Thursday, October 8, 2009

Nilai untung rugi sebelum memilih calon

Dzulfikar Mashoor
Wed | Oct 07, 09 | 3:21:37 pm MYT
TELOK KEMANG, 7 Okt: Pengundi Bagan Pinang diminta menilai dengan teliti apa yang mereka dapat jika calon Umno menang dan apa yang mereka dapat jika calon Pakatan Rakyat menang dalam pilihan raya kecil kali ini.



Bagi Pengarah Bersama Jentera PAS untuk pilihan raya kecil ini, Dr Dzulkefli Ahmad rakyat paling banyak untung jika calon PAS menang dalam pilihan raya ini.

"Jika PAS menang, Umno akan cuba memperbaikkan partinya yang terlalu banyak dipalitkan dengan isu rasuah, pembaziran, projek terbengkalai di peringkat kerajaan negeri.

"Bila itu berlaku, rakyatlah yang paling banyak mendapat manafaatnya.

"Jika Isa menang, Umno akan kian angkuh membawa pembangunan palsu untuk kepentingan kroni-kroninya dan rakyat tidak akan dapat apa-apa.�

Demikian penegasan Dr. Dzulkifli Ahmad, pagi tadi, apabila ditanya untung rugi memilih calon Pakatan Zulkefli Mohamad Omar atau calon Umno Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.



Image(Gambar: Pilih Isa bermakna Umno dan BN akan kekal dengan kemusnahan yang dibawanya, kalau pilih Zul, Umno akan berubah supaya tidak rebah)

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor menganggap beberapa pendedahan rasuah yang dipalitkan pada peribadi Isa itu membuktikan Isa tidak berupaya mengurus tadbir kerajaan negeri mahupun Dun kelak.

Beliau yang sebelum ini menyifatkan Isa sebagai ikon pembangunan palsu; mengajak rakyat menghitung pembangunan yang sedia ada di Port Dickson, sama ada benar-benar mengutamakan kualiti hidup rakyat atau mementingkan kroni-kronik tertentu dalam Umno sahaja.



Jika Umno menang, Umno akan kekal bongkak, angkuh, tidak mementingkan rakyat dan mengekal sistem pemerintahan korup yang ada.

Namun, jika Umno kalah, parti pemerintah di peringkat pusat itu akan berubah kerana takut rebah dan mengutamakan rakyat.

Sebelum ini, Tun Dr. Mahathir Mohamad antara tokoh Umno yang begitu lantang mengkritik pencalonan Isa.

"Rasuah berleluasa kerana pemimpin tetap diberi sokongan walaupun tetap terbabit," tegas Mahathir.

Image

(Gambar:Isa membawa pembangunan palsu di Telok Kemang)

Bekas Perdana Menteri ini sehingga sekarang bertegas tidak mahu turun ke sini, berkempen untuk Isa yang diketahui khalayak melazimi rasuah.

Dalam perkembangan berkaitan, calon Pakatan Rakyat Zulkefly dilihat tidak mempunyai maslaah integriti berbanding Isa.

Zulkefly yang pernah memimpin gerakan sukarelawan memperjuangkan isu-isu alam sekitar seperti No Incinerator Broga, sudah tentu diperlukan untuk menangani beberapa isu malar segar tempatan seperti pencemaran pantai-sungai, pembiakan lalat serta masalah sampah-sarap.

Manakala Isa yang pernah menjadi Adun Linggi dan Menteri Besar Negeri Sembilan, dijangkakan berdepan pelbagai lagi kritikan, kerana rakyat sedang menghitung 22 tahun kepemimpinannya dalam kerajaan negeri sebelum ini.

Isu pergantungan keahlian Isa selama 3 tahun kerana sah melakukan rasuah dalam Pemilihan Agong Umno (PAU) 2005, sehingga mendesak beliau melepaskan jawatan Menteri Wilayah Persekutuan merencamkan lagi pelbagai tandatanya kepada calon taruhan Umno itu.

Perhitungan untung rugi antara Zulkefly dan Isa menyebabkan rakyat tidak mempunyai banyak pilihan; kecuali memilih pemimpin yang amanah, bersih serta berkemampuan mengurus tadbir kerajaan serta Dun kelak.


sumber:harakahdaily.net

0 comments:

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP