Sunday, April 10, 2011

Nilaimu Tinggi.

pensel
ejaanmu bukan pensil
ejaanmu lebih panjang dari pen
kerjamu hampir sama dengan pen
bentukmu agak serupa umpama pen

pensel
baruku tahu bernilainyamu
biasamu diguna kanak-kanak
yang dewasa jarang-jarang menggunakanmu
yang remaja kadang-kadang menulis denganmu
yang tua sedikit-sedikit memilikimu

pensel
tak ramai meletakmu di poket
tidak berguna menandatangani cek
tidak berguna menulis dokumen
tidak berguna diguna dalam perjanjian

pensel
kini dirimu diharap
kau penentu jatuh tumbang kerajaan
digunakan tanpa pilihan
tiadamu, tiadalah kerajaan
kuasamu boleh menolak kezaliman
kuasamu dapat membela hak rakyat tempatan
kuasamu diberi perhatian

pensel
pangkahlah Pakatan
jangan pangkah Barisan
kerana 5 tahun terkesan
untuk memberi pembebasan
Ajarlah Semenanjung dengan kejayaan
Sarawak pun boleh berlaku perubahan

0 comments:

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP