Friday, July 31, 2009

Takut PieM atau takut Allah?

Mufti Perak, mufti-mufti, ahli agama, menteri agama, tak tegur pun kepada pemimpin yang melanggar fatwa dan hukum agama. macam buat tak tau jeee. kalau perbuatan tu makruh tak pee laa nak kalau tak nak tegur tetapi perbuatan ini haram bahkan syirik. sedih...sedih...sedih...


orang yang tau agama mesti amanah dengan ilmu yang Allah beri pinjam. ilmu bukan hak milik tetapi sekadar pinjaman dari Allah. susah sangat ke nak tegur... renungi berita di bawah , fikir dan tapis dengan tapisan Iman, Agama dan Aqidah. jangan tapis dengan jawatan, pangkat dan RM...... sekali lagi nak ulang... "Takut PieM atau takut Allah?"



31 Julai, 2009 11:31 AM


Perdana Menteri Hadir Istiadat Letak Kalungan Bunga Hari Pahlawan


KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat menghadiri istiadat meletak kalungan bunga sempena sambutan Hari Pahlawan 2009 di Tugu Peringatan Negara di sini.


Turut meletak kalungan bunga dalam istiadat pagi ini ialah Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Abdul Aziz Zainal, Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan, Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin, Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar dan Panglima Tentera Udara Jen Tan Sri Azizan Ariffin.

Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia Senator Datuk Muhammad Abdul Ghani turut meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan Negara.

Terdahulu C/Insp Mohamed Awang dan ASP Rose Baini Kassim mendeklamasi sajak bertajuk "Pahlawanku" sebaik sahaja tiupan "Last Post" bergema dan bendera Malaysia diturunkan.

Turut hadir ialah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, beberapa menteri kabinet, anggota Parlimen, serta pegawai kanan polis dan tentera.

Hari Pahlawan disambut bagi memperingati mereka yang terkorban demi mempertahankan negara, dan majlis kali ini dimulakan malam tadi dengan kehadiran Perdana Menteri ke majlis tahlil dan doa selamat di Masjid Negara di sini.

Hari Pahlawan yang disambut setiap 31 Julai sejak tahun 1960-an memberi peluang kepada rakyat menghargai pengorbanan anggota perajurit yang terkorban demi mempertahankan dan menegakkan kedaulatan negara.

-- BERNAMA

sumber:bernama.com

0 comments:

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP