Pesanan daripada Baginda.
Beberapa 'Penaung Negeri' dari beberapa negeri membuat pesanan atau ingatan supaya bangsa Melayu tidak menderhaka kepada baginda . Sultan Selangor, Kelantan, Perlis dan beberapa lagi telah menyuarakan kebimbangan tentang keadaan semasa.
Antara pesanan baginda ialah orang Melayu jangan lupa diri dengan menghina sendiri bangsa Melayu. Di tengah-tengah ingatan baginda, berlaku himpunan 100K menentang PPSMI. Himpunan menandakan rakyat mendengar dan menyanjungi nasihat baginda untuk mempertahankan bangsa melalui Bahasa Melayu.
Istilah 'Bahasa Jiwa Bangsa' memang tepat. Hilang bahasa hilanglah bangsa. Golongan yang menghilangkan tulisan jawi dan menghilangkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu Sains dan Matematik adalah orang Melayu sendiri yang memperjuangkan slogan 'Hidup Melayu'. Golongan slogan 'Hidup Melayu' inilah yang sepatutnya menginsafi dan jangan menderhaka kepada nasihat baginda sultan.
0 comments:
Post a Comment