Monday, January 5, 2009

Berani ka... takut ka...


Rasanya rakyat malaysia sangat bersetuju dengan janji Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar untuk memansuhkan ISA jika dimahukan oleh rakyat. Pandangan beliau yang mengatakan hanya segelintir rakat menentang ISA adala satu fakta yang sangat lemah dan lembek.

Di sebelah pihak mengatakan majoriti rakyah mahukan ISA dan satu pihak yang lain mendakwa rakyat tak mahu ISA. Tiada siapa yang dapat buktikan dakwaan masing-masing. Adalah disarankan supaya badan bebas membuat satu kajian pungutan suara tentang ISA ini. Jika benar rakyat mahukan ISA , sila kekalkan tetapai jika rakyat mahu hapuskan ISA, maka ia mesti dihapuskan seperti janji Datuk Seri Syed Hamid Albar.

Lihat sebahagian laporan BERNAMA di bawah:

SHAH ALAM, 5 Jan (Bernama) -- Penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) masih lagi relevan untuk menjaga keamanan dan kesejahteraan rakyat dengan majoriti rakyat mahu undang-undang pencegahan itu dikekalkan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar.

"Kalau itu yang dikehendaki oleh rakyat, suruh kita mansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri, kita akan mansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri tetapi mengikut kita punya kajian, majoriti rakyat mahukan Akta Keselamatan Dalam Negeri dikekalkan," katanya semasa Majlis Bicara Tokoh: "Masih Relevankah ISA" anjuran Kementerian Dalam Negeri dan badan bukan kerajaan, Shah Alam Free Speech Ahad malam.

0 comments:

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP