mana bantuan Islam Hadhari kepada Palestin
Dunia masih menunggu-nunggu Negara Islam Hadhari dalam membantu rakyat palestin yang diganyang laknatullah Yahudi Israel. Walaupun angka korban menghampiri 400 orang, tiada lagi pengumuman bantuan kerajaan kepada negara Palestin. Australia , negara bukan Islam Hadhari pun telah berjanji tambahan A$5 juta (RM12.4juta) sebagai bantuan kepada penduduk di Palentin
Di mana maruah dan tanggungjawab negara Islam dalam membantu rakan seagama. Mereka asyik dengan politik wang hingga lupa bantuan wang kepada Palestin malah seperti tidak peduli keganasan yang berlaku di Palestin.
Sepatutnya, pada hari keganasan Israel itu, pengumuman bantuan diumumkan sebagai tanda simpati. Islam tidak meletakkan sempadan dalam membantu umat yang dizalimi. Di mana jua berada wajib membantu antara satu sama lain.
0 comments:
Post a Comment