Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat dan Pakatan Integriti (Integrity Pact) bagi mengekalkan pentadbiran yang bersih dalam menangani isu rasuah.

Indeks Integriti Urus Tadbir Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat itu akan dijadikan kayu pengukur untuk menilai keberkesanan dan kemajuan yang telah dicapai Kerajaan Selangor setiap tahun berdasarkan prinsip pentadbiran cekap, telus dab amanah.

“Indeks ini akan membolehkan kita (Kerajaan Negeri) maklum kedudukannya dari segi pentadbiran dan pada masa yang sama rakyat Selangor boleh menilai komitmen Kerajaan Negeri terhadap dasar,” katanya.

Integrity Pact pula akan digunakan untuk tujuan pencegahan dalam kontrak dan tender awam dan telah terbukti membantu kerajaan, perniagaan dan masyarakat dalam usaha membasmi rasuah.

Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk menubuhkan satu Jawatankuasa Khas yang akan membuat pelaksanaan kedua-dua polisi tersebut.

“Kita berharap maklumat dan panduan yang diberikan oleh TI-M dapat digunakan membangunkan kedua-duanya (polisi).

“Kita akan menjadikan dua polisi ini sebagai satu hala tuju untuk kita mengekalkan pentadbiran yang bersih dan telus serta boleh dijadikan contoh kepada negeri-negeri lain yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat atau juga Kerajaan Pusat,” katanya.

Abdul Khalid berkata, Selangor akan muncul negeri pertama yang mempunyai Indeks Integriti di negara ini.

“Pada masa ini, Kerajaan Malaysia tidak termasuk dalam Indeks Integriti Global,"katanya.

sinarharian.com.my

negeri Pahang tak nak ikut ke langkah Selangor ni atau Pahang dah jadi "darul Judi"

Tuesday, May 25, 2010

Lepas Beri Lesen Judi, Pengerusikan Mesyuarat Majlis Hal Ehwal Agama Islam.

Lesen judi, lesen judi, lesen judi... isu lesen judi bola sepak piala dunia masih hangat dan terus hangat diperkatakan oleh masyarakat. Orang Islam menjerit memprotes perkara tersebut. Bukan itu sahaja, masyarakat bukan Islam juga tidak ketinggalan membantah pemberian lesen tersebut.

Mesyuarat yang bermula pada pukul 3 petang tadi, dipengerusikan oleh Menteri yang bertanggungjawab memberi lesen judi tersebut. Dalam mesyuarat tersebut, masyarakat tertanya-tanya sama ada ‘keberanian’ dan ‘kejantanan’ timbul pada diri Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail untuk menegur pemberi lesen itu.
sumber:bernama.com

Hukum memberi lesen judi telah berubah? Penasihat yang ada pengetahuan tentang agama itu agak-agaknya beramal atau tidak dengan ilmunya itu. Ilmu satu amanah dan jawatan juga satu amanah.

Boleh atau tidak berkata, “takkan sebab tegur lesen judi, jawatan aku ‘bungkuih’? ada berani? Penasihat-penasihat itu satu bab, yang satu bab lagi tuan pengerusi tuuuuuuuuuuuuuuu. Pelik sungguh, macam tak ada apa-apa je yang berlaku setelah keluar lesen judi , rasmi pulak satu mesyuarat tentang agama.

Agama ini makin berani diambil juzuk-juzuk atau bahagian-bahagian. Apa yang disukai, ok.. boleh ambil. Yang tak disukai boleh blah je. Macam laa hukum agama itu bapak dia yang buat.

Thursday, May 20, 2010

Ada Melayu lagikah yang harap AMNO melaksana Islam?

Berikutan siri kehancuran Islam di tangan AMNO mengungkit persoalan kepada ummat Melayu untuk mengkaji sokongan mereka kepada Parti berasaskan bangsa itu.

Antara siri kehancuran atau ketidakpedulian parti itu terhadap Islam:-

1. Penglibatan agen yahudi dalam negara (APCO)
2. Pemberian lesen Judi Bola Sepak Piala Dunia.
3. Membenarkan konsert Pitbull (artis lucah) dalam negara.
4. Penghapusan Tulisan Jawi pada suatu ketika dahulu.
5. Penghinaan kepada mufti Selangor (arwah Ishak Baharum) dalam kes ratu cantik.
6. Penarikan bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat tahun-tahun sebelum ini.
7. Premis Judi bertambah dari semasa ke semasa.
8. Perobohan beberapa surau di Terengganu dan Selangor seketika dahulu.
9. Tiada bantuan tetap kepada sekolah-sekolah pondok atau madrasah.
10. Subjek agama tidak diwajibkan kepada pelajar sekolah.
11. Sistem zakat tidak diwajibkan kepada syarikat-syarikat.
12. Sistem riba’ masih dibenarkan dalam pengurusan ekonomi.
13. Tiada usaha melaksanakan hukum yang ditentukan oleh Allah (hukum hudud).
14. Pergaulan bebas digalakkan sehingga pertambahan anak luar nikah.
15. Penjualan arak yang terlalu bebas sehingga di luar kawalan.

Fikir-fikirkanlah sokongan yang anda berikan kepada parti itu, sama ada mendapat pahala atau mendapat dosa dari Allah yang mencipta manusia dan bangsa Melayu itu sendiri.

Masa untuk berubah. ANDA MAMPU MENGUBAHNYA.

Wednesday, May 19, 2010

Lagi cadangan yang menyusahkan rakyat.

Terkejut juga apabila membaca berita di bawah. Lagi cadangan yang menyusahkan rakyat. Rata-rata pengguna kereta "lama" dan kereta terpakai digunakan oleh rakyat golongan bawahan dan pertengahan. Bagi golongan kaya, beli kereta macam beli kereta mainan je. Bila rosak, beli yang lain atau 'takdan' rosak lagi dah tukar yang lain. Lagi Rakyat Didahulukan.


Kaji semula henti import alat terpakai


2010/05/19
KUALA LUMPUR: Cadangan kerajaan melarang pengimportan alat ganti serta komponen terpakai untuk kenderaan, berkuat kuasa Jun tahun depan akan menjejaskan industri itu yang bernilai hampir RM10 bilion membabitkan 5,000 ahli perniagaan dan 100,000 pekerja di negara ini, kata Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Beliau berkata, pelaksanaan dasar baru itu akan turut memberi kesan besar yang menyusahkan ramai pemilik, khususnya kenderaan terpakai kerana hanya terbatas kepada pembelian alat ganti dan komponen baru yang jauh lebih mahal.
“Bidang perniagaan ini amat besar, malah Malaysia kini adalah hab di rantau Asia dengan mengimport dan mengeksport sebahagian daripadanya ke negara seperti Amerika Syarikat, Hong Kong, Singapura dan Jepun.
“Kita bangga atas pencapaian mereka dan kerajaan tidak harus membuat penguatkuasaan yang boleh menjejaskan perniagaan itu tanpa memahami secara mendalam isu berkaitan,” katanya pada sidang media selepas mengadakan perjumpaan dengan pemimpin pelbagai persatuan alat ganti serta komponen kenderaan di Wisma MCA di sini, semalam.

Dr Chua berkata, kerajaan mencadangkan larangan pengimportan itu atas dua alasan, iaitu untuk memastikan keselamatan pengguna dan memelihara alam sekitar.

Bagaimanapun, dalam konteks ini, beliau berkata, aspek keselamatan untuk sebahagian besar alat ganti serta komponen kenderaan amat sukar untuk dinilai, kecuali item utama seperti kotak gear dan pencengkam brek.

Berikutan bantahan serta kebimbangan terhadap kesan cadangan itu, katanya, persatuan terbabit sedang menyediakan memorandum yang akan diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, secepat mungkin.
“Kementerian berkaitan juga harus mengadakan perjumpaan dengan pemimpin persatuan untuk memahami isu yang dihadapi secara lebih dekat. Kita dimaklumkan, setakat ini hanya sekali mereka dapat berjumpa dengan seorang pegawai (berhubung perkara itu),” katanya.


berita dari:bharian.com.my

Sunday, May 16, 2010

2 PRK: Analisis awal mentaliti pengundi.

Calon Pakatan Rakyat yang diwakili DAP menang dengan majoriti tipis 398 undi di Pilihanraya Kecil Sibu membangkit rasa berahi kepada penganalis politik setelah Barisan Nasional menang di Hulu selangor.

Isu yang dibawa Barisan Nasional ke Sibu sama dengan isu yang dibawa di Hulu selangor. Isu pembangunan dan janji-janji politik.

Jika dikira janji bantuan di Sibu melebihi daripada janji di Hulu Selangor. Perkampungan pak-pak Menteri dengan Perdana menteri yang turun dua tiga kali ke Sibu masih gagal menambat hati pengundi.

Isu beribu-ribu ahli PKR keluar parti juga dimainkan. Begitu la setiap kali berlaku pilihanraya kecil, akan diuar-uarkan ahli PKR, DAP dan PAS keluar parti.

Daripada PRK Hulu Selangor dan PRK Sibu menggambarkan bahawa pengundi kini sudah celik kuasa undi yang ada pada mereka. Bolehkah dikatakan pengundi di Sibu lebih ‘cerdik’ daripada pengundi di Hulu Selangor?

Apa pun, ahli Pakatan Rakyat (PAS, DAP, PKR mesti terus berjuangan untuk membebaskan negara ini daripada kuasa yang zalim.

Friday, May 14, 2010

Rakyat tak rasa pun...

Dakwaan keadaan Ekonomi Malaysia mencatatkan pertumbuhan 10.1 peratus pada suku pertama 2010, pertumbuhan sukuan paling tinggi dalam tempoh 10 tahun menimbulkan beberapa kemusykilan.

Dilaporkan, Dr Yeah Kim Leng, Ketua Ekonomi Kumpulan RAM Holdings, memperakui bahawa pemulihan ekonomi Malaysia yang pantas adalah hasil daripada pelan rangsangan Perdana Menteri.

Rakyat tak rasa pun pemulihan tersebut. Beberapa persoalan yang timbul kepada masyarakat daripada apa yang dilaporkan ini. Antaranya perkara-perkara berikut mesti dijelaskan:-

1. Penawaran pekerjaan yang masih terhad. Beribu-ribu mahasiswa menganggur. Sektor swasta masih kurang menambah pekerja?

2. Adakah berleluasa perniagaan perjudian sebahagian daripada pemulihan ekonomi?

3. Kenaikkan harga barang dari hari ke hari merungsingkan pengguna?

4. Pengurangan bajet untuk rakyat terbanyak (kementerian Pelajaran)?

5. Gaji minimum yang terlalu rendah di Malaysia berbanding dengan negara membangun yang lain?

Monday, May 10, 2010

Dakwan Rasuah: MB Jamin Siasatan, Cadang Lapor Polis

SHAH ALAM 9 MEI: Kerajaan Selangor sedia menjalankan siasatan dakwaan wujud penyelewengan yang didakwa dilakukan tiga kakitangan Syarikat Kumpulan Semesta Sdn Bhd.

Dalam hal ini, Menteri Besar , Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berjanji mengambil tegas terhadap mereka jika terbukti kakitangan syarikat itu, terlibat dalam rasuah.

Khalid sejak Pakatan Rakyat mengambil alih kerusi kuasa kerajaan negeri, bertekad membersihkan gejala rasuah yang berakar umbi sejak 50 tahun pemerintahan Umno Barisan Nasional.

Ahli Parlimen Kapar, Manikavasagam sebelum ini mendedahkan wujud penyelewengan yang dibuat tiga kakitangan syarikat Kumpulan Semesta Sdn Bhd.

Manikavasagam yang belum mengemuka sebarang bukti, turut meminta Khalid membersihkan amalan rasuah yang didakwa berlaku dalam syarikat terbabit.

Mengulas hal ini, Khalid tidak mahu tergesa-gesa sebaliknya sedia menjalankan siasatan terlebih dahulu sebelum tindakan tegas diambil.

“Kalau tahu siapa orang-orang itu, umumkan. Tapi Manikavasagam mesti berjaga-jaga ketika umumkan, siapa yang salah, siapa yang betul. Kerajaan negeri telus, kalau betul ada orang menyeleweng, tak payah buat pengumuman, terus lapor kepada polis,” katanya.

Khalid sendiri menggalakkan wakil rakyat untuk membentang pada rakyat jika berlaku rasuah berikutan mereka adalah jentera menyelesaikan masalah.

Pada satu dakwaan yang langsung tidak bersandarkan sebarang bukti, kononnya abang kepada Tan Sri Khalid memiliki kepentingan dalam Syarikat Semesta Sdn Bhd, Menteri Besar Selangor mennafikan tohmahan itu sekeras-kerasnya.

“Kalau ada orang yang dikatakan abang saya, saya tak tahulah. Boleh tangkap dia, tak boleh cakap-cakap sahaja, tangkap sahaja," katanya.

tvselangor.com

Thursday, May 6, 2010

Apa akan jadi apabila ini terjadi?

laporan berita di bawah merungsingkan. cuba fikirkan Apa akan jadi apabila ini terjadi? Apabila logik akal mengatasi peraturan agama dan adat budaya. mufti di mana? takkan diam sahaja?
..........................................................................................................................................................................

Kerajaan Timbang Beri Lesen Pertaruhan Untuk Piala Dunia

KUALA LUMP UR, 6 Mei (Bernama) -- Kerajaan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulan depan bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussein berkata jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.

"Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini (mengeluarkan lesen membenarkan pertaruhan) baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak (jumlah wang daripada pertaruhan haram).

"Kerajaan sedang mengkaji perkara ini dan akan memutuskannya jika mahu membenarkan pertaruhan memandangkan kejohanan Piala Dunia ini semakin hampir," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen pada Khamis.

Awang Adek berkata jika lesen itu dikeluarkan, kerajaan dapat mengawal aktiviti perjudian, selain hasilnya boleh digunakan terutama untuk pembangunan bidang sukan di negara ini.

Awang Adek mengakui sudah ada pihak yang membuat permohonan untuk mendapatkan lesen itu tetapi beliau enggan mendedahkan lebih lanjut maklumat itu sehingga kerajaan membuat keputusan mengenainya.

Terdahulu, isu itu dibangkitkan pada sesi soal jawab oleh Senator Ng Fook Heng yang mahukan penjelasan kemungkinan kerajaan mengeluarkan lesen pertaruhan kejohanan Piala Dunia untuk mengelakkan perjudian haram.

Awang Adek berkata kerajaan memandang serius aktiviti perjudian tanpa lesen yang membabitkan pertaruhan nombor ramalan, permainan mesin slot dan pertaruhan membabitkan bookie bagi permainan bola sepak dan permainan lain.

"Aktiviti perjudian tanpa lesen adalah aktiviti yang boleh mewujudkan kegiatan sampingan lain seperti peminjam wang tanpa lesen, jenayah terancang, penyeludupan dan pengubahan wang haram.

"Oleh itu sebagai sebuah kerajaan yang prihatin terhadap rakyatnya, kerajaan akan memberi pertimbangan sewajarnya dan sebarang langkah perlu dilakukan secara berkesan bagi menangani masalah bookie tanpa lesen termasuk membenarkan pertaruhan bookie bola sepak dilaksanakan melalui perlesenan sah," katanya.

-- BERNAMA

Monday, May 3, 2010

Ezam mesti disokong.

Tahniahlah kepada Mohamad Ezam Mohd Noor atas lantikan sebagai senator yang baru. Ezam antara empat senator baru yang dilantik kerajaan Barisan Nasional. Respon yang cukup baik daripada Ezam selepas mengangkat sumpah sebagai senator yang di adakan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang, di Dewan Negara.

Responnya kepada wartawan mengenai perlantikannya itu sungguh menakjubkan dan satu respon yang sangat baik. Cuma sejauh manakah pelaksanaannya nanti, rakyat akan menilai sikapnya. Ezam diberitakan akan mengambil tanggungjawab untuk mempertahankan negara dan asas negara ini daripada serangan yang dilakukan oleh kelompok pengkhianat dan pelampau dalam negara.

Sikap Ezam ini memang disokong dan patut dibantu. Ezam mesti memastikan Elemen Israelian khususnya APCO yang dibawa oleh kerajaan dihapuskan dan memastikan pengkhianat dan pelampau yang membawa penasihat Israel ini dihukum. Ia mesti diterangkan kepada rakyat tentang pengkhianat dan pelampau negara ini.

Ezam juga mesti memegang janjinya untuk mengambil tanggungjawab mempertahankan negara dengan bangkit menentang dan memberitahu masyarakat Malaysia tentang pengkhinat dan pelampau yang menyerahkan dua blok (Blok M dan (Blok) L) pengeluaran minyak luar pantai Malaysia-Borneo kepada Brunei Darussalam yang jelas perbuatan derhaka kepada kedaulatan negara.

Ayuh Ezam tunaikan janji segera supaya anda tidak dilabel munafik jika tidak menunaikan janji tersebut. Memang banyak pengkhianat dan pelampau dalam negara yang mesti dihapuskan. Jika tidak pengkhianat dan pelampau ini akan terus menggadai negara kepada pihak luar. JANGAN TUNGGU LAGI.

Friday, April 30, 2010

Polis perlu terbuka terima kritikan rakyat


Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 30 April: Polis digesa bersikap terbuka menerima sebarang kritikan dan bukannya bertindak mengeluarkan kata dua berbaur ugutan kepada rakyat.

Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad berkata, PAS kesal dengan kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang memberi kata dua untuk tidak mengarahkan anggotanya menahan kereta mencurigakan atau mengambil tindakan terhadap pelumba haram jika tekanan kuat terus diberikan kepada mereka.

Musa dilaporkan berkata demikian sebagai mengulas tekanan yang diterima pihak polis ekoran kematian remaja 15 tahun, Aminulrasyid Amzah yang ditembak polis ketika dikejar kereta polis di Shah Alam, Isnin lalu.

Mengulas perkara itu beliau berkata, polis sepatutnya bersikap profesional dan berusaha memperbaiki kelemahan mereka.

"Polis dibayar gaji mengunakan wang rakyat jadi tiada sebab Musa perlu arahkan anggotanya supaya tidak bekerja. Sama ada beliau merajuk atau tertekan, ugutan itu tidak sepatutnya dilemparkan kepada rakyat.

"KPN yang kontraknya telah disambung beberapa kali harus bekerja bersunguh-sungguh bagi mendapatkan kepercayaan rakyat. Jika beliau tidak mampu, lebih baik beliau berundur sahaja," katanya dalam satu kenyataan.

PAS katanya yakin, ramai lagi anggota polis yang mempunyai kredibiliti mampu untuk menaikan semula imej jabatan itu berbanding segelintir yang bermasalah.

"Pihak Pengurusan PDRM kena belajar terima hakikat ini dan menerima teguran rakyat secara proaktif," tambahnya lagi.

Polis dakwanya seoalah olah hanya bertindak pantas bila kes sudah menjadi isu dalam surat khabar dan media, sedangkan isu yang tidak diketahui rakyat dipencilkan begitu sahaja.

Selain itu beliau melahirkan rasa kesal ekoran penolakan pihak polis sebelum ini untuk penubuhan Suruhanjaya Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) kerana menganggapnya sebagai satu ancaman.

Menurutnya lagi, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguat Kuasa (Siap) yang mengantikan IPCMC juga gagal bertindak walaupun Akta penubuhan agensi itu telah diluluskan tahun lepas.

"Jika mereka menjalankan tugas dengan baik dan tidak melakukan kesalahan, tiada sebab mereka takut kepada IPCMC. Penubuhan Siap jelas tidak siap mana pun," katanya lagi.

Tambahnya, uniform polis bukanlah lesen untuk melakukan pelanggaran undang-undang atau membuli rakyat dan jika polis tidak bersalah rakyat tidak akan menghukum.

Sehubungan itu ujarnya, ketua polis negara akan datang perlu lebih profesional dan tidak cepat melatah menghadapi tekanan sekaligus menumpukan masanya untuk buat kerja bukan buat ugutan lagi kepada rakyat.


harakahdaily.net

Monday, April 26, 2010

Maklumat Tidak Sampai.

24,997 undi untuk BN ,P. Kamalanathan dan 23,272 undi untuk Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim dalam PRK Hulu selangor kelmarin. Jumlah kedua-duanya sebanyak 48,269 undi yang dikira setelah ditolak undi rosak.

Selama dua tahun pemerintahan PR di Selangor, pelbagai program kebajikan dan mengekonomikan rakyat dilaksanakan. Puluhan juta ringgit dibelanjakan dan berpuluh-puluh perubahan berlaku dari sistem pemerintahan BN sebelum ini kepada pemerintahan yang lebih baik.

Malang bagi PR, perubahan yang dilakukan kurang diketahui oleh masyarakat Selangor khususnya masyarakat Hulu Selangor. Sebaran maklumat kurang sampai ke akar umbi. Kalau sampai pun isu tersebut kurang difahami dan kurang diperkatakan oleh rakyat.

PR tidak harus hanya bergantung kepada media baru (internet) dalam penyebaran maklumat. Media lama seperti surat khabar, risalah, makalah tidak harus ditinggalkan. Gandingbahukan media lama dan media baru dalam penyebaran maklumat kerana masing-masing media ada peminat dan pengaruhnya.

Jadinya, satu pengajaran kepada PR supaya masyarakat perlu diberi maklumat yang lengkap atau dengan kata lain rakyat perlu berilmu dan Budaya ilmu mesti dibudayakan. Benarlah pesan Nabi Muhammad, jika nak berjaya di dunia dengan ilmu, nak berjaya di akhirat dengan ilmu, dan hendak berjaya di dunia dan di akhirat juga dengan ilmu.

Ke manakah lagi 4451 undi BN ...

Gamat dan gawat negara apabila Calon BN, P. Kamalanathan memenangi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor dengan majoriti 1,725 undi.

MP baru ini memperolehi 24,997 undi untuk menewaskan Datuk Zaid Ibrahim , mewakili Pakatan Rakyat yang mendapat 23,272 undi.

Masihkah kau ingat PRU ke-12 yang lalu, parlimen Hulu selangor dimenangi dengan majoriti 198 undi sahaja oleh Pakatan Rakyat, sedangkan semua DUN dalam parlimen Hulu Selangor dimenangi oleh Barisan Nasional .

Kalau dicampurkan kemenangan Barisan Nasional di semua DUN tersebut, N5 Ulu Bernam 3549, N6 Kuala Kubu Baharu 448 dan N7 Batang Kali 2179, jumlah majoriti ialah 6176. Kali ini Barisan Nasional menang dengan hanya majoriti 1725 undi sahaja. Ke manakah lagi 4451 undi Barisan Nasional pada PILIHANRAYA UMUM yang lalu.

Usaha Pakatan Rakyat memenangi hati rakyat telah manampakkan sedikit hasil. Dengan keputusan ini Pakatan Rakyat harus terus bergerak maju dan menambah kelajuan memecut untuk sampai ke Putrajaya pada PILIHANRAYA UMUM ke-13 nanti.

Sunday, April 25, 2010

Pengundi hantu’ wujud di Hulu Selangor


Harakahdaily

HULU SELANGOR, 25 April: Pengundi hantu yang sering kali diperkatakan oleh pembangkang pada pilihan raya sama ada umum atau kecil sememangnya wujud termasuk dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, hari ini.

Apa yang berlaku kali ini ialah pengundi yang tidak dikenali telah terlebih dahulu mengundi bagi pihak pengundi asal sebagaimana yang terdapat dalam buku daftar pemilih tanpa pengetahuannya.

Ini ekoran seorang pengundi, Lee Fong Thye, 56, hari ini membuat laporan polis berikutan ada orang lain telah mengundi bagi pihaknya.

Beliau yang tinggal di No 28, Jalan 2/24 Taman Bukit Rawang membuat laporan di Balai Polis Serendah pada jam 2.29 petang ini.

Menurutnya, lebih kurang jam 12.30 beliau sampai di pusat mengundi Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Serendah.

Beliau telah membuat semakan di pondok panas dan namanya ada tersenarai dalam senarai pengundi di saluran 2.

Beliau masuk ke pusat mengundi di saluran 2 dan memberikan KPT (Kad Pengenalan) kepada calling agent SPR serta ketua tempat mengundi (KTM).

Bagaimanapun, katanya, beliau diberitahu namanya telah ditanda sebagai sudah mengundi.

Berikutan itu, beliau membuat bantahan kepada KTM dan telah dibenarkan untuk membuang undi setelah disahkan dokumen pengenalan diri.

“Saya membuat laporan polis kerana terdapat keraguan bagaimana nama saya telah ditanda sebagai pengundi walaupun saya belum mengundi.

“Saya juga takut sekiranya KPT saya telah disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab,” ujarnya dalam laporan polis itu.


www.harakahdaily.net

Thursday, April 8, 2010

Apabila yang lunak menjadi muak

- ABD JALIL ALI

Kita sudah terbiasa sangat dengan kenyataan-kenyataan stereotaip setiap kali kerajaan hendak menaikkan harga satu-satu barangan atau perkhidmatan. Kata-kata yang dikeluarkan selalunya amat lunak, manis lagi mesra pengguna. Soal betul atau tidak kata-kata itu, belakang kira.

Sekiranya contoh-contoh sebelum ini hendak dijadikan KPI – sekarang siang malam orang bercakap mengenai KPI! – ternyata sekali yang lunak-lunak itu akhirnya menimbulkan rasa muak; yang manis bertukar menjadi masam lagi pahit.

Tentu semua masih ingat bahawa apabila harga bahan penting atau perkhidmatan utama hendak dinaikkan, ada sekurang-kurangnya tiga perkara yang menjadi alasan kerajaan untuk menjustifikasikan tindakan tersebut:

No.1, harga bahan berkenaan sudah lama tidak naik. Oleh sebab kos pengilangan semakin tinggi dan harga bahan mentah meningkat di pasaran dunia, kita tidak ada pilihan kecuali menaikkan harga.

No.2, harga bahan tersebut di tempat kita adalah jauh lebih rendah berbanding dengan negara-negara lain (biasanya yang akan disebut ialah negara di mana harga lebih tinggi, negara yang harga lebih rendah dari kita tidak disebut!).

No. 3, kenaikan harga ini tidak akan sekali-sekali membebankan rakyat, terutama yang berpendapatan rendah, sebab “kerajaan akan bertindak tegas ke atas mana-mana peniaga yang mengambil kesempatan atas kenaikan ini!”

Sementara alasan No.1 dan No.2 sukar untuk dinilai kebenarannya oleh rakyat terbanyak, No.3 boleh dirasakan kesannya oleh kita dalam masa sehari dua – ada ketikanya dalam masa hanya sejam dua! – setelah kenaikan harga baru dikuatkuasakan.

Kita ambil contoh tepung gandum. Kerajaan kata kenaikan harga bahan tersebut tidak akan membebankan rakyat. Tetapi dalam masa hanya tiga hari, rakyat biasa sudah merasa beban. Kebanyakan restoran dan gerai menaikkan harga roti canai. Setiap keping naik antara 10 sen hingga 20 sen, malah ada juga yang 30 sen.

Sesetengah penjual, konon atas semangat cintakan pengguna, mengekalkan harga lama. Memang harga tidak berubah tetapi saiz berubah – roti canai menjadi lebih kecil, semakin nipis seperti sapu tangan. Tidak boleh lagi kata sekeping, tetapi patut kata sehelai roti canai.

Samalah juga halnya apabila harga gula dinaikkan belum lama dulu. Kenyataan stereotaip dikeluarkan, dan rakyat juga yang menerima akibatnya. Kerajaan menegaskan akan mengambil tindakan ke atas mana-mana peniaga yang menaikkan harga barangan lain sesuka hati.

Kesan segera kenaikan harga gula ialah kenaikan teh tarik. Gula naik 25 sen sekilo, teh tarik naik 20 sen segelas. Malah ada sesetengah restoran yang menaikkan teh tarik sebanyak 50 sen. Bukan sahaja teh tarik yang menjadi minuman separuh wajib sebahagian besar rakyat, makanan bergula yang lain pun turut naik.

Kerajaan tidak berupaya untuk mengawal kenaikan harga, jauh sekali untuk mengambil tindakan tegas ke atas peniaga. Apa yang termampu dibuat oleh kerajaan ialah menasihatkan orang ramai supaya memulaukan peniaga yang menaikkan harga teh tarik. Pengguna juga yang kena!

Apabila petrol naik harga, semua orang terkesan dan terbeban sebab semua barang dan khidmat turut naik. Sehinggakan mamak penjual cendol pun menaikkan harga atas alasan: “Itu petrol harga sudah naik, jadi cendol mesti naik juga!” Pada hal dia tidak menggunakan motosikal, sebaliknya hanya berbasikal untuk menjual cendol. Mana ada basikal guna petrol!

Sebab itu jangan cepat berasa lega apabila kerajaan kata “tidak membebankan rakyat” jika ada barang naik. Sebaliknya, kita hendaklah bersedia dan mencari langkah selamat apabila ada barang atau perkhidmatan hendak dinaikkan harga. Terimalah hakikat bahawa kenaikan walau sesen pasti akan membebankan kita.

Sengaja saya timbulkan ini sebab mulai 1 Julai harga perkhidmatan pos akan dinaikkan. Alasan kerajaan sama seperti No.1 hingga No.3 di atas. Cuma tambah satu lagi, bahawa kenaikan ini akan meningkatkan lagi mutu perkhidmatan pos. Ini pun cakap biasa. Sebelum ini tarif air naik, tarif elektrik naik, tarif telefon naik, perkhidmatan macam biasa juga.

Kerajaan kata kenaikan setem tidak akan membebankan rakyat. Setem pos biasa kini 30 sen, mulai awal Julai akan menjadi 60 sen, iaitu kenaikan 100 peratus. Macam mana kenaikan setinggi itu dikatakan tidak membebankan? Walaupun ada disediakan apa yang dipanggil ‘surat rakyat’ pada harga sama, kenaikan sekali ganda setem itu tetap terkena pada rakyat.

Sebenarnya kenyataan-kenyataan stereotaip itu tidak perlu. Adalah lebih baik kerajaan berterus terang bahawa kenaikan setiap harga barangan dan perkhidmatan pastikan akan menjejaskan kehidupan rakyat. Dan, rakyat kena menghadapi hakikat itu. Biarlah kenyataan itu pahit, mudah-mudahan ia menjadi ubat. Tidak guna kata-kata lunak, sebab akhirnya rakyat muak.

sinarharian.com.my

Friday, April 2, 2010

Teguran tanda kasih.

Apa tanda kasih seseorang kepada seorang yang lain? Contohnya, apabila si A melakukan kesalahan tetapi si B hanya memerhati dan buat tak tahu je, tanda kasihkah si B kepada si A?

Sudah pasti kalu si B kasihkkan si A, maka dia akan menugur perbuatan si A yang salah kerana si B takut kalau si A nanti akan dihumban Allah ke neraka kerana kesalahannya. Kasih si B itu bukan hanya untuk di dunia sahaja tetapi untuk kebaikan akhirat juga.

Kesalahan manusia dengan manusia, bolehlah dimaaf atau diampunkan oleh manusia itu sendiri. Manusia lain tidak boleh memaafkan kesalahan individu yang membuat salah kepada orang lain. Inikan pula kesalahan yang dilakukan adalah kesalahan kepada Allah Taala. Mana mungkin manusia boleh memaafkan kesalahan manusia lain terhadapa Allah. Bolehkah si A memafkan kesalahan si B yang tinggal solat? Atau bolehkan si A memaafkan kesalahan si B yang minum arak?

Semua orang Islam di sesebuah negeri itu mesti menegur kesalahan yang dilakukan oleh bos mereka jika mereka menyayangi bos mereka itu. Mereka kena sayangkan bos, supaya bos mereka di akhirat kelak tidak diazab oleh Allah Yang Maha Berkuasa.

Wednesday, March 31, 2010

Realiti atau fantasi?

Kakitangan kerajaan bawahan yang bergaji RM1,200 sebulan perlu diberi kenaikan lebih kurang RM250 setahun untuk mencapai sasaran pendapatan AS$15,000 setahun dalam Model Ekonomi Baru (MEB). Persoalan yang timbul, ini satu realiti atau fantasi. Kalau realiti mulai tahun 2011 kenaikkan ini mesti diberikan kalau tidak ia akan menjadi ‘janji-janji palsu’. Kerajaan mesti memulakan dengan dirinya sendiri sebelum menyeru pihak swasta mencapai sasaran pendatan AS$15,000 setahun Berikut contoh perkiraan yang mesti diberi oleh kerajaan kepada kakitangannya jika MEB ini serius hendak dilaksanakan.

lihat contoh kenaikkan yang sepatutnya.

1 RM 1,200 + RM 250 = RM1,450
2 RM1,450 + RM 250 = RM1,700
3 RM1,700 + RM 250 = RM1,950
4 RM1,950 + RM 250 = RM2,200
5 RM2,200 + RM 250 = RM2,450
6 RM2,450 + RM 250 = RM2,700
7 RM2,700 + RM 250 = RM2,950
8 RM2,950 + RM 250 = RM3,200
9 RM3,200 + RM 250 = RM3,450
10 RM3,450 + RM 250 = RM3,700

Renungi laporan berita berikut:-
MEB sasar pendapatan perkapita rakyat AS$15,000

2010/03/31
40 peratus penduduk mendapat kurang RM1,500 sebulan

KUALA LUMPUR: Bahagian Kedua Model Ekonomi Baru (MEB) yang dilancarkan pada suku ketiga tahun ini, mempunyai pelan hala tuju ekonomi negara yang lebih lengkap dan terperinci, termasuk mengenai pekerja asing.

Pengerusi Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN), Tan Sri Amirsham A Aziz, berkata kerajaan sebelum ini bercadang mengurangkan jumlah pekerja asing, namun pelaksanaannya kurang berkesan kerana tiada perancangan komprehensif serta kurang insentif bagi menjayakannya.

“Sebab itu, kita perlukan rangka kerja yang komprehensif dan insentif yang mencukupi bagi menggalakkan pengurangan pekerja asing,” katanya pada sidang media Invest Malaysia 2010, di sini semalam.

MEB yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, semalam bertujuan menjadikan Malaysia sebagai ekonomi maju dan berdaya saing dengan rakyatnya menikmati kualiti hidup serta berpendapatan tinggi hasil pertumbuhan yang inklusif dan mampan.

Menerusi MEB, kerajaan menyasarkan menjadikan Malaysia lebih kompetitif pada peringkat serantau dan global untuk manfaat rakyat dengan pendapatan perkapita meningkat kepada AS$15,000 menjelang akhir dekad daripada AS$7,000 sekarang.

Amirsham berkata, ketika ini kira-kira 40 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia terdiri daripada mereka yang berpendapatan kurang RM1,500 sebulan dan Bahagian Pertama MEB yang dibentangkan semalam akan menumpukan terhadap meningkatkan taraf ekonomi golongan berkenan.

Beliau berkata, MPEN percaya saranan yang dikemukakan dalam MEB berupaya membantu negara keluar daripada kekangan berpendapatan rendah untuk muncul sebagai ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2020.

“Bagaimanapun kita mengingatkan bahawa tanggungjawab menjayakannya tidak hanya bergantung kepada kerajaan, sebaliknya kesanggupan rakyat melaksanakan perubahan dalam persekitaran ekonomi yang bergerak pantas,” katanya.

http://www.bharian.com.my/

Sunday, March 28, 2010

kebajikan untuk rakyat.

Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mengambil satu tindakan yang serius dalam menjaga kebajikan rakyat. Dalam isu pembelian rumah kos rendah, rakyat yang ditawarkan borang permohonan membeli rumah kos rendah lebih tinggi daripada harga sebenar iaitu RM2 disarankan supaya membuat laporan polis atau melaporkannya terus kepada Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Selangor yang juga pimpinan PAS negeri, Iskandar Abdul Samad bertidak demikian setelah menerima aduan daripada orang ramai bahawa terdapat pihak menawarkan borang tersebut dengan harga setinggi RM300. memang pun berlaku di mana-mana negeri Bahasa Inggeris en yang borang pun dijual dengan harga yang mahal malah diberi kepada kroni amnu sahaja.

Borang permohonan untuk membeli rumah kos rendah di Selangor adalah hanya RM2 sekeping dan borang tersebut boleh didapati dari Lembaga Perumahan atau dari mana-mana pejabat daerah.

ketelusan dalam agihan rumah kos rendah akan dilaksanakan kerana pimpinan dari kalangan jamaah Islam akan takut kepada Allah apabila ditanya diakhirat kelak tentang amanahnya.
Siapa-siapa yang hendak membeli rumah kos rendah mesti mendaftar dengan Lembaga Perumahan dengan menyatakan lokasi yang hendak dibeli

Hanya mereka yang berpendapatan isi rumah kurang dari RM2,500 sebulan layak membeli rumah kos rendah.

Sudah pasti rakyat dapat menilai kepimpinan Pakatan Rakyat sekarang berbanding dengan kepimpinan yang terdahulu.

Tuesday, March 23, 2010

Guan Eng rasmi makmal sains pertama SAR



Harakahdaily


PERMATANG PAUH, 23 Mac: Ketua Menteri, Lim Guan Eng telah merasmikan makmal sains pertama sekolah agama rakyat (SAR) di Pulau Pinang, kelmarin.

Sekolah agama rakyat, Madrasah Al-Aminiah yang terletak di jalan Permatang Nibong-Permatang Pauh merupakan antara beberapa buah sekolah agama rakyat yang telah menerima bantuan kerajaan negeri.

“Kita percaya dan yakin bantuan yang diberikan kepada sekolah agama rakyat digunakan dengan telus, dan kita juga percaya ianya digunakan tanpa sebarang kebocoran.

“Maka kerana itu kita memberi bantuan dan ini adalah bantuan pertama seumpamanya kerajaan negeri kepada sekolah agama rakyat,” kata Guan Eng.

Beliau turut memetik ungkapan daripada Khalifah Umar Abdul Aziz: “Ilmu adalah pakaian jasad orang kaya, penolong bagi orang fakir, bukan aku menyatakan bahawa ilmu untuk mencari kekayaan tetapi untuk kenaan, panduan bagi orang miskin”.

Sementara itu, Ustaz Salleh Man selaku Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri (MAIPP) turut merasa bangga kerana selama ini bantuan ke sekolah agama rakyat disekat.

Malah, katanya sekolah-sekolah agama terpaksa melancarkan kempen derma bagi menampung keperluan pembelajaran anak-anak yang belajar di sekolah berkenaan.

Kini, tambahnya kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat telah memberi bantuan kepada semua sekolah agama bagi meningkatkan kemudahan dan keperluan untuk pembelajaran di sekolah-sekolah agama.

Thursday, March 18, 2010


mari ramai-ramai..............

Thursday, February 25, 2010

Antara hairan dan pelik...

Menurut laporan bernama , TPM hairan dengan sikap Ku Li dalam isu minyak. yang nak dikomen di sini ialah keyataan TPM

"(Tindakannya itu) seolah-olah macam beliau seorang saja yang memperjuangkan hak rakyat Kelantan... (seolah-olah) kita ini tiada langsung pertimbangan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Transformasi Politeknik di sini Khamis.

memangpun kerajaan tiada pertimbangan. nak pelik apanya. nak kata ada perimbangan apa kalau perjanjian dicabuli. penindasan berlaku dalam isu royalti dan dalam isu peneroka FELDA . memang sah tiada pertimbangan.

tengoklah apa yang TPM kata.

Muhyiddin Hairan Tindakan Ku Li Berhubung Isu Royalti Minyak

PUTRAJAYA, 25 Feb (Bernama) -- Tan Sri Muhyiddin Yassin hairan dengan tindakan serta kenyataan oleh Tengku Razaleigh Hamzah yang masih tidak sehaluan dengan keputusan kerajaan Persekutuan mengenai isu royalti minyak Kelantan sedangkan pelbagai langkah penjelasan sudah diberikan.

Malah, Timbalan Perdana Menteri berkata Ketua Umno Bahagian Gua Musang itu juga telah pun berjumpa dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung perkara tersebut.

"Saya dimaklumkan beliau (Tengku Razaleigh) telah berjumpa dengan Perdana Menteri tetapi saya tidak tahu apakah sebab dia hendak teruskan langkah itu.

"(Tindakannya itu) seolah-olah macam beliau seorang saja yang memperjuangkan hak rakyat Kelantan... (seolah-olah) kita ini tiada langsung pertimbangan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Transformasi Politeknik di sini Khamis.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Ketua Umno Bahagian Gua Musang itu, yang terus mempersoalkan langkah kerajaan Persekutuan berhubung isu royalti minyak Kelantan.

Terbaru, Tengku Razaleigh dipetik sebagai berkata iklan penjelasan tuntutan wang royalti yang disiarkan kerajaan Persekutuan menerusi akhbar-akhbar bahasa Malaysia baru-baru ini menimbulkan lebih banyak implikasi negatif dan kekeliruan berbanding penjelasan.

Mengulas lanjut, Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata ramai pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) Kelantan telah pun memberikan penjelasan serta penerangan berhubung isu royalti minyak itu dan ia akan diteruskan. "Kita tidak akan berhenti kerana mereka ambil langkah daripada sudut politik... kita mengambil langkah daripada sudut memberikan penjelasan perkara yang sebenar," katanya.

Beliau berkata ramai rakyat Kelantan termasuk golongan profesional dan berkelulusan tinggi mengakui bahawa tindakan yang dilakukan kerajaan Persekutuan menyalurkan wang ihsan adalah tepat dan tidak menyalahi undang-undang.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata Umno sedang meneliti tindakan serta kenyataan yang dilakukan oleh Tengku Razaleigh, walaupun apa yang dilakukannya itu adalah bersifat peribadi. "Kita akan lihat perkembangan ini seterusnya... akhirnya beliau akan sedar. Ini bukan soal kita hendak aniaya rakyat Kelantan atau sesiapa pun. Kita memberikan penjelasan berdasarkan hak... yang betul.

"Kalau mereka beranggapan kita bertindak bertentangan dengan undang-undang, kita beritahu mereka supaya bawa perkara ini ke mahkamah. Tetapi daripada kenyataan (Setiausaha Agung PAS) Datuk Mustapa Ali, perkara ini (bawa ke mahkamah) tidak akan dilakukan.

"Jadi mereka hendak mempolitikkan soal yang sebenarnya sudah jelas diterangkan daripada sudut undang-undang. Kita tidak buat sesuatu yang bercanggah dengan undang-undang. Atas dasar itu, saya harap rakyat Kelantan faham. Seperti yang kita lakukan di Terengganu... atas dasar pertimbangan yang kerajaan buat, bukan soal royalti minyak.

"Kita tidak gunakan perkataan royalti. Kita jelaskan itu adalah langkah ihsan. Kita membantu atas pertimbangan dan kebijaksaan kerajaan Persekutuan.

Sebab itu mereka perlu terima penjelasan kita sebagai satu penjelasan yang betul," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata apa yang dilakukan kerajaan Persekutuan dalam memberikan wang ihsan adalah berdasarkan kepada peruntukan undang-undang dan penjelasan menerusi iklan di akhbar-akhbar diterima baik oleh rakyat Kelantan.

-- BERNAMA

Tuesday, February 23, 2010

harga barang naik lagi? mampus rakyat laaa ni...

Kewangan rakyat semakin pokai akibat kekurangan sumber kewangan kesan ketidakstabilan ekonomi yang disebabkan ketidakbijakan pengurusan ekonomi oleh kerajaan persekutuan. Bertambah pokai apabila kenaikan demi kenaikkan harga barang, dari barangan keperluan sehingga pada barangan yang lain. Mampus rakyat laa ni, itu ungkapan yang mengerawang di fikiran warganegara Malaysia. Rakyat tidak merasa mereka didahulukan tetapi merasakan pemimpin mendahulukan diri dan kroni. Lihat, Adik Najib Manusia Melayu ke-4 terkaya di Malaysia dan apa kurang dengan pemimpin yang lain. lihatlah berita 1 dan berita 2 yang menjadi perbualan rakyat terkini.

berita 1:


Kabinet dijangka putus kadar tarif elektrik esok

KUALA LUMPUR: Kabinet dijangka membuat keputusan sama ada akan mengekalkan atau menaikkan tarif elektrik pada mesyuarat esok, kata Menteri Tenaga Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.

"Sama ada tarif elektrik akan naik atau tidak, ia terpulang kepada Kabinet untuk memutuskannya. Kementerian hanya memberi cadangan kepada Kabinet," katanya di sini sebentar tadi.

Diminta mengulas kadar kenaikan sekiranya ia diputuskan, Peter Chin berkata: "Tidak tahu. Esok...esok...terpulang kepada Kabinet".

Beliau berkata demikian ketika ditemui wartawan pada majlis Mesra Tahun Baru Cina Tenaga Nasional Bhd (TNB) 2010 di sini.
Harga Ikan Dijangka Melambung Ekoran Peraturan Penggunaan Kotak
bharian.com.my


berita 2:

IPOH, 23 Feb (Bernama) -- Penguatkuasaan peraturan mewajibkan penggunaan Kotak Ikan Berinsulasi Bergred Makanan (KIBFG) mulai 1 Mac ini bakal menyebabkan kenaikan harga ikan dan makanan laut lain secara mendadak serta bekalan yang merosot di pasaran.

Pengerusi Jawatankuasa Pengimport/Pemborong Ikan dan Sumber Laut Malaysia Datuk Yusoff Ismail berkata senario itu tidak dapat dielak sekiranya penguatkuasaan peraturan berkenaan diteruskan.

"Apa yang kita takuti, nasib rakyat yang merupakan pengguna akan menjadi taruhan kerana dengan peningkatan kos operasi sudah tentu harga ikan melambung tinggi di pasaran sekali gus membebankan mereka," katanya pada sidang akhbar di pejabat Persatuan Pengimport dan Pemborong Ikan Perak di sini hari Selasa.

Yusoff berkata kenaikan harga tidak dapat dielak kerana pengimport terpaksa menokok harga membeli peti KIBFG sehingga hampir RM100 sebuah berbanding sekarang.

"Misalnya harga kotak 30 kilogram yang digunakan sekarang adalah RM28 manakala KIBFG mencecah RM120. Begitu juga kotak KIBFG bagi 100 kg iaitu RM205 jauh lebih tinggi dengan harga biasa iaitu RM150," katanya.

Beliau berkata penguatkuasaan peraturan pengimportan ikan basah itu secara langsung akan mengakibatkan harga ikan melambung tinggi di pasaran.

Penguatkuasaan peraturan berkenaan yang sepatutnya dilaksana tahun lepas, ditangguh ekoran bantahan pengimport dan pemborong ikan kerana harga kotak ikan berinsulasi tinggi yang dikatakan terlalu mahal.

Yusoff berkata bagaimanapun jawatankuasa berkenaan tidak berhasrat menghentikan operasi membawa masuk bekalan ikan seperti yang pernah dilakukan Mac tahun lepas.

Mulai 1 Mac ini Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia akan mewajibkan penggunaan KIBFG yang bertujuan memastikan kualiti ikan yang dibawa masuk ke negara ini lebih selamat, bersih dan segar sejajar dengan pembaharuan dalam industri perikanan pada masa sekarang.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Noh Omar pada Oktober lepas berkata penguatkuasaan penggunaan KIBFG itu mengambil kira pewartaannya pada 2006 yang tertangguh disebabkan pelbagai alasan daripada pihak terlibat khususnya pemborong dan pengimport ikan.

-- BERNAMA

Thursday, February 18, 2010

Maulidur Rasul: Tiada perarakan di Johor, Pahang, Perlis

Salhan K Ahmad
Feb 18, 10
5:14pm
Johor, Pahang dan Perlis tidak akan mengadakan perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul tahun ini, umumnya kerana ia tidak dituntut oleh Islam.

Di Pahang, negeri itu hanya akan mengadakan satu ceramah di auditorium RTM Kuantan, tanpa perarakan besar seperti yang diadakan beberapa tahun lalu, kata pengarah Jabatan Agama Islam Pahang, Datuk Abdul Manan Abdul Rahman.

"Kita tidak buat perarakan, tapi sambutan dalam bentuk ceramah sahaja. Seingat saya kita cuma pernah adakan perarakan sekali saja pada tahun 2008, yang lain lebih banyak kita adakan ceramah," kata Abdul Manan ketika dihubungi.

Jelasnya, keputusan untuk tidak mengadakan perarakan Maulidur Rasul tahun ini diambil setelah mengambil kira keselesaan orang ramai yang akan hadir dan tidak melibatkan hukum ke atas penganjuran perarakan.

"Kita tidak anjurkan perarakan tahun ini bukan sebab hukum tetapi kerana mengutamakan keselesaan orang ramai yang akan hadir kerana ia dibuat waktu malam.

"Kita takut nanti akan hujan, dan perlu juga ambil kira masalah kesesakan," katanya dan menjelaskan belum ada lagi fatwa yang dikeluarkan berhubung penganjuran perarakan seperti itu.

"(Pahang) belum ada lagi fatwa yang katakan tidak boleh (buat perarakan), pandangan ini juga belum diutarakan lagi. Kalau ada (ulama) yang kata tidak boleh, ia perlu dibawa ke dalam Majlis Fatwa Kebangsaan," tambahnya.

Di Johor pula, sambutan tahun ini dijangka tetap meriah walau diadakan tanpa perarakan, kata pengarah Jabatan Agama Islam Johor A Rahman Jaffar.

Katanya, sambutan kali ini akan berlangsung sepanjang bulan dengan aktiviti yang dijadualkan di Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru dan juga di masjid-masjid jamek di setiap daerah.

Program di masjid negeri yang akan dihadiri Sultan Johor itu antaranya akan meliputi titah sultan, ceramah dan majlis berzanji.

"Dahulu kita pernah buat perarakan tapi sekarang tidak ada lagi, lagipun acara perarakan ini tidak dituntut oleh Islam" katanya.

Tambahnya, beberapa kumpulan tetap memohon supaya diadakan perarakan tahun ini, namun cadangan itu ditolak oleh Majlis Agama Islam Johor.

Juga difahamkan, negeri itu tidak pernah mengeluarkan apa-apa fatwa berkaitan penganjuran perarakan bagi menyambut hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

"Kita fokuskan kepada aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong membersihkan masjid dan juga kawasan kubur. Kalau tidak, kita bersihkan kubur waktu hari raya sahaja.

"Kalau perarakan pun cuma sekali saja, lepas itu habis. Kalau kita buat aktiviti kemasyarakatan kita boleh buat secara berterusan," katanya lagi.

Sementara itu, Perlis juga tidak akan mengadakan perarakan bagi sambutan kali ini, seperti juga tahun-tahun sebelumnya.

Ini disahkan oleh exco agama Islam negeri Jefri Othman yang berkata, Perlis sememangnya tidak pernah menyambut Maulidur Rasul secara besar-besaran

"Kita memang dari dulu lagi tidak sambut Maulidur Rasul secara besar-besaran seperti negeri lain," katanya.


berita dari: malaysiakini.com


komen rumputkarpet:-
aik... tak dengar la pulak puak amno buat demontrasi atau bantahan pasal hal ni. yang di pulau pinang, macam gayat dunia, bahawa mereka pembela agama. brahim ali tak tau ke. ayuh brahim, ajak kawan2 buat demontrasi kat johor, pahang dan perlis pulak. ha...ha...ha.... peluru makan tuan.

Sunday, February 14, 2010

PAS bukan hak Pak Lah Seorang.

Semua kejadian Allah bergerak mengikut sistem yang juga ditentukan oleh Allah taala. Cakerawala ada sistemnya, tumbuh-tumbuhan ada sistemnya, binatang-binatang ada sistemnya, lebih-lebih lagi manusia sudah pasti ada sistemnya. Beroganisasi tidak ketinggalan dengan sistemnya.

Sesuatu yang lari dari sistem akan menjadi salah dan terpesong. Matahari akan hancur jika tidak mengikut sistemnya. Dalam berorganisasi, Walaupun diri individu berasa pendapatnya yang betul bukan sistem yang betul menunjukkan diri individu itulah yang tidak betul. Sudah pasti sistemlah yang betul kerana ia diolah, dibuat dan disusun serta dipersetujui oleh ahli-ahlinya.

Sistem dalam organisasi boleh ditentukan kebetulannya dengan cara muzakarah, musyawarah, perbincangan dan kajian-kajian. Ia tidak boleh dibetulkan secara individu.

Daripada laporan akhbar, Pak Lah Karim menggambarkan dirinya yang betul dengan tindakannya sedangkan sistem jamaah sudah menentukan saluran-saluran untuk tindakan bagi ahli yang berasa ketidakpuashatian dalam berjamaah. Seseorang itu tidak boleh mengubah organisasi tetapi organisasilah yang boleh mengubah individu.

PAS bukan hak Pak Lah Karim seorang dan bukan juga hak Pengerusi Lembaga Disiplin seorang. PAS hak semua. Ahli-ahlinya yang bersetuju dengan sistem yang ada. Jika ada pendapat untuk memperbaiki sistem yang ada, sudah pasti ada saluran yang ditetapkan oleh jamaah.

Islam mengajar umatnya supaya membuat sesuatu dengan niat yang betul. Tidak cukup dengan niat yang betul sahaja tetapi mesti dengan tindakan juga mesti betul. Pak Lah Karim, ikutlah sistem berjamaah dan jangan buat sistem sendiri. Sahabat-sahabat sayangkan anda tetapi sahabat-sahabat lebih sayangkan jamaah.

Friday, February 12, 2010

Boleh singkir PM tanpa undi tidak percaya

Khamis, 11 Februari 2010 | Ruangan: Berita

SHAH ALAM 11 Feb - Profesor Dr. Abdul Aziz Bari menyifatkan keputusan mahkamah persekutuan mengenai isu siapa Menteri Besar yang berpihak kepada UMNO Barisan Nasional, membangkitkan persoalan mengenai kedudukan kerajaan dalam sistem demokrasi dari sisi perundangan.

Professor Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa itu berkata perkara ini serius kerana Menteri Besar sepatutnya hanya boleh disingkir melalui Dewan Undangan Negeri.

Pada hakikatnya kalau di negeri Perak itu Sultan boleh menyingkirkan Menteri Besar tanpa melalui undi tidak percaya dalam dewan secara formal, maka di peringkat pusat juga peringkat persekutuan boleh menyingkirkan perdana menteri tanpa melalui undi tidak percaya,”katanya.

Aziz berkata demikian ketika ditemubual TVSelangor.com

Beliau percaya kepada amalan yang dipraktik selama ini iaitu melalui undi tidak percaya secara formal di Dewan Undangan Negeri bagi menentukan siapa Menteri Besar.

“Jadi, itu yang menyebabkan timbulnya perspepsi ataupun tanggapan bahawa apa yang berlaku itu boleh memberi kesan kepada perlembagaan dan ini semakin boleh mengkompromikan sistem Raja itu sendiri,”katanya.

Kes ini akan menjadi rujukan tetapi malangnya ia perkembangan yang tidak sihat kerana undang-undang pada masa ini boleh menyingkirkan pemimpin dengan mudah, tanpa mematuhi prosedur yang betul.

Dengan keputusan yang terbaru itu, mengatakan bahawa Menteri Besar ataupun Perdana Menteri boleh disingkir tanpa melalui undi tidak percaya, ini merupakan kesan langsung, dengan kata lain undang-undang yang dihuraikan yang diputuskan mahkamah semalam adalah perkembangan yang tidak sihat pada kes-kes akan datang,”katanya.


sumber:selangorkini.com

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP