Kuasa Undi Rakyat Terbukti.
Al-kisah parti kerajaan tidak bertanding dalam pilihanraya kecil Penanti memberi satu bukti kepada rakyat tentang besarnya kuasa undi mereka. Memang benar kata orang, rakyat adalah tuan dan pemerintah adalah hamba. Pengundilah sebenarnya yang menjadi raja dan mesti ditakuti.
Selama 50 tahun Barisan Nasional memerintah negara, selama itulah minda rakyat dijajah dengan satu pemikiran, rakyat takut atau menuruti pemerintah. Hari ini, sedikit demi sedikit pemahaman tersebut terungkai. Rakyat yang menjadi pengundi mampu mengarahkan pemerintah apa yang dikehendakinya.
Pengundi tidak lagi takut dengan pemerintah. Sebelum ini pengundi digertak dan diherdik oleh pemerintah. Kini pengundi pula akan mengherdik dan mengarahkan pemerintah membuat sesuatu. Pengundi ‘terkini’ juga menilai wakil rakyat atau pemerintah mereka secara berterusan dari semasa ke semasa bukan lagi lima tahun sekali apabila hampir dengan pilihanraya .
0 comments:
Post a Comment