Saturday, January 17, 2009

Kemenangan PR bukan kerana tangan-tangan manusia


Usaha, doa dan tawakal adalah syarat kemenangan dalam perjuangan. setiap satunya mempunyai syarat-syarat yang tersendiri. bagaimana syarat kemenangan dalam usaha. jalan-jalan gerak kerja jamaah telah diajar oleh Allah melalui sirah nabawi. tiada yang lebih baik contoh teladan untuk berjuang di jalan Allah jika tidak diambil daripada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

syarat-syarat kemenangan mesti dipenuhi. doa juga ada syarat-syaratnya bagi pejuang Islam yang ditentukan oleh Allah. terakhirnya tawakkal juga dipenuhi syarat-syarat tertentu. kemenangan PR di Kuala Terengganu dengan PAS mendapat 32,883 undi manakala BN 30,252, sementara undi calon Bebas adalah 193 undi, di mana PAS mendapat kelebihan majoriti 2,631 undi.

Ini memberi banyak pengajaran dan iktibar. masa untuk membuat bedah siasat tentang kelebihan dan kekurangan yang ada. bukan sahaja pengajaran untuk pejuang Kuala Terengganu sahaja tetapi untuk dilihat oleh seluruh pendokong perjuangan di seluruh pelusuk tanak air. kemenangan PR bukan kerana tangan-tangan manusia tetapi hanyalah pertolongan Allah semata-mata.

Apalah daya manusia untuk mengubah hati kecil manusia lain dalam membuat pilihan. jangan ingat 'kita buat itu' dan 'kita buat ini' adalah sebab kemenangan. tidak sesekali tidak kemenangan sebab gerak kerja manusia tetapi adalah kekuasaan Allah pencipta alam.

0 comments:

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP