Saturday, January 10, 2009

Kenyataan dua bekas menteri kewangan berbeza

Bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah menggambarkan ekonomi negara kini dalam keadaan yang buruk. Seorang lagi bekas menteri kewangan ,Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pula berkata bahawa negara sekarang ini tidak mengalami kemelesetan dalam keadaan kegawatan ekonomi global memberi kesan yang buruk ke atas ekonomi Amerika Syarikat dan Eropah.

Siapa yang betul dan siapa yang bohong atau kedua-duanya bohong. Kalau dinilai dari latar belakang kepakaran, Tengku Razaleigh Hamzah lebih layak bercakap tentang ekonomi berbanding dengan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang pada zamannya banyak kecelaruan ekonomi berlaku.

Rata-rata pendapat, menyetujui pandangan Tengku Razaleigh Hamzah. Mana mungkin negara maju mengalami kemelesetan tetapi Malaysia sebuah negara membangun tidak tercalar pun dengan kemelesetan. Negara jiran, Singapura, Thailand dan Indonesia juga mengalami kemelesetan, Malaysia bertegas juga dengan hujah tiada kemelesetan. Fikir-fikirkan...

0 comments:

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP