Friday, June 26, 2009

Mahkamah perintah Felda bayar peserta RM11 juta

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini memerintahkan Felda membayar RM11 juta sebagai ganti rugi kepada 354 peserta Felda berhubung bayaran bagi buah kelapa sawit selama enam tahun selepas menolak rayuan.

Hakim Datuk James Foong Cheng Yuen, Abdull Hamid Embong dan Datuk Abdul Malik Ishak menolak rayuan itu dalam keputusan majoriti 2-1, dengan Abdul Malik menentang.

Felda memohon mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kota Baharu yang disampaikan pada 13 Januari tahun lalu memerintahkan lembaga itu membayar RM7.8 juta dengan faedah kepada peserta itu selepas peguamnya gagal hadir untuk pendengaran saman itu.

Amaun berkenan sejak itu telah meningkat ke RM11 juta dengan faedah terkumpul tetapi peserta tidak lagi mendapat wang itu oleh kerana mahkamah meluluskan permohonan Felda bagi penangguhan pembayaran bergantung pada permohonan lembaga itu bagi kebenaran merayu ke Mahkamah Persekutuan.

Ketika meluluskan penangguhan, mahkamah memerintahkan amaun itu kekal dalam akaun bersama di bawah nama peguam cara kedua-dua pihak.

Kira-kira 200 peserta berada di mahkamah hari ini.

Sesetengah mereka dilihat menadah tangan sebagai tanda kesyukuran bila keputusan dibacakan.

Mahkamah diberitahu bahawa setiap peserta akan dibayar pampasan RM30,000.

Peserta Felda Kemahang 3 di Tanah Merah, Kelantan, mengemukakan saman itu terhadap Felda pada 2002 dengan setiap seorang memohon antara RM20,000 hingga RM30,000 sebagai ganti rugi umum oleh kerana mereka mendakwa lembaga itu telah menurunkan mutu buah kelapa sawit mereka dari 1996 hingga 2002 mengakibatkan mereka rugi.

Sunil Abraham, peguam bagi Felda dan Felda Palm Industries Sdn Bhd, memberitahu mahkamah beliau akan mengemukakan permohonan kebenaran itu pada Isnin.

Foong turut menyentuh dakwaan peserta bahawa ketua Umno Kelantan yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mustapa Mohamed dan Felda mengugut peserta bahawa mereka akan disingkirkan jika terus bertindak terhadap Felda.

"Felda, ialah sebuah badan berkanun. Ia membantu peserta untuk menambah baik taraf hidup mereka. Sebaliknya, di sini kita berdepan satu situasi defendan pertama (Felda) menipu plaintif (peserta).

"Ugutan Sedemikian menjejas Felda. Felda Palm Industries Sdn Bhd tidak lebih baik oleh kerana mereka dikaitkan dengan atau sebahagian dari Felda," katanya.

Abdul Malik, dalam pada itu, memutuskan agar kes itu dirujuk kembali ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan semula kerana hakim Mahkamah Tinggi telah melanggar peraturan berhubung penerimaan bukti bila beliau mencapai pendapat yang memihak kepada peserta.

"Tidak ada bukti dokumen di hadapan hakim yang arif Mahkamah Tinggi untuk menyokong kerugian sebenar atau anggaran kerugian ditanggung setiap plaintif (peserta)," katanya. - Bernama

sumber berita:bharian.com.my

Tuesday, June 23, 2009

Harga saham lebih rendah pada penutupan

KUALA LUMPUR: Harga saham di Bursa Malaysia menyaksikan penutupan dagangan pada paras lebih rendah hari ini kerana pelabur terus berhati-hati berikutan ramalan Bank Dunia tentang kemelesetan global yang semakin meruncing tahun ini.

Bank Dunia mengunjurkan kemerosotan ekonomi dunia sebanyak 2.9 peratus tahun ini, dan penyusutan pelaburan di negara membangun.

Bagaimanapun, kegiatan cergas membeli saham berharga murah dalam sesi petang membantu mengurangkan kejatuhan keseluruhan dalam pasaran.

Antara kaunter yang mencatatkan belian cergas ialah UEM Land dan MISC.

Indeks Komposit Kuala Lumpur mengakhiri dagangan 1.49 mata lebih rendah pada 1,044.48.

Indeks Perusahaan naik 10.60 mata kepada 2,332.03 manakala Indeks Perladangan susut 38.96 mata kepada 5,277.64 dan Indeks Kewangan turun 66.44 mata kepada 8,299. Indeks Teknologi jatuh 0.25 mata kepada 13.93.

Indeks FBMEmas 30.63 mata lebih rendah pada 6,964.64, Indeks FBM30 turun 30.8 mata kepada 6,683.32, Indeks FBM2BRD jatuh 63.75 mata kepada 4,638.89 dan Indeks FBMMesdaq hilang 60.48 mata kepada 3,971.87.

Saham rugi mengatasi saham untung dengan jumlah 451 berbanding 214 manakala 204 kaunter tidak berubah, 359 tidak diniagakan dan 38 digantung urus niaga.

Jumlah dagangan bertambah kepada 1.369 bilion saham bernilai RM1.522 bilion daripada 1.238 bilion saham bernilai RM1.305 bilion semalam.

Bagi saham berwajaran tinggi, Sime Darby turun 10 sen kepada RM6.75, Maybank kekal pada RM5.60, Bumiputra-Commerce Holdings jatuh 30 sen kepada RM8.75 dan MISC mengukuh 15 sen kepada RM8.70.

Saham cergas, KNM Group turun setengah sen kepada 80.5 sen, Scomi menokok setengah sen kepada 65 sen dan UEM Land naik setengah sen kepada RM1.43.

Samchem, yang muncul untuk dagangan sulungnya di Papan Utama hari ini, meningkat 19 sen kepada 90 sen. - Bernama

dicedok dari: bharian.com.my

Sunday, June 21, 2009

Anwar Gusar Hakim Berat Sebelah Adili Krisis Perak

June 21, 2009 | Last update on 20/06/2009 21:04

Anwar Gusar Hakim Berat Sebelah Adili Krisis Perak

Datuk Seri Anwar Ibrahim gusar terhadap kewibawaan sistem keadilan dalam membicarakan krisis dua Menteri Besar Perak yang kini akan di putuskan di Mahkamah Persekutuan.



Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin semalam memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Zambry Kadir sebagai Menteri Mesar Perak yang sah.



Beliau terpaksa memfailkan rayuan itu walaupun dua daripada tiga hakim mahkamah rayuan berkenaan gagal mengemukakan hujah bertulis untuk menyokong keputusan mereka itu yang mengejutkan banyak pihak termasuk pengamal undang-undang dan orang ramai.



Nizar telah meminta panel 11 hakim untuk mendengar rayuannya di Mahkamah Persekutuan pada 9 Julai depan.



"Kita tidak menaruh penuh keyakinan kepada sistem kehakiman, semua orang tahu, kes video V.K Lingam dengan laporan Suruhanjaya sehingga kini tiada tindakan undang- undang. kita tidak menjangka ada perubahan dalam bidang ini. Tuntutan Datuk Sri Nizar itu masih mengikut proses biasa.Saya tidak mengharapkan Ketua Hakim negara akan bersetuju," Kata Datuk Sri Anwar.



"Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini mengisytiharkan Datuk Sri Nizar adalah Menteri Besar Perak yang sah. Hakim Datuk Abdul Aziz Rahim membuat keputusan demikian berikutan Datuk Sri Nizar tidak pernah meletakkan jawatannya dan tidak ada undi tidak percaya terhadap beliau dalam DUN Perak," Tambahnya lagi



Anwar berkata Ketua Hakim Negara Zaki Azmi harus menunaikan permohonan Nizar supaya permohonan beliau didengar oleh panel 11 hakim.



"Mengapa rasional kita adakan 11 hakim ? Isu ini isu perlembagaan yang besar. Kita tidak boleh angkat mana- mana hakim tertentu yang membuat keputusan yang memberat pada mana- mana pihak tertentu. Biarkan mereka buat keputusan dan biarkan masing- masing menulis supaya ini akan menjadi bahan yang akan dibaca oleh masyarakat," ujarnya lagi.



dicedok dari:

http://www.tvantara.com/v1/newsdetails?news=1480

Thursday, June 18, 2009

Setiausaha PAS Kawasan Lipis meninggal dunia

Basiron Abd Wahab
Thu | Jun 18, 09 | 10:15:19 am MYT

KUALA LIPIS, 18 Jun (Hrkh) - Setiausaha PAS Kawasan Lipis, Haji Abu Hassan Mohd 56, kembali ke rahmatullah pada petang semalam,17 Jun 2009.



Allahyarham mengadu sakit dada selepas menunaikan solat maghrib di surau berdekatan rumahnya dikejarkan ke hospital dan meninggal dunia sejurus dimasukkan ke bilik ICU Hospital Kuala Lipis.


Beliau dilantik menjadi setiusaha PAS Kawasan Lipis sejak 2005, Allahyarham sempat berkhidmat dibawah dua Yang Dipertua PAS Kawasan, iaitu Haji Ramli Abdullah dan Ustaz Ishak Sad.


Timbalan Yang Dipetua PAS Kawasan Lipis, Roslan Zainal berkata, Allahyarham adalah adaah seorang komited dengan perjuangan.


Menyertai gerakan Islam bermula dengan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan akhirnya menyertai PAS dan aktif selepas bersara daripada Radio Televisyen Malaysia (RTM). Allahyarham meninggalkan seorang balu dan empat orang anak. - azm _



ehsan dari:-

http://www.harakahdaily.net

Monday, June 8, 2009

PESANAN UNTUK DEWAN PEMUDA

DEWAN PEMUDA

Hadirin dan hadirat yang dihormati,


Marilah kita menyedari bahawa asas perjuangan yang diletakkan oleh generasi yang terdahulu memerlukan golongan �syabab� sebagai penerusnya. Sehubungan dengan itu, PAS ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Dewan Pemuda PAS di semua peringkat kerana terus menarik sokongan pengundi muda kepada PAS termasuk dalam pilihan raya-pilihan raya kecil yang telah berlangsung. Golongan pengundi muda ini adalah sangat penting kepada perjuangan PAS, kerana merekalah generasi yang akan mendominasi geopolitik negara di masa yang akan datang.


Berteraskan fenomena inilah, maka Pemuda PAS perlu merangka pelan untuk mengekalkan sokongan orang-orang muda daripada pelbagai latar belakang, kaum, budaya, taraf pendidikan dengan program-program yang bersesuaian, termasuk �mengakhlakkan� aktiviti-aktiviti hiburan, sosial dan sukan yang selama ini dilihat di luar ruang lingkup aktiviti PAS. Usaha ini perlu bukan sekadar untuk tujuan politik, tetapi lebih utama untuk melaksanakan tugas 'penyelamat' bagi mengeluarkan mereka daripada keruntuhan akhlak serta hanyut dalam hiburan di luar batasan agama.


Dewan Pemuda perlu menggiatkan program tarbiyah kepada anak-anak muda untuk mencapai sekurang-kurangnya dua tujuan; pertamanya melahirkan generasi pemimpin yang akan meneruskan perjuangan yang panjang ini dan kedua; melahirkan penyokong dan penggerak yang menghayati perjuangan parti untuk menegakkan Islam.


Ini adalah kerana realiti sekarang menuntut pemimpin yang bukan sahaja mempunyai ilmu, berintegriti, bahkan berkemampuan untuk mentadbir negara dan berperanan di peringkat antarabangsa. Semoga Pusat Latihan Akademi Kepimpinan Pemuda yang baru dirasmikan di Kok Lanas pada bulan Februari lalu akan melonjakkan kegiatan-kegiatan tarbiah untuk melahirkan kepimpinan yang lebih baik bagi memimpin ummah.


Petugas daripada kalangan pemuda khususnya telah memberi sumbangan besar dalam pilihan raya dan kegiatan PAS termasuk menggerakkan massa dalam Himpunan Membantah PPSMI baru-baru ini. Unit Amal di bawah kelolaannya perlu meningkatkan lagi prestasi, sungguh pun telah banyak menerima pujian dan kepercayaan hasil dari tahap disiplin yang tinggi dan perkhidmatan yang diberikan.


Perkhidmatan kepada rakyat secara bermusim seperti menjelang hari perayaan dan tidak bermusim seperti bencana alam perlulah diteruskan dengan penuh iltizam tanpa batasan negeri, bangsa dan budaya. Pemuda juga perlu terus pro aktif dalam menghadapi isu-isu dalam negara dengan memimpin ummah di medan dan secara bijaksana berhadapan dengan entiti yang berkenaan.


Dalam konteks parti dan kerajaan serta percaturan politik yang serba mungkin dewasa ini, PAS terus menggalakkan Pemuda PAS memainkan peranan sebagai semak dan imbang agar landasan perjuangan PAS dan kerajaan-kerajaan Pakatan Rakyat terus berjalan sebagaimana tuntutan Islam dan harapan rakyat.


teks dari ucapan dasar Presiden TGHH.

Sunday, June 7, 2009

'...bertindak mengikut apa yang mereka katakan..'

Segera angkat Kelab Penyokong PAS menjadi dewan - Hu Pang Chaw
Anis Nazri
Sat | Jun 06, 09 | 5:02:17 pm MYT

SHAH ALAM, 6 Jun (Hrkh) - Kelab Penyokong PAS menggesa kepimpinan PAS yang baru agar menyediakan satu pelan tindakan khusus untuk memperkukuhkan parti, selain memantapkan kerjasama di antara Pakatan Rakyat.




Pengerusinya, Hu Pang Chaw, berkata selama ini pemimpin PAS sering menyampaikan maklumat atau berceramah berkenaan pemerkasaan parti dan menawarkan harapan-harapan kepada rakyat.

"Sudah sampai masanya pemimpin PAS merealisasikan dan bertindak mengikut apa yang mereka katakan selama ini. Dan saya berharap kepimpinan baru ini mengambil peluang terbaik," tegas beliau ketika ditemui di Stadium Malawati, Shah Alam.

Tambah beliau, sekiranya pimpinan PAS segera menyediakan pelan tindakan itu, rakyat akan dapat melihat ketelusan kepimpinan PAS.

Mengulas lanjut isu Kelab Penyokong PAS yang menjadi perhatian para perwakilan, Hu berharap PAS segera merealisasikan hasrat kelab itu supaya diangkat menjadi satu sayap parti bersama-sama Dewan Ulama, Muslimat dan Pemuda.

Beliau yang menerima baik saranan tersebut, bagaimanapun meminta ia disegerakan bagi mengukuhan organisasi kelab itu sendiri bersesuaian dengan suasana politik hari ini.

"Dalam hal ini, sekali lagi ingin saya katakan agar PAS tidak hanya menjadi NATO, dalam erti kata 'no acton, talk only', tetapi segera merealisasikannya dengan mengangkat kelab ini agar dapat berjalan dengan lebih kukuh lagi," tegas beliau. - mns_

dari: http://www.harakahdaily.net

SENARAI KEPUTUSAN JAWATANKUASA KERJA PAS PUSAT BAGI SESI 2009-2011

SATURDAY, 06 JUNE 2009 02:06

SENARAI KEPUTUSAN
JAWATANKUASA KERJA PAS PUSAT BAGI SESI 2009-2011


PENGERUSI TETAP (MTB)
Abu Kasim Bin Abdullah, Ustaz Haji


TIMBALAN PENGERUSI TETAP
Hussin Bin Haji Ismail, Haji


PRESIDEN (MTB)
Abdul Hadi Hj Awang , YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji


TIMBALAN PRESIDEN
Nasharudin Mat Isa, YB Ustaz Haji


NAIB PRESIDEN

Tuan Ibrahim Tuan Man, Dato’ Ustaz(877)
Salahuddin Ayub, YB (824)
Mahfuz Omar, YB Dato' Haji (663)



AHLI JAWATANKUASA KERJA

Mohamad Nizar Jamaluddin, YAB Dato' Seri Ir (854)
Idris Haji Ahmad, Ustaz Haji (799)
Kamarudin Jaffar , YB Dato’ (769)
Azizan Abd Razak, YAB Dato’ Seri Ustaz (653)
Hasan Mohd Ali , YB Dato' Dr Hj (642)
Mohd Hatta Md Ramli, YB Dr. Haji (638)
Abdul Ghani Samsudin, Ustaz Haji(637)
Abu Bakar Chik, Dato’ Ustaz Haji (622)
Mohamed Hanipa Maidin, Sdr (619)
Amiruddin Hamzah, YB Dato' Ir. (606)
Lo’ Lo’ Haji Mohamad Ghazali, YB Dr. (589)
Ab Ghani Abdul Rahman, Ustaz Haji (584)
Dzulkefly Ahmad, YB Dr. (576)
Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, YB Dr. (530)
Hashim Jasin, YB Ustaz Haji (522)
Mazlan Aliman, Sdr (513)
Taib Azamudden Md Taib, YB Ustaz Haji (508)
Mujahid Yusof Rawa, YB Dr. (488)


PEMERIKSA KIRA-KIRA

Mohd Rashidi Bin Hassan
Musaniff Abd Rahman

Friday, June 5, 2009

Semua ahli perlu faham fiqh siyasi yang diperjuang PAS

Intan Abdullah
Fri | Jun 05, 09 | 11:19:35 am MYT

SHAH ALAM, 5 Jun (Hrkh) - Walaupun PAS sangat terbuka menerima idea-idea baru, semua yang menjadi ahli PAS perlulah ditarbiyah dengan kefahaman fiqh siyasi yang diperjuangkan PAS, serta memahami budaya dan kaedah PAS.





"Ia merupakan satu syarat penting dalam hasrat untuk melihat PAS berkembang menjadi sebuah organisasi yang kuat," ujar Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam ucapan dasar Presiden pada Muktamar Tahunan PAS kali ke-55 di Stadium Melawati hari ini.

Jelasnya, ia merupakan sebuah sistem pengurusan parti yang kukuh untuk berdepan dengan cabaran yang semakin menekan di masa kini dan akan datang.

Oleh yang demikian, katanya kursus-kursus peningkatan kemahiran untuk petugas ini perlulah dirancang dalam usaha melahirkan petugas yang hebat dan mempunyai fikrah perjuangan Islam yang jelas.

"Kualiti ahli sedia ada baru juga perlu dijaga supaya mereka akan tahan ujian dan menjadi individu yang menyumbang kepada penerusan perjuangan Islam ini," ujarnya.

Selain itu, Ustaz Hadi turut menyentuh mengenai peningkatan sokongan masyarakat bukan Islam yang dahulunya janggal dengan PAS.

"Sebagai satu proses memperkasakan Kelab Penyokong PAS maka program orientasi khusus dan umum kepada ahli kelab mestilah dilaksanakan untuk memberikan kefahaman yang jelas mengenai perjuangan PAS," katanya.

Beliau menganggap ia merupakan satu langkah bersejarah dalam parti itu sebagai paradigma baru PAS untuk memimpin masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.

"Kita juga mengiktiraf ahli kelab untuk menjadi sayap kita yang melibatkan diri secara langsung dalam pilihan raya di bawah lembayung PAS," jelasnya lagi.

Oleh yang demikian ujarnya lagi, PAS mestilah terus-menerus berusaha untuk mencari kaedah-kaedah yang bersesuaian, agresif dan strategik untuk memenangi kelompok undi teras yang terdiri daripada pengundi luar bandar dan desa. - mns_

artikel dari:http://www.harakahdaily.net

Thursday, June 4, 2009

Kerajaan Negeri Henti Kutipan RM50 Serta Merta

Wednesday, 03 June 2009 | Ruangan: Berita

SHAH ALAM, 3 Jun - Kerajaan Selangor hari ini memutuskan untuk menghentikan serta merta kutipan bayaran RM50 terhadap seluruh peniaga pasar malam di negeri ini.

Demikian kata Dato’ Menteri Besar Selangor kepada pemberita selepas merasmikan Program Meningkatkan Pendidikan Sekolah-Sekolah Tamil, di sini, petang tadi.

Menurutnya, langkah menghentikan bayaran tersebut dibuat berikutan aduan yang diterima pihaknya dimana para peniaga di kawasan Ampang Jaya menanggung beban pembayaran tersebut.

“Exco kerajaan negeri telah berbincang dan memutuskan tiada lagi kutipan wang RM50 terhadap mereka malam selepas ini,” katanya yang berjanji memulangkan semula bayaran yang dibuat oleh peniaga sebelum ini.

Dalam masa yang sama, Abdul Khalid berkata kutipan sebanyak RM4 sebagai yuran pengurusan sampah di kawasan pasar malam diteruskan seperti biasa.

“Walaubagaimanapun urusan kutipan hanya dilakukan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam kawasan masing-masing sahaja”,katanya.


sumber: http://www.selangorkini.com.my

Kerajaan Negeri Henti Kutipan RM50 Serta Merta


Wednesday, 03 June 2009 | Ruangan: Berita

SHAH ALAM, 3 Jun - Kerajaan Selangor hari ini memutuskan untuk menghentikan serta merta kutipan bayaran RM50 terhadap seluruh peniaga pasar malam di negeri ini.

Demikian kata Dato’ Menteri Besar Selangor kepada pemberita selepas merasmikan Program Meningkatkan Pendidikan Sekolah-Sekolah Tamil, di sini, petang tadi.

Menurutnya, langkah menghentikan bayaran tersebut dibuat berikutan aduan yang diterima pihaknya dimana para peniaga di kawasan Ampang Jaya menanggung beban pembayaran tersebut.

“Exco kerajaan negeri telah berbincang dan memutuskan tiada lagi kutipan wang RM50 terhadap mereka malam selepas ini,” katanya yang berjanji memulangkan semula bayaran yang dibuat oleh peniaga sebelum ini.

Dalam masa yang sama, Abdul Khalid berkata kutipan sebanyak RM4 sebagai yuran pengurusan sampah di kawasan pasar malam diteruskan seperti biasa.

“Walaubagaimanapun urusan kutipan hanya dilakukan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam kawasan masing-masing sahaja”,katanya.


sumber: http://www.selangorkini.com.my

Kerajaan Negeri Henti Kutipan RM50 Serta Merta

Wednesday, 03 June 2009 | Ruangan: Berita

SHAH ALAM, 3 Jun - Kerajaan Selangor hari ini memutuskan untuk menghentikan serta merta kutipan bayaran RM50 terhadap seluruh peniaga pasar malam di negeri ini.

Demikian kata Dato’ Menteri Besar Selangor kepada pemberita selepas merasmikan Program Meningkatkan Pendidikan Sekolah-Sekolah Tamil, di sini, petang tadi.

Menurutnya, langkah menghentikan bayaran tersebut dibuat berikutan aduan yang diterima pihaknya dimana para peniaga di kawasan Ampang Jaya menanggung beban pembayaran tersebut.

“Exco kerajaan negeri telah berbincang dan memutuskan tiada lagi kutipan wang RM50 terhadap mereka malam selepas ini,” katanya yang berjanji memulangkan semula bayaran yang dibuat oleh peniaga sebelum ini.

Dalam masa yang sama, Abdul Khalid berkata kutipan sebanyak RM4 sebagai yuran pengurusan sampah di kawasan pasar malam diteruskan seperti biasa.

“Walaubagaimanapun urusan kutipan hanya dilakukan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam kawasan masing-masing sahaja”,katanya.


berita dari:

http://www.selangorkini.com.my

Tuesday, June 2, 2009

MPV Perodua mirip Daihatsu Boon Luminas


Oleh Kamarulzaidi Kamis
kamarulzaidi@bharian.com.my


DAIHATSU Boon Luminas CX mirip Perodua MPV baru yang akan dilancarkan November ini.

Model dapat sambutan di Tokyo kerana bergaya, mesra pengguna

MODEL kenderaan pelbagai guna (MPV) yang bakal dilancarkan oleh Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) November ini adalah mirip model Daihatsu Boon Luminas yang kini laris jualannya di Jepun, kata sumber industri.

"Semua telah sedia maklum pakatan strategik antara Perodua dengan Daihatsu Motor Co Ltd dan syarikat induknya, Toyota yang menjadi pengeluar kenderaan terbesar dunia ketika ini.


"Sebelum ini juga hampir keseluruhan model keluaran Perodua adalah mirip kepada beberapa model Daihatsu dan kali ini, model MPV itu adalah hampir sama dengan model Luminas CX yang dilancarkan di Jepun Disember tahun lalu," kata sumber itu kepada Berita Harian di Kuala Lumpur.

Pada 25 Disember lalu, Toyota Motor dan Daihatsu Motor melancarkan model kompak tujuh tempat duduk itu di Jepun di bawah jenama dua jenama iaitu Toyota Passo Sette dan Daihatsu Boon Luminas.

Sumber itu menegaskan, model berkenaan mendapat sambutan hangat sebaik diperkenalkan di Tokyo kerana dianggap bergaya dan lebih mesra pengguna.

"Walaupun masih dalam kategori kereta kompak, tetapi ia memiliki ruang dalaman yang luas. Ia cukup kecil untuk menjadi pemanduan lebih mudah dan cukup besar untuk memuatkan sehingga tujuh orang," katanya.

Beliau berkata, MPV Perodua yang mirip Luminas itu dijangkakan mendapat sambutan kerana harganya yang mampu milik, antara RM56,000 hingga RM66,000 seunit.

Katanya, MPV yang dijana enjin 1.5 liter itu akan ditawarkan dalam dua varian iaitu automatik dan manual serta pilihan antara model mewah atau asas.

Pengarah Urusan Perodua, Datuk Syed Hafiz Syed Abu Bakar, baru-baru ini, berkata walaupun syarikat itu agak lewat melancarkan model MPV, namun beliau yakin ia mampu memberikan cabaran dalam segmen kenderaan terbabit di negara ini kerana ia menawarkan pelbagai ciri bermutu pada harga berdaya saing.

Beliau berkata, MPV itu yang kini pada peringkat akhir pembangunannya mampu ditawarkan pada harga sangat berdaya saing kerana ia menggunakan sehingga 90 peratus komponen tempatan.

sumber:http://www.bharian.com.my

Monday, June 1, 2009

MAIS Cadang Kaedah Guna Pakai Syariah Islam Dalam GLC Kepada Kerajaan Negeri

SHAH ALAM, 1 Jun (Bernama) -- Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) akan mencadangkan kepada kerajaan negeri Selangor kaedah bagaimana melaksanakan sistem pentadbiran dan kewangan berasaskan Syariah Islam dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di negeri itu tidak lama lagi.

Timbalan Pengerusi MAIS, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata cadangan itu dibuat selepas mengambil kira tahap pematuhan pelanggan bank-bank Islam di Malaysia kepada Syariah, yang dianggap sebagai faktor paling penting semasa berurusan dengan bank.

"Kalau ikut tahap penerimaan terhadap konsep Syariah dalam bank-bank Islam, secara umumnya, pelanggan bukan Islam di negara ini pun sudah mula mencarum, menyumbang, menyimpan dan melabur dalam bank-bank Islam.

"Ini bermakna sistem ini terbukti berjaya di mana pelanggan seumpama itu prihatin sama ada bank-bank ini memegang prinsip-prinsip Syariah semasa menjalankan aktiviti mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pengurusan Harta Tidak Patuh Syariah (Harta Haram) di Dewan Annex, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini, hari ini.

Dr Hassan berkata beliau sedang berbincang dengan tenaga-tenaga pemikir sedia ada bagi mewujudkan satu jadual pelaksanaan tentang cara-cara bagaimana menerapkan sistem kewangan Islam ke dalam sistem perancangan pembangunan syarikat GLC berkaitan.

Katanya, tenaga-tenaga mahir itu terdiri daripada pakar-pakar bidang ekonomi, kewangan dan agama MAIS dan Lembaga Zakat Selangor.

"Cadangan untuk mengaplikasikan etika perniagaan Islam dalam GLC memang akan mengambil masa panjang sebab ia melibatkan sebuah institusi," katanya yang menambah institusi antarabangsa seperti Dana Kewangan Antarabnagsa (IMF) mula mencadangkan kepada negara-negara Islam supaya menerima etika-etika perniagaan Islam sebagai salah satu elemen penting ketika berurusan dengan syarikat GLC.

Sementara itu beliau berkata objektif seminar tersebut adalah untuk memberi maklumat dan pengetahuan kepada masyarakat berkaitan pengurusan harta tidak patuh Syariah serta mendedahkan kepada masyarakat Islam tentang peranan Baitulmal dalam menguruskan harta tidak patuh Syariah.



sumber:http://www.bernama.com

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP