Wednesday, December 9, 2009

Kalau melabur di jamban...

Alkisah lawatan kerja Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Tokyo dan Osaka, Jepun dengan bertujuan menarik lebih banyak pelabur dari Jepun untuk melabur di Malaysia.

Buat masa ini Jepun adalah rakan dagang Malaysia yang ketiga terbesar dengan jumlah dagangan Malaysia dengan Jepun bernilai RM136.7 bilion, meningkat kepada 16.5 peratus pada tahun 2008.

Eksport ke Jepun pula mencecah RM71.6 bilion, manakala import bernilai RM65.2 bilion. Bagi tempoh Januari-September 2009, eksport Malaysia ke Jepun adalah RM38.9 bilion, sementara import bernilai RM38.6 bilion.
Para pelabur luar yang ingin melabur di sesebuah negara sudah pasti melihat insentif-insentif yang ditawarkan oleh sesebuah kerajaan. Mereka memerlukan maklumat yang lengkap dari semua sudut sebelum melabur.

Memberi maklumat ekonomi sahaja kepada pelabur akan mengundang padah dan hasilnya membuat kerja yang sia-sia sahaja pergi ke Jepun. Kerajaan juga perlu memberi maklumat yang benar tentang kepatuhan undang-undang oleh kerajaan seperti tahap kepatuhan pemberian royalti minyak kepada kerajaan Kelantan dan Terengganu. Jika perjanjian royalti yang jelas ini boleh dinafikan, apakah pelabur berasa yakin dengan janji kerajaan terhadap pelaburan mereka nanti di Malaysia.

Selain itu pelabur juga akan memerhatikan indeks rasuah di sesebuah negara. Al maklum, jika indek rasuah yang semakin tahun, semakin menjunam, pelabur tidak akan mengambil risiko melabur di Malaysia kerana rasuah akan menyebabkan kos pelaburan meningkat.

Belum lagi disentuh tentang kebolehpercayaan kepada sistem perundangan negara. Dengan rekod-rekod tentang kes perbualan video V Linggam, kes campurtangan kehakiman terhadap kuasa speaker, dan lain-lain kes yang banyak ini semsti juga diambil kira oleh pelabur yang bijak.

Kalau melabur di jamban, rasanya ‘pelabur’ Jepun ramai yang sudah dan akan datang ke malaysia apabila melancong kerana isu ketirisan rasuah, ekonomi, perundangan dan lain-lain tidak menjadi faktor kepada mereka-mereka ini. Selamat ‘melabur’.

0 comments:

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP