Wednesday, December 30, 2009

Contoh Kebertanggungjawaban.

Ini bukan kisah yang pertama tetapi sudah banyak kisah yang sama berlaku tentang sikap tanggungjawab individu bermaruah terhadap amanahnya. Kebertanggungjawaban mesti ada pada setiap individu dan juga mesti diperlihatkan supaya dicontohi dan memberi keyakinan kepada masyarakat tentang ketelusan sesebuah kerajaan. Kisah ini berlaku di negara-negara luar tetapi tidak berlaku di negara yang hilang enjin jet. Renung-renungkan berita berikut dan pilihlah kerajaan persekutuan yang baru supaya sikap ini dapat dibudayakan:-

Menteri Kesihatan Awam Thailand letak jawatan


BANGKOK: Menteri Kesihatan Awam Thailand, Witthaya Kaewparadai meletakkan jawatan semalam, selepas disabitkan dengan skandal rasuah berhubung skim penjagaan kesihatan dibiayai di bawah pakej rangsangan kerajaan berjumlah AS$43 bilion (RM150.5 bilion).

Ia adalah peletakan jawatan ketiga sejak kerajaan Perdana Menteri, Abhisit Vejjajiva mengambil alih setahun lalu dan tamparan baginya yang menghadapi tekanan supaya membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihan raya umum.

Pengunduran Witthaya, anggota parti Demokrat yang memerintah, mungkin menjurus kepada rombakan Kabinet, yang akan menggugat kerajaan campuran disokong tentera itu, berikutan masalah perpecahan dan perebutan kuasa dalaman.


Witthaya meletak jawatan selepas siasatan mendapati beliau cuai ketika dipertanggungjawabkan dengan projek pemerolehan bernilai 86 bilion baht atau AS$2.57 bilion (RM8.9 bilion).

Saya ingin menunjukkan sikap bertanggungjawab kepada orang ramai,” kata Witthaya ketika mengumumkan keputusannya.

Sebuah jawatankuasa memperakukan agar Witthaya dan timbalannya, Manit Nopamornbodi, dikenakan tindakan kerana merestui cadangan kementerian untuk membina kemudahan dan membeli peralatan perubatan yang tidak diperlukan dengan harga terlalu tinggi oleh pegawai kesihatan tempatan.

Jawatankuasa berkenaan berkata sembilan pegawai yang tidak dipilih juga terbabit dalam skandal program rangsangan itu, yang dilaksanakan untuk mempercepatkan pemulihan ekonomi, yang turut dilihat sebagai langkah populis bagi menaikkan populariti kerajaan.

Abhisit dijangka menyerahkan laporan Suruhanjaya Antirasuah Kebangsaan bagi tindakan lanjut.

Parti pembangkang, Puea Thai, yang menyokong bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra, bercadang membangkitkan isu berkenaan ketika perbahasan bagi mencela kepemimpinan Thailand, yang dirancang seiringan dengan perhimpunan antikerajaan oleh penyokong ‘baju merah’ jutawan berkenaan tidak lama lagi. - Reuters

berita dari:bharian.com.my

0 comments:

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP